Friday, June 16, 2023
Umrah Ramadan Syawal 2023
Thursday, August 18, 2022
Review: Pengabdi Setan 2 (Syaitan sungguh)
Salam Semua. Dah tengok Pengabdi Setan 2 (PS 2)? Woiii, seram woiii. Maaf lah kepada sesiapa yang tengok kat GSC Setapak Central Hall 7, 12/8/2022 jam 9.30pm. Memang jerit tak peduli kiri kanan.
1. Perhati betul-betul part awal, sebab kat situ ada penjelasan kenapa dari PS 1 hingga PS 2, hal-hal aneh tak dibongkarkan. Kalau rajin, bacalah serba sedikit mengenai Konferansi Asia Afrika 1955.
2. Kalau PS 1, kita seram tengok rumah kampung tu kan? Dengan design ala-ala rumah Conjuring. Pastu dekat hutan pulak tu. Kau tengok lah tempat tinggal PS 2 ni. Seram. Lagi seram, mesti ada yang duduk rumah macam tu. Aiyokkk, mesti takut nak balik rumah sendiri. Hahahhaha.
3. Tenung betul-betul setiap jiran warga penduduk kat tempat tinggal PS 2. Setiap orang ada 'sumbangan' kepada keseraman PS 2. Yang main ten-teng, yang buang sampah, yang tengok tv. Eh semualah. Eh, siapa dulu pernah duduk kat rumah flat, lepas tu ada tempat buang sampah di setiap tingkat. Haaaaa, hati-hati Rokiah lepas ni kalau nak buang sampah.
4. Karakter utama kelakar. Jadi, taklah seram dan murung sepanjang masa. Adalah gelak-gelak sambil kau menjerit keseraman. Lagipun, kebanyakan cerita seram / hantu, karakter mesti murung 24 jam. Eh, dah lah tension tengok hantu, bertambah tension tengok pelakon yang murung berpanjangan. Namun kat PS 2, karakter semua menarik. Kat PS 2, kita akan tahu kenapa dan mengapakah Bront begitu. Ahaaaaa.
5. Kau, bersedialah. Bila mula je babak seram, TAK BERHENTI. Yang sesak nafas tu, siap sedialah. Yang suka tutup muka sambil tengok cerita seram, kau tutup je muka tu sampai habis, tak payah nak mengintai-ngintai. Pastu kau jerit je sampai habis. Macam AKU. Hahhahahaa.
Kau rasa berbaloi beli tiket wayang, sebab pengarah memang belanja jumpscare, subplot. Belanja sungguh-sungguh. Cukup! Sudah! Pergi tengok semua.
Selamat menjerit semua.
mood: ~ kena tengok 3 kali ni, baru habis tonton 100% ~
Wednesday, August 12, 2020
Cara Menjana Kod QR
Sejak akhih-akhir ni, Kod QR (Quick Response) banyak kelihatan di mana-mana. Musim pandemik covid19 ni, nak masuk mana-mana premis kena scan kod QR. Gunakan aplikasi MySejahtera atau mana-mana aplikasi yang sesuai. Penggunaan kod QR sebenarnya memudahkan capaian ke laman web. Tak payah lah nak taip alamat laman web secara manual.
Mudah sebenarnya nak jana kod QR ni. Nampak macam canggih je kalau guna kod QR ni. Bayangkan kalau letak kod QR kat kad nama, nak pergi laman web kita atau mana-mana page, scan sahaja kod QR tu. Nampak macam canggih lah sikit.
1. Layari laman sesawang di bawah:
https://www.qr-code-generator.com/
2. Lepas tu, isilah alamat laman sesawang yang korang nak. Eh, nak letak alamat FB pun boleh. Manalah tahu ada orang nak berkenalan, kau suakan je kod QR tu.
3. Lepas tu, cuba tengok belah kanan, dah ada kod QR untuk alamat yang korang letak. Senang kan.
Extra tips: Eh, korang nak pautkan ke gambar pun boleh. Ni kira teknik berkenalan level atas-atas ni. Ada orang wewiiit wewwitt tepi koridor, tanpa berlengah, pergi kat orang tu, suruh dia scan kod QR untuk gambar korang. Haaaa, menarik tak? Dah, pergi generate kod QR korang.
Saturday, May 9, 2020
Memori Mak 02
Sunday, April 19, 2020
Memori Mak
Monday, December 23, 2019
Sept 2019 - Trip Birthday ke Banda Aceh 02
Thursday, November 21, 2019
Sept 2019 - Trip Birthday ke Banda Acheh 01
Jakarta Bandung Mei 2026 - Pine Breeze Loft House, Bandung
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Har...
-
Meh jalan2 lagi. Lama x g jalan2. Asyik duk umah tdo jer. Beruang pun tak hibernate selama i. Ehehhee, patutla da macam beruang sket. Hang-o...
-
Eh, apakah lembaga hitam itu? Gagah seperti pengawal peribadi yang segak dan perkasa. Keh3. Itulah saya yang bertugas sebagai usherette di...
-
uit... tpaksa wat entri satu lagi... sebab nak riak2 sket... selepas tgk blog cik dini ... ai nak gojes gak... skang, pic2 yang diletakkan d...













