Tuesday, November 10, 2009

Bowling @ Ampang Point

Erm, tiada idea nak dicurahkan di sini... Marilah menghayati gambar2 ini. Bermain boling bersama rakan2 adalah satu perkara yang menyeronokkan. Kerana??? Kerana kita tak perlu score dengan bersungguh2... Hanya kegedikan yang diutamakan...

Dari kiri.... cepat jalan!!!! Eh, terkawad plak... Dari kiri: Topek, Fai, Man, Kebab dan Din. Me??? Im the one behind this E71 camera... :)

Tadaaaa... Hermmm, gagah tak saya mengangkat buku sambil bergambar. Ehehheee...

Tak aciii... Kenapa saya dijadikan subjek sampingan?????

Melepak2 di Pelita bersebelahan Ampang Point... Just wondering, why muka I sorang je clear???? :)

Me as next-hip-hop-wannabe... Wassuup wassuuupppp...

Mood:~masih terasa malu akibat terlepas bola ke belakang semasa bermain boling.... hiks3~

Saturday, November 7, 2009

Berjalanlah kau sebelum kau dipenyetkan.... :p

Oh... No... Jangan amik pic i... I dah dipenyetkan... Ehehhe... Penyet??? Wawa kena penyet??? Apakah perbuatan ittew???

Tadaaaa... Ada can leh ganti kak Maria Tunku Sabri nih... Jalan jalan cari makan @ Waroeng Penyet @ The Curve... Huiyoooo, dinner kan The Curve... Kayanye saya... Huhhhh, ala2 nebes bila org ajak dinner kat sini. Berapa juta hengget sepinggan ini... Namun, demi ingin terasa masakan penyet nih, terpaksa lah setuju-sambil-kira2-duit-di-wallet-secara-maya...

Makanan di atas digelar "Lele (Ikan Keli) Penyet bersama Nasi Putih". Herm, harganya??? RM 6.90 + RM 1.90. Makan ngan mineral water, tambah lagi RM 1.90. Campur tax dan sebagainya, sumanya RM 10.70 satu set. Huih, murahnye. Kalo makan McD saiz large lagi mahal nih. Jadi, sangkaan saya yang dinner di The Curve adalah mahal dan utk org kaya adalah salah. Jadi marilah dinner di sini....

Haaa, nampak nombor besaq2 tuh... Nombor yang diberi oleh cik waitress setelah memesan pesanan. So, jangan risau la kalau x dapat makanan yer. Lagipun servis kat sini agak cepat. Gembira... <--- sebab lapar x sabar2 nak makan...

Kelate vs Nogori utk Piala Malaysia... Sokong mana yer????

Mood:~sokong nogori sebab ada kena mengena ngan Rita.... Ehehhee...~

Pisau Cukur - Panas!!! Ole!!!

Yes... Berjaya jugak tgk Pisau Cukur... Wawa, last minute plan, sorry x ajak <--- nebes, nanti kena marah... PC... Herm... OK filem tu. Kalau nak release tension. disyorkan tgk cerita ini. Jalan cerita menarik. Bak kata ramai yang telah review, filem ini adalah filem komedi kategori pandai. Takla sampai part ketawa-sebab-kesian-tgk-pelakon-buat-lawak-yg-x-lawak...

Seperti biasa, antara part yang menarik dan tertarik kau memang da boom!!!

1) Fazura dengan ayat2 penuh berjenama. "Oh, my Prada!!!", "Oh, Dior!!!"... Kelas...

2) Faqir yang macho tapi cute serta humble... Suka dengan dia dalam cerita ini.

3) Part Aaron "I mengaku i salah... Tapi, u ni x lah lawa sgt..." Aksi bertiang dengan Fazura. Shekshiii.. I loike....

4) Maya dengan aksi menari cha cha bersama Faqir yang superb... Go girlll...

5) Rafidah terselit jd receptionist kat Spa "Nanti i suruh pekerja i naik penyu g cari minyak cengkih.."

Eh, bila difikir2 kan. Adegan semuanya menarik... Jalan cerita menarik. Cumaaa.... Agaknya banyak sangat cerita nak disampaikan, so isu x dikupas dengan sekupas2nya... Satu lagi, cerita ini agak mendatar... Kalo buat graf, garis lurus akan berada di tahap itu je.. Takde turun naik... Not so drama la filem nih..

Apa2 pun, filem ini dikategorikan sebagai WAJIB TONTON... Ops, jangan keluar panggung selepas abis cerita nye. Tgk adegan2 yang x jadi... :)

Owh, nak tgk magik...

Tanpa lens...

Dengan lens... Magik kan...??? :D

Mood:~Panas!!! Ole!!!~

Wednesday, November 4, 2009

Sila bersyukur bersama saya sekarang...

Ya, mari memanjatkan kesyukuran beramai2. Alhamdulillah. Finally, siap gak keje yang dibuat secara bersungguh2 namun berkala... Mengapa berkala? Sebab kadang2 buat, kadang x buat. Dan kala x buat itu lebih lama dari kala buat. :)
Haaa, lihat... Betapa bersungguh2nya saya. Dengan buku yang penuh di atas meja <--- sila lihat cover hset baru saya ye... Syabas bethe... <--- sambil nyanyi lagu Gemilang-Ella dan Gemilang-Jac... Huhhhh... Syukur... Takkan siap keje i kalo tanpa restu dariNya. Akhirnya, status ku dah bertukar. Dari berstatus penganggur sepenuhnya, ke status penganggur separa masa. Hopefully, dalam masa terdekat ni, bertukar terus status nya ke pelajar sepenuh masa.

Haaa, kantoi plak tgh mengyoutube AC Sempoi. Ehehhee... Yes dan pic buku dan buku lagi... Fazdly... please prepare urself to another phase of ur life. Dont play2 yer. Tapi kata Milo, play more learn more. Camna tuh??? Bersemangat ye En Fazdly yang perasan-cute-tapi-memang-cute-nih...

Kenapa saya tidak suka amik foto berukuran passport...
Sebab inilah...
Saya tidak dapat pose senget2 sambil sembunyikan dagu kedua saya...
Waaaaa...



Mood:~sedapnya lagu tinggal kenangan-caramel iniii~

Nyanyi Sama Saya - Tinggal Kenangan

Ye eh Ye oh... Sesi nyanyi2 bersama peminat <--- eh, adake peminat???, muehehhee... Oleh kerana lagu Tinggal Kenangan semakin mesra di telinga pendengar dan penggemar muzik, i akan persembahkan lagu ini dalam versi tersendiri yang agak perasan-suara-saya-sangat-bagus-pitchingya. Hayati yer...

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih


Teringat plak pelatih PLKN kat Kem Jugra ari tu. Diorang da nyanyi lagu ini terlebey dahulu. Semuanya hafal. Sedih plak dengar lagu nih. Rindu sama mereka. Owh, just FYI, this song was sang by Caramel and now Saleem did his rock-cover-version.

mood:~mintak permisi ya syarikat rakaman...~

Tuesday, November 3, 2009

NUS - Sihat semasa 9pm to 9am

Salam bahagia para pembaca. Anda kini bersama Atok Ally dalam segmen Nasihat Untuk Sihat (NUS). Untuk episod yang pertama ini, atok ingin berkongsi tentang rahsia 9pm - 9am. Bagaimana itu??? Apakah itu??? Ahaaaa, cekidauttt....

Atok terbaca artikel ini di Maskulin Dec 2008, yang menampilkan Qi (disebut Chi) sebagai cover nye. Sungguh tampan ye beliau. Atok sangat suka dengan beliau ye, terutamanya lakonan beliau sebagai Budi di Blogger Boy. Owh, atok dapat tahu, 2nd season of Blogger Boy will be aired on next week. Bestnye...

Kembali ke segmen NUS kali ini. Wahai para pembaca yang budiman <--- ceh, nak guna gak perkataan Budi nih..., sebenarnya pada jam 9pm sehingga 9am adalah masa yang diperlukan oleh badan untuk berehat2. Huhhh, 12 jam tempohnye, lama ye para pembaca. Tapi jangan risau, atok tidak bermaksud supaya menyarankan para pembaca tidur selama 12 jam itu. Huhh, x leh nak tgk Gossip Girl kalo pukul 9pm dah tidur. Tak gitu??? Begini caranya... Cekidauttt....

9pm - 11pm
Time for elimination of substance which unneeded by antibody system. Semua bahan2 ini akan disingkirkan di bahagian limfa. Jadi elakkan melakukan kerja2 berat <--- aiyo, dulu2 time ni la start beraerobik, dan atok galakkan mendengar muzik kegemaran para pembaca. Relaxing while listening to Tok Ti's song...

11pm - 1am
Detoksifikasi di bahagian hati

1am - 3am
Detoksifikasi di bahagian hempedu

3am - 5am
Detoksifikasi di bahagian paru-paru. Ahaaa, thats why la para pembaca akan terbatuk2 di kala waktu ini.

5am - 7am
Detoksifikasi di bahagian usus besar. Again, patutla atok suka ke toilet ketika ini. Rupa2nya usus besar atok sedang dibersihkan.

7am - 9am
Penyerapan nutrien berlaku dengan jayanya di usus besar. Oleh itu, disarankan mengambil sarapan pada ketika ini. Penulis menasihati atok supaya tidak mengambil sarapan pagi lewat (9-10am), kerana ia tidak memberikan apa2 faedah.

Jadi, mari bersama2 mengambil ikhtibar <--- eh, da macam rancangan Kisah Benar plak, dari info yang atok berikan. So, try to love urself b4 loved others. Berjumpa lagi dalam episod NUS yang lain. Salam sayang dari atok, ingat!!! dengarlah Nasihat Untuk Sihat... Cekidauttttt....

Mood:~sihat sambil berehat....~

Monday, November 2, 2009

8 jam yang mengghairahkan....

Huhhh, tajuk... Tak menahan... Tapi, that was really happen to me; last weekend. Keghairahan yang sudah lama tidak dinikmati. Huwarghhh, no no no, da macam cerpen #%@%% rasanya. Keghairahan di sini tidak menjurus ke arah ##@$^ itu, namun ke arah kegembiraan bersama rakan2. Dah lama x gembira sakan. Bak kata Fai, silakan enjoy ur life sebelum start ur master. Uhuhuhuuhu...

Keghairahan i bermula pada ketika 8pm di mana kami (Topek, Wawa, Fai n me) berkaraoke ketika itu. Tema karaoke pada malam itu adalah rock. Ceheccehcehhh, cam AF. Siap ada lagu wajib dan lagu tugasan. Lagu tugasan yang diberikan kepada i adalah Cinta Pantai Merdeka. Huhhhh, tak tahu camna bunyiknye, namun bersungguh2 untuk menyanyi lagu itu. Tapi, at last lagu Bunga Angkasa yang dinyanyi. Rock sungguh malam itu, nak nak ketika korus yang mencabar keupayaan vokal i. Owh, tak lupa lagu yang dinyanyi oleh Wawa, sungguh klasik "Cintaku Sampai ke Ethopia"... Sangat ghairah lagu itu. Wehehhee...

Keghairahan tidak berhenti di situ. Kami teruskan keghairahan melampau ini dengan dinner di Kg Baru, kedai nasi lemak kecik. Sodap... Alaa, yang dekat ngan Sekolah Puteri Wilayah, eh x sure plak nama sekolah tu. Puteri Wilayah ke Wilayah Puteri??? Makan petai siut malam itu <---sehingga kini kesannya.... :)

Seterusnya, kami ghairah lagi. A quick-tetiba-brilliant-gilo ape idea came from Topek. Jom naik Genting yok... Yaa... Semuanya bersetuju dengan ghairahnye, kecuali Wawa dengan sindrom eh-betul-ke-tu-org-semporna-yang-dia-kenal. Lantas kami mendaki dengan MyVi Topek yang berwarna white pearl ittew. Sangat mencabar ye perjalanan, ditambah pula dengan gaya pemanduan berhemah plus Charlie's Angel Fai.

Cak... Topek, Fai And Wawa.

Me: U rasa2 candid tak pic kita nih...
Topek: I da abis candid nih... :p

Wawa: Weiii, x nampak la pic aku...
Me: Mak.. Gayat ah naik eskalator...
Fai: Jangan la gedik2, kan da blur pic i....

Erm, x taula naper sejak kebelakangan ini, pose ini menjadi kegemaran.... :)

Mood:~jom jalan2 lagi.....~

Jakarta Bandung Mei 2026 - Pine Breeze Loft House, Bandung

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Har...