Sunday, March 25, 2012

Wedding ~ Zetty n Kelvin Ong

zetty kelvin 1

Eh, apakah lembaga hitam itu? Gagah seperti pengawal peribadi yang segak dan perkasa. Keh3. Itulah saya yang bertugas sebagai usherette di majlis kahwin. Siapa yang kahwin? Kenal tak Kelvin Ong, yang baca nightline TV3? Haa, dia dah masuk Islam, kahwin dengan Zetty, anak Tan Sri A. Rahim Tambi Chik.

zetty kelvin 4

Ceh, orang suh jaga event, dia sibuk amik gambar. Hiks.

Owh, majlis malam tu, di Saloma Bistro, dihadiri oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor ye kawan2. Sungguh nebes saya yang memang selalu dan suka ditugaskan jaga VVIP. Beria-ia berlatih nak sembah ampun Tuanku, last2, bila Tuanku sampai, kelam kabut, tak sempat nak menyembah bagai. Sengih2 iring tuanku.

zetty kelvin 2

Eh, Kak Dibah? Ye, Kak Dibah telah menghiburkan majlis itu. Sungguh hebatlah beliau. Suara begitu flawless. Seperti ingin menaburkan fitnah bahawa beliau miming. Tapi, bila melihat urat2 di leher dan getar2 di leher Kak Dibah, benarlah suara beliau ye. Hebat lah Kak Dibah.

zetty kelvin 3

Yeaaa, inilah kumpulan K-Pop terbaru. Wonder Bra BoboiBoy. Nantikan album kami yang menampilkan single kami yang bertajuk “Marilah Menari”. Oh, video klip kami dah siap. Cuma kali ini, kami tak tergedik2 seperti lipas kena spray di depan peti ais, dan Shah Jazle tiada dlm video klip kami. Peace.

zetty kelvin 5

OK, sila lihat pelaminan itu, cantik kan? By Flora Etc. Pic credit to wedding planner En Khalid Ahmad. Sila lah hubungi beliau di FB beliau yang santek itu, silalah sebut nama saya, nanti saya dpt percentage nye. Kih3.

Tahniah Zetty n Kelvin Ong. Semoga berbahagia ke anak cucu.

*edited*

woot woot, tgk kat recent keyword activity, ramai yang google pic zetty n kelvin ong wedding pic, tapi sampai2 blog sini, gambar saya pulak yang banyak, hiks. ok, oleh itu saya telah dengan bangganya telah menculik pic pasangan cute ini di blog wedding planner yang gojes itu, Khalid Ahmad utk tatapan uols. Lihatlah kegojesan mereka.

zetty kelvin

ohh, Kelvin n Zetty, uols memang serasi. Sempoi weh. Congrats. Semoga cepat2 dpt Zaza, Zizi, Zuzu n Zozo. He3. Ehhh, Zetty bukan yang baju serba hitam berspekmata itu ye, itulah wedding planner Khalid Ahmad yang gojes itu.

mood:~x sempat nak culik tulip2 segar di vase itu… he3~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...