Wahai pembaca blog yang budiman, ingatlah bahawa, jika dikau tidak mengenali seseorang itu dengan begitu jelas, janganlah main redah bercerita tentang orang yang dikau agak kurang kenal itu. Nescaya, celakalah dikau nanti ^_^
Uhuiii, memang ai agak sukar nak ingat nama seseorang tu. Sebagai tukang ajar, memanglah tidak ohsem sifat itu. Main redah je panggil nama student. Bertukar-tukar. Imran panggil Azmi, Aziemah panggil Atiqah. Agaknya, para pelajar dah redha, angguk kan jelah bila ai salah panggil. Redho dan pasghah.
Ada satu kes ni, parent datang nak tau perkembangan anaknya. Sampai je meja, terus dipanggil utk menghadap parent tu. Kawan ada bgtau nama anaknya tu, terus terbayang student tu. Masuk je discussion room, tgk muka adik dan emak student tu, confirm terus, itu adalah student yang dibayangkan.
“Hi Sir, camna nak anak saya? OK?”
“Ooo, dia OK. Tiada major problem. Cuma dia suka datang lewat???”
“Ehhh, really??? Hari2 saya call dia. At 7am, sharp”
“Ooo, maybe stuck kat traffic jam kot, dia kan duduk luar”
“Ehh?? Nehi nehi nehi, dia stay kat hostel. Hanya sekangkang siamang je dari kolej ni”
“Eh??? Saya ingatkan dia stay luar”
Tet tenenet tenettt. Percanggahan fakta di situ. Ooo, kureng tul student, tipu2 ai. Tiap kali dtg lewat, dia bagi alasan traffic jam. Huhhh, siap ko!!! I bagi enambelas mukasurat tutorial.
“Puan, kena siasat ni, kenapa dia dtg lewat”
“Betul, SIAP DIA!!!!!!!!”
“Belasah dia puan, belasahh!!!! *ok, ini tipu ^_^
Lepas abis discussion, terus bergegas ke kelas seterusnya pulak. Sambil otw nak ke kelas, sempat tanya kawan tadi. Eh, Si X yang mak dia datang tu, yang kurus2 kan. Sama muka mak ngan adik dia dengan dia. Namun…
“Deyy, bukan lah, si X yang tembam2 tu, bukan yang tinggi2 tu, student sendiri pun x kenal. Adoyai!!!”
Haaaaa???!!!! Krikk krikkk. Glup glup glup.
mood:~teheee. jangan risau. sib baik sempat clarify ngan parent tu~
No comments:
Post a Comment