Saturday, November 1, 2008

Meh Jalan Jalan - Kuantan pt1

Alhamdulillah, selamat pun sampai kat Kuantan. Actually, semalam da nak update entry Kuantan nih. Tapi ada problem with broadband kat bilik shafiq. Penat tulis entry, dummm ilang sumanya. Ehehehhe.

Setelah semalaman tidur sejuk2 kat bilik shafiq (eh, hujan tau kat Kuantan. Kat Damai, x ujan2 5 hari) kami ke East Coast Mall. Cari lunch kat sana. Eh, consider as brunch lah kot. Dah kul 11.30 pg. :D

Rangoli Kollam's drawing competition. Menarik. Jarang ada pertandingan camni. Susah nak tgk camna nak wat nih. Bagus gak lah camni, wat pertandingan, pastu kollam tu x yah buang. So, mall tu x yah susah2 nak wat decoration for deepavali festive. :D

Lepas lepak kat sana, singgah lah jap kat Cherating. Specially-desperate requested by ezwan. Uii... syiokk dapat lepak kat tepi pantai. Agak panas lah jugak. Yelah, kul 2 ptg kat pantai, mau tak terik matahari itu. Singgah gerai jap, pesan air kelapa sebiji. Uihhhhh, dapat minum air kelapa fresh dr buahnya bersulamkan keropok lekor panas. Sedappp.


Okay, this is the World Hunger Selief Week wrist band. Specially sold by Pizza Hut for supporting World Food Programme. So, uols can get this brown-greyish wrist band just for RM 2. Semua wang akan disalurkan ke WFP fund. So, marilah kita beramal sambil bergaya. :D

Erk.... Merry Christmas....!!!

mood: ~x sabar nak g Teluk Chempedak malam nih...~

Friday, October 31, 2008

Going to Kuantan - Again...?

Yeargh... Ezwan, Wawa and me are going to Kuantan, again... Bestnyer. Seperti biasalah, tujuan ke sana nak mengacau kehidupan seorang doktor. Ehehehee. Jahatkan kitorang. Alang2 ada kawan kat sana, mehlah kita guna2 kan dia. :D

Hopefully dapat g Cherating. Erm, bayangkanlah senario di atas. Dapat lepak2 sambil hirup apa2 yang patut. Tettttt...... Hirup bayu laut yang berpuput lembut sepoi-sepoi bahasa. Bestnye. Semoga perjalanan ini dipermudahkan lah hendaknya. Shafiq, sponsor kitorang yer. Ehehehhee..

mood:~last minute plan....~

Meh Makan Makan - HotPot Cafe Damansara Damai

HotPot Cafe @ Damansara Damai. Semalam, jalan2 di area Damansara Damai searching for dinner's place. Asyik mamak jer. Muka pun dah ala2 macam mamak sket2. Tgh jalan2, ternampak plak kedai nih. Macam best jer, apa lagi meh makan-makan.

Signature dish kat kedai ni ; asam pedas ngan gulai lemak cili padi. Wow, pedas2 belaka. Ku pesan gulai lemak daging salai, ezwan plak amik asam pedas ikan kembung. Pergh... gulai lemak cili api tu. Menyengat. Sedap beb. Kalo buat cili mulut org pun best. Dah lama x rasa gulai lemak camni. Selalunya, lemak je lebih, pedasnyer kureng. Tapi kat sini, menyengat sampai ke telinga.

Gulai lemak cili padi daging salai RM 6.50

Asam pedas ikan kembung RM 5.50

Ha, ni ezwan nyer. Tapi ku yang banyak hirup kuahnye. Ehehehhe. Tgk ezwan cam x kisah jer. Erm, sedap gak. Taklah menyengat cam gulai tadi. Tapi cukup rasanya. Masamnyer, pedasnyer. Sodap, mak mertua lalu pun x perasan. Yelah, camna nak perasan, mak mertua pun x der lagi. Muehehhehee. Then, for desert...

Apple crumble with vanilla ice cream RM 3.80

Nice combination of microwave-hot apple crumble with slightly-chilled of vanilla ice cream. Makin ramailah bilangan lemak2 di tubuhku ini. Yehaaa, kena g jogging pas nih. Lepas jogging, singgah kedai ni balik, pesan satu lagi. Uhhuhuhuuu.. Best g kedai ni, n harganya pun murah gak.

Meh Makan Makan meter: ***

Tuesday, October 28, 2008

Jangan pernah BERHENTI BERHARAP

Jangan pernah berhenti berharap.....
Kerna dalam hidup ini...
Pasti ada sesuatu yang indah buat kita semua

Dato' Siti Nurhaliza

Monday, October 27, 2008

Emotion-disorder....

;(
Last published post was 22 Sept 2008..
Its almost >1 month x update blog...
Bulan sedih buat diriku....
;( ;( ;(

"Berhenti Berharap........"

Tuesday, September 23, 2008

2008 Emmy Awards

Ha, semalam berlangsunglah 60th Emmy Awards di Nokia Theatre LA. Smalam sempatlah tgk red carpet. Tak taulah ada ke idak live kat TV.

credit to: http://www.kosmo.com.my/

Senarai di atas adalah untuk anugerah utama. Erm, ingat tak makcik kat cerita Desperate Housewive, Karen McCluskey . Dia menang tau. Guest Actress, comedy series-Katherin Joosten.

mood:~yeaaaa....~

Monday, September 22, 2008

Bestnya jumpa kawan-kawan...

Yearghhh... Berjaya juga buka kat IKEA. Beratur dr kul 5.30 tu beb. Erm... bolehlah tahan buka kat sana. Taklah best sangat, x pulak teruk sangat. Pilihan makanan tu agak terhad. Kuih muih pun ala2 warna yang sangat terang. Cam barang2 IKEA plak tengok kuihnyer. Erm, lauk yang ada ari tu, gulai kari ayam, spicy chicken (ha,yang ni sedap....), mee siam dan lain-lain lagi. So, diberi 3/5 star lah.

Eh, sejak bila IKEA dekat ngan KLCC.

Tak ah, ni kat NZ cafe. Wah, best dapat lepak2 berlatarbelakangkan KLCC. Masa ni lepas buka kat Pizza Hut @ MJ. Best dapat buka ramai2 ngan kawan2. Ada affa, fyzza, fai, oman, taufik, kebab n fukah. Kecoh lah jap. Teringat zaman belaja2 dulu. Bestnyer......

mood:~......~

Jakarta Bandung Mei 2026 - Pine Breeze Loft House, Bandung

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Har...