Wednesday, January 25, 2012

Monday, January 23, 2012

Happy CNY 2012 semua…

CNY 1

assalamualaikum semua… bersama saya lagi… Filzah Nurhumaira Mislan… dalam rancangan… Jalan-jalan di Raya Cina… anda sudah bersedia… jom kita mulakan… amboiii amboiii *eh, Azwan Ali kah???

CNY 2

santek tak saya bercheongsam… cheongsam yang santek ni, abg saya yang belikan… dia suka belikan baju utk saya… tapi semuanya gaun je… mungkin abg saya nak jadikan saya artis… ha3… kelakar lah abg saya nih…

CNY 3

kita mulakan rancangan hari ini dengan bersarapan dahulu… ye, kalaubersarapan di luar, abah saya inchek Mislan pasti akan ke Pasar Jawa, Klang… kat sini ada lontong yang sedap… Lontong Klang… eh, bukan lotong yang ala2 monyet tuh, lontong adalah sejenis makan yag lazat…

CNY 4

lihat, abah dan umi sedang girang berbreakfast… lihat, adakah patut saya hanya dihidangkan nasi impit kosong… hu… tapi, itulah makanan kegemaran saya… selain itu, saya juga menggemari cereal di waktu pagi… *wah, org putihnya nye pengacara nih…

CNY 5

haaa, inilah lontong Klang yang fofular tu… amboii amboii amboiii… lihat, ini set yang lengkap… ada nasi impit, tempe goreng, tauhu goreng, sotong sambal dan disirami kuah lontong yang begitu lemak dan berkrim… tapi, makanan ini bukan utk saya… ini utk abg saya… dia makan banyak lah…

CNY 6

kiri… kiri… kiri kanan kiri… erm, nampaknya walaupun di hari raya cina, cuti umum, keluarga saya tetap melaksanakan rutin kawad kaki beramai2 secara teratur… seragamkan keluarga saya… saya yakin, nanti di universiti kelak, saya akan menyertai rotu…

CNY 7

tadaaa… saya sedang mengacara sambil berjalan… ini adalah dipengaruhi oleh kakak fafau dalam nona… saya juga yakin, nanti bila besar kelak, saya akan menggantikan kak fafau dan kak neelofa utk mengacarakan nona… tapi, kalau tak dpt nona, dpt mengacara final AJL pun xpe… amboii amboii amboiii…

CNY 8

ini rumah pertama yang kami kunjungi sempena raya cina ini… nama uncle ni Man Chai… berdasarkan interbiu saya dengan kakak dan abg saya, sejak mereka kecil lagi, diorang dah mengenali Man Chai nih… kira-kira sudah lebih 20 tahun persahabatan uncle Man Chai dengan keluarga kami…

CNY 9

ini pula di rumah keluarga Ah Meng… dulu, abah selalu hantar keta kat Ah Meng… Uncle Ah Meng ada bengkel kereta… tapi tak tau masih  beroperasi atau tidak… owh, kami sgt suka berkunjung ke umah Uncle Ah Meng, sebab bila nak balik nanti, byk buah tangan yang akan diberi… kira boleh buka kedai jual air berkarbonat lah…

Itulah sahaja utk kali ini… seronok rasanya dpt berhari raya cina… terasa cina seketika… harap2 taun depan ada lg… boleh kumpul angpow lagi…

oleh itu, saya Filzah Nurhumaira Mislan ingin mengundurkan diri… semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika… Akhir kata…

CNY 10

Selamat Tahun Baru Cina semua… Kong Hee Fat Choy… Semoga tahun naga ini akan lebih bermakna… jumpa lagiii… amboii amboiii…

mood:~selamat bercuti…~

Thursday, January 19, 2012

Marilah Mengadu

tuan-tuan dan puan-puan… hari ni bermulalah segmen baru di tujuhhariseminggu… Marilah Mengadu… hu3…

meh nak story sket… pernah g Puchong Prima… siapa2 yang pernah menyinggahkan diri kat sana, mesti tau ada dua kedai mamak kat situ… satu ujung2 dekat shoplot, satu lagi dekat ngan sekolah memandu tuh…

selalu makan kat kedai mamak ABC, yang di shoplot tuh… tapi, oleh kerana tiba2 ada selautan umat kat situ, buat pertama kalinya kitorang try lah kedai mamak yang kat sekolah memandu…

nampak ada gerai sate, maka dengan bangganya kami memesan sate daging… lihat, sedap kan… meriah…

sate 70 sen

namun… sila lihat saiznya… separuh drpd besau car alarm remote key je… takpe2, makan je… rezeki… ujung2, bila nak bayar… RM7.00… uih, 70 sen satu…??? memang standard harga sate camni ke? x kisah kot kalau 70 sen… tapi  kalo kecik bebeno… x berbaloi der…

pakcik, silalah dengar rintihan hati kami… kot2 kalau nak jual sate ikut harga pasaran… saiz tu berpada2 lah… janganlah harga makin mahal, tapi saiz ciput je… huhhh, x ke mana lah kalau kedekut camtu… meniaga tu kan kena ikhlas… kan Datin Maimun…

mood:~x suka x suka x suka…~

Friday, January 13, 2012

intuned Music Awards 2011

marilah mari… kita mengundi… ewahhh… *sambil vid clip adalah warga malaysia tersenyum2 skema memasukkan undi dalam kotak undi… owppp, bukan mengundi yang itu… mari mengundi utk intuned Music Awards 2011 – IMA 2011

intuned

jom ramai2 mengundi dato ct… mari undi… dato ct tercalon utk

Favorite Artist/Band
Best Female Solo
Best Album – All Your Love
Best MV – Falling in Love
Best use of social media
Sexiest Female Singer

intuned2

haaa, meh undi… jangan tak undi… tapiiiii… ai dalam dilema… nak vote dato ct ke adele? adoyaiii… tapi cer bayangkan kalau dato ct kalahkan adele??? Cer tgk kategori Best Female Solo… ada Taylor Swifts, Selena Gomez, Lady Gaga, Katy Pery… lagi epic kalau dato ct menang Sexiest Female Singer, kalahkan Rihanna… epic wehhhh…

jom ramai2 ke website intuned Music Awards 2011… jalankan tanggungjawab anda… kerana anda lah penentu masa hadapan… eh…

mood:~adele, ct, adele, ct,adela, ct???~

Thursday, January 12, 2012

Jom ke Langkawi

Langkawi, the Jewel of Kedah… Terkenal dengan sumpahan keramat tujuh keturunan dek malangnya Mahsuri. Namun sekarang, Langkawi cerminan bias syurga sementara.

beach

Ok, jom ramai2 ke Langkawi. Let's imagine the tranquility that will be experienced after working hard to find sustenance in the city. Jom cuti-cuti ke Langkawi.

Photo (8)

Eh, naik teksi? Boleh sampai ke? Hiks.

Ok, langkah pertama mesti tempah tempat tinggal. Takkan nak main redah cari tempat tinggal di sana. Bahaya. So, lets meet iBilik.com. We can use this website to book our accommodation at Langkawi. iBilik helps our Langkawi rentals become easier.

Ha, apa lagi, jom register.

iBilik1

Simple and easy. No need to struggle yourself to fill details needed. Just put your name and password also your email. We can update our details later; payment details, upload picture, and some more personal details.

iBilik2

Tadaaa, now we can search rooms for rent at Langkawi rentals. As u can see, there are two options stated, ‘rooms for rent’ and ‘short term rentals’. Basically, if we want to rent for a short period, we should choose that ‘short term rentals’. Ha, klik, jangan tak klik.

iBilik3

Tadaaa again, there are list for short term rentals. It shows most bookings accommodation, which will cost us around RM 200++. Uit, mahal lah pula. Takpe, no worries. We can click ‘cheapest rental’, then this site will sort the list accordingly to price range. Eh, RM 50 per night pun ada? Ini sudah bagus! mudah sungguh Langkawi rentals nih.

Eh, senarai tempat tinggal dah tahu, tapi kat mana? Yes, location is one of the most important thing that we have to consider before we choose our accommodation. No worries, by using iBilik, map are provided. We can take a look at Google Maps provided to see the exact location. Eh, senang kan?

iBilik5

Peta dah ada, tapi bilik yang kita nak still available ke? Erm, especially on weekend, the availability of rooms are un-expectable. But, luckily, iBilik have their system, which we can see the availability of the rooms. 

iBilik6

haaa, pilih yang hijau tu. Green means still available. So, we can just click on our propose date and click ‘Book Now’. Our booking will be placed as ‘pending confirmation’. It means, our booking has been approved by iBilik. Just waiting confirmation from host. Once our booking has been confirmed, we can proceed to the payment stage.

Erm, nak pergi mana kat Langkawi eh? Accommodation will be settled by Langkawi rentals. Thanks to iBilik.com. Owh, there are bunch of places that we can visit la. Tasik Dayang Bunting, Pantai Chenang,  Tanjung Rhu Langkawi, Taman Laut Pulau Payar Langkawi. Nak shopping chocolate pun bleh, singgah je Kuah.

So, end of January ada cuti panjang. Jom ke Langkawi. Jom.

mood:~plan awal2, insyaallah lancarlah cuti kita… kan~

Wednesday, January 11, 2012

Beary Best! by A Beary Good Hostel

A  Beary Best by A Beary Good Hostel
16 & 18 Upper Cross Street Singapore 058331
bestreservations@abearygoodhostel.com

BearyBest4

entri kali ni khas utk Beary Best Hostel… kot2 ada yang nak ke Spore ke… leh lah stay kat hostel nih… feeling2 backpacker la sket2… yelah, kadang2, bila kita travel ke satu2 tempat, balik hostel hanya utk tdo je… seharian merewang ke tpt2 menarik…

BearyBest1

comel! boleh beli kacang kat sini… lama x jumpa benda camni…

BearyBest2

short note dr mereka yang pernah ke Beary Best… tapi kami lupa plak nak tempek nota kaki kat sini… takpe, next time kalo singgah hostel ni lagi, tulis note dua kali… hu3…

BearyBest3

ruang tamu di Beary Best… boleh lepak2 di sini, sambil tgk movie ke, main PS2 ke, ataupun gussip2 sebelum g merewang… selalunya, ini adalah tpt meeting merancang perjalanan… nak naik bas apa? MRT station mana? kat sini gak tpt utk bfast…

BearyBest6

ok, ada empat netbook utk kegunaan kita secara percuma… ooo, wifi pun ada… google maps adalah teman rapat para backpackers… survey the shortest distance… nak update2 kat fb pun bleh… maklumlah, hpone xde wifi… hu…

BearyBest7

iye, kita boleh bercuti sambil melakukan senaman… at least adalah mendaki tangga setiap hari… kurus sket lah…

BearyBest8

bilik kami… kat sini ada variasi bilik… kalau nak semua pompuan bleh, nak mix dorm pun ada… kalo stay kat girls dorm, ada toilet kat dalam dorm, so x yah lah lari2 ke toilet luar… kitorang stay kat mixdorm, so toilet di luar… spt di asrama dahulu kala…

BearyBest9

satu bilik ada 4 katil double decker… so, kalo pergi lapan org, bleh jd private dorm kita lah… kalo tak kongsi2 ngan backpacker yang lain… ada small locker disediakan… bleh lah simpan brg2 yang ada…

BearyBest5

bear adalah di mana2…

BearyBest10

bear ini sama besar ngan saya… comel tak saya bear nih…

BearyBest11

so, kawan2.. meh lah singgah di Beary Best! Hostel…

teringat plak peristiwa di imigresen… org tu tanya weols, nak stay mana… so, kitorang sebut lah Beary Good Hostel… pastu org tu ckp, “yeah, I know, there are lot of very good hostel in singapore, but which one?”… “oh, our hostel is Beary Good Hostel, not Very Good Hostel…” hiks…

so, setakat ini je info yang dpt disampaikan… apa2, leh lah g tripadvisor ke… kat sana byg gak review yang best…

mood:~kan best kalo kerja kita cam ala2 travel-logging je… wat articles pasal travel kita… dpt payment… huks…~

update:~lupa plak nak letak price… its about SGD 28/bed/nite~

Monday, January 9, 2012

Tahun Baru 2012 di Singapore pt2

eh, tertinggal plak satu pic… hu… sebelum balik tdo, singgah chinatown jap… ling nak g amik special map…

IMG_4615

2nd day dimulakan dengan breakfast secara sihat dan bersederhana… owh, di hostel kami, breakfast adalah percuma… yeaaaa… belasah honey star manyak2 sehingga muka adalah seperti bintang… dah bfast puas2, terus g Sentosa Island…

naik MRT ke Harbour Front… then kat sana ada beberapa pilihan utk ke Sentosa… leh naik train, bas, jalan kaki… tapi, kitorang memilih utk naik Singapore Cable Car… errr, saya yang paksa mereka utk menaiki cable car ini… hu… SGD26 utk return tickets… dari station ke Sentosa then boleh ke Mount Faber…

IMG_4656

tadaa, sampai di Sentosa… mereka kelihatan eksaited dapat jumpa batu kaler2… cantik batu nih… bentuk ular melingkau yang sangat panjang… ada bentuk2 lain plak, tapi x dpt nak diketahui binatang apakah itu…

IMG_4670

lompat, jangan tak lompat…

IMG_4680

merlion… huwarghhhh… eh, bukan saya kata mereka mermaid dan lion… he3…

IMG_4681

haa, ni baru ala2 profesional… dr bawah gitu… namun, sib baik jauh pic ai, x nampak dagu berlapis2… owh, dekat Marina Bay ada merlion gak… ai rasa yang kat Marina Bay itu yg original kot… yang ni bapak gabak besarnya…

IMG_4684

sehingga kini masih tertanya2, mengapa mereka mengambil pic berbongkok ini… mungkin ingin membentuk badan seperti huruf S? tapi, nampak seperti huruf L terbalik… Lentosa kah???

owh, utk masuk ke Sentosa Island nih, kalo naik cable car, free je… kalo naik guna train, pun free je kot… cuma kalo nak jalan kaki ke Sentosa, SGD 1 je kot… kat Sentosalah ada Universal Studio… tapi, x masuk lah, insyaallah taun depan kot…

IMG_4706

ok, kami ke Mount Faber… guna cable car gak… macam ala2 tanah tinggi lah… xde apa2 pun, just ada kedai utk makan minum… then ada view yang cantik la…

IMG_4723

lihat, ai berangan2 rusa emas itu bertukar menjadi manusia… namun, tidak… hahahha…

lepas abis berjalan2 di sini, terus ke Lucky Plaza kat Orchard Road… nak g beli perfume… smalam g survey2, arini g beli… adalah org tuh berBritney Spears… santek dia…

IMG_4761

malam g celebrate new year di Marina Bay… ada Dato CT katanya… hu3… amikkkk… berduyun2 manusia… lama gila x wat menda2 camni… bukan nampak sgt pun retis yang nyanyi2 tuh… saje nak meriah2 masa new year… masa zaman muda2 dolu…

IMG_4764

cantik kan…

IMG_4788

fireworks… santek… kebabababooommmm…

IMG_4800

lagi pic di kala tahun baru…

IMG_4877

bergambar kenangan di depan kaunter Beary Best… oleh sebab belum lagi officially launched, g lah website Beary Good Hostel… nanti leh booking kat situ… takpun, leh lah email ke bestreservations [at]abearygoodhostel.com … sila2, jangan tak book… kalo ckp uols dpt info dr tujuhhariseminggu, mesti confirm x dpt diskaun… ha3…

IMG_4885

seret, jangan tak seret… ewahhhh…

sebelum pulang ke KL, sempat menyinggah ke Johor Premium Outlet, JPO… wow, kawan2, silalah singgah di sini… seperti org gila meronda JPO dalam masa sejam… x cukup!!!!! kena sehari kat sini, baru cukup… berbaloi2… singgah wehhh…

IMG_4896

misi menyerbu JPO bermula!!!! hu…

berakhirlah kisah melawat2 singapura sempena tahun baru… total budget, RM 250 utk transportation + hostel, SGD 150 ~ RM 350 utk belanja di spore… ok lah, idok la banyak duit abis…

akhir kata, meh le g jalan2 sementara ada kesempatan…

mood:~kembali berusaha….~

Thursday, January 5, 2012

Tahun Baru 2012 di Singapore

woot woot… ok, last travel utk tahun 2011… hu3… x sangka, 2011 adalah tahun berjalan sini sana… alhamdulillah, diberikan rezeki utk buat semua itu…

yeaa, nampaknya, setelah pulang dr spore aritu, menjengah lg ke spore… spt pulang ke kampung halaman pula…asalnya 6 org nak join, namun akibat kejadian yang tak disangka2, cuma tiga je yg join… ok la tu… sib baik tak berdua je… cam g Bali aritu… hu…

IMG_4475

perjalanan dimulakan dr Puchong, park keta kat umah Ling, zassttt ke KL Sentral naik teksi… RM25 camtu kot… trafik tidak jem… sib baik… sampai je di KL Sentral, terus gelak2 seperti di atas… x faham ai… hu… yang kiri itu Ling, yg kanan itu Shafieq… suka kan mereka…

IMG_4481

lihat Oman, walaupun anda tak join, ai tetap memakai shawl u, supaya u dpt aura2 spore… pic ini diambil ketika sedang senang lenang melepak di aras 1 sambil menonton sambungan 3 Idiots… syiokkk gak ‘loitering’ begini…

kami bertiga menaiki keretapi ke Woodlands CIQ… It cost us RM68/pax… tapi kali ni tak dpt seat utk tidur… amik yang three seater itu… seat tu selesa, cuma agak tak sesuai utk duk selama 9 jam… hilang bentuk asli punggung yang menggiurkan itu… hahahhaa… better amik yg leh tidur tuh…

IMG_4532

ok, our hostel… A Beary Best Hostel by Beary Good… haaa, aritu stay kat Beary Good, betul2 kat Pagoda St, Chinatown… Beary Best ni dekat gak ngan Chinatown, cuma seberang jalan je… kat Upper Cross St. baru je bukak… tak officially launch lg… kitorang antara tetamu yang pertama… hu…

x mahal sgt pun tdo kat sini… SGD28/bed/nite… kitoang stay 2 nites, so sorang SGD 56, roughly about RM150…

IMG_4563

sampai je hostel, mandi2 sket, terus zassst ke Orchard Road… nampaknya, sale idokle semeriah di sini… biasa2 je… nafsu membeli belah pun tidak lah mengganas sgt… jadi jalan2 sambil amik2 pic… namun, akibat keletihan naik ketapi semalam x ilang lg, terus decide amik lunch di situ, dan terus balik berehat…

IMG_4591

yeaa… setelah tidur berdengkur secara berjemaah… badan kembali bertenaga… wuhoooo… terus bingkas bgn dan menuju ke Little India… nak g Mustaffa Centre… katanya besauuuu… nak cari Rojak Spore di situ…

IMG_4596

singgah di Pagoda St dahulu… manyak jual cheongsam wehh… sambar satu utk Filzah… bergaya lah minah tu masa raya cina nanti… hu… nak g ke Little India, guna MRT je… ada stesen Little India… tapi kalao nak ke Mustaffa terus, turun klat Farrer Road stn…

IMG_4599

weols decide utk turun di Little India stn dan berjalan kaki ke Mustaffa… menikmati keindahan di kala malam… Tekka Centre ni macam Pasar Rabu kita kot… ada banyak jual rempah2… sennag nak wat kari… Buffalo Road!!! Buffalo Road!!!

hahahhaa, Ling telah menggemparkan malam itu… kalau nak ke Mustaffa, kena guna Seranggoon Road… so, gigihlah weols cari dengan cahaya malam neon yang samar2 itu… tetiba Ling jerit “I da jumpa Buffalo Road!!!”… siap tanya org sekeliling nak confirmkan… errr, kitorang tak cari Buffalo Rd, kitorang cari Seranggoon Rd… hiks…

ok, tamatlah hari pertama… balik hostel tidur berdengkur puas2… huu…

mood:~kali ni dpt tgk others side of Singapore… hurmmm, lebih kurang Msia je…~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...