Wednesday, November 26, 2008

IUCTT's 6th Convocation - Gamelan

IUCTT's 6th Convo Fiesta had been held on24th November 2008. Erm... Dah enam kali yek IUCTT konvo. Teringat zaman2 konvo dulu eh. I'm officially involved in this ceremony -as-gamelan-player. Wah, best dapat main gamelan balik. Rindu eh.

Bonang. One of the component in gamelan. So, mari pose di hadapan bonang. A complete set of gamelan consist saron (peking, penerus, barong), bonang (penerus, barong), gambang, kenong, gong. Tapi utk kali ini ada saron (peking, penerus), gambang, bonang (barong), gendang dan gong sahaja. Hehehhee, x cukup korum. Kalo ada kesempatan, adalah nanti satu post special for gamelan.

Hasil kerajinan Alat Gamelan - SUKIRMAN. Pak Man ni ada kat Solo, Indonesia. Dulu masa kat UKM, sempatlah join trip ke umah dia. Sempat tgk camna gamelan ini dibuat dari sekeping besi menjadi instrumen muzikal yang begitu indah. Tapi, Pak Man dah meninggalkan kita semua ke alam yang lebih tenang di sana. Tak salahnye, tahun lepas kot. Al-Fatihah...

Ha, kenal tak Nurfatima. Ala, yang nyanyi lagu selembut sutera. Kalo x ingat, leh g blog Mr Manager. Ada single terbaru dia di situ. Tapi dia x perform lah, sebabnye dia adalah salah seorang pelajar Fakulti Muzik amik Sound Engineering. Tabik ah kat dia. Walaupun da jd artis, tapi rajin nak g belaja. X kisah pun status artis dia. Selamba je wat kerja2 teknikal. Cayalah...

mood:~memoga dapatlah konvo kat UiTM plak~

Meh Jalan Jalan - Terengganu

Yeargh... Program meh jalan jalan diteruskan lagi untuk kesekian kalinya. Wah, bulan nih merata2 pergi. Awal bulan g Kuantan, pastu g Sabah pastu lagi g Terengganu. Leh mintak keje kat 8tv nih. Destinasi budget. Kalo x dapat, mintak kat TV3, Jalan Jalan Cari Makan.

G ke sana nak amik keta sebenarnya. Kawan ku, Fai nyer. MYVi TAT 6555. Inilah pemandangan stesyen bas kat KT.

Sampai je kat Kuala Terengganu (KT), terus ke umah fai. Mandi2, tidur2 ayam (ayam sangat... sampai berdengkur katanya... :D) jap, terus g jalang-jalang (jalan-jalan versi ganu). First place - Pantai Batu Buruk. Ingatkan nak g mandi. Tapi....

Pastu g Muzium Terengganu (the largest museum in Malaysia). Best jalan2. Ada macam2 di dalam itu. Ada pasal kesultanan terengganu. Hensem gak Tuanku Agong kita yer (mak aih.. Ampun Tuanku). Kat situ ada bgtau nama asal terengganu. Gading Anu. Nak tahu lebih lanjut. Sila lah lusuri laman web yang berkenaan yer.

Berapa ringgit yer tiket nih??? Ehehheee...

Pastu g singgah Masjid Kristal. Cantik. Cuma cam kecik je. Betul ke kata orang x bleh nak wat smayang jumaat. Ntah lah. Tapi serius cantik gila. Kagum gak.

Balik tu singgah umah Din (baju belang2 itu). Sedap makan ikan patin masak tempoyak. TQ yer... Siap tapau lagi.

mood :~senyum sokmo....~

Tuesday, November 25, 2008

Meh Jalan Jalan - Sabah - three

Manukan Island (teringat plak kawan ku yg bernama Manureeta.. apa khabar eh dia?) Ha, cantik kan Manukan nih. Airnya membiru sejernih hati suci kasih bertaut kiambang. Eh, mengarut nih. Erm, senang je nak g sini. Memula g ke Jessleton Port (tempat favourite Kak Abid :D). Di sana anda boleh mengambil bot dengan harga RM 17 (pergi-balik) + jetty fee RM 6 (kalo bawa student card RM 3) + goggle dan safety jacket untuk snorkeling RM 15.

Manukan Island entrance. Di sini anda dikehendaki membayar lagi RM 3 for island fee. Nampak tak selipar ijau itu. Ha, dibeli di jeti tadi. RM 5 jer. Sila beli barang2 anda sebelum ke Manukan yer. Mahal di sana. Suar mandi dah RM 60++. Huiiii....
Jeng jeng jeng...

Bergaya dengan jayanya di jeti. Cantik kan jetinyer. Cam kat Aussie. Best. Tapi sun burn sket lah. Ehehhehee....

mood: ~best g Sabah... Jum ke sana...~





Wednesday, November 19, 2008

Meh Jalan Jalan - Sabah - two

First trip at Sabah. Kundasang. Pernah dengar? Tak pernah!!! Ye, samalah kita. Tempat ni kalo nak dibuat perbandingan, dia ala2 cameron highlands lah. Kena mendaki (guna van lah, takkan nak mendaki ala2 mendaki everest tu) ke tanah tinggi. Sejuk. Cantik. Sebelum sampai ke Kundasang, kita akan sampai di Nabalu dulu.

Kat sini cam perkampungan tradisional. Ada jual cenderamata, cam Central Market kat KL tu. So, kalo nak membeli belah, boleh singgah di sini. Tapi harganya x lah murah sangat. Tapi, Sabah Tea murah kat sini.

Tadaaaa... Kinabalu Mount. Selalunya dapat tgk kat gambar. Dapat tgk dengan mata kepala sendiri. Wow, such a great experience. Sangat besar. Rasanya kitorang dah sampai tempat tinggi, tapi ada benda lagi tinggi. Cam raksasa pun ada gaks. Camna lah agaknya perasaan org yg daki gunung tu kan. Mesti lagi best.

Tadaaa. Kundasang's market. Cam kat Cameron Highland kan. Ada banyak buah buahan dan sayuran. Fresh2 belaka. Buah yang ditanganku tu, buah Tarap. Cam cempedak sket2. Bau pun sama ngan cempedak sket2. Sedap katanya. Tak berkesempatan nak rasa.

Selepas jalan2 di market tu, kami singgah di Kundasang War Memorial Park. Eh, mana diriku, apa lagi kena amik gamba. Best kat sini (suma nya best katanya...)

Ya, itulah sejarah Memorial Park ni. Kalo rajin, bacalah. Okeh, ini ringkasan nya. Dulu, semasa perang dunia ke2 (eh, pertama kot... X sure lah), semua tawanan Britain dan Australia ditempatkan di kepulauan Borneo ini. Namun, semasa zaman Jepun serang2, diorang takut kalo semua tawanan ini akan dibunuh. Jadi semua tawanan ni dipindahkan ke tempat yang lain.

Proses perpindahan ini sangat dahsyat. Di mana mereka terpaksa menempuhi perjalanan sejauh 356 km. Jauh kan. So, dalam perjalanan itu, ramai yang telah meninggal dunia akibat pelbagai sebab. Malaria, x cukup makan, cirit birit. Hanya 6 orang sahaja yang selamat. Tugu ini telah dibina untuk mengingati perkara ini. Cantik tau memorial park ni.


Damai dan aman. Cantik kan. Kalo wat wedding pun best. Tapi kena ala2 I DO U DO lah.. :D

Meh Jalan Jalan - Sabah - one

Alhamdulillah, selesai gak trip ke Sabah. Selamat pergi dan pulang. Best, seronok, gumbiraaaa.

Boarding pass kami. So, kalo dikira2, trip kali ini dianggotai oleh 5 ahlinya termasuk diriku. Kak Abid, Kak Noor, Yatie, Naziz n ku (senarai nama megikut paras rupa, yang cantik kemudian :D)

Sindrom bergambar tanpa berhenti sudah bermula. Yang bertudung pink itu Yatie, Kak Abid, Kak Noor n ku. Tengok tu sekali lagi susunan bergambar mengikut paras rupa, yang paling cantik di hadapan. Muehehehhee...

Time ni masa tunggu utk berlepas. Tgh doa2 semoga tak delay lah hendaknya. Flight berlepas jam 915 (kalo x silap lah... al-maklumlah excited-batak masa tu). Dalam kepala otak ni dah pikir macam2 ni. Nak g mana? Nak beli apa? Nak makan apa?

Ini pula adalah simptom batak-tak penah naik kapal terbang-excited. Org lain relaks je. Kitorang terkinja2 nak bergambar (sambil dijeling oleh pihak Air Asia, mana bleh nak amik gamba masa ni...)

Best gak dapat bergambar di sisi kapal terbang. Barulah org percaya kitorang naik kapal terbang (see, another simptom batak...) ehehehhe... Org kata kalo nak senang x yah nak check-in beg. Nanti lambat nak tunggu beg tu kuar. So, kitorang mengangkut semua barang2 ke atas kapal terbang.

Yes, another pic batak-excited-tak tahu malu. Org suma relaks duk dalam tu. Kitorang tak abih2 amik gambar. Again, langgar peraturan lagi. Sib baik x kena marah ngan steward tu.

Taraaa, dah sampai. Erm.. Nak g mana ye? Satu lagi, korang rasa gambar ni betul2 kandid x?

Thursday, November 13, 2008

Disebalik Matematik...

taken-by-copy-&-paste from DayanAmer's friendster buletin:

Take a look at this...
101%
From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?
We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:

If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:
H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%
And:
K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%
But:
A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!
It's up to you if you share this with your friends & loved ones just
the way I did..
Have a nice day & God bless!!

mood: ~kagum kan.... subhanallah...~


Friday, November 7, 2008

Fly to KK, Sabah

InsyaAllah, this sunday i'll be flying to Kota Kinabalu, Sabah for another 3d2n vacation-rest-makan-makan. Tercapai jugak hasrat nak ke Sabah. Sib baik air asia ada wat promosi tambang murah. Bleh lah merasa ke sana. :D

KK's Airport
credit to: http://joeyeriksen.blogspot.com

Erm... Canggih gak kan KK Airport nih. Nanti nak amik gamba banyak2 kat sini. Barulah org tau ku ke Sabah (batak siutt....)

Tune Hotel

Haaa, we (kak abid, kak nor, yati, naziz and me) will be staying at this 4-star-hotel-1-star-price. Murah siut, RM 38.00 utk 2pax-2nights. Tapi, jauh sket lah hotel ni dr KK town, bersebelahan 1Borneo (shopping complex baru...) Eh, leh lah tgk 007 kat sana. :D

Monsopiad Cultural Village
credit to: www.emmagem.com

Weekend Market - Gaya Street
credit to: http://sabahmyhome.blogspot.com

Antara tempat2 yang ingin dilawati di sana. Hopefully sempat lah nak ke sana. Tapi teringin nak snorkeling kat Manukan Island. Katanya cantik. Adakah???

mood:~nebes nak naik kapal terebang~

Thursday, November 6, 2008

Bunga Citra Lestari - Aku Pasti Datang


Aku Pasti Datang - Bunga Citra Lestari


Biar Malam
Yang kan menghapus gundahmu
Nantikan hujan
Dia kan membasuh hampamu
Aku hanyalah
Jiwa usang yang dahaga akan cinta
Maafkan atas jenuh yang mendera sesaat

Chorus:
Aku pasti datang menjemputmu
Tepati janji yang sempat terhenti (Yakinlah)
Aku pasti datang 'tuk hatimu
Penuhi janji untuk dirimu

Beri ku waktu
Semakin mengenal diriku bila tanpamu
Agar kuyakin
Atas pilihan hatiku adalah kamu

Wednesday, November 5, 2008

Sailormoon???

Sailormoon!!! Hiiiyaaaarghhhhhhh......

Meh Makan Makan - Bubbles ABC n Pak Mal Nasi Ayam

Aloha... Bila dah bergelar pelajar UiTM, kenalah g makan kat tempat student2 UiTM selalu makan (eh, ye ker...?) Ari ni nak tunjuk dengan riaknya antara makanan yang amat menyelerakan dan menggebukan diri ini. Ehehehhehe

Bubble's ABC - RM 2.50

Haaa. Lazat kan ABC ni. Dijual kat food court seksyen 2. Ala2 kat depan Wet World, berdekatan dengan McD. Murah tuuuuu (erk... 2 hengget setengah tu murah ker???) Atas tu ada anggur, laici yang dicucuk bersama. Dilimpahi sos strawberi, coklat yang lazat rasanya. Isi ABC ni pun agak kaya lah. Macam2 ada. Yang penting kacang tanah di banyak k. Sedap. Perfect combination.

Masa duk bangi dulu, kitorang (fai, man, herda, kiki, lily) sanggup meredah ke Shah Alam malam2 semata2 nak mengenyos ABC nih. Uih... rindu zaman2 dolu. Skang dah sambung study kat Shah Alam, bleh lah makan ari2 :D

Setelah 5 minit dihidang. Adieb yang makan banyak. Muehehehhe...

Pak Mal Nasi Ayam RM 4.50

Haaa, nasi ayam ini boleh didapati di seksyen....??? Eh seksyen berapa eh. Lupa lah. Lupa plak nak tanya org sekeliling. Tapi, kalo tanya student UiTM mesti diorang tahu. Nyos sungguh nasi ayam ini. Berapi gak sos nya. Sedapnya. Tempat ni Linda yang kenalkan.

Rahsia kelazatan nya, sambal kicap yang nyos. Jangan lupa tambah ni...

meh makan-makan's meter : ABC - ****
meh makan-makan's meter : Nasi Ayam - ***

mood: ~pas ni nak makan kat ne eh????~

Tuesday, November 4, 2008

Mari ke lab...

Haa... Inilah keadaan di lab ku. Eh, chupp, ni bukan diriku. Takkan tetiba ku nak pakai tudung kot. Ehehehhe. Ni lah adeib aka adeibkiut. Kiut ker??? Lab partner ku. Selalunyer dialah yg kena wat lab ku. Muehehehehehe. Jahat kan aku. So, untuk membalas jasanya yg banyak membantu diriku, ku pampangkan wajahnya di sini.

Botol2 sample. Sajer je post kat sini. Barulah nampak gempak sket. Nampak ala2 cam best jer lab yg aku buat. Padahal, x lah canggih sangat pun. Riak riak riak...

Chup... Ala, janganlah kandid. Ehehehe, kandid yang disuruh kandid. Konon2 ku tgh busy2 lah wat eksperimen, pastu ada org amik gambar secara surprise. Menjadi kan. :D Hopefully aku nyer lab work berjalan dengan lancarnya. Amin... Wat eksperimen pasal apa??? eh, x bleh bgtau, supervisor suruh rahsiakan.

mood: ~herrrrrrrrrrrrr.... muehehehehee~

Pening.. ~~~

Adeh... Pening nyer kepala. Nak muntah pun ada. Org kata masuk angin dalam badan, sebab x makan. Tapi ku ni dah terlebih makan. Mustahil... Tak cukup rehat kot. So, hari ni kena rehat puas2 lah. Nak MC bleh x??? Ehehhee...

Hajat di hati nak update pasal trip ke Kuantan. Ada banyak gambar cantik2. Tapi, Wawa x upload lagi2 gambar nih. Mana nih. Katanya...!!!

Erm, pagi2 nih, nak cerita benda2 kelakar lah. Ada di antara iklan2 skang yg agak kelakar. Kelakarlah kot, kalo x, naper ku asyik gelak je bila iklan ni kuar kat tv.

Iklan 1

"Mi Sedaap.... Rasanya kurindu...."
Ehehehe... Dengar intonasi pelantun dialog tu, memang rindu gila perempuan tu kat Mi Sedaaap... :D

Iklan 2

Ala... Iklan mee segera gak. Har Liow, ke Hau Leow... Yang ada dialog ni..
"Betul2 Har Liow.... Ha Ha Ha Ha"
Cuba amati org yang menyebut dialog nih. Bapa dia kot. Dengan mak n anak kat sebelah tu menjejeh2 air liur tgk bapa diorang makan mee tu. Fokus kat bapa dia bila dia cakap dialog tu. Kelaka siuttt...

Iklan 3

Iklan raya SSPN. Ala mesti korang familiar kan. Tapi dah x der kot. Perasan x dialog kakak dia bila sampai kat umah adik dia.
"Wah Wah..."
Yang besnyer, begitu nyata kakak dia sebut wah tu dua kali. Ala2 drama RTM pun ada gak. Ehehehe.. Wah wah..

Erm, ini semua pendapat peribadi. Maaflah kalo ada yang tak suka yer. Wah wah...

mood: ~wawa, cepat upload gambar.....~


Saturday, November 1, 2008

Meh Jalan Jalan - Kuantan pt1

Alhamdulillah, selamat pun sampai kat Kuantan. Actually, semalam da nak update entry Kuantan nih. Tapi ada problem with broadband kat bilik shafiq. Penat tulis entry, dummm ilang sumanya. Ehehehhe.

Setelah semalaman tidur sejuk2 kat bilik shafiq (eh, hujan tau kat Kuantan. Kat Damai, x ujan2 5 hari) kami ke East Coast Mall. Cari lunch kat sana. Eh, consider as brunch lah kot. Dah kul 11.30 pg. :D

Rangoli Kollam's drawing competition. Menarik. Jarang ada pertandingan camni. Susah nak tgk camna nak wat nih. Bagus gak lah camni, wat pertandingan, pastu kollam tu x yah buang. So, mall tu x yah susah2 nak wat decoration for deepavali festive. :D

Lepas lepak kat sana, singgah lah jap kat Cherating. Specially-desperate requested by ezwan. Uii... syiokk dapat lepak kat tepi pantai. Agak panas lah jugak. Yelah, kul 2 ptg kat pantai, mau tak terik matahari itu. Singgah gerai jap, pesan air kelapa sebiji. Uihhhhh, dapat minum air kelapa fresh dr buahnya bersulamkan keropok lekor panas. Sedappp.


Okay, this is the World Hunger Selief Week wrist band. Specially sold by Pizza Hut for supporting World Food Programme. So, uols can get this brown-greyish wrist band just for RM 2. Semua wang akan disalurkan ke WFP fund. So, marilah kita beramal sambil bergaya. :D

Erk.... Merry Christmas....!!!

mood: ~x sabar nak g Teluk Chempedak malam nih...~