Monday, October 10, 2011

QR Code – apakebendakahitu?

pernah perasan tak image camni… sambil2 jalan kat klcc ke, sebelah uniqlo… tetiba nampak menatang nih…

QRcode uniqlo

then, dia suh scan image nih… huhh, gmana nak wat… apakah perbuatan ini??? dan yang paling penting, image apakah ini? *psss, memula ai ingat, menda2 nih utk iPhone user je… haks…

ok, this is what we called QR code – Quick Response code… sila click en Wikipedia – QR code… so, dgn QR code, kita hanya perlu scan image, automatically, ur browser will browse site yang sepatutnya… contohnya…

“eh, santek la baju kat uniqlo nih… apa nama website nye eh? alaa, malas lah nak taip… leh tak kalo tak nak taip web address…”

haaa, boleh ye kawan2… scan je QR code uniqlo… terus je browser kita akan nyossss ke site uniqlo… mudah kan… di Korea, diorang da guna QR code ni utk online shopping… mudah kan…

“eh, camna nak scan QR code??? alaaa, malas lah bawak scanner yang besar2 tu, pastu nak scan plak QR code nih…”

eh, tak payah ye nak  g tekap scanner tu kat QR code… kita leh guna telefon pintar kita… BB pun bleh ye… tapi, kena download software nya… free je… g kat AppWorld, then lorong haji taib taip je QR code scanner… tada… I guna Jared nye… mudah… cer cuba…

“leh tak ai nak generate QR code utk belog saya??? ai nak promotekan QR code tu kat FB ai… baru nampak canggih…”

boleh ye kawan2… g je website QR Code Generator… ada manyak… ko gugel je… kali ni, ai guna yang ini…

 QRcode tutorial

http://qrcode.kaywa.com/

haa, uolss letakkan je lah url belog uols kat situ… tadaaaa… terus dia generate… pastu, leh guna QR code tu, utk promote or link to ur blog… cool isnt…? cer cuba… cerrr…

haaa, ni utk belog ai…

QRcode-tujuhhariseminggu

~QR code – tujuhhariseminggu~

boleh lah kita letakkan QR code ni kat FB kita ke… kat twitter kita ke… so, kan ke mudah utk rakan2 pembaca mengakses belog kita… benar ke idak???

camna ai tahu pasal menda nih??? haaaa… td dengar segmen Azli On Air kat Bernama Radio 24 di frekuensi 93.90… segmen ni setiap pagi weekdays, jam 7.30-8am… bagus weh segmen nih… banyak menda2 baru kita belajar… sambil2 jem di kala pagi… cuba dengar… haaa, tahukan anda bahawa kita boleh gunakan telefon pintar kita utk jadi mesin swap credit card???? haaaa… menarik kan…

mood:~wahh, pagi2 da wat tutorial~

Thursday, October 6, 2011

LIBAS… hiyahhhh…

hollo… terbaca review pasal LIBAS kat utusan td… ai memang suka baca film review nih… so, at least dpt expect apa yang sepatutnya dr film tuh… best ke idak… so, review Libas best x??? sila baca sendirik… he3…

pink libas

para pelibas…

sebenornya, ekasited nak update entri pasal Libas ni sebab…

ally pink jijah

baju pelakon yg dedem tu sama ngan baju ai… ha3… tu je… jijjj, lama bebeno tak dgr cerita kamu kan…

mood:~haaa, ni pic di kala h1n1 dolu2… pakai mask sebab gedik2 nak nampak lain… ha3…~

Wednesday, October 5, 2011

jom manipedi

manipedi??? manipedi a/l manipaidam kah??? bukan ye anak2… mani=manicure (tenyeh2 tangan), pedi=pedicure (godek2 kaki)…

woot wooottt… anda mempunyai kuku tangan yang bergerigi2 seperti dii gigit… inginkan kuku yang lebih bersinau, sehinggakan mahu bersalaman dengan sape saje yang dijumpai… jika anda adalah seorang pensyarah/cekgu, inginkah anda selalu tunjuk2 nota di buku student dengan penuh keyakinan kerana kuku anda santek…

jom manipedi sesama… jom… selalu, standard paling murah pun, RM 60 utk basic manipedi… skang, dengan hanya RM38, dpt manipedi, leg massage, leg scrub… huihhh, best ooo, manja2 kan kaki tangan camni… jom jom jom…

milkadeal pedimani

serbu Milk-A-Deal skang…

ayuhhh… ke arah kuku yang bersinau dan berseri… mari ramai2…

mood:~ok, kembali tulis menulis, opsss, kena taip pelan2, nanti kuku calarr… ha3…~

Thursday, September 15, 2011

Riang Ria Aidilfitri 2011

woot wooottt… salam aidilfitri… wah… x sangka da nak hampir 2 minggu beraya… open house pun masih lagi rancak… nampaknya misi mengecilkan diameter pinggang akan semakin gagal… hahhaha… ok, jom layan pic raya ari tu… 1st raya kat Kg Kundang, Selangor… kat mana tu??? eh, bukan kat Kundang yg dekat2 rawang tuh… Ni kat area Tg Sepat, Morib…

raya 1

tadaaa, tema taun ni hijau2an… lihat, gambar ini telah melambangkan betapa gembiranya pihak Jackel apabila kain2 baju dibeli secara borong utk pihak wanita… he3… utk kaun2 adam, telah saya borong kain nya di Bandung… cuba lihat baju saya, terlampau berkilau kan… bukan bermaksud nak overshadow inchek Mislan… ini adalah kerana, inchek tailor telah terbalik kain semasa jahit baju saya… patutnya yg kilat tu kat dalam… huwaaaa… terus jadi kain banner baju raya tuh… sekilometer da nampak… hu3…

raya 8

ini keluarga En Husin dan Pn Aim… lihat, mereka pun membeli kain di Bandung, dan yg kaler coklat itu pun menjadi mangsa keadaan juga… maka, keluarga atok Basiran agak mencapap di pagi raya… ha3… eh, nampak familiar tak Puan Aim yg bertudung merah tu??? uhh, glamer, pernah keluar JJCM… sebab meniaga di Stadium Shah Alam… kalo sape2 nak berkenalan, singgahlah gerai minuman mereka di Pasar Ahad di Stadium Shah Alam… sebut nama Jely 3 kali, pasti tidak mendapat diskaun… ha3…

raya 9

atok Basiran… ni atok belah abah… atok tak sihat sgt… terjatuh kat toilet masa bulan puasa aritu… tapi, nampak cam gembira sket di hari raya… yelah tgk telatah cucu cicit yang tak berapa waras sgt… ha3…

raya 2

oo, ini bukan rumah atok saya… ini rumah nenek sedara… cantik kan…

raya 3

inilah mangsa baju terbalik seterusnya… ha3…

raya 4

ini adalah sesi atok sedara cuba berlari utk menyelamatkan kuih raya nya dr abis dibelasah oleh adik ai, sambil ai memerhatikan apakah ada kuih raya lain disebalik rak itu… haaaa… penuh drama kan…

raya 5

peace

raya 6

pic ini disnap oleh kerana kaler kereta itu seakan2 kaler baju ai… sadis… T___T

raya 7

pic ini pula disnap, kerana secara kebetulan, warna baju2 kami seolah dinding tuan rumah… sangatlah segan kami… hu3…

ally fb2

aksi dicium paksa… ha3…

IMG_1743

lihat, filzah sgt suka main belon…

cats

hiii, nama saya yeyen.. sib baik tuan saya tak antar ke Petknode… kalo tk mesti saya da kurus…

mood:~nantikann part seterusnya… kat Kedah pula…~

Thursday, September 8, 2011

Churp Churp ‘Bridesmaid’ Screening

selamat ari raya… da syawal ke 10… masing2 x abis beraya lagi kan… open house apa tah lagi yer… makin dedemm lah ai… hu3… ok ok… last tuesday, dpt tgk ‘Bridesmaid’ screening show organized by Churp Churp… Thanks again RedMummy… ternampak plak kak red shout kat FB… terus komen, dpt tgk… tq

bmaid 1

kul 830 da g amik tiket… eksaited… ai menda2 free camni memang eksaited… ha3…

bmaid 2

x sempat nak beramah mesra ngan ChurpChurp’s representative… diorang pun bz gamaknya… so, ai snap je la pic nye… agak2nya, ni lah kot Michelle yg antor email kat ai… agak2nya la… teheee…

bmaid 3

dapat dua tixs…

Bridesmaids-Movie-Poster

~Bridesmaid 2011 – Universal Pictures~

wehhh, happening ye cerita nih… just imagine, ada 5 pengapit yang masing2 perangai berbeza… Lillian-Maya Rudolph (yg nak kawen) pilih Annie-Kristen Wiig-main cast, kwn baik dia jd maid of honor… tapi, Helen-Rose Byrne, kwn baru Lillian dr opis future asben cuba nak celah bedah… Helen ni kaya yer… so, bergaduhlah Lillian n Annie nak jd yang terbaek… tambah plak kisah Rita, mak org yg hott dan suka funluchluchhgaret… asik ngadu pasal anak2 laki dia… Becca, sorang lagi yang ala2 lurus bendul… sayang kat laki sgt2… bila berjumpa Becca n Rita, sorang garet, sorang lurus, haaa, x ke kecoh… Megan, minah ganas dedem yang sesuka ati ganas x kira tempat… bayangkan berenam ni bergabung… haiyooo…

ilang stress tgk citer nih… nanti kalo tgk, make sure fokus masa…

diorang suma tgh fitting baju utk wedding… then sakit perut, food poisoning… sapekah yang berries dalam sinki??? sapekah yg terberries di tgh jalan sambil pakai gaun leret2 rega ribu2…

masa Annie nak amik attention si abg polis… dia ulang alik kat tepi keta polis sambil wat macam2 aksi supaya polis tu tahan dia… cuba kira berapa kali dia ulang alik… yang tak menahan, ada aksi bawa keta tanpa pemandu… hu3… ooo, baidewei, polis itu hot…

aksi rebut2 mic masa bagi ucapan utk pengantin… hohohoohohooh…

so, Bridesmaid di pawagam hari ini… 8Sept2011… serbu… eh, jap2… jemput makan…

bmaid 4

nasi lemak kat Toast Box, betul2 bawah escalator naik ke GSC itu…

bmaid 5bmaid 6

tq daus temankan… lap u… jemput makan *mak aih, besonye muka ai…

mood:~…~

Thursday, August 25, 2011

Cochranean 99–Buka Puasa 2011 gathering

coch99 1b

assalamualaikum… manistakkurmaini??? eh, eh… silap channel plak… pekaba semua… ai tau, suma rindu  kat ai kan??? *eh… perasan kah kamu???

nak story pasal Buka Puasa 2011 – Cochranean 99… buat kat sekolah tuh… lihat di atas, Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane formerly known as SMK Jalan Cochrane… meremang seiii bebulu reroma bila masuk sekolah balik… lalu kat korridor… bau2 bangunan sekolah… rindunyehhhhhh…

coch99 2

inilah korridor yang dimaksudkan… *eh, ni nak tunjuk pic korridor ke, nak tunjuk pic ai… muahahha… ye, tema majlis adalah Back to School… akibat keterlanjuran dalam pengembangan lemak2 dan otot2 di badan, maka baju sekolah lama tidaklah muat lagi… maka, terpaksalah mengimprovisasikan pakaian back to School itu… hu3…

coch99 6

Cochranean SPM 1999… mak haihhh, da hampir 12 taun yang lepas… amakt kertu yer… hu3… this event was held at Dewan Sekolah… terasa kecik plak tgk dewan sekolah balik… dulu, masa muda remaja, besau bebeno tgk dewan itu…

coch99 4

slrpppp…. *oitttt… lap sket air liur tuh… haaa, siap ada coklat fountain limpah2 lagi… huwaaaa… camna nak kurus… saje je diorang nih… seriously… sgt sedap buka puasa ngan coklat ini… nyum nyummm slrpppp…

coch99 5

door gift…. school book, school badge n key chain… aiyoo, zaman2 sekolah dulu campak2 buang2 je buku… bila da bebeso nih, sgt suka tgk buku sekolah balik… teringat dulu2, wat nota sejarah adalah sejenis penderaan terhadap emosi dan otot2 pergelangan tangan… sampai tembus2 dakwat ke page sebelah sebab menyalin nota beserta perasaan geram…. ha3…

coch99 8

tadaaa… ghost-bird… eh, silap… burung hantu… our alma mater… nak tau nape burung hantu??? yelah, cochranean kan suma rajin membaca buku… stay up malam2 utk ulangkaji… spt burung hantu yang berjaga malam… kan kan kan??? iyolahhh tu… *rasanya, ai lebih persis dengan hantu berbanding burung hantu… hiks…

coch99 16

lompat2 ramai2 dalam gelap… hu3… kat tennis court nilah tpt perhimpunan pagi2… sambil nebes2 kalo tak pakai tie ari isnin… jalan dengan memanjangkan leher di depan pengawas supaya rambut tidak melepasi kolar baju… gigit2 kuku bila perasan bahawa diri ini terlupa utk memotong kuku… hahaiii… memori…

ooo, kalo kat cochrane, sape2 yg langgar peraturan, cth, kalo tak pakai tie, abislah baju sekolah kena cop ngan rubber stamp tuh… “melanggar peraturan sekolah”… mencabar nak basuh baju lepas tuh…

coch99 17

aktiviti tahunan… musical chair… kecoooohhhhhhhhh sekampungggg!!!!! yang menjerit tanpa sebab… yang duk senggol punggong org lain… terbuktilah bahawa, saiz punggong yang mantap dan padat bukanlah pengukur kejayaan… kerna, yg menang adalah yang berpunggong kecil sahaja… ha3…

sesi pic di sana sini…

coch99 31

huihh, nakal tak kami????

coch99 23

inilah bekas wakil kumpulan nasyid cochrane yang asyik tumpas di pusingan awal akibat gagal membezakan antara lagu pop dan lagu dakwah… hiks… *thanks Nana, Aimi, Shelly sbb organize partayyy ini…

coch99 22

sesi pic bersama2… ooo, tidak ramai yang semakin dedem… hanyalah saya sahaja T____T

coch99 20

lihat, cuba utk kelihatan langsing dengan mengangkat separa kaki ke atas ketika bergambar… namun… hahahhaa…

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar… dapat juga buka puasa kat sekolah… agak bertuah bila dpt schoolmate yang nak lagi get together, walaupun selepas berbelas2 taun… syukurrr…

so, puasa pun nak abis nih… salam aidilfitri… semoga kita dapat bergumbira bersama keluarga tersayang… jadikan aidilfitri kali ini lebih indah dari biasa… akhir sekali…

terimalah…

coch99 1a

-COCHRANEAN SPM BATCH 1999-

kami semua lahir pada…

coch99 25

mood:~taun dpn da 30 woiiittttt….~

Monday, August 22, 2011

SUKA–Bumbu Bali–Cochrane Road School

yeaa… alhamdulillah… sempat juga buka puasa sama2 ngan kwn2… walaupun x semua kan… seriously, this year nye ramadhan, masing2 bz… ngalahkan retis…

IMG_0112

on Friday… @ SUKA CafĂ©… Kat tepi Hotel Istana, 1st floor of One Residency… Affa, Kerb, me, Fyza n Syafique… Nice place… Santek… Food??? OK la… x banyak sgt pilihan, tp ok laaa…

IMG_0406

ok, on Sunday we went to Bumbu Bali, Bdr Puteri Puchong… makan makanan Bali… Siap memagang segala… big portion ok… kenyang… hu3… Christian, Zack, Affa, me, Oman n Jijie… eh, shirt I pakai nampak hampir sama plak… he3… nampak benorrr suka kaler tu je…

sabtu aritu paling mengghairahkan… ha3… buka puasa kat school…

coch99 1a

haaa, back-to-school… owhhh, terasa sgt mudaaa… sporting masing2.. walaupun lg sket je nak 30an… tp, ngalahkan budak2 perangai… happening… sgt syahdu, bila g school balik… tgk2 kelas, dewan, lab… aduhaiiii… da nak kena roboh school nih…

coch99 2

haaa, pelajar sekolah tak ai???? hiks….

mood:~nak raya dah eh???~

Jakarta Bandung Mei 2026 - Pine Breeze Loft House, Bandung

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Har...