Wednesday, November 4, 2009

Nyanyi Sama Saya - Tinggal Kenangan

Ye eh Ye oh... Sesi nyanyi2 bersama peminat <--- eh, adake peminat???, muehehhee... Oleh kerana lagu Tinggal Kenangan semakin mesra di telinga pendengar dan penggemar muzik, i akan persembahkan lagu ini dalam versi tersendiri yang agak perasan-suara-saya-sangat-bagus-pitchingya. Hayati yer...

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih


Teringat plak pelatih PLKN kat Kem Jugra ari tu. Diorang da nyanyi lagu ini terlebey dahulu. Semuanya hafal. Sedih plak dengar lagu nih. Rindu sama mereka. Owh, just FYI, this song was sang by Caramel and now Saleem did his rock-cover-version.

mood:~mintak permisi ya syarikat rakaman...~

Tuesday, November 3, 2009

NUS - Sihat semasa 9pm to 9am

Salam bahagia para pembaca. Anda kini bersama Atok Ally dalam segmen Nasihat Untuk Sihat (NUS). Untuk episod yang pertama ini, atok ingin berkongsi tentang rahsia 9pm - 9am. Bagaimana itu??? Apakah itu??? Ahaaaa, cekidauttt....

Atok terbaca artikel ini di Maskulin Dec 2008, yang menampilkan Qi (disebut Chi) sebagai cover nye. Sungguh tampan ye beliau. Atok sangat suka dengan beliau ye, terutamanya lakonan beliau sebagai Budi di Blogger Boy. Owh, atok dapat tahu, 2nd season of Blogger Boy will be aired on next week. Bestnye...

Kembali ke segmen NUS kali ini. Wahai para pembaca yang budiman <--- ceh, nak guna gak perkataan Budi nih..., sebenarnya pada jam 9pm sehingga 9am adalah masa yang diperlukan oleh badan untuk berehat2. Huhhh, 12 jam tempohnye, lama ye para pembaca. Tapi jangan risau, atok tidak bermaksud supaya menyarankan para pembaca tidur selama 12 jam itu. Huhh, x leh nak tgk Gossip Girl kalo pukul 9pm dah tidur. Tak gitu??? Begini caranya... Cekidauttt....

9pm - 11pm
Time for elimination of substance which unneeded by antibody system. Semua bahan2 ini akan disingkirkan di bahagian limfa. Jadi elakkan melakukan kerja2 berat <--- aiyo, dulu2 time ni la start beraerobik, dan atok galakkan mendengar muzik kegemaran para pembaca. Relaxing while listening to Tok Ti's song...

11pm - 1am
Detoksifikasi di bahagian hati

1am - 3am
Detoksifikasi di bahagian hempedu

3am - 5am
Detoksifikasi di bahagian paru-paru. Ahaaa, thats why la para pembaca akan terbatuk2 di kala waktu ini.

5am - 7am
Detoksifikasi di bahagian usus besar. Again, patutla atok suka ke toilet ketika ini. Rupa2nya usus besar atok sedang dibersihkan.

7am - 9am
Penyerapan nutrien berlaku dengan jayanya di usus besar. Oleh itu, disarankan mengambil sarapan pada ketika ini. Penulis menasihati atok supaya tidak mengambil sarapan pagi lewat (9-10am), kerana ia tidak memberikan apa2 faedah.

Jadi, mari bersama2 mengambil ikhtibar <--- eh, da macam rancangan Kisah Benar plak, dari info yang atok berikan. So, try to love urself b4 loved others. Berjumpa lagi dalam episod NUS yang lain. Salam sayang dari atok, ingat!!! dengarlah Nasihat Untuk Sihat... Cekidauttttt....

Mood:~sihat sambil berehat....~

Monday, November 2, 2009

8 jam yang mengghairahkan....

Huhhh, tajuk... Tak menahan... Tapi, that was really happen to me; last weekend. Keghairahan yang sudah lama tidak dinikmati. Huwarghhh, no no no, da macam cerpen #%@%% rasanya. Keghairahan di sini tidak menjurus ke arah ##@$^ itu, namun ke arah kegembiraan bersama rakan2. Dah lama x gembira sakan. Bak kata Fai, silakan enjoy ur life sebelum start ur master. Uhuhuhuuhu...

Keghairahan i bermula pada ketika 8pm di mana kami (Topek, Wawa, Fai n me) berkaraoke ketika itu. Tema karaoke pada malam itu adalah rock. Ceheccehcehhh, cam AF. Siap ada lagu wajib dan lagu tugasan. Lagu tugasan yang diberikan kepada i adalah Cinta Pantai Merdeka. Huhhhh, tak tahu camna bunyiknye, namun bersungguh2 untuk menyanyi lagu itu. Tapi, at last lagu Bunga Angkasa yang dinyanyi. Rock sungguh malam itu, nak nak ketika korus yang mencabar keupayaan vokal i. Owh, tak lupa lagu yang dinyanyi oleh Wawa, sungguh klasik "Cintaku Sampai ke Ethopia"... Sangat ghairah lagu itu. Wehehhee...

Keghairahan tidak berhenti di situ. Kami teruskan keghairahan melampau ini dengan dinner di Kg Baru, kedai nasi lemak kecik. Sodap... Alaa, yang dekat ngan Sekolah Puteri Wilayah, eh x sure plak nama sekolah tu. Puteri Wilayah ke Wilayah Puteri??? Makan petai siut malam itu <---sehingga kini kesannya.... :)

Seterusnya, kami ghairah lagi. A quick-tetiba-brilliant-gilo ape idea came from Topek. Jom naik Genting yok... Yaa... Semuanya bersetuju dengan ghairahnye, kecuali Wawa dengan sindrom eh-betul-ke-tu-org-semporna-yang-dia-kenal. Lantas kami mendaki dengan MyVi Topek yang berwarna white pearl ittew. Sangat mencabar ye perjalanan, ditambah pula dengan gaya pemanduan berhemah plus Charlie's Angel Fai.

Cak... Topek, Fai And Wawa.

Me: U rasa2 candid tak pic kita nih...
Topek: I da abis candid nih... :p

Wawa: Weiii, x nampak la pic aku...
Me: Mak.. Gayat ah naik eskalator...
Fai: Jangan la gedik2, kan da blur pic i....

Erm, x taula naper sejak kebelakangan ini, pose ini menjadi kegemaran.... :)

Mood:~jom jalan2 lagi.....~

Tuesday, October 27, 2009

Bagan Lalang dan Kerepek-kerepeknya...

Huhhh, da lama x g picnic. Tetiba abah ajak plak g bagan. Ada BBQ katanya. Family kastam di KLIA yang organize. So, kitorang adik beradik datang makan je la. Huhuhuhu... Bukan selalu weh camni.

Sebelum ke bagan lalang, singgah kampung dulu. Singgah tabur2 bunga dan doa di pusara arwah mak. Al-Fatihah... Semoga mak tenang di sana. Amin...

Yaa, lepas tu singgah jenguk atuk jap. Atuk demam. x sempat plak nak amik pic, layan atuk borak2. Best la plak dapat borak2 ngan atuk, siap kongsi makan biskut lemak sket. Ehehehe, rebut2 ngan atuk... :p

Selepas itu ye puan2 <--- eh tetiba nada chef wan plak. Selepas tu g serbu kilang kepek kat kampung. Sempat la merembat 2-3 bungkus utk bekalan di pantai dan di umah sewa. Murah weh. Sebungkus itu harganya hanyalah 3 hengget setengah. Murah kan. Mari shopping kepek di Kampung Kundang.

Setelah sampai di bagan lalang, eh bagan lalang??? Kat ner 2? Haaa, kepada sesaper yang tak tau bagan lalang itu di mana, secara geografi ia terletak di antara Morib dan Port Dickson. So kalo sesaper nak berenang dr Morib ke PD, akan singgah di bagan lalang dulu. Secara familinya, bagan lalang terletak berdekatan dengan umah mak ngah i. Ehehhee...

Sampai sahaja di pantai, BBQ sudah bermula. Yehhh, ikan sudah dipanggang beserta hotdog dan rakan2. Yesss.. Makan.. Sebelum makan, amik pic dulu. Barulah org percaya kita berpicnic. Tak gitu cik senah <--- eh, skrip Chef Wan lagi...

Tak sangka bagan lalang secantik ini. Memori lalu membayangkan bagan lalang tidak seindah ini. Mungkin pihak berkuasa dan bertanggungjawab sudah melakukan tanggungjawab mereka. Bagus bagus bagus... Bila pikir2, best gak kalo wat picnic kat sini. Kawan2... Mari...

Shot pic kaki. Shot kegemaran. Ehehhe...

mood:~indahnya pantai... subhanallah....~

Wednesday, October 21, 2009

Beyonce Menunda - Takkan Pasal Sexy jerkkk????

Huuhhhhh... Apsal hangin2 nih <--- hangin = angin yang disebut ketika diri sangat naik angin. Its about postponed-Beyonce-concert tuh. Semangat je dgr album Beyonce bertalu2, supaya leh wat lip miming masa konsert dia. Ehehhee... Cam x jadi je konsertnye. Takpela, tgk video clip pun jadilah. :) Yang hangin sangat nih adalah pasal baca komen2 pasal konsert yang da dua kali tunda nih.
Yes, people have their own right to say what they think. Tapi yang x paham nye, apsal diorang asik bangkitkan isu seksi.
"Haaa, lega Beyoncet x wat konsert. Takde lah pompuan seksi terkinja2 atas pentas tuh" "Kurang sikit maksiat kat Malaysia kalo Diva B x dtg sini..."
"Aphal lah pompuan tu nak pakai seksi2 kalo perform????"
"Tak cukup kain ke nak pakai utk konsert????"
Uih... Takde isu lain ke? Kenalah tgk sisi lain. Apa yang kita dapat kalo Beyonce buat konsert kat Malaysia.
1) Artes2 Malaysia dapat rasa camni. "Eh, apsal selama ni aku wat performance cam ala2 kadar je. Aku kena berusaha lagi nih". Takpun, "Uit, bersungguh2 betul dia wat performance. Kena belajar menari sampai hebat cam dia, aku asik2 berdiri cam tiang je kalo perform". Haaa, kan da meningkat prestasi artis kat Malaysia. Seriously, have u ever watched Beyonce's performance. Energetic.
2) Ramailah yang akan datang melancong ke Malaysia. Masyuk lah duit diorang ke sini. Huhh, kan dah meningkatkan ekonomi negara sekaligus dapat memperbaiki KDNKK negara lantas merapatkan jurang antara rakyat miskin dan kaya lalu mengharmonikan negara serta memertabatkan nama Malaysia di mata dunia. Haaa, nampak tak betapa relatednya konsert Beyonce ngan kemajuan negara. 1Malaysia.
3) Mengeratkan lagi hubungan diantara rakyat Malaysia. Ah Ciu akan mengajak Muthusamy Karupiah dan rakannya Salmah untuk ke konsert. Eh, Merlin anak Pasang pun akan ikut sekali beserta Tengku Shaliza. Haaa, tgk, 1Malaysia kan. Kan dah menyokong saranan Perdana Menteri kita tuh...
Apa2 pun, sangat berharap Beyonce datang Malaysia eh...
mood:~o o ooo o ooo...~

Tuesday, October 20, 2009

Klinik dan Kabinet Failnya...

Wuhuhuuu, cam tajuk citer Doraemon. Takpun cam iklan Tora. "Tora datang lagi dengan kuda berkereta..." Huh, sangat teruja dengan iklan Tora. Tapi x leh nak beli, sebab mahal sangat. Ya, Tora antara snek bercekedis yang agak mahal. Cekedis??? Yer, penah makan cekedis tak. Perisa ayam. Sedap sungguh <--- saper yang tahu pasal cekedis nih, sebaya ngan aku lah nih...

Petang semalam, browse pic2 yang ada dalam phone-yang-selalu-kena-restart-balik nih. tetiba jumpa pic yang diambil masa temankan kak dilla (x de dalam pic, sebab bz wat check-up) g wat medical check-up. Tadaaaa...

Agak klasik kan klinik nye. Klinik yang berada di Kajang nih, sangat klasik cam zaman2 cerita Hapuslah Air Matamu dolu2. Dengan signboard ala2 background utk Wong Fei Hong berkungfu dengan naga. Tak cukup ngan tu, tgk kabinet nye, sangat Hapuslah Air Matamu. Ehehhe... Mula2 g wat check-up kat Klinik Penawar, tapi x de X-Ray plak. Apalah makna sebuah medical check-up tanpa X-Ray kan. So, kenalah cari klinik di sekitar Kajang dan jumpalah klinik nih.

Weols gelarkan klinik nih klinik klasik-seram. Uhuhuhuu... Kalo tgk pic kat atas, yang tudung coklat gelap <--- eh, sama ngan kaler kabinet, tu kak esah. Dan yang sebelahnye tu, didi. Naper diorang tutup2 muka??? Hahahhaaa, reaksi org pas wat gugur subjek, eh gugur anak. Siutttt ajer...

Bukan setakat tu, masa kitorang tgh tunggu result check-up, datang plak segerombolan warga nepal nak wat check-up gak. Mak aih, terasa cam kitorang sebahagian ngan diorang. X pasal2 kena angkut sekali kalo ada serbuan pihak berkuasa sambil diacarakan oleh abg Mazidool. "Seramai 18 org disyaki pendatang tanpa izin ditangkap di klinik klasik-seram di Kajang. Sekian Mazidool untuk 999". Huhhh, naya...

Rindula kawan2 lama kat opis dulu. Lepak2 kat belakang offc sambil makan tanpa henti. Huhuuhu, kalo berenti pun kejap je sebab ada kelas. Balik kelas berkerumun balik kat belakang. Agaknya kalo letak kayu balik sapu jem pun abis kitorang makan. Uhuhuu..

Utk kawan2 ku yang dirindui. Kak Dilla & Linda - IIUM Matrix PJ, Kak Esah & Angah - KLMU, Didie - Baitulmal, Kak Ikin - KLIUC, Kak Nurul - Master UKM, Kak Elin - JKR, Eliz - Sabah eh Sarawak kot... Rindulah masa dolu2... Jom reunion... Jom...

Pic Grey nyorok2 balik langsir lepas kena marah sebab curi ikan atas meja... :)

Mood:~rindu kat kawan-kawan...~

Sunday, October 18, 2009

PapaDom di Alamanda

Meh jalan2 lagi. Lama x g jalan2. Asyik duk umah tdo jer. Beruang pun tak hibernate selama i. Ehehhee, patutla da macam beruang sket. Hang-out ngan Fai n Zack aka Kebab. Ehehhee, ni lah Kebab yang selalu diceritakan ittew. Amik gambar dan gambar lagi. Huhhh, yang dinding oren tuh adalah pic di sebelah magazine store. Sambil2 tunggu fai browse new mags, kitorang cam-whoring la jap. Sampai kedai spek mata pun amik pic. Geleng2 kakak yang jual tuh. Kalo beli takpelah, ni x beli <--- alasan: eh, spek mata itam ni kena pipi i la... Wahahhaa salahkan spek mata, padahal pipi sendiri da macam letak ibu roti. Curi2 pic kat beg stall plak. Uhuhuuhu, kakak tu ala2 terkejut. Yelaa, apsal amik2 pic ngan beg dia. Dan, x beli lagi yer. Amik je pic. :)

Pas jalan2, tgk Papadom. Eh, bukan beli papadom kat food court dan tengok papadom tu beramai2 di tepi eskalator sambil disaksikan para pelajar Sekolah Alam Shah yang bersebelahan dengan Alamanda itu. Bukan sama sekali. Tgk Papadom-2009FFM Best Movie. Sedey sedey dan sedey. Good job Afdlin. Antara babak yang meruntun jiwa dan menggeletek jiwa...

1) Babak Yvonne terpaksa makan papadom en saadom. "Pakcik, kalo kitorang x diet, camna nak dating ngan Jhonny Depp. Ok la, kitorang makan papadom". Ehehhee, comel dia sebut papadom, pelat2 sket.

2) Saat, papa saadom (Afdlin) meluahkan perasaan kat anaknya, Mia (Liyana Jasmay). "Abah <---erk, lupa la apa yg afdlin shauki bahasakan diri., rindu Mia. Abah takde sesaper kat sini. Abah sorang2 je..." Tsk tsk iskkkk....

3) "Hey bodoooo" Yvonne skali lagi menggegar panggung. Kalimah ini dilaksanakan dengan sempurna kepada Scha. Saat Scha sibuk nak fitnah Mia ada skandal papa saadom. Spontan je minah tu sebut. Hambik ko Scha <--- eh, apsal emo kat Scha nih???

4) "20 A??? Gila ke apa??? Bila masuk ko belajar nih???" Ehehhe, patutnya kalo anak dapat 20 A, reaksi pertama ibu bapa adalah Wow!!! Amazing!!! Wonderful!!!. Ni tak, bila Mia cakap dia dapat 20 A, ayat2 di atas lah yang diucapkan oleh papa saadom. :)

5) Eh, jangan kuar panggung ye kalo da abis. Ada extra scene Wajib Tayang (Que) ngan Mia. Mia geletek bear kat baju WT, dan WT tahan geli campur sedap. Wuhuhu, sempoi lah diorang.

Kesimpulannya, marilah tgk Papadom ramai2. Best dan best. Tengok yer <--- sambil wat jari good di kedua2 belah tangan.


Mood:~Erm... Cerita Santau cam best jerk... Yok semua...~

Jakarta Bandung Mei 2026 - Pine Breeze Loft House, Bandung

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Har...