Sunday, September 22, 2013

Benarkah Ia Berair???

Kisah Benar ini ada kena mengena dengan perkataan BENAR. So, benarlah cerita ini sebenar-benarnya.

Ingat lagi kisah TuTi. Kali ini, lain plak ceritanya, namun dari org yang sama. Hahahah. Kemengongan individu ini agak tidak tercapai akal manusia marhaen. Beliau adalah sejenis magis yang begitu magika sekali. Tippie namanya. Eh, terbgtau plak ^_^

Class_83_KTM_Komuter_train,_Kuala_Lumpur

pic: tq ktmkomuter.com

tutt tuuttt. cekechek cekechek. Haa, mesti ramai yang selalu naik komuter. Nak2 kalau yang duduk luar KL. Sonang nak g keje. Naik komuter je. Jimat pun jimat. Takyah nak stress ngan jem. Masuk komuter, cari port baek punya, krohhhh krohhh. Bangun2 dah sampai Batu Caves. Hahahaha.

Ni kes kawan ai yg tak biasa naik komuter. Siapa? Latipah ke TP namanya. Muahahaha. Dia jarang naik komuter. Di kala satu ketika, naik komuter dari Seremban. Ke dia nak g Seremban. Dalam perjalanan nak sampai destinasi, kawan dia pun call. Iyolah, nak  bajet2 time nak pick up kat stesen komuter nanti.

“Oitt, ko dah kat mana??? Dah nak sampai ke???”

“Entah, aku tak sure. Jap aku tgk kiri kanan sket”

“Haa, aku nampak signboard stesen ni, jap eh”

“Alamak, tak nampak sangat lah sigboard nya”

“Kat mana, Bangi? UKM? Serdang?”

“Haa, dah nampak sikit2, aku kat Batang”

“Uit cakap kuat sket, x clear ni haa, putus2”

“Uish, batang apa nih, aku nampak ujung urufnya R”

“Haaa, aku kat BATANG BERAIR!!!!!!!”

Krikkk krikkkk. Dengan magnitud lontaran vokal yang agak besar. Tanpa segan silu menjerit BATANG BERAIRRRRRR. Sejurus selepas itu, barulah jelas nampak signboard  tu yang tertulis…

21300 - Batang benar

pic: tq to sayafaiz.blogspot.com

“Mongokkk!!!!! Batang Benar lah, bukan Batang Berair”

Tettt, tetttt. Line putus. Buat pengetahuan anda, beliau adalah seorang gadis murni yang manis bertudung serta ayu wajahnya. Imagine sket, gadis ala2 puteri gunung ledang, menjerit perkataan BATANG BERAIR kuat2 dalam komuter yang ramai org. Sungguh mengagumkan suasana itu. Muahahahhaa.

mood:~stesen seterusnya, BATANG BERAIR, miahahahhaa~

Saturday, September 21, 2013

Anak puan ni memang tau!!!

Wahai pembaca blog yang budiman, ingatlah bahawa, jika dikau tidak mengenali seseorang itu dengan begitu jelas, janganlah main redah bercerita tentang orang yang dikau agak kurang kenal itu. Nescaya, celakalah dikau nanti ^_^

Uhuiii, memang ai agak sukar nak ingat nama seseorang tu. Sebagai tukang ajar, memanglah tidak ohsem sifat itu. Main redah je panggil nama student. Bertukar-tukar. Imran panggil Azmi, Aziemah panggil Atiqah. Agaknya, para pelajar dah redha, angguk kan jelah bila ai salah panggil. Redho dan pasghah.

Ada satu kes ni, parent datang nak tau perkembangan anaknya. Sampai je meja, terus dipanggil utk menghadap parent tu. Kawan ada bgtau nama anaknya tu, terus terbayang student tu. Masuk je discussion room, tgk muka adik dan emak student tu, confirm terus, itu adalah student yang dibayangkan.

 

“Hi Sir, camna nak anak saya? OK?”

“Ooo, dia OK. Tiada major problem. Cuma dia suka datang lewat???”

“Ehhh, really??? Hari2 saya call dia. At 7am, sharp”

“Ooo, maybe stuck kat traffic jam kot, dia kan duduk luar”

“Ehh?? Nehi nehi nehi, dia stay kat hostel. Hanya sekangkang siamang je dari kolej ni”

“Eh??? Saya ingatkan dia stay luar”

 

Tet tenenet tenettt. Percanggahan fakta di situ. Ooo, kureng tul student, tipu2 ai. Tiap kali dtg lewat, dia bagi alasan traffic jam. Huhhh, siap ko!!! I bagi enambelas mukasurat tutorial.

 

“Puan, kena siasat ni, kenapa dia dtg lewat”

“Betul, SIAP DIA!!!!!!!!”

“Belasah dia puan, belasahh!!!! *ok, ini tipu ^_^

 

Lepas abis discussion, terus bergegas ke kelas seterusnya pulak. Sambil otw nak ke kelas, sempat tanya kawan tadi. Eh, Si X yang mak dia datang tu, yang kurus2 kan. Sama muka mak ngan adik dia dengan dia. Namun…

“Deyy, bukan lah, si X yang tembam2 tu, bukan yang tinggi2 tu, student sendiri pun x kenal. Adoyai!!!”

Haaaaa???!!!! Krikk krikkk. Glup glup glup.

 

mood:~teheee. jangan risau. sib baik sempat clarify ngan parent tu~

Friday, September 20, 2013

Aqiqah–Faqiha Nuryasmin & Mohd Aisy Naufal

Aq AY01

Tudiaaa. Mak Ngah jadi pembuka entri kali ini. Tq Mak Ngah datang rewang2. Pagi2 dah potong timun, bawang, lobak. Yg lain terbongkang lagi. Kah3. Lain kali join lagi yer. Letih yer, sampai tertdo2 Mak Ngah. Hehehhe.

Aq AY02

Filzah Nurhumaira. Dah tak boleh panggil lagi adik lah yer. Kena panggil Kakak. Ni adik ai yer. Bukan anak buah. So, kecik2 dah jadi makcik lah kamu je Jijah. Camna boleh dtg nama Jijah. Tulahh, nama glamer sangat, Filzah. Ujung2 bila org tanya, nama siapa, terus Jijah disebutnya. Teheeee.

Aq AY03

Mohd Aisy Naufal. Anak buah yang kedua. Gebu kan. Beliau sedang dalam percubaan menipiskan bibir. Jangan risau baby, kegebuan bibir adalah trademark keturunan Inchek Mislan. Berbanggalah. Muahahaha. Masih lagi tertanya2 kenapa Aisy sgt takut dgn diri ai. Bila nampak, terkebil2. Bila ai dukung, terus. Menangis cam kena dera. Why Aisy??? Am I too beautiful??? *tetiba ^_^

Aq AY06

Yaa, mari beratur ikut turutan. Diikuti Inchek Mislan dan Yasmin, Sufe dan Aisy serta Iwan dan baby tua yang nak keliling jugak Alisha. Sesi bermarhaban sambil memberi restu. Semoga menjadi insan yang baik dan berguna. Amin.

Aq AY07

Nampak tak? Walaupun masih kecil, mereka dah mula cubit2 sesama sendiri. Serkarang ni, cuma Jijah dan Alisha yang dah ada kaki (boleh berjalan), cuba bayangkan kalau empat2 dah dpt kaki. Mak oiii, meriah Mak Jemah. Sekarang pun dah terjerit2, gaduh2 sepah rumah. Pantang ada mainan, gaduh je. Sib baik ada uncle nya ni yg garang. Boleh lah jeling2.

Aq AY09

Ya rabbi, org sibuk marhaban, ko sibuk nak peace2 yer. ^_^

Aq AY10

Umi, Abah dan Yasmin. Jijah tengah ngorok. Ngamuk2 sebab mata masuk syampu. Hahaha. Terus amukan ablasa lah seketika. Terus tdo tak bangun2. Owh, Yasmin dilahirkan dengan keberatan 4.6kg. Sungguhlah gebu. Jijah dulu pun gebu jugak. Nengok skang, dah mcm retis. Slim kemain.

Jijah, masa first time nampak Yasmin, tanyalah kat dia, siapa baby nih. Confident je dia bagi nama gelaran baru kat Yasmin, Baby Lat. Bila tanya kenapa, katanya sebab bulat. Aiyooo, kecik2 dah pandai yer. Skang ni, sambil nak tdo kan si Yasmin, sambil bagi nasihat kat Yasmin, jangan makin banyak sgt, nanti lagi bulat. Hamboii, sib baik ko tak sound uncle ko ni kan.

Aq AY11Aq AY12

Jemput makan. Semuanya masak sendiri. Ada kurma daging, pajeri nenas, ungkep daging, sup tulang, lempok durian dan lempeng, bubur kacang hijau, ayam rempah. Slrrpp, sape dtg awal, dpt lah merasa. Yang lewat, ujung2 lah.

Owh, tq kawan2 yang sempat dtg. Buck, Haziq, Amni, Faizin, Affa, Man, Aboi, Ling, Fafai. Muah muahhh. Owh, kaler khemah kena ada dua. Biru utk Aisy, Pink utk Yasmin. Cer imagine kalau gabung 4 org buat Aqiqah sekali, mau terus gantung jalur gemilang keliling. Nak empat warna katanya.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aqiqah utk Aisy dan Yasmin. Utk anak ai bila??? Erm… Silalah rujuk kepada…

 

Aq AY100

Makcik-makcik cute nih ^_^

mood:~apahal ai tak sorang2 pakai baju pink??? menchik tau sabotaj. Hahahha~

Tuesday, September 10, 2013

Jely Tonton Apa???

Jom skodeng apa yang terkini di pawagam. Ada banyak gak movie yang ada di pawagam skang. Ayuh, kita tgk apa yg si Jely dah tonton. Ton ton kak tonnnn!!! *sejenis kata kuncikah???

We’re The Millers

We Are The Miller - fanpop

Hahahahha, hahahha hahahhaa. Gelak tak abis2. Kelakar weh cerita nih. Serius hilang stress tgk cerita nih. Camna nak menyeludup dadah dengan sembunyi? Haa, inilah dia inti cerita dia. Mr David nak seludup dadah dari Mexico, tapi nak buat secara sembunyi. Jadi, dapat ide utk buat satu family pelesu. Masalahnya, dia main grab je sesiapa nak jadi family dia. Rose, jiran sexy kebabom (Jennifer Aniston) jadi mak, Casey pompuan gelandangan mana ntah, jadi kakak, Kenny, jiran lelaki dara bawah umah. So, diorang travel ke Mexico naik RV, pura2 ala keluarga bahagia.

Macam2 lah jadinya. Babak yang masih diingati, Kenny kena sengat labah2. Membesau ko teloqnya. Part Jennifer Aniston menari2 ala stripper masa kat workshop RV harus ditonton dengan penuh ketekunan. Mak aih, meletop sungguh cutting badan wanita itu. Yang paling best, last sekali, sebelum credit keluar, ada bloopers. Mak aih, paling sweet masa pasang lagu tema Friends. Hahahha, terkesima Jenny, tak tau nak buat reaksi apa.

Bintang Jely = 3.75/5

 

Tanda Putera

Tanda Putera - wikimedia

Ok, cepat ngaku. Siapa yang nangis masa tgk Tanda Putera? Cepat ngaku. Boleh jadi geng. Uih, bila baca org lain review, ramai yang kata nangis2 masa tgk Tanda Putera. Dalam hati terus terus berkata dengan lantangnya, elehhh, apa barang nangis tgk Tanda Putera. Hambikkkkk, masa Cik Aisl meninggal, sedu2 ok nangis. Dahlah jari2 penuh dengan cheese twisties. Tpaksa kesat2 dengan comotnya.

Sape kata cerita ni rasis? Pooodahhh!!! Tgk dulu baru nak komen. Sibuk nak komen2 feeling2 hebat. Mana ada rasis. Sepak laju2 kang baru tahu. Chup, sib baik Tun ada. Kalau tak, kita panggil MAS tu MAL.

Bintang Jely

3.5/5

 

Pawn Shop

Pawn Shop - horrornews

Krikk krikkk. $^%Q#$^&^*E$#%#(
Sama ada ai yg bangang atau sebaliknya

^W#%@#$%&^%%#$#$@$ *sambung mencarut ^_^

Bintang Jely

0.023/5

 

Meh le sesapa yang nak nonton sama2. Ayuh ramai2 nonton wayang. Kan lagi best kalau diteruskan, nyanyian Negaraku sebelum wayang bermula.

mood:~Negaraku….~

pic:~credit to google.com~

Wednesday, September 4, 2013

Ke Port Dickson plak yeoppp ^_^

Krikkk krikkk. Bunyi cengkerik sebab lama tak update blog. Keh keh keh. Jom kali ni kita g PD pulak. Port Dickson. Idea melepak2 di PD telah diusulkan tanpa rasa segan dan malu oleh ai, bersempena birthday yang baru2 je lepas nih. Hiks. Ayuhh, kita serebu Bayu Beach Resort.

PD 201301

Yasmin dan kakaknya, Jijah. Bertambah lagi adik2 ai nih. En Mislan hampir menggandakan bilangan dozen anak2 beliau. Ayuhhh.

PD 201302

Jijah, Diha, Iwan dan Alisha. Yaa, rabbi Alisha. Nampak kecik je, tapi paling lasak. Tak berhenti bergerak2. Tak kira dengan celoteh ntahapapntah tuh. Beriya2 bercakap, tapi sepatah haram tak faham. Hangguk2 je lah dik oit.

PD 201303

Diha, omak si Alisha. Nengok, baru tahu, anaknya ikut perangai siapa. Kehkehkeh.

PD 201305

Acara merendam kanak2. Supaya menjadi diver yang berjaya. Untung2 boleh ganti Pandalela Rinong. Eh, nama dia ala2 renang lah. Mungkin sebab tu jd diver kot. Baru perasan. Lihat Jijah, tak perlu dipegang. Tinggi menggalah. Woww, melihat kelebaran diri, terus insaf seketika. Cancel plan nak makan KFC. T_T

PD 201308

Gasak ko. Berbanana boat seround. Punyalah berderet, termasuk ngan dua org yang belakang sekali tu (tak kenal pun sape). Terus sejenis bergerak perlahan je. Berat sgt kot. Beriya2 menjerit, nak nak masa jatuh dari banana boat. Joyehh, syiokk meh. Sorang RM 15. Mahal ke idak tu??? OK kot.

PD 201309

Aisy. Sorang lagi anak buah. Baru 4 bulan, 8 kilo. Haa, semangat ko. Gebu cam pakciknya ni ha. Alisha yang dah nak masuk dua tahun, baru 7.2 kilo. Ni kalau di libas tangan kat Alisha, tergolek terus Alisha. Sampai skang, kalau nampak ai, mesti penuh kehairanan. Tak kelip2 mata pandang. Pastu bila dukung, nangis. Huwaaa, napain x suka ai??? napain napain???

PD 201316

Sambut tiga orang sekali. Jimat kek. Tulah, saper suh lahir dekat2 tarikhnya. Kan dah kena share kek. Hahahaha. Dila, Ahan, ai. Ooo, Jijah pantang nampak kek. Yuyuuu katanya.

PD 201310

En Mislan dan askar2nya. Alhamdulillah, semuanya OK. Berjalan lancar. Betullah, kata orang. Apa2 pun, buruk manapun kita, teruk camna kita, biar semua orang tak suka kita, family kita tetap ada untuk sokong kita. Mungkin perkataan sayang jarang muncul dalam perbualan di antara keluarga, tapi percayalah yang mereka sentiasa ada untuk kita.

Akhir kata…

PD 201306

Nak duit raya ^_^

mood:~jerenih oh ayaq kat PD~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...