Thursday, July 31, 2008

Jemputan Menghadap Raja Sehari

Assalamualaikum.
Kad Kahwin? Siapa nak kawen nih? Ally, Fazdly, Jely??? Yeargh, bukan ah. Abg ku yang nak kawen nih.
Mohd Farid Mislan
dan
Norhana Hashim
Jemputlah hadir ya. Pada 9 hb Ogos 2008 (Sabtu) di No 18, Jalan Bestari 4, Perumahan Kastam Pulau Indah, 42000 Port Klang, Selangor. Maaflah takde kad kawen secara fizikal nih. Bukan apa, another way to save the world by decreasing of paper usage. Ehehehhe. Sila rujuk map kat bawah ni utk jalan ke sana. Datang jangan tak datang.

Untuk sebarang pertanyaan, silalah hubungi diriku di 012-3278209. Kerana diriku lebih berharga. Eh, tetiba... Datang yer...

mood: ~gumbira~

Friday, July 25, 2008

Kelakar... Keh Keh...

Sebenarnya tak lama dulu pernah gak baca pasal menda nih. Tapi, baru skang dapat balik artikel nih. Thanks to nik mardiana... (ehm, camna UniKL..?). Kenapa cikgu cikgi skang pening kepala???


Ade ke camni jawabnyer. Ahahaa... tak boleh nak berhenti gelak rasanya. Hahahaharun.... Sempoi gila jawapannyer.

Ha, ni satu lagi. Naper lah aku tak terpikir jawapan nih masa belajar ulu. Confirm A lah. Mau dekan 8 sem berturut2. Ahai...

mood: ~senget~

Monday, July 21, 2008

Wednesday, July 16, 2008

Golden Arches Restaurants

Golden Arches Restaurants??? Apakah itu? Adakah sejenis restoran makanan Cina yang masyhur? Ataupun sebuah restoran makanan ala thai yang digemari? Tak ah. Itulah nama syarikat yang mengendalikan rangkaian perniagaan fast food yang popular di Malaysia. Mc Donald's.


Sebenarnya, ku pernah jadi Manager di Mc Donald's. From Aug 2006 till Aug 2007. Complete a wonderful-colorful-'weight'full year kat Mc D. Seronok weh. Tadaa... lihatlah gambar di atas. Comelnya ku di hujung sekali itu. Ahaks... Gambar ni masa Basic Shift Management's practical study @ McD Bangsar.

Nak cerita benda kelakar nih. Kes ni berlaku masa kat Bangi's Mc D. Ya, kat situlah bermulanya karier ku ngan Mc D. Ada banyak kes kelakar. Nak nak yang melibatkan staff kat kaunter.

Adalah sorang krew nih (skang dah jadi manager pun), tgh keje kat kaunter. Masa tu dah agak lewat ah, muka dia pun ala2 biru2 laut dah. Dalam penat2 tu, adalah satu customer masuk. Dia pun serve lah that customer. Tgh serve2, ada sorang makcik pregnant lalu depan dia. Besar perut dia. Dah nak due kot (Ala2 Kak Jue lah kot...). So, customer tu pun dah order, dah dapat makanan, mamat tu bagilah duit. Check2 duit (yerlah mana tau palsu ker...), krew ku pun pulangkan duit baki. Masa nak bagi baki tu, tetiba...

"Ya encik, ni bakinya... Tiga ringgit tujuh bulan..."
"Ha!!! tujuh bulan???"

Apa lagi pastu, terkikik2 (mana boleh terbahak2, customer ada kat depan tu) lah kitorang gelak. Tiga ringgit tujuh bulan??? Macamana tuh??? :D

Tu tak kira customer tersalah cakap plak. Selalunya, kalo masa amik order, kitorang akan tanya, which one that customer prefer, either having here or take away. Ada plak customer cakap nak take over... la... Kalau customer nak take over kitorang, abih kitorang nak keje apa??? :D

Hahahaha... Rindulah ngan McD..

mood:~err... CFO satu, extra mayo yer...~

Tuesday, July 15, 2008

Miss Venezuela crowned Miss Universe 2008

Dayana Mendoza, 22 dari Venezuela baru saja dinobatkan sebagai Miss Universe 2008. Erm, tapi kenapa ku tak tau langsung pasal Miss Universe tahun ni. Ohoo, takder live kat tv kot. Kalau tak, mau melekat kat tv semalam.
Lambaian ratu, wajib tu. Rasanya ada kelas khas nak lambai camtu. That's one of the most important signature seorang ratu. Cuba lambai sket, haaa, ada sket da macam ratu. Ratumiri a/p Linggam. Oklah tu...

Okey, babak2 wajib seorang ratu. Nangis sambil jaga maskara. Sib baik waterproof nyer maskara. Kang x pasal2 jadi racoon plak. Ehehehe.. Isk isk isk, eh... Tetiba ternangis plak. Ratu ker???

One info nak share ngan korang suma. Rasanya suma dah tahu, sajer nak sensasikan lagi hal nih. United State's sweetheart Crystle Stewart telah mengulangi kesilapan Miss USA tahun lepas. Ada gak tgk ulangan kat Buletin Utama. Ceh, cover baekk punyer... Apa pun tabik gak ah. Yelah, terus ngan semangat ratunyer. (Special to Kak Ayu: "naper tak buat camtu masa kat Medan ari tu...) larikkkkkkkkk...

Apa2 pun congrats utk sesiapa yang menang. yang lain tu cuba lain kali. Kat Malaysia pun ada Miss Universe gaks (tettt.. sensitif...). Mesti best kan tgk org2 cantik kumpul ramai2. Terasa cantik pulak. Tett...

mood:~lambai lambai lambai....~

Monday, July 14, 2008

Private Practice

credit to: www.spankmenews.com/private_practice/


Another drama series yang best untuk ditonton. Kepada sesiapa yang suka ngan Grey's Anatomy, mesti suka ngan drama ni (creator pun sama eh, Shonda Rhimes). Basically, drama ni pasal Addison (gambar paling kanan) yang moved to LA, joining her old friends from medical school. Erm... ada sesiapa yang pernah tgk cerita Kevin Hill, mamat tu pun berlakon gak.


Of course drama ni pasal hospital lah. Tapi yang membezakan cerita ni ngan Grey's Anatomy ialah, hospital dia kecik sket. So, more focusing on patient itself. More drama and living creature as well. Boleh tgk macam mana Addison nak adapt herself ngan hospital yang tak complete sangat.


credit to: www.startv.com

"Private Practice" stars (from left) Chris Lowell as William Dell Parker, KaDee Strickland as Dr. Charlotte King, , Amy Brenneman as Dr. Violet Turner, Tim Daly as Dr. Pete Wilder, Audra McDonald as Dr. Naomi BennettKate Walsh as Dr. Addison Forbes Montgomery, Paul Adelstein as Dr. Cooper Freedman , Taye Diggs as Dr. Sam Bennett.

Boleh tonton di ntv7 and Star World (711). Kalau di ntv7, Sabtu jam 10.45pm just after Grey's Anatomy. Kalau di 711, Selasa (10pm), Rabu (12pm), Ahad (7pm), Isnin (12pm). Selamat menonton.

mood: ~nak jadi dr. boleh???~

Lawak v2

Nenek katak mana yang suka melompat

* mana-mana nenek katak lah...

Di Sebalik Times Higher Education - QS World University Rankings 2007

Listed below are top 10++ QS World University Rankings 2007:

1. Harvard University US
2. University of Cambridge UK
2. Yale University US
2. University of Oxford UK
5. Imperial College Lodon UK
6. Princeton University US
7. University of Chichago US
7. California Institute of Technolgy US
9. UCL (University College of London) UK
10. Massachusetts Institute of Technology US
246. Universiti Malaya
307. Universiti Sains Malaysia
309. Universiti Kebangsaan Malaysia
364. Universiti Putra Malaysia
credit to: THES - QS World University Rankings
(c) Quacquarelli Symonds 2004-2007

Kenapa tetiba nak cerita pasal nih? Sebenarnya, baru dapat tahu kenapa ranking untuk Malaysia's university jatuh mendadak. Inipun diketahui masa dalam kelas ari tu. Ceh, kena masuk kelas gak akhirnya. Asyik bagi lecture jer. Skang kena attend lecture plak. Klaka pun ada gaks. :D

Dr. Parmjit Singh tu bgtau, kenapa jadi camtu. Sebabnya salah collect data. Ntahlah camna bleh jadi camni. Sebenarnya ada 5 Key Performance Index yang digunakan. Salah satunya ialah Internationalization, which is they evaluate based on the number of international student and lecturer. So, last 2 years nyer evaluation, diorang kira non-bumi student as international student. So, for 2007, diorang sedar kesilapan itu, dan markah kena tolak lah kat situ (yelah, mana ada ramai international student kat IPTA pun). Sebab itulah tersungkur gedebak gedebuk ranking univ di Malaysia.

Ha, itulah cerita nya. Ehehhee, sajer nak kongsi ngan korang. Tak mau lah kedekut ilmu sensorang. Haih, aura2 pening utk master dah mula dirasai. Iyarghhh!!! Mari kuatkan semangat. Semangat membawa berkat. Berkat pula hidangan yang dibawa pulang semasa kenduri... Idup orang Jawa....

mood:~monday bluessssss~

Thursday, July 10, 2008

Pernah main tak???

Pernah main tak? Main? Main apa? Haaa, fikir bukan2 lah tu. Enggak baik begitu. Tidak baik memikirkan perkara yang kurang manis begitu. Tidak elok untuk fikiran. Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal. Ehehehheee...

"Da Da Da Si Da Si Da Da Si Si
Si A Li Ko Me Xi Co
La Yo La Yo Ta Ta Ta
La Yo La Yo Ti Ti Ti
A B C..."
Permainan ni dikategorikan sebagai permainan tradisional. Ala, masa kecik2 kita selalu main ah. Kat atas tuh lirik lagunyer. Erm, tak tau nak credit kat saper. Dia ala2 main sep2 (tepuk2 tangan). Duduk dalam bulatan, pastu tepuk kawan sebelah. Tepuk kat tangan ah, jangan tepuk kat muka. Itu dah jadi lain nanti.

Bila sampai Ta Ta Ta ngan Ti Ti Ti kena tepuk tiga kali. Pastu sampai A B C, masa C tu kena cepat2 tepuk kawan sebelah. Kalau berjaya, yeaaaa... Orang sebelah tu kena kuar ah. (Yang kuar tu boleh lah main getah ker, main masak-masak ker). Kalau tak, kita yang kena kuar. Seronok ah main nih.

Rindu plak time kanak2 dulu. Haihhhhh...

p/s: nenek mana yang suka melompat??
- nenek katak.... :)

mood: ~nyanyi.. lalallala..~

Lawak di pagi hari.

Erm, kenapa Sizuka ngan Nobita tak suka datang Malaysia???

Sebab, ada Giant kat sini...
Ehehheheee...

mood: ~bengong~

Wednesday, July 9, 2008

Malay's Film???

Erm, just want to share some information about our film industry. As listed below, kita boleh tgk camna hasil filem Melayu.

Erm, kalau tgk figure yang diberi (credit to Berita Harian, 090708), cam agak tak best lah. Yerlah, bukan setakat nak dapat untung, nak balik modal pun x tau boleh dapat ke idak. Tak tau nak komen apa. Rasanya, mutu filem dah makin meningkat. But, still cant attract audience ke cinema. Hopefully, this thing do not demoralised our film directors.

Kutipan filem Melayu yang ditayangkan sehingga Jun 2008:

Jarum Halus: RM8,197
Kala Malam Bulan Mengambang: RM554,000
Cuci: RM2.043 juta
Dunia Baru The Movie: RM2.296 juta
Anak: RM1.245 juta
Duyung: RM4.679 juta
Akhirat: RM329,000
Evolusi KL Drift: RM3.901 juta
Congkak: RM3.802 juta
Cinta U-Turn: RM1.124 juta
Apa Kata Hati: RM919,000
Pensil: RM13,000
Sepi: RM800,000 (1 minggu tayangan)


mood: ~erm...~

Pre-Lab for Master - pening

Semalam g lab untuk master. Usha2 alat untuk research nih. Comel jer bentuknya. Tapi agak pening2 nak run alat tu. Ehehheee... Nak kena ketat skru tu lah, ketat silinder ni lah. Ha, ambik kau.

Tadaaa... Dugaan nak start research dah bermula. Tu baru tgk alatnyer. Tak tgk yang lain2 lagi. Kira semalam amik feel environment lab ah. Pas nih, 24/7 lah kat lab. Jadi muka ala2 lab lah.

Hopefully, diri ku tabah dalam dugaan ini. Wah, ala2 sajak pulak. Erm, mintak2 lancarlah sumanya. Ehm, sib baik ada yang mahu!!!! (ha, ni certain2 org jer faham... ahaks)

mood: ~semangat... iyarhggggggg!!!~

Monday, July 7, 2008

Yuni Shara ~ Sepi


Sepi - Yuni Shara


Isk... Isk... Isk...
Sedih lagu nih...
Ahaa...

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

mood:~sedih...~
credit to: kak ayu...

Friday, July 4, 2008

EmCee for Senamrobik Bersama VC of UKM

Yearghh... Akhirnya dapat gak buat aerobik.

Pagi ni dapat jemputan utk jadi MC untuk Program Senamrobik ngan NC UKM bersempena Minggu Mesra Mahasiswa UKM. Best gak. Uhui, ku kena handle lebih kurang 2000 student baru UKM yang baru nak start sesi ni. Berdebar gak lah. Kena berdiri atas stage depan crowd yang ramai camtu. Tapi, alhamdulillah, selesai dengan ok nya.

Bila tengok student2 baru nih, teringat zaman2 belajar degree dulu. Sesi Jun 2002. Sampai 2006. Uhuii, teringat-terimbas kenangan dolu2. Terasa tua pulak. Ehehehe. Tapi, masa jadi MC tadi, sempat ku berpesan kat budak2 freshie tu, just enjoy ur life @ campus. Susah nak dapat experience camni. So, kita enjoy!!!

Ehm... Rindu lah nak jd student balik (eh, skang ni pun student gak, student M.Sc lah). Tak sama ah belajar Master ngan Degree. Rindu kat environment campus. Felo, Pengetua, Jaksa. Kolej Rahim Kajai, itulah kolej ku dulu masa kat UKM. Rindu lah...

mood: ~rindu...~

Thursday, July 3, 2008

Saya Nebes!!!

Nebes = Nervous = Gementar
Uhuiii.... Esok ada benda kena buat.
Dan saya nebes.

mood: ~nebes ah~

2008 MTV Asia Awards - Vote for Dato'' CT

Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk MTV Asia Awards tahun ni. Kat Genting kot. Tarikhnya kalau tak silap 9 Ogos 2008 ni (eh, sama plak ngan tarikh abang ku nikah).


*credit for: www.mtvasiaawards.com

Yang penting, Dato' Siti Nurhaliza tercalon sekali lagi untuk Favourite Artist Malaysia. So, marilah sokong dia :D
closing date: 27th July 2008

just click to this link:
http://www.mtvasiaawards.com/Malaysia/Nominees/show/artist/24

Best jadi pensyarah :D

"Ehem.., Ha... apa pandang2 tu? Tiru ye quiz nih"...

Haaaa, itu lah antara kata2 amaran (amaran manja2 gitu) kepada student ku yang disyaki meniru semasa jawab quiz. Garang tak I? Tu yang seronok jadi pensyarah ni. Boleh marah2 orang. Tapi tak kena marah balik. Ahaks. Itu baru sikit, banyak lagi yang best jadi pensyarah.


Herm, apa lagi yang best ye? Ha, kalau kerja lain, diorang kena kerja 8 jam sehari, kalau seminggu 40 jam lah kan. Tapi, kalau lecturer, normally maximum loading hours pun 24 hrs. Maksudnya, dalam seminggu kena ajar 24 jam sahaja. Best kan. Yang lain, boleh lah relaks sikit (eh, tapi kena lah buat revision2 sket). Seronok eh. Jarang lah ku dengar lecturer2 kat sini bising sebab banyak sangat kelas. Enjoy!!!


Satu lagi, best tau masa lecture. Tgk student nyer perangai. Teringat zaman muda2 dulu. Camna kita pura2 tidur depan lecturer. Boleh tahu aaa. Ceh, rupa2 nya lecturer tahu ku tidur dulu. Patutlah markah tak cemerlang sangat. Paling best kalau time ku tanya soalan.

"Anyone???"

Dan dan semua tunduk ala2 sedang menekan kalkulator (padahal soalan pasal definisi). Kelakar lah time tu. Huishhhhh, terimbas memori kenangan dolu2.


Tapi, yang paling penting kenapa jadi lecturer, sebab cikgu ku cakap, jd lecturer ni mulia.
p/s: baru paham kenapa org samakan cikgu ngan lilin. Ahaks.
mood: ~pelangi~

Wednesday, July 2, 2008

Ada orang suka baca blog ni...

Tadi ada kawan ku msg. Dia kata dia suka baca blog nih. Ahaa, gembira pula....

mood: ~poyo pula~

Tuesday, July 1, 2008

Hujan - Aku Skandal (Meninggalkan Aku Sendiri)


Hujan - Meninggalkan aku sendiri - Hujan


123
Go
Kan ku berikan semua.
Agar kau gembira sentiasa
Engkau tetap pergi.
Pergi meninggalkan ku sendiri.

Jangan disimpan tiada rahsia.
Katakan saja ku terima
Engku tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri.

Waktu duka dulu kita lalui bersama.
Pagi yang bagaikan malam ditemani bintang terang
Hancur hati bila kau undurkan diri.
Meninggalkan daku, meninggalkan daku sendiri.

Senyuman manis dibawa angin
Ku tunggu dikau terasa dingin
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri.

Jangan disimpan tiada rahsia.
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri.

Waktu duka dulu kita lalui bersama.
Pagi yang bagaikan malam ditemani bintang terang
Hancur hati bila kau undurkan diri.
Meninggalkan daku, meninggalkan daku sendiri.

Let’s go
Hu!
Lalalalalala…
Huhuhu…
Hahaha

Waktu duka dulu kita lalui bersama.
Pagi yang bagaikan malam ditemani bintang terang
Hancur hati bila kau undurkan diri.
Meninggalkan daku, meninggalkan daku sendiri [2x]

Petua - Klaka lah...

quoted from: "Amelia Mukhlas" melia_412@yahoo.com

1.Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang
2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tue..
3.Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tue…
4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi
5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak…
6.Melentikkan Bulu Mate - Pakailer Bulu Mate Palsu…
7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut…
8.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..
9.Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya… .
10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum…
11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2…
12.Menyegarkan Mate - Tuang Eye Mo…
13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah…
14.Menghilangkan Kelemumur - Gunekanlah Syampu Rejoice..
15.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan..
16.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket…
17.Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick arr..
18.Menghaluskan Kulit Muke - Gosok Dgn Kertas Pasir
19.Menaikkan Seri Muke - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangge..
20.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...