Tuesday, October 27, 2009

Bagan Lalang dan Kerepek-kerepeknya...

Huhhh, da lama x g picnic. Tetiba abah ajak plak g bagan. Ada BBQ katanya. Family kastam di KLIA yang organize. So, kitorang adik beradik datang makan je la. Huhuhuhu... Bukan selalu weh camni.

Sebelum ke bagan lalang, singgah kampung dulu. Singgah tabur2 bunga dan doa di pusara arwah mak. Al-Fatihah... Semoga mak tenang di sana. Amin...

Yaa, lepas tu singgah jenguk atuk jap. Atuk demam. x sempat plak nak amik pic, layan atuk borak2. Best la plak dapat borak2 ngan atuk, siap kongsi makan biskut lemak sket. Ehehehe, rebut2 ngan atuk... :p

Selepas itu ye puan2 <--- eh tetiba nada chef wan plak. Selepas tu g serbu kilang kepek kat kampung. Sempat la merembat 2-3 bungkus utk bekalan di pantai dan di umah sewa. Murah weh. Sebungkus itu harganya hanyalah 3 hengget setengah. Murah kan. Mari shopping kepek di Kampung Kundang.

Setelah sampai di bagan lalang, eh bagan lalang??? Kat ner 2? Haaa, kepada sesaper yang tak tau bagan lalang itu di mana, secara geografi ia terletak di antara Morib dan Port Dickson. So kalo sesaper nak berenang dr Morib ke PD, akan singgah di bagan lalang dulu. Secara familinya, bagan lalang terletak berdekatan dengan umah mak ngah i. Ehehhee...

Sampai sahaja di pantai, BBQ sudah bermula. Yehhh, ikan sudah dipanggang beserta hotdog dan rakan2. Yesss.. Makan.. Sebelum makan, amik pic dulu. Barulah org percaya kita berpicnic. Tak gitu cik senah <--- eh, skrip Chef Wan lagi...

Tak sangka bagan lalang secantik ini. Memori lalu membayangkan bagan lalang tidak seindah ini. Mungkin pihak berkuasa dan bertanggungjawab sudah melakukan tanggungjawab mereka. Bagus bagus bagus... Bila pikir2, best gak kalo wat picnic kat sini. Kawan2... Mari...

Shot pic kaki. Shot kegemaran. Ehehhe...

mood:~indahnya pantai... subhanallah....~

Wednesday, October 21, 2009

Beyonce Menunda - Takkan Pasal Sexy jerkkk????

Huuhhhhh... Apsal hangin2 nih <--- hangin = angin yang disebut ketika diri sangat naik angin. Its about postponed-Beyonce-concert tuh. Semangat je dgr album Beyonce bertalu2, supaya leh wat lip miming masa konsert dia. Ehehhee... Cam x jadi je konsertnye. Takpela, tgk video clip pun jadilah. :) Yang hangin sangat nih adalah pasal baca komen2 pasal konsert yang da dua kali tunda nih.
Yes, people have their own right to say what they think. Tapi yang x paham nye, apsal diorang asik bangkitkan isu seksi.
"Haaa, lega Beyoncet x wat konsert. Takde lah pompuan seksi terkinja2 atas pentas tuh" "Kurang sikit maksiat kat Malaysia kalo Diva B x dtg sini..."
"Aphal lah pompuan tu nak pakai seksi2 kalo perform????"
"Tak cukup kain ke nak pakai utk konsert????"
Uih... Takde isu lain ke? Kenalah tgk sisi lain. Apa yang kita dapat kalo Beyonce buat konsert kat Malaysia.
1) Artes2 Malaysia dapat rasa camni. "Eh, apsal selama ni aku wat performance cam ala2 kadar je. Aku kena berusaha lagi nih". Takpun, "Uit, bersungguh2 betul dia wat performance. Kena belajar menari sampai hebat cam dia, aku asik2 berdiri cam tiang je kalo perform". Haaa, kan da meningkat prestasi artis kat Malaysia. Seriously, have u ever watched Beyonce's performance. Energetic.
2) Ramailah yang akan datang melancong ke Malaysia. Masyuk lah duit diorang ke sini. Huhh, kan dah meningkatkan ekonomi negara sekaligus dapat memperbaiki KDNKK negara lantas merapatkan jurang antara rakyat miskin dan kaya lalu mengharmonikan negara serta memertabatkan nama Malaysia di mata dunia. Haaa, nampak tak betapa relatednya konsert Beyonce ngan kemajuan negara. 1Malaysia.
3) Mengeratkan lagi hubungan diantara rakyat Malaysia. Ah Ciu akan mengajak Muthusamy Karupiah dan rakannya Salmah untuk ke konsert. Eh, Merlin anak Pasang pun akan ikut sekali beserta Tengku Shaliza. Haaa, tgk, 1Malaysia kan. Kan dah menyokong saranan Perdana Menteri kita tuh...
Apa2 pun, sangat berharap Beyonce datang Malaysia eh...
mood:~o o ooo o ooo...~

Tuesday, October 20, 2009

Klinik dan Kabinet Failnya...

Wuhuhuuu, cam tajuk citer Doraemon. Takpun cam iklan Tora. "Tora datang lagi dengan kuda berkereta..." Huh, sangat teruja dengan iklan Tora. Tapi x leh nak beli, sebab mahal sangat. Ya, Tora antara snek bercekedis yang agak mahal. Cekedis??? Yer, penah makan cekedis tak. Perisa ayam. Sedap sungguh <--- saper yang tahu pasal cekedis nih, sebaya ngan aku lah nih...

Petang semalam, browse pic2 yang ada dalam phone-yang-selalu-kena-restart-balik nih. tetiba jumpa pic yang diambil masa temankan kak dilla (x de dalam pic, sebab bz wat check-up) g wat medical check-up. Tadaaaa...

Agak klasik kan klinik nye. Klinik yang berada di Kajang nih, sangat klasik cam zaman2 cerita Hapuslah Air Matamu dolu2. Dengan signboard ala2 background utk Wong Fei Hong berkungfu dengan naga. Tak cukup ngan tu, tgk kabinet nye, sangat Hapuslah Air Matamu. Ehehhe... Mula2 g wat check-up kat Klinik Penawar, tapi x de X-Ray plak. Apalah makna sebuah medical check-up tanpa X-Ray kan. So, kenalah cari klinik di sekitar Kajang dan jumpalah klinik nih.

Weols gelarkan klinik nih klinik klasik-seram. Uhuhuhuu... Kalo tgk pic kat atas, yang tudung coklat gelap <--- eh, sama ngan kaler kabinet, tu kak esah. Dan yang sebelahnye tu, didi. Naper diorang tutup2 muka??? Hahahhaaa, reaksi org pas wat gugur subjek, eh gugur anak. Siutttt ajer...

Bukan setakat tu, masa kitorang tgh tunggu result check-up, datang plak segerombolan warga nepal nak wat check-up gak. Mak aih, terasa cam kitorang sebahagian ngan diorang. X pasal2 kena angkut sekali kalo ada serbuan pihak berkuasa sambil diacarakan oleh abg Mazidool. "Seramai 18 org disyaki pendatang tanpa izin ditangkap di klinik klasik-seram di Kajang. Sekian Mazidool untuk 999". Huhhh, naya...

Rindula kawan2 lama kat opis dulu. Lepak2 kat belakang offc sambil makan tanpa henti. Huhuuhu, kalo berenti pun kejap je sebab ada kelas. Balik kelas berkerumun balik kat belakang. Agaknya kalo letak kayu balik sapu jem pun abis kitorang makan. Uhuhuu..

Utk kawan2 ku yang dirindui. Kak Dilla & Linda - IIUM Matrix PJ, Kak Esah & Angah - KLMU, Didie - Baitulmal, Kak Ikin - KLIUC, Kak Nurul - Master UKM, Kak Elin - JKR, Eliz - Sabah eh Sarawak kot... Rindulah masa dolu2... Jom reunion... Jom...

Pic Grey nyorok2 balik langsir lepas kena marah sebab curi ikan atas meja... :)

Mood:~rindu kat kawan-kawan...~

Sunday, October 18, 2009

PapaDom di Alamanda

Meh jalan2 lagi. Lama x g jalan2. Asyik duk umah tdo jer. Beruang pun tak hibernate selama i. Ehehhee, patutla da macam beruang sket. Hang-out ngan Fai n Zack aka Kebab. Ehehhee, ni lah Kebab yang selalu diceritakan ittew. Amik gambar dan gambar lagi. Huhhh, yang dinding oren tuh adalah pic di sebelah magazine store. Sambil2 tunggu fai browse new mags, kitorang cam-whoring la jap. Sampai kedai spek mata pun amik pic. Geleng2 kakak yang jual tuh. Kalo beli takpelah, ni x beli <--- alasan: eh, spek mata itam ni kena pipi i la... Wahahhaa salahkan spek mata, padahal pipi sendiri da macam letak ibu roti. Curi2 pic kat beg stall plak. Uhuhuuhu, kakak tu ala2 terkejut. Yelaa, apsal amik2 pic ngan beg dia. Dan, x beli lagi yer. Amik je pic. :)

Pas jalan2, tgk Papadom. Eh, bukan beli papadom kat food court dan tengok papadom tu beramai2 di tepi eskalator sambil disaksikan para pelajar Sekolah Alam Shah yang bersebelahan dengan Alamanda itu. Bukan sama sekali. Tgk Papadom-2009FFM Best Movie. Sedey sedey dan sedey. Good job Afdlin. Antara babak yang meruntun jiwa dan menggeletek jiwa...

1) Babak Yvonne terpaksa makan papadom en saadom. "Pakcik, kalo kitorang x diet, camna nak dating ngan Jhonny Depp. Ok la, kitorang makan papadom". Ehehhee, comel dia sebut papadom, pelat2 sket.

2) Saat, papa saadom (Afdlin) meluahkan perasaan kat anaknya, Mia (Liyana Jasmay). "Abah <---erk, lupa la apa yg afdlin shauki bahasakan diri., rindu Mia. Abah takde sesaper kat sini. Abah sorang2 je..." Tsk tsk iskkkk....

3) "Hey bodoooo" Yvonne skali lagi menggegar panggung. Kalimah ini dilaksanakan dengan sempurna kepada Scha. Saat Scha sibuk nak fitnah Mia ada skandal papa saadom. Spontan je minah tu sebut. Hambik ko Scha <--- eh, apsal emo kat Scha nih???

4) "20 A??? Gila ke apa??? Bila masuk ko belajar nih???" Ehehhe, patutnya kalo anak dapat 20 A, reaksi pertama ibu bapa adalah Wow!!! Amazing!!! Wonderful!!!. Ni tak, bila Mia cakap dia dapat 20 A, ayat2 di atas lah yang diucapkan oleh papa saadom. :)

5) Eh, jangan kuar panggung ye kalo da abis. Ada extra scene Wajib Tayang (Que) ngan Mia. Mia geletek bear kat baju WT, dan WT tahan geli campur sedap. Wuhuhu, sempoi lah diorang.

Kesimpulannya, marilah tgk Papadom ramai2. Best dan best. Tengok yer <--- sambil wat jari good di kedua2 belah tangan.


Mood:~Erm... Cerita Santau cam best jerk... Yok semua...~

Tuesday, October 13, 2009

You Kawen, Dia Tunang, I???


"Hello, abg ally ye, nak jemput datang i kawen nih"
"Assalamualaikum, Fazdly. Bz ke? Weekend ni bz x? Nak ajak datang i tunang"
Uit???? Apsal ramai sangat tunang n kawen nih???

Kawan2 saya. Susunan mengikut gambarajah, bermula dengan I yang berspek-mata-itam-sebab-lens-rengse-kena-air-cond. Turutan secara clockwise yer. I, Affa Vanja, Herda, Ayu, Man Oman, Fyza Rahim, Abg Apik, Fukah, Fai, Azyyah. Kawan2 di UKM dulu. Yeraghhhhh, weols la aerobic's team yang terhebeetttt tuh.. :)

Herda dan Azyyah dah tunang. Pastu kawen la. Waaa, makin kurang dah geng2 solo nih. Ehehhee... Kalo dipikir2, memang patut beranak pinak skang. Tapi entahla... Takde jodoh lagi. Tapi kadang2 takut gak. Kalo semuanya da kawen, tinggal kita sorang2. Waaaa, nebesnyer...

Oleh itu, kawan2. Jangan lupakan i yer... Walaupun da kawen ke, nak beranak pinak ke, da beranak cucu ke, jangan lupakan i yer...

Mood:~sentimental~

Saturday, October 10, 2009

3 Perkara Yang Saya Tengah Buat...

Update dan terus mengupdate. Pagi2 di Pulau Indah yang indah dan permai nih, saya tengah melakukan 3 perkara:

1) Sedang asyik melayan album Tahajjud Cinta - Tokti. Herm, walaupun yang lain2 sibuk memasak dan ada yang sedang membakar kek, saya tetap melayan kesyaduan dengan lagu2 yang berunsurkan kerohanian ini.


2)Mengadjust kamera lama milik saya. Belajar untuk fokus dan tidak fokus. Lihat hasilnye... Ermmm, sama je... :)

3) Mengeget kaki grey sambil mencium2 kucheng itu tampa henti. Lindu sama greyyyy...

Mood:~herm... syahdu betul pagi2 sabtu ni, hujan plak tuh....~

Friday, October 9, 2009

Blog for FT - Ingin Kereta, Laptop, Blackberry???


Wow, boleh menang kereta, laptop, blacberry... Wah wah <--- gaya iklan raya PTPTN. Herm, pertandingan apa nih??? Ye, just read about this article kat Budiey. Blog For Federal Territory. This competition was originally generated from brilliant idea of our Menteri Wilayah Persekutuan - YB Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin. Special created to encourage public to blog about the FT of KL, Putrajaya and Labuan.

Herm, so blogger2 sekalian, marilah mari, kita mengundi <--- eh, silap lagu, itu utk pengundi kat Bagan Pinang. Marilah kita menyertai nya. Bagaimana??? Memula kenala register dulu. Harusla kan, kalau tak camna nak sertai. Dah register, pastu leh lah submit entri anda. Herm, entri pasal apa yer. Apa2 saja yang explain FT positively and beautifully. Anything about FT - nature, heritage, life or any related subjects that close to you. Submit sila submit.
Herm, then jangan lupa plak nak baca T&C for this competition. Owh, paling penting, entri must be exclusively in Bahasa Melayu or English. So, x leh campur2 n rojak like my entri. Cannot ye... :) Sila layari Blog For Federal Teritory.

Mood:~Mari, sertai lah bersama2 dan vote antara satu sama lain. Ehehhee~

Nora - The Piano Cat...

tq: dailymail.co.uk

Wassup2... Have u ever heard about Nora. Nora Zain???, Nora Di-Persimpangan-Dilema???, Norazua Aerobic-Team-UKM??? No No No. Nora The Piano Cat. Kucheng yang bleh main piano. Cute kan??? Sila baca Kosmo untuk keterangan lanjut.

Baru tahu tadi pasal Nora, setelah membaca Kosmo sambil makan mee goreng berlaukkan telur sambal dan teh o suam2 kuku serta diiringi lagu You Belong With Me dendangan Taylor Swift. Serba sedikit tentang kucheng nih.
  1. Dilabelkan sebagai Bossy semasa diletakkan di pusat perlindungan Cherryl Hill. Mungkin agak diva perangainya.
  2. Boleh mengesan getaran bunyi melalui misainya.
  3. Populariti Nora memuncak naik setelah konduktor muzik popular Mindaugas Piecaitis mempersembahkan okestra secara duet dengan video solo Nora. Hebat beb!!!
  4. Nora mempunyai ejen, jurugambar peribadi dan pegawai pengiring sendiri. Huk aloh, jeles nya i....
  5. Setakat ini, video Nora di YouTube telah disaksikan lebih daripada 20 juta penonton. Uih, blog aku baru 20++ sehari... Jeles lagi...
  6. Info2 ini diceduk dan disedut dari Kosmo ye.
Mahu info lebih lanjut tentang Nora si kucheng cute nih??? Sila layari laman web ini yer...



Mood:~nak suh Grey main gamelan lah. Pas ni ada lah Grey - The Gamelan Cat. Erkk, Pak Ngah sila book Grey awal2...~

Blogger boy - finale...

tq: loqnerd.com

Rasa2 nya semalam episod akhir blogger boy. Sedih ahhhh. Tgk Budi n Nina. Masing2 wat keputusan masing. Last2, semua nan ado. Nina going back to Melbourne, n Budi x sempat nak kejar Nina <---- gila nak kejar Nina kat airport sambil berlari. Moto rosak plak di saat2 akhir. Cliche isnt? Ehheeee..

Cinta??? Kadang kala tak kesampaian sebab masing2 tak nak luahkan apa yang dirasa. Takut nak luah sebab enggan dilukai andai tidak disambut cinta itu <---- wah, leh jadi tajuk album nih 'Cinta Tak Tersambut". Same goes to me. Takut sangat nak cakap yang kita suka kat dia. Errrr, belum cakap lagi, da pikir bukan2. So, marilah sama2 kita cakap kat org yang kita suka yang kita I Love U... Marii..

Laaa, pas ni nak layan citer plak??? Pas blogger boy, 8tv tayang apa plak eh??? Mungkin boleh follow citer baru.

Mood:~Masih mencari chenta... Kurrr kurrr kurrrrr...~

Thursday, October 8, 2009

2009 THE-QS World Univeristy Rankings


tq: THE-QS

Salam, THE-QS just announced 2009 world university rankings. So, listed below are top 10 leading best world university. Wuyooo, Harvard, 100% tu... <-- Qema, pekaba kat sana???

Malaysia??? Ada wakil tak dari Malaysia??? Ada... Tadaaaa...


Tahniah UM-180. Dapat kembali dalam list 200 universiti terbaik. Dua tahun lepas UM tergelincir daripada senarai 200 universiti terbaik. Erm, x sia2 sambung Master kat UM. Ehehhee...

Mood:~hopefully, tahun depan banyak lagi universiti dari Malaysia tersenarai dalam top 200. UKM perhaps...~

Kencing Berdiri Bersama Rakan-rakan????

Uit???? Apa ittew??? Kencing berdiri sambil disaksikan kawan2???? Perlakuan apakah ittew???? Camni cerita nya. Have you been to Delhi, India. Tak pernah??? Ish ish... Oleh itu, kita pun samalah... Muehehhe... I pun x pernah ke sana. Pic ini telah dirompak di blog zach. :)

Herm, cam tempat simpan ais krim kan. Sangat praktikal. Yelah, daripada orang kencing merata-rata, baik diorang kencing ditempat yang disediakan. Tapi hanya kencing yang dibenarkan, kalau nak buang air besar x boleh lah kot. Nanti baunya akan menusuk di kawasan persekitaran. Nak nak kalau jalan jem, dan kereta anda tersangkut di tepi kiub ni, dan ada org cirit... Pergh... Takpun, tgh sedap2 kencing, pintu atas tu tertutup. Haaaa, hambik...

Cerita pasal kencing tepi jalan nih, penah tgk tak org yang berenti tepi jalan and zasstttt kencing tanpa mempedulikan org lain. Tak tahan sangat kot. Tapi, penah sekali ada mamat tu, ye ye menyorok di tepi semak nak kencing, tapi dia x sedar di sebalik semak tuh, ada laluan jalan raya lagi. So, kitorang yang belah sini nampak belakang dia, jalan yang di sebalik semak tuh, dapat free show. Wehehheee.... Flasher....

So, kesimpulannya, singgah lah di petronas berdekatan untuk kencccc.....

Mood:~zssssstttttt... ahhhhhhh..... :)~

Wednesday, October 7, 2009

Road-eater????

Road-eater??? Apa tu??? Sedara kepada road runner ke??? Erm, teringat plak cerita Sepi kalo cerita pasal road runner "Road runner skang dah tak elok sangat" kata Eja. Pastu Tony pun wat kasut road runner yang ada air cond. Romantik...

OK berbalik kepada hal berbangkit. Pemakan jalan. Erk, pernah ke makan jalan??? Sedap ke???

1) Pemandu kereta yang terlebih amik side bila kat corner. Penah kan jadi. Kita bawa keta dgn bersopan dan santun (sambil lambai2 kat anak cute empunya driver depan) tetiba keta sebelah kita himpit2 kat corner. Gelabah jap, yelah kalo tergesel ngan WKF, tak calar balar WKF. Baru je jadi td. Hehhhhhhhrmmmm.... Geram tul.


2) Parking sesuka suki hati mereka. Haaa, ni satu lagi, parking keta kat tepi jalan sesuka hati. Tak kisah sebenarnya, kalo kita yang perasan, x pe. Kita bleh elak, hiyarppppp (sambil buat aksi2 tangan pusing stereng keta dgn penuh aksi). Tapi tadi, i ngan WKF tgh feel2 di atas jalan, tetiba ada bas kat sebelah yang makan jalan dan himpit kitorang. WTH, tgk2 rupanya bas tu elak keta yang sesedap ati parking di tepi jalan. Bahaya kan, cuba bayangkan, kalo i tgh sibuk makan McFlurry, tetiba bas tu himpit, tak ke gelabah, nak suap McFlurry lagi, nak elak bas lagi, nak cicah nugget ngan sos cili lagi. Huish, fenin fenin fenin..

Nak parking tepi jalan leh, tapi janganlah kita sorang2 yang parking, takde org lain. Tercongok je keta kita sorang2 kat tepi jalan. Tak ke malu keta tuh. Apa2 pun, bertimbang rasa di atas jalan raya <--- timbang rasa??? Kak, rasa sekilo, bungkus yer....

WKF sedang digodek oleh abg mekanik. Tukar alternator. skang WKF da vroom vroom. Hiks.

Mood:~Herm, kadang2 pening tgk org bagi RM 50 utk bayar tol kat LDP yang hanya sehengget enam posen...~

Tuesday, October 6, 2009

Parma Typhoon will hit us??????

Just received sms from Haiza (my ex-offc mate)
"Forwarded from Dato Zaman Khan - Super typhoon Parma at 222 km/h will hit Philippines tonite around midnight. Strong minds will hit us here also. Please take necessary precaution and dont be in the streets if not necessary tomorrow. Stay home or office. Tell your family friends and loved ones"
Herm, tak tau la betul ke tidak. Apa2 pun, just take extra precaution. Stay alert with updated news. Kalo tahu apa2 bgtau ye...

tq: star-telegram.com

Mood:~Moga2 x de apa2....~

10 batang satay untuk saya????

Mari makan... Lahap 10 batang satay sorang. Muehehheee... Gemuk, gemuk, gemuk....

Mood:~Sedap plak makan satay sambil tgk Gossip Girl...~

Iklan yang saya suka suki....

Haaa, selamat pagi semua. Dah start keje???? Bagus, teruskan keje. Eh, ni baca blog i nih, x start keje lagi la nih. OK takpe. Tapi jangan lupa buka window excel ke, word ke, supaya bila bos lalu, leh terus buka window itu dan pura2 bz membuat keje. Cayalah... Sekarang ni banyak iklan kat tv kan dan i adalah peminat setia iklan2 di stesen tv percuma (sebab x de astro...). Berikut adalah carta iklan yang amat menawan hatiku <---sehingga kalo da ada dalam toilet pun, senggup berlari2 anak utk menonton iklan tersebut.

tq: atneshop.com

Ketiga:
Iklan Mister Potato... Mister Potato <--- sila nyanyi mengikut slanga org Itali ya. Iklan yang terbaru ni pasal test kerangupan keropok kentang yang ada dipasaran. Tak boleh blah dengan org ala2 jadi perantara tu. No Compromise...... Bila keropok kentang yang ketiga ditest, tidak rangup, lantas beliau diflush ke dalam tanah. Erkkk, adakah camtu. Tapi yang paling best dalam iklan ni, tiga kanak2 comel yang menari sambil nyanyi Mister Potato Mister Potato <--- aiyo, lagu ni da terngiang2 dalam telinga... Tulun....
tq: brandchannel.com

Kedua:
Kit Kat. Ada dua iklan, satu mamat yang jaga kaunter kat supermarket, satu lagu minah yang jadi penunjuk-lirik-lagu kat dalam tv masa karaoke. Suka tgk yang minah tu nyer. Comel. Sangat bersungguh2 dia tunjuk lirik masa karaoke tuh. Erm, selalunya kalo kita karaoke, lirik tu akan tukar kaler ikut lagu, tapi kali ni minah ni yang tunjuk guna tangan. I like the coco dancing, yeh yeh yeh yeh yeh... Cute dan klaka... :)

tq: sunjiang.com

Pertama:
Yeargh, tanpa ragu2, Depex's commercial is the winner. Dibintangi oleh pelakon yang sedang meningkat naik. Seorang makcik. Penah tgk iklan ni. Perghhh, baju yang menjadi putih setelah dicuci dengan Depex bleh menghalau antu. Depeeexxxxxxxx.... Klaka tgk makcik tu bersungguh2 basuh baju dan tunjuk baju tu kat antu, dan antu pun bertempiaran lari dek kerana baju itu sangat putih. Sekali lagi, Depeeeexxxxxxxx!!!!

Mood:~Iklan Ridsect pun klaka gak....~

Monday, October 5, 2009

Bobo... Mari berkenalan dengan saya...

Hai, mari berkenalan dengan Bobo - kucing ajaib <-- eh, x de la, kucheng biasa je...
Bobo: Hai, selamat berkenalan. Nama saya Bobo. Jenis saya??? Entahla, saya telah dijaga oleh tuan saya sejak kecil. Tuan saya ialah abang kepada blogger yang comel macam saya. Erm, saya selalu baca blog (tujuhhariseminggu) adik tuan saya. Menarik blog dia. Owh, berbalik kepada saya. Tuan saya ialah seorang jawa, mungkin saya seekor kucheng jawa juga. Seronoknya bila saya tahu saya ni ialah jawa. Selamat berkenalan semua....
Haaaa, camna. Seronok berborak dengan Bobo. Tak sangka Bobo pun baca blog i. Ehehhee. Kucheng bleh baca blog??? Wuhuhuuhu...

Kak Nana, Dilla-Bobo, Farid. Abg n kakak ipar ku berpose dengan set sofa dan cat di dinding kaler baru <--- jeles tgk umah chantek...

Mood:~meowww... rindu sama greyyyy~

Nyanyi Sama Saya - Tahajjud Cinta


Tahajjud Cinta - aLLy

Wassup2... Haaaa, mari Nyanyi Sama Saya segmen. Ini kali pertama ye segmen ni dipost dalam blog ni. Utk kali yang pertama ini, dengarla vokal-baru-bangun-tido saya mengalunkan lagu yang berunsurkan kerohanian, Tahajjud Cinta (SNP mintak permisi utk main nyanyi2....). Kepada para peminat, jangan risau anda takkan dapat membeli album saya di kedai. Jangan risau ye. :)

Mood:~Weh, jangan gelak2 kan sore i... :p~

Buat Jahat Jangan Sekali????

Morning uolssss. Pagi2 bangun, terus update kan. Erm, pernah tak ada peribahasa melayu yang membuatkan anda tertanya2. Tertanya2 sambil menghafal maksud sebenarnya <--- yelah, nanti masuk exam. I ada beberapa peribahasa yang agak meragukan maksudnya apabila mendengarnya buat kali pertama. Dah dengar kali kedua pun agak meragukan jugak.
  1. Melepaskan batuk ditangga - melakukan kerja dengan tidak bersungguh2. Ermmm, kalau kita batuk di tangga, kita tak batuk bersungguh2 ke. I kalo batuk di tangga <-- kalo lift rosak, batuk cam biasa je. Ke ada orang yang nak batuk, tapi terasa nak batuk secara main2, dia terus ke tangga. Ataupun, orang zaman2 dulu yang batuk di tangga akan dilabelkan sebagai org yang batuk main2. Entahla???? Ahaaa, i rasa sebab kalo kita naik tangga sambil batuk, kita akan batuk secara tak bersungguh2 sebab da penat sangat kot. Erm, rasanya boleh di ubahsuai peribahasa nih - Melepaskan Batuk di Eskalator. :)
  2. Buat baik berpada2, buat jahat jangan SEKALI - kalau nak buat baik, jangan baik sangat, kalo nak buat jahat, jangan sekali. Haaaa, ni lagilah amat meninggalkan kesan keraguan yang agak mendalam. Kenapa buat jahat jangan sekali, kena berkali2 ke. Contohnya, kalau kita suka tiru assignment kwn kita sekali, kita boleh lah meniru beliau sekali lagi, kerna buat jahat jangan sekali. Ehehehe. Rupa2nya, jangan SEKALI tu maksudnya "jangan sesekali kau buat jahat, jangan sekali pun". Errrr, maksudnya takleh lah nak pinjam assignment utk ditiru walau sekali pun. Waaaaaaa. jahatnya peribahasa nih :)

Ha, akibat batuk2 di tangga, kena pakai mask nih. Herm, walaupun batuk di eskalator ke, batuk di lift ke, batuk di dalam Watson's ke, tetap kena pakai mask :p Jijah, u rowkkk....

Mood:~Uhukk uhukk uhukkkkkk....~

Sunday, October 4, 2009

Jalan Pintas ke Neraka @ TV3 9pm

Jalan Pintas ke Neraka. TV3 @ 9pm. Haaa, da nak start nih. Cepat tgk...

tq: www.youtube.com

Meh tgk citer nih. Marbeles... Rasanya da ditayangkan minggu lepas <--erk x sure. Best best best. Suka tgk Rita dalam cerita nih. Mulus je. Herm, banyak pengajaran citer nih. Jangan mudah terpedaya dengan kasih sayang palsu. Kita memang senang hanyut kalau dihidangkan dengan cinta dan kasih sayang ni, walaupun ia akan memerangkap kita. Remy jahat dalam citer nih. Tapi beliau tetap wink wink wink. Saksikan...

Mood:~Masa tgh search pic ni, kuar plak pic utk Jalan Pintas ke Kajang. Muehehhehe....~

Mana kanta mata I nih???

Uih, penah tak jadi situasi camni??? Anda tengah tgk tv sambil berspek mata. Tetiba anda ingin ke toilet dan membuka spek mata lantas melaksanakan hajat. Sejurus keluar dari toilet, anda lupa kat mana anda letak spek mata anda. Waaaaaa..... Itu yang sedeang terjadi sekarang....

Weh, mana i letak spek mata nih. Da 15 minit mencari-cari, meraba-raba sekitar umah. Tolong... Mana kanta mata I nih???

Mood:~leh miss call spek mata x?????~

Apa yang ada dalam sling-beg anda?????

Haaa, i selalu keluar sambil menslingkan bag di badan. Senang sket. Boleh letak macam2 dalam beg. Apa yang selalu ada dalam beg???

Pic disnap oleh oman (erkkk, guna hset dia gak). Memula suh amik gamba i sekali, tapi dia kata tak nampak la gamba beg tu, sebab i besar sangat. beg tu nampak kecik sangat <--- sengal... diet diet diet...
Herm, wallet n hset wajib la ada. Takyah nak letak kat poket. Makin labuh suar i nanti. Herm, suka tak tgk org yang letak hset kat pinggang, ala yg ada case attach kat belt, pastu letak hset dalam tuh. Erkkk, x suke ah. :p P.S. I Love You. Novel yang da baca hampir 3 minggu (ke sebulan) tapi x sampai lagi setengah buku. Muehehhee..

Lens case+solution+spek mata. Khas untuk emergency case. Kadang2 mata x tahan sangat ngan lens. X selesa, so bawak la menda2 nih suma. Kot2 rasa lens tuh dah rengse sangat, cabut then pakai spek terus. Lega. Takpun, kalo tetiba terasa nak swimming, leh buka lens tuh. Huhhh, ada ke camtu??? Sedikit parfum+bedak <--- erk, untuk per nih??? Emergency kit to revive... :)

Mood:~Eh, x letak pepper spray pun dalam beg. Eh, jap... Ada ke org nak kaco i????~

Saturday, October 3, 2009

BOTOX?????

Taufik n me. Siap2 nak g jalan2. Kebab ada gak, tapi sebab dia yang amik gambar, so dia x nampakla... Ehehheee... Eh, sekali lagi, Kebab tu bukan merujuk ke makanan, dia kawan ku yang bernama kebab, lagipun, mana ada kebab yang pandai snap pic kan??? Tul x???

Fai n me. Haaaaaa, kalo nak tau pic ni disnap sebaik sahaja Fai lepas membotoxkan diri. Kilat2kan, makan ati kak neta... Takdela, Fai memang dianugerahkan wajah yan berunsurkan botox. Ehehheee... <--- jeles jeles....


Grey ngan Omey. Baru perasan muka laling-laling ni sama kan. Laaa, kata anak beranak. Tapi betulke, kalo amik pic kucheng, nanti kucheng ittew akan mati??? Takkanla kot... Greyyyy, jangan tinggal daku...

Mood:~Snap snap snap... Klik klik klik... I loike cam-whoring... Muehehhe...~

Nak shopping??? Tapi nak yang murah??? shop-here-people

Haaa, glam x leather jacket nih. Terjumpa blog ni masa surf blog Hanis cute. This cute-vogue-kelass ko-leather jacket just for RM 60. Murah kan??? Ada banyak lagi. So rajin2 lah g shopblog nih. Ada banyak koleksi lagi. shop here people. Jom shopping, errr shopping utk ku sekali. Muehehhee.....

Mood:~uit... bila payment nak clear nih????~

Raya at CFS IUCTT 2009

Finally, akhirnya... Ada jugak yang ajak g open house. Herm, tak taulah naper tahun ni, so craving 4 open house <---- tapi x de yang nak ajak... Wahahhaha, padan muka ku yang x banyak kawan nih. Kawan2 suma bujang, jadi kemungkinan utk mereka wat open haouse adalah amat sukar sekali. Mungkin kena open-house sendiri dulu.


Bergambar dengan warga CFS. Haaaa, ramai nye yang baru. Eherm-eherrmmm, congrats Kak Mas. Appointed as new director of CFS. Bangga i. Yelah, dapat duk sebelah dean baru. Hhuuhuhuu... Rindu sama CFS...

Mood:~rasa cam nak keje balik la plakssss...~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...