Wednesday, February 23, 2011

trip ke bandung–post1

ni post update2 cepat2 manja2

hi kawan2… hi… hi… <--- eh, x de org sedar pun ai x update blog… patot x de yg jawab hi ai.. hahhaha… apsal plak nak sensitip2 nih… shejuk sgt kot kat bandung nih…

ok… nak hupdate pasal bandung letih2 plak… maklumlah… shopping di pasar baru adalah sgt mencabar… pelbagai skill digunakan… skill1-convert Rp ke RM secara pantas dan tuntas… skill2-membuka mata seperti pandangan ikan utk mencari barangan yang dicari… skill3-menahan napas sedalam2nya sebab ada plak org isap rokok dalam sempit2 tuh… mencabar…

agaknya, sebab tu org bandung ni kebanyakan nya slim2… adalah sedas dua yang ala2 nak sesaiz ngan ai… sebab kehidupan yg mencabar… ada satu lg sebab nape mereka di bandung slim2…

kerana…

mereka makan…

ayam kurus

ayam kurus… kita kat msia makan ayam gebu… peace…

mood:~sedang mengah2…~

Tuesday, February 22, 2011

wossshhhhh…

di kala post ni publish, ai da terbang… hu3… auto publish… jadi, doakan la saya selamat pergi dan pulang… moga2 dipermudahkan segala urusan… dan kalo dpt wifi kat sana… boleh hupdate2 apa yg perlu…

IMG00520-20110222-0946

backpacker tak saya??? hahhahhaa…

mood:~wooosshshhhhh…~

Monday, February 21, 2011

trip ke bandung–pre3

huhuiii… makin nak g, makin berdebar2… yelah, 1st time ke obersea, semuanya urus sendiri… moga2 dipermudahkan… amin… ok, as for last post for pre Bandung, nak tambah info sesikit…

6) makan makanan pemakanan

brownies-kukus-amanda

brownies kukus

haaaa, ini la part yang ai nanti2kan… makan2… harus dipentingkan dan difokuskan… supaya diri setaraf cik maria tunku sabri… hu3… shuhhh Qi, pas ni ai plak yang jd pengacara JJCM… jgn marah Yuna ai shoohhh Qi u… <--- eh, ini lawak je tau… jgn tweet2 marahkan ai plak… <--- eh, ko artis ke org nak tweet2 pasal ko… peace…

pisang salai

slrpppp… culik dr mamailahfazilah

ok, sejurus pengumuman yang ai nak ke bandung dibuat , adalah sedikit pesanan dari rakan2 di sini… cuba teka apa yg mereka pesan… kain?? telekong?? kad kawen?? no no no… PISANG SALAI BERSALUT CHEESE… berbungkus2 di order… sedap ke makanan nih??? ntah, x pernah rasa… tapi nak g cari kat sana… ibu Kartika Sari tunggu saya di sana ya…

katanya, makanan di sana adalah murah… bayangkan, utk 4-5 raksasa org  makan seperti raksasa di restorang yang dikira hebat, reganya cumalah RM 30++… wowww… ini kira hebat… leff bandung sudah… tapi, x tau la benar ke idak??? nantikan hupdate ai yer…

ooo, hati2 bila nak minum di Bandung… kalau bleh, kita minum2 dr air botol mineral sahaja… takut perut tak tahan, nanti cirr birr… apalah ertinya rombongan ke bandung jika diri anda cirr birr… nak makan pun, pliss cari gerai yang ok2… utk langkah keselamatan… <--- alamak, camna ai nak try test eskrem durian asli di tepi2 jalan???

7) airport tax

300px-Bandung-airport

alamak duit da abis

haaa, tuan2 dan puan2… silalah simpan duit utk airport tax siap2… dalam Rp 75,000 seorang… jangan nanti, terpaksa pose2 kat airport, x leh nak balik msia, sebab duit utk bayar tax da abis… terpaksa call kedutaan msia… masuk paper HMetro… “Akibat Tamak, Hidup Merana” <--- paper HMetro kan sangat2 sadis headline nye… hahhahaa….

ermmm, ada gak yang suh prepare duit2 selit di airport… perlukah??? sampai 100,000 tu… uih, x mo la… nanti kte tgk, bagaimana kesnya kalo tiada duit selit2 diberi… adakah berbeza… ataupun sama…

jadinya, x saba pun ada… takut pun ada… x saba sebab nak belibelah… takut sebab suma plan sendiri… hu3…

mood:~ok, masa utk packing brg2…~

Sunday, February 20, 2011

trip ke Bandung–pre2

eh, sebelum apa2… trip ke Bandung nih belum berlangsung lg… hehhehee… sebab tu ai letak pre kat title tu… kira, apa yg ada kat dalam post pre nih, suma info yg dpt masa survey2 utk ke bandung…

jadi… ari tu da set nak terjah jalan dago… then dapat plak book kat dago guest house… eh, FaraNadz pun g bandung rabu nih… bleh lah jumpa di sana… so, bila baca2 blog pasal trip ke Bandung, ramai yg timbulkan isu pasal teksi…

3) teksi

Blue_Bird_Taxi_small

teksi burung biru???

ramai yang berpesan, kalau nak naik teksi… paksa diorang guna meter… paksa dan paksa… sebabnya ramai yang dah terkono… cuba bayangkan… bila naik teksi bermeter, tambang sebenar lebey kurang Rp 25,000… tapi, ada yang terkena sampai Rp 125,000… haaa, berapa kali ganda itu… so, silalah naik teksi yang menggunakan meter… teksi bluebird ke vios ke… pak supir… guna meter yaaaaa…

4) tukar duit… jutawan…

juta rupiah

kami jutawan

yea… kita kena cari pengurup wang yang berlesen serta menawarkan kadar tukaran yang lumayan… my fren da g tukar kat midval… RM 345 = Rp 1,000,000… ai tak tukar lg nih… jumpa kat subang dia letak RM 347… aloo, mahal la plak… x pe… berdasarkan khabar angin, di area2 mydin jalan TAR, boleh dpt lagi best… so, nak ke sana la… kalo jumpa nanti, ai bgtau yer…

oooo, ada baca gak, lebih baik gunakan credit card jika boleh… lebih2 lg kalo shopping klat FO, mesti guna credit card… sebabnya, kadar tukaran lebih best, sebab tak yah lalu money changer… kira x de org tgh… dpt info dr Hazmin… swap swap sehingga nanges melihat bil… hahahhaa…

tapi kan… bila matawang cam banyak2 kosong nih.. nebes gak salah convert… takpun, cam besar je nilainye… bayangkan kalau nak g toilet pun 500… cam mahal je bunyi nyer… kan kan kan… <--- x de ape yg setuju… ai sorang je yang rasa camtu….

update: tukarlah wang anda di pengurup www.thebestrate.com, berdekatan starbuck – Nando’s… di Sungei Wang…

5) sehelai sepinggang???

beg kosong

spenda pun x leh bw ke???

gila ah, tips tunggang langgang… kejap pasal hotel, kejap pasal duit… tetiba pasal baju2 plak… lantaklah yer… layan kan je… kenapa kena sehelai sepinggang? sebab, dikatakan bahawa sesi check beg di Bandung airport adalah secara manual… jadi, kalo bw beg berbondong2, pasti mengambil masa yang lama utk selesai pemeriksaan… satu lagi, kalau bw hand luggage je, x yah la nak pose2 tunggu beg berjalan2 manja di atas conveyer belt… touch je Bandung, lari2 anak, terus ke pak imigresen… terus check2 luggage… jalan…

tapi, seperti lumrah alam… ai memang sejenis yang bukan boleh tak membawa pakaian kalo ke mana2… kalo nak tdo umah member dua hari pun beg kiri kanan…ini kan nak ke obersea lama2… cehh, cam lama je… tgk la camna, kurangkan lah sket barang2 kot… ntah le…

mood:~x sempat nak search pasal makanan… pas ni yer…~

Saturday, February 19, 2011

trip ke Bandung–pre 1

misi: trip bajet 5d/4n ke bandung

survey… jangan tak survey… bila ingin bercuti dengan bajetnya supaya bajet nampak cool, sesi survey itu penting… iyer… setelah survey, mari kongsi ramai2… supaya yang lain dpt la bercuti ke Bandung dgn bajetnya… hu3…

1) di mana???

haaaa, gelabah… bila search kat google pasal bandung, tgk google maps… besau plak bandung nih… nak stay kat mana nih… berbalik kepada objektif asal, iaitu beli belah, maka kami telah memutuskan utk stay di sekitar Jalan Dago… telah dikatakan bahawa, sepanjang Jalan Dago itu ada Factory Outlets – FO, juga berdekatan dengan Pasar Baru…

Pasar Baru itu adalah bangunan 7 lantai yang penuh dengan entiti yang boleh memporak perandakan nilai wang anda… hahahha… dikatakan juga bahawa, tidak cukup jika diperuntukkan sehari suntuk di sini… wowww, amazing… sorgaaa sorgaaa… jom shopping…

2) penginapan

haaa, oleh kerana nafsu membeli belah adalah berkadar songsang dengan nilai simpanan wang yang ada, maka silalah simpan impian utk duduk di hotel limabelasbintang… hu3… so, jom carik bajet hotel… so, we choose to stay at guest house…

Rumah ebo

Rumah Ebo

culik informasi serta pic dr Cik Peah… santek kan… dekat ngan shopping places katanya… terus serang rumah ebo site… uhhh, tiada respon dr pihak berwajib… alaaa… sib baik ada ibunda kepada salah satu anggota rombongan ada g bandung last week… malangnya... penuh sudah rumah ebo…

outside-dago-guest-house

Dago Guest House

tadaaa… dapat carik yang seterusnya… kelihatan santek… dan memuaskan… baca review pun ok… terus g dago guest house site… booking, dan yessss… confirmed… Rp 419,200.00 utk 2 twin AC room for 2 nights… lebeh kurang RM 145.00… 2 malam lagi, walk in sudah… nak cari hotel yg betul2 bersebelahan FO ke… supaya shopping menjadi lebih intim…

~~~

setakat ini dulu… nanti yang lain hupdate later… nak survey pasal tpt makan… nilai mata tukaran wang asing… dan nak search tips2 di bandung… see ya…

mood:~ada mee bandung tak kat sana???~

Friday, February 18, 2011

Cochranean 99 gather lagi….

jom main kira2… berikut adalah soalannya…

inchek Jely mula bersekolah menengah pada tahun 1995… dia berjaya melanjutkan pelajaran menengahnya di Cochrane Road School gara2 terover tulis bahagian sukan ketika mengisi borang kemasukan ke asrama Yayasan Selangor… dia berjaya mengSPMkan diri pada tahun 1999… berdasarkan pernyataan berikut, sila bajet umur inchek Jely ketika ini berapa??? 20??? ya benar…. hhahahaha…

diam tak diam, sedar tak sedar, da 12 taun tuh tinggalkan sekolah menengah… lama tu weiii… walaupun lama, geng2 cochranean 99 slalu gak wat gathering… buka puasa sama2… g PD sama2… g menyemak kat McD sama2… g makan bufet sama2… sonok weh… melihat betapa sebenarnya memang benar bahawa… kadar kelebaran tubuh berkadar langsung dengan masa… hihhihihi…

weekend ari tu, g melepak di Thai Buffet Steamboat… Kat area Taman Dagang, Ampang… sangat teruja hendak pergi ke gathering, lebih2 lagi ia dilakukan di restoran secara bufet… I loike…

coch 1

baiklah, acara dimulakan dengan sesi berbual mesra sambil menghupdate kisah2 terkini… selalunya, kisah2 peribadi mereka yang tidak hadir ke event ini… ahahhaa… dalam erti kata lain, “sape tak datang, dia yang kena gussip”…

coch 2

tadaaa, geng2 remaja… remaja kah??? bahahhaa…

coch 3

cik puan organizer… puan jumatul liza… waahhh, siap ada gift… naper ai tergelak begitu… kerana gift yang ai dapat, terlalu ringann… wahahhaha…

coch 4 ramai

yaaa, inilah dia… mereka yang hadir ke gathering yang ntahkeberapa cochranean 99… dah beranak pinak masing2… ai??? hanya bilangan lemak beranak pinak… hu3…

coch 5 karok

selepas makan, perlulah membuat senaman ringkas…karokkk… senaman yang difokuskan pada peti suara… wahhh, meriah masing2… bebudak pun ada… diorang lagi best nyanyi…

coch 6 karok malu2

eh… malu2 plak nak nyanyi… hehhehhee…

okeh… ada banyak menda nak hupdate nih…. tp, terbz plak… nanti2 yer…

mood:~psss… pasni nak gather kat mana plak????~

Wednesday, February 16, 2011

tiada lama tiada yang baru... ^ __^


anda ingin kurangkan obesiti???
kencing manis???

<--- eh, silap... ni iklan beras herba ponytail tajmahal...

anda ingin menghidupkan pasport anda yang telah mati???
tidak perlu keluar seawal subuh...
tak perlu set jam kul 5...
tak perlu pakai formal...

hanya pergi ke pejabat imigresen terdekat...
segalanya begitu mudah...
tidak perlu menunggu lama...
baru nak duduk jeling2 jodoh terkini..
nombor anda akan dipanggil...
sangat efisien mereka bekerja...
syabas...
sejam selepas itu..
tadaaaa...
pasport siap...

tapi!!!!!!!!!

SILA BAWA PASSPORT LAMA
kerana jika anda tidak bawa
anda akan...

MEREDAHjemSANGATpanjangDIpagiHARIbayarTOLduaKALIberlariKEumahANDAdiTINGKATtiga

semata2 nak amik passport lama
kerana benarlah kata pepatah

tiada PASSPORT lama, tiadalah PASSPORT baru...

demmm
mood:~$#@%@%^%%#$%!#%#~

Jakarta Bandung Mei 2026 - Pine Breeze Loft House, Bandung

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Har...