Tuesday, October 27, 2009

Bagan Lalang dan Kerepek-kerepeknya...

Huhhh, da lama x g picnic. Tetiba abah ajak plak g bagan. Ada BBQ katanya. Family kastam di KLIA yang organize. So, kitorang adik beradik datang makan je la. Huhuhuhu... Bukan selalu weh camni.

Sebelum ke bagan lalang, singgah kampung dulu. Singgah tabur2 bunga dan doa di pusara arwah mak. Al-Fatihah... Semoga mak tenang di sana. Amin...

Yaa, lepas tu singgah jenguk atuk jap. Atuk demam. x sempat plak nak amik pic, layan atuk borak2. Best la plak dapat borak2 ngan atuk, siap kongsi makan biskut lemak sket. Ehehehe, rebut2 ngan atuk... :p

Selepas itu ye puan2 <--- eh tetiba nada chef wan plak. Selepas tu g serbu kilang kepek kat kampung. Sempat la merembat 2-3 bungkus utk bekalan di pantai dan di umah sewa. Murah weh. Sebungkus itu harganya hanyalah 3 hengget setengah. Murah kan. Mari shopping kepek di Kampung Kundang.

Setelah sampai di bagan lalang, eh bagan lalang??? Kat ner 2? Haaa, kepada sesaper yang tak tau bagan lalang itu di mana, secara geografi ia terletak di antara Morib dan Port Dickson. So kalo sesaper nak berenang dr Morib ke PD, akan singgah di bagan lalang dulu. Secara familinya, bagan lalang terletak berdekatan dengan umah mak ngah i. Ehehhee...

Sampai sahaja di pantai, BBQ sudah bermula. Yehhh, ikan sudah dipanggang beserta hotdog dan rakan2. Yesss.. Makan.. Sebelum makan, amik pic dulu. Barulah org percaya kita berpicnic. Tak gitu cik senah <--- eh, skrip Chef Wan lagi...

Tak sangka bagan lalang secantik ini. Memori lalu membayangkan bagan lalang tidak seindah ini. Mungkin pihak berkuasa dan bertanggungjawab sudah melakukan tanggungjawab mereka. Bagus bagus bagus... Bila pikir2, best gak kalo wat picnic kat sini. Kawan2... Mari...

Shot pic kaki. Shot kegemaran. Ehehhe...

mood:~indahnya pantai... subhanallah....~

Wednesday, October 21, 2009

Beyonce Menunda - Takkan Pasal Sexy jerkkk????

Huuhhhhh... Apsal hangin2 nih <--- hangin = angin yang disebut ketika diri sangat naik angin. Its about postponed-Beyonce-concert tuh. Semangat je dgr album Beyonce bertalu2, supaya leh wat lip miming masa konsert dia. Ehehhee... Cam x jadi je konsertnye. Takpela, tgk video clip pun jadilah. :) Yang hangin sangat nih adalah pasal baca komen2 pasal konsert yang da dua kali tunda nih.
Yes, people have their own right to say what they think. Tapi yang x paham nye, apsal diorang asik bangkitkan isu seksi.
"Haaa, lega Beyoncet x wat konsert. Takde lah pompuan seksi terkinja2 atas pentas tuh" "Kurang sikit maksiat kat Malaysia kalo Diva B x dtg sini..."
"Aphal lah pompuan tu nak pakai seksi2 kalo perform????"
"Tak cukup kain ke nak pakai utk konsert????"
Uih... Takde isu lain ke? Kenalah tgk sisi lain. Apa yang kita dapat kalo Beyonce buat konsert kat Malaysia.
1) Artes2 Malaysia dapat rasa camni. "Eh, apsal selama ni aku wat performance cam ala2 kadar je. Aku kena berusaha lagi nih". Takpun, "Uit, bersungguh2 betul dia wat performance. Kena belajar menari sampai hebat cam dia, aku asik2 berdiri cam tiang je kalo perform". Haaa, kan da meningkat prestasi artis kat Malaysia. Seriously, have u ever watched Beyonce's performance. Energetic.
2) Ramailah yang akan datang melancong ke Malaysia. Masyuk lah duit diorang ke sini. Huhh, kan dah meningkatkan ekonomi negara sekaligus dapat memperbaiki KDNKK negara lantas merapatkan jurang antara rakyat miskin dan kaya lalu mengharmonikan negara serta memertabatkan nama Malaysia di mata dunia. Haaa, nampak tak betapa relatednya konsert Beyonce ngan kemajuan negara. 1Malaysia.
3) Mengeratkan lagi hubungan diantara rakyat Malaysia. Ah Ciu akan mengajak Muthusamy Karupiah dan rakannya Salmah untuk ke konsert. Eh, Merlin anak Pasang pun akan ikut sekali beserta Tengku Shaliza. Haaa, tgk, 1Malaysia kan. Kan dah menyokong saranan Perdana Menteri kita tuh...
Apa2 pun, sangat berharap Beyonce datang Malaysia eh...
mood:~o o ooo o ooo...~

Tuesday, October 20, 2009

Klinik dan Kabinet Failnya...

Wuhuhuuu, cam tajuk citer Doraemon. Takpun cam iklan Tora. "Tora datang lagi dengan kuda berkereta..." Huh, sangat teruja dengan iklan Tora. Tapi x leh nak beli, sebab mahal sangat. Ya, Tora antara snek bercekedis yang agak mahal. Cekedis??? Yer, penah makan cekedis tak. Perisa ayam. Sedap sungguh <--- saper yang tahu pasal cekedis nih, sebaya ngan aku lah nih...

Petang semalam, browse pic2 yang ada dalam phone-yang-selalu-kena-restart-balik nih. tetiba jumpa pic yang diambil masa temankan kak dilla (x de dalam pic, sebab bz wat check-up) g wat medical check-up. Tadaaaa...

Agak klasik kan klinik nye. Klinik yang berada di Kajang nih, sangat klasik cam zaman2 cerita Hapuslah Air Matamu dolu2. Dengan signboard ala2 background utk Wong Fei Hong berkungfu dengan naga. Tak cukup ngan tu, tgk kabinet nye, sangat Hapuslah Air Matamu. Ehehhe... Mula2 g wat check-up kat Klinik Penawar, tapi x de X-Ray plak. Apalah makna sebuah medical check-up tanpa X-Ray kan. So, kenalah cari klinik di sekitar Kajang dan jumpalah klinik nih.

Weols gelarkan klinik nih klinik klasik-seram. Uhuhuhuu... Kalo tgk pic kat atas, yang tudung coklat gelap <--- eh, sama ngan kaler kabinet, tu kak esah. Dan yang sebelahnye tu, didi. Naper diorang tutup2 muka??? Hahahhaaa, reaksi org pas wat gugur subjek, eh gugur anak. Siutttt ajer...

Bukan setakat tu, masa kitorang tgh tunggu result check-up, datang plak segerombolan warga nepal nak wat check-up gak. Mak aih, terasa cam kitorang sebahagian ngan diorang. X pasal2 kena angkut sekali kalo ada serbuan pihak berkuasa sambil diacarakan oleh abg Mazidool. "Seramai 18 org disyaki pendatang tanpa izin ditangkap di klinik klasik-seram di Kajang. Sekian Mazidool untuk 999". Huhhh, naya...

Rindula kawan2 lama kat opis dulu. Lepak2 kat belakang offc sambil makan tanpa henti. Huhuuhu, kalo berenti pun kejap je sebab ada kelas. Balik kelas berkerumun balik kat belakang. Agaknya kalo letak kayu balik sapu jem pun abis kitorang makan. Uhuhuu..

Utk kawan2 ku yang dirindui. Kak Dilla & Linda - IIUM Matrix PJ, Kak Esah & Angah - KLMU, Didie - Baitulmal, Kak Ikin - KLIUC, Kak Nurul - Master UKM, Kak Elin - JKR, Eliz - Sabah eh Sarawak kot... Rindulah masa dolu2... Jom reunion... Jom...

Pic Grey nyorok2 balik langsir lepas kena marah sebab curi ikan atas meja... :)

Mood:~rindu kat kawan-kawan...~

Sunday, October 18, 2009

PapaDom di Alamanda

Meh jalan2 lagi. Lama x g jalan2. Asyik duk umah tdo jer. Beruang pun tak hibernate selama i. Ehehhee, patutla da macam beruang sket. Hang-out ngan Fai n Zack aka Kebab. Ehehhee, ni lah Kebab yang selalu diceritakan ittew. Amik gambar dan gambar lagi. Huhhh, yang dinding oren tuh adalah pic di sebelah magazine store. Sambil2 tunggu fai browse new mags, kitorang cam-whoring la jap. Sampai kedai spek mata pun amik pic. Geleng2 kakak yang jual tuh. Kalo beli takpelah, ni x beli <--- alasan: eh, spek mata itam ni kena pipi i la... Wahahhaa salahkan spek mata, padahal pipi sendiri da macam letak ibu roti. Curi2 pic kat beg stall plak. Uhuhuuhu, kakak tu ala2 terkejut. Yelaa, apsal amik2 pic ngan beg dia. Dan, x beli lagi yer. Amik je pic. :)

Pas jalan2, tgk Papadom. Eh, bukan beli papadom kat food court dan tengok papadom tu beramai2 di tepi eskalator sambil disaksikan para pelajar Sekolah Alam Shah yang bersebelahan dengan Alamanda itu. Bukan sama sekali. Tgk Papadom-2009FFM Best Movie. Sedey sedey dan sedey. Good job Afdlin. Antara babak yang meruntun jiwa dan menggeletek jiwa...

1) Babak Yvonne terpaksa makan papadom en saadom. "Pakcik, kalo kitorang x diet, camna nak dating ngan Jhonny Depp. Ok la, kitorang makan papadom". Ehehhee, comel dia sebut papadom, pelat2 sket.

2) Saat, papa saadom (Afdlin) meluahkan perasaan kat anaknya, Mia (Liyana Jasmay). "Abah <---erk, lupa la apa yg afdlin shauki bahasakan diri., rindu Mia. Abah takde sesaper kat sini. Abah sorang2 je..." Tsk tsk iskkkk....

3) "Hey bodoooo" Yvonne skali lagi menggegar panggung. Kalimah ini dilaksanakan dengan sempurna kepada Scha. Saat Scha sibuk nak fitnah Mia ada skandal papa saadom. Spontan je minah tu sebut. Hambik ko Scha <--- eh, apsal emo kat Scha nih???

4) "20 A??? Gila ke apa??? Bila masuk ko belajar nih???" Ehehhe, patutnya kalo anak dapat 20 A, reaksi pertama ibu bapa adalah Wow!!! Amazing!!! Wonderful!!!. Ni tak, bila Mia cakap dia dapat 20 A, ayat2 di atas lah yang diucapkan oleh papa saadom. :)

5) Eh, jangan kuar panggung ye kalo da abis. Ada extra scene Wajib Tayang (Que) ngan Mia. Mia geletek bear kat baju WT, dan WT tahan geli campur sedap. Wuhuhu, sempoi lah diorang.

Kesimpulannya, marilah tgk Papadom ramai2. Best dan best. Tengok yer <--- sambil wat jari good di kedua2 belah tangan.


Mood:~Erm... Cerita Santau cam best jerk... Yok semua...~

Tuesday, October 13, 2009

You Kawen, Dia Tunang, I???


"Hello, abg ally ye, nak jemput datang i kawen nih"
"Assalamualaikum, Fazdly. Bz ke? Weekend ni bz x? Nak ajak datang i tunang"
Uit???? Apsal ramai sangat tunang n kawen nih???

Kawan2 saya. Susunan mengikut gambarajah, bermula dengan I yang berspek-mata-itam-sebab-lens-rengse-kena-air-cond. Turutan secara clockwise yer. I, Affa Vanja, Herda, Ayu, Man Oman, Fyza Rahim, Abg Apik, Fukah, Fai, Azyyah. Kawan2 di UKM dulu. Yeraghhhhh, weols la aerobic's team yang terhebeetttt tuh.. :)

Herda dan Azyyah dah tunang. Pastu kawen la. Waaa, makin kurang dah geng2 solo nih. Ehehhee... Kalo dipikir2, memang patut beranak pinak skang. Tapi entahla... Takde jodoh lagi. Tapi kadang2 takut gak. Kalo semuanya da kawen, tinggal kita sorang2. Waaaa, nebesnyer...

Oleh itu, kawan2. Jangan lupakan i yer... Walaupun da kawen ke, nak beranak pinak ke, da beranak cucu ke, jangan lupakan i yer...

Mood:~sentimental~

Saturday, October 10, 2009

3 Perkara Yang Saya Tengah Buat...

Update dan terus mengupdate. Pagi2 di Pulau Indah yang indah dan permai nih, saya tengah melakukan 3 perkara:

1) Sedang asyik melayan album Tahajjud Cinta - Tokti. Herm, walaupun yang lain2 sibuk memasak dan ada yang sedang membakar kek, saya tetap melayan kesyaduan dengan lagu2 yang berunsurkan kerohanian ini.


2)Mengadjust kamera lama milik saya. Belajar untuk fokus dan tidak fokus. Lihat hasilnye... Ermmm, sama je... :)

3) Mengeget kaki grey sambil mencium2 kucheng itu tampa henti. Lindu sama greyyyy...

Mood:~herm... syahdu betul pagi2 sabtu ni, hujan plak tuh....~

Friday, October 9, 2009

Blog for FT - Ingin Kereta, Laptop, Blackberry???


Wow, boleh menang kereta, laptop, blacberry... Wah wah <--- gaya iklan raya PTPTN. Herm, pertandingan apa nih??? Ye, just read about this article kat Budiey. Blog For Federal Territory. This competition was originally generated from brilliant idea of our Menteri Wilayah Persekutuan - YB Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin. Special created to encourage public to blog about the FT of KL, Putrajaya and Labuan.

Herm, so blogger2 sekalian, marilah mari, kita mengundi <--- eh, silap lagu, itu utk pengundi kat Bagan Pinang. Marilah kita menyertai nya. Bagaimana??? Memula kenala register dulu. Harusla kan, kalau tak camna nak sertai. Dah register, pastu leh lah submit entri anda. Herm, entri pasal apa yer. Apa2 saja yang explain FT positively and beautifully. Anything about FT - nature, heritage, life or any related subjects that close to you. Submit sila submit.
Herm, then jangan lupa plak nak baca T&C for this competition. Owh, paling penting, entri must be exclusively in Bahasa Melayu or English. So, x leh campur2 n rojak like my entri. Cannot ye... :) Sila layari Blog For Federal Teritory.

Mood:~Mari, sertai lah bersama2 dan vote antara satu sama lain. Ehehhee~

Jakarta Bandung Mei 2026 - Pine Breeze Loft House, Bandung

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Har...