Friday, December 20, 2013

Jom Kongsi Ilmu–Tepuk Bahu, Insyaallah, Keluar Angin.

Hai semua. Assalamualaikum. Sihat semuanya? Sempena hari Jumaat yang mulia nih. Jom kita kongsi2 sikit ilmu yang kita ada. Oppp, ai bukanlah ustaz yang tinggi ilmu agama, tau serba serbi. Ai nak kongsikan apa yang ai tahu. Bak kata UAI, kalau ada menda baik tu, kongsi2kan lah. Toksah kedekut sgt. Hehehhe.

Akhir2 ni, bila stress buat keje, or ala2 cam nak pengsan buat notes utk kelas pengajaran, terus buka youtube UAI. Sambil2 buat keje, boleh lah dgr apa2 yang patut. Pastu boleh hilangkan stress gak. Gelak2 bila dgr ceramah UAI. Jadi, kebanyakan yang ai nak kongsi hari ni adalah ilmu yang ai baru tahu.

Satu
Takyah nak tepuk bahu sangatlah.

Haaa, ni selalu dibuat oleh org lelaki. Kalau g sembahyang kat surau ke masjid ke, tetiba nampak ada org tgh sembahyang, terus nak jadi makmum. Lantas dengan penuh kebanggan kita g tepuk bahu dia. Takyah uols. Cukup sekadar kita kuatkan sikit suara masa angkat takbir, nanti dia tahu, kita nak jadi makmum dia. Hahaha, baru tahu ni. Selalunya, main tepuk je. Mengong.

Dua
Eh, tak boleh nak tulis ‘insyaAllah’???

Boleh uols. Kan seketika dulu, panas seketika, kuar kat fb lah, email lah, sms lah. Jangan tulis ‘insyaAllah’, tulislah ‘in shaa Allah’. Dikatakan kalau tulis ‘insyaAllah’, makna jadi lain, dosa uols. UAI terang secara terperinci bahawa dengan menulis ‘insyaAllah’, takkan merubah makna asalnya iaitu ‘dengan izin Allah’. Melainkan kalau kita gunakan ‘ansyaAllaha’, baru makna jadi lain. Oooooo.

Tiga
Kentut??? Alaa, dah batal wudhu’.

Perasan tak, asal nak g amik wudhu’, time tu nak terkentutlah, nak terkencinglah. Pastu tgh sembahyang, kadang2 kita rasa cam dah terkentut. Lantas, berhenti sembahyang, amik wudhu’ balik. Syaitan ni memang suka ganggu kita sembahyang. Dia yang buat kita ala2 rasa terkentut. Tapi sebenornya takde. Si setan ni saje buat kita rasa ada angin kat usus kecil kita, buat kita was-was. Melainkan kita dah jelas terkentut, angin zassstt keluar disertai bunyian yang agak mendebarkan jiwa, then itu dah terkentut. Janganlah buat2 tak kentut plak.

kentut

mood:~jom kongsi ilmu ramai2~

Tuesday, December 17, 2013

Asam Pedas Pak Man–Melaka

Assalamualaikum semua. Dua minggu lepas, berkesempatan ke Melaka. Sempena wedding pakcik ai. Alang2 kita ke Melaka, jomlah kita serbu restoran asam pedas yang vavoom. Setelah memujuk2 adik ai, jadi ke Restoran Asam Pedas Pak Man. Slrppp.

Asam Pedas Pak Man 1

Asam Pedas Pak Man 3

Jeng jeng jeng. Kekuih muihan. Yehuu. Inilah desert yang dicari2. Kuih tradisional ala2 homemade. Pelbagai bingka uols. Ubi ada, jagung ada. Mari amik setiap satu kuih2 itu. Kalori kalori kalori. Serius sedap weh, kuih2 kat sini. Kalau kat KL nih, kuih2 ala2 kaler je lain, tapi rasa sama. Heh.

Asam Pedas Pak Man 2

Haaa, pernah dijengah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan. Tak taulah zaman kak Maria ke, zaman Qi ke, masa Iqram. Entah2, zaman si Shiha tu. Hehehhe.

Asam Pedas Pak Man 5

Asam Pedas Pak Man 6

Asam pedas kan pari satu set plis. RM 7 satu set. Satu set dtg sekali ngan nasi putih, telur masin, sambal belacan. Berbaloi baloi. Haritu makan bertiga, tapi amik ikan pari ngan ikan tenggiri. Ikan tenggiri pulak RM 6.50 satu set. Kuah tak pedas sgt, tapi rasa rempah2 nya. So, xde lah terjelir2 lidah makan asam pedas nya. Best best best.

Asam Pedas Pak Man 4

Jom ramai2 kita serbu Asam Pedas Pak Man. Kalau nak riki2, jengah2 lah kat FB Asam Pedas Pak Man ye. Kedai ni kat area Kampung Ujong Pasir.
GPS koordinat 2.188461,102.265157.
Nak call pun boleh, 012-346 2924 (tapi x sure lah ni no Pak Man ke siapa)

mood:~ke Jonker Walk pun best juga~

Tuesday, December 3, 2013

sem-pur-na

Perlukah menjadi yang sempurna? Atau kesempurnaan itu sebenarnya penghalang ke arah hidup yang sempurna? Tempangkah langkah andai diri ini tidak sempurna? Canggungkah hidup andai peribadi jauh dari sempurna?

Kadang-kala, lelah juga diri bila terlalu ingin menjadi sempurna. Bibir tak pernah ungkap untuk menjadi sempurna, namun gerak badan jelas menjurus ke arah pencarian hidup yang sempurna. Sekali lagi, apa pentingkah kesempurnaan itu?

Perfectionist. Satu ungkapan yang agak menakutkan bagi diri ini. Jauh sekali diri ini untuk  menjadi seorang perfectionist. Uih, mana mungkin diri ini mampu digelar perfectionist andai bersepah tindanan kertas putih A4 di meja kerja. Susun atur fail tidak pernah lurus. Pen pula tunggang langgang, tak pernah cantik kemas kejap di dalam bekasnya. Itu baru yang terzahir di atas meja kerja, yang lain-lain?

Kelakar, diri sendiri jauh menyimpang dari sempurna, tapi mengharapkan sesuatu yang sempurna. Diri sendiri tak setampan mana, mengharapkan pasangan yang begitu cantik rupanya. Langkah sendiri begitu kengkang rupanya, yang dicari rapi tersusun langkahnya. Kelakarkan diri ini.

Belajarlah menerima kekurangan. Kekurangan diri sendiri dan juga orang lain. Eh, bukankah bertemu pasangan yang tidak sempurna itu, dapat menyempurnakan diri kita ini. Kita kurang yang kiri, carilah yang kurang kanan. Yang paling penting, terimalah seadanya kehidupan ini. Belajar menerima hakikat yang menjadi sempurna itu agak membebankan.

Jangan berlawan dengan arus hidup, namun cubalah susuri arus itu untuk sampai ke destinasinya.

mood:~saya seorang yang jauh dari sempurna~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...