Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Hari Pekerja. Pada mulanya plan nak ke Phu Quoc, last minute tukar ke Jakarta Bandung. Rupa-rupanya ada geng yang tak pernah jejak kaki ke Bandung.
Hari ni nak kongsi penginapan kami di Bandung. Memang jadi rutin kami, bila bercuti akan cuba cari homestay. Sebab pernah ke Jogjakarta, kami stay di hotel. Penyudahnya tak dapat nak hang out sama-sama. Sebab masing-masing duduk dalam bilik lepas penat seharian penat berjalan. Jadi, kami decide, selepas ni, kalau nak staycation ke, vacation ke, memang ambil homestay.
Di Bandung, kami stay di Pine Breeze Loft House. Macam mana jumpa homestay ni? Ground package kami dari Arba Travel. Kenapa ambil pakej? Tak DIY? Sebab dah usia-usia begini, kalau boleh nak dari airport ke airport. Maksudnya, sepanjang trip ada org jemput dari airport sehingga selesai liburan, balik pun ada yang hantar ke airport. Hahaaaa. Ok, berbalik kepada Arba. Kami ambil ground package request tanpa penginapan. Bila tanya Arba, selalunya kalau Arba provide hotel, di area mana? Arba kata kat area Paris Van Java, maka kita carilah yang area sana.
Fuhhhhh, Pine Breeze ni sangat agam. Mewah dan selesa. Harga? Hanya RM600/malam. Kami pergi bertujuh, memang letak plan untuk penginapan RM100 seorang. Jadi bajet semalam untuk homestay adalah RM700. Kira untung juga dapat rendah dari bajet. Rumah ni, kemain lawa!!! Dapatlah rasa kaya dua malam. Hahahaaaa.
Pine Breeze - tiket.com







No comments:
Post a Comment