Friday, March 30, 2012

Luncheon @ Marche Restaurant, The Curve

Mempersembahkan…
Serina Mysterinaaaa!!!!
*eh, itu cerita Los and Faun…

Mempersembahkan…
Makanan-makanan di Marche…

marche 1

Peserta berkalori pertama
”Herb Butter Rice with Chicken Goulash”
Kata DrFara:”eh, sedapnya, rasa butter nya bergitu menyelerakan. Chicken Goulash juga tidak begitu pedas. Pasti datang lagi
*sila baca seperti nada2 iklan Colgate dan iklan susu Anmum. Hiks.

marche 2

Peserta kedua yang berkalori rendah
”Homemade Pasta Olio Aglio with Chicken”
Both were served with Fresh Hand Pressed Honey Dew Juice
kata saya: “eh, lazat jugak. Walaupun portion agak kecil, tapi ok la. Pedas sket. Hati2 ye makan, nanti tersedak
*sambil ambil tisu lap2 mulut sebab tersedak. Ha3.

Nom nom nom. Jom makan. Rabu lepas melepakkan diri bersama DrFara dan rakan subahat kiraan kalori harian, TP. Kali ini di Marche, The Curve. Menyerbu tatkala lunch time supaya mendapat Lunch Special Set. Lunch set di sini adalah setiap Isnin – Jumaat, 11am-3pm. Jom. Berikut adalah menu-menunya.

Lunch Special at Marche Restaurant

Monday
Chilli Chicken Pizza OR
USA Potato Rosti Bener
served with Homemade Ice Apple Tea

Tuesday
Marche Chicken Burger OR
Chicken Calzone

Wednesday
Herb Butter Rice with Chicken Goulash OR
Homemade Pasta Olio Aglio with Chicken
served with Fresh Hand Pressed Honey Dew Juice

Thursday
Backed Pasta with Sliced Turkey Roll OR
Mixed Chicken Platter with Homemade Mashed Potato
served with Homemade Ice Apple Tea

Friday
BBQ Chicken Chop with Homemade Mashed Potato OR
Marche Crepe with Honey Glazed Chicken Crepe
served with Fresh Pineapple Juice

Harga??? Utk Lunch Special nih.
Hanya RM 12.50++, serbu wehhh…

marche 3

Haaa, jom main lambung2 buah naga. Ha3.

marche 4

Ini adalah DrFara itu. Rakan subahat sorang lagi, sibuk mencari variasi kek dan pai di waktu itu.

marche 5

oh, singgah2 di IKEA. Terjumpa rak ini. Hylliss. Tinggi dalam 1.5m camtu. RM 29 je. Serbu lagi!!!!

OK, bersempena post pasal makan2 di Marche ini, saya ada teka teki. Cubalah jawab.

Soalan:
“Apa, yang akan dilakukan oleh seekor lembu bila ia terasa bebas dan ‘Free’…???”

Jawapan:

marche 6

Lembu itu akan melompat kegirangan sambil menunjukkan tetek nya… Ha3… Sekian.

mood:~jom makan~

Tuesday, March 27, 2012

Jijah belajar ABC

filzah

Haa, comel tak Filzah? Comel kan? Abg dia pun comel. Ha3. Sangat menakjubkan tgk perkembangan kanak-kanak ni kan. Minggu ni balik, dah pandai jalan, minggu dpn balik umah dah pandai plak naik tangga. Sekarang Filzah dah 2 tahun 2 bulan. Dah pandai cakap sikit2.

Kalau tanya siapa nama, nanti dia jawab “Jijah”. Ha, ambik ko. Nama punya berbelit2, Filzah Nurhumaira. Susah bebeno nak sebut Filzah, jadi Jijah terus. Dah tahu mana atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang. Ajuk2 orang pun pandai.

Hari tu, masa org sibuk2 kenduri Dilla, tgh kira2 duit menyumbang, tetiba dia nak jalan kat belakang, dengan selamba ckp “tepi cikit, tepi cikit”. Dah tahu mana abah, umi, kakak. Tapi bila tunjuk abgnya nih, dia sebut “Abam”. Adakah Abam = ABang yang temBAM? Ai rasa itulah maksudnya.

Sekarang tgh ajar A B C, tapi…

beluncas abjad

A B C D E F “B” H… Lepas F adalah B? Ohmaiii, kenapa ulat beluncas ini buta huruf. Hiks. Habislah Jijah. Pasrahlah anda.

mood:~A B C D…~

Monday, March 26, 2012

Tayar Pecah??? Kebabommm…

Ok ok, saya tipu, tayar saya tak pecah sampai bunyi kebababooommm…

Uhuiii. Sila kesian kat Viva hitam yang comel nih. Ari tu bengkok rim bagai, sekarang tayar pecah pula. Nasib baik kejadian tidak mengundang kepada kehilangan nyawa. Alhamdulillah.

Tayar kereta pecah 1

Lihat, pemecahan secara sekata beradius sempurna. Seperti ditoreh2. Pertama kali jadi camni. Apakah puncanya? Camna boleh tak perasan. Tapi, sebelum naik keta, dah check kondisi tayar, ok lagi.

Patutlah, masa kat Kerinchi Link td, ada keta polis, duk belakang keta saya, memintas kereta seraya membunyikan siren yang kuat dan cuba berkomunikasi dengan saya. Gelabah weh. Tetiba tengah sedap nyanyi lagi One Moment in Time dengan key tinggi, tetiba polis bunyikan siren. Igtkan nak tahan kerana berkelakuan seperti artis di jalan raya.

Namun, tak sempat abg polis nak tolong, kami berpisah di persimpangan dilema. So, masih terpinga2 kenapa polis tu bunyikan siren. Mati2 gua ingat dah kena ngorat ngan abg polis. Nora Danish sgt. Ye, jangankan Nora Danish, bulu kening Noraniza Idris pun x sebanding. Kah2.

 nora-danish-2

pic – tq to MatKepoh.

Nak tau punca? Setelah abis sesi temubual dengan abg penukar tayar di parking UM, ternyata bahawa tayar itu dah expired. Weh, baru tukar taun lepas kot. Sebelum raya. Tgk2, taun 2003. Gue ditipu. Nasib nasib.

Oleh itu, kawan2.

tayar kereta pecah 2

Sekian.

mood:~sib baik ada tayar spare~

Sunday, March 25, 2012

Wedding ~ Zetty n Kelvin Ong

zetty kelvin 1

Eh, apakah lembaga hitam itu? Gagah seperti pengawal peribadi yang segak dan perkasa. Keh3. Itulah saya yang bertugas sebagai usherette di majlis kahwin. Siapa yang kahwin? Kenal tak Kelvin Ong, yang baca nightline TV3? Haa, dia dah masuk Islam, kahwin dengan Zetty, anak Tan Sri A. Rahim Tambi Chik.

zetty kelvin 4

Ceh, orang suh jaga event, dia sibuk amik gambar. Hiks.

Owh, majlis malam tu, di Saloma Bistro, dihadiri oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor ye kawan2. Sungguh nebes saya yang memang selalu dan suka ditugaskan jaga VVIP. Beria-ia berlatih nak sembah ampun Tuanku, last2, bila Tuanku sampai, kelam kabut, tak sempat nak menyembah bagai. Sengih2 iring tuanku.

zetty kelvin 2

Eh, Kak Dibah? Ye, Kak Dibah telah menghiburkan majlis itu. Sungguh hebatlah beliau. Suara begitu flawless. Seperti ingin menaburkan fitnah bahawa beliau miming. Tapi, bila melihat urat2 di leher dan getar2 di leher Kak Dibah, benarlah suara beliau ye. Hebat lah Kak Dibah.

zetty kelvin 3

Yeaaa, inilah kumpulan K-Pop terbaru. Wonder Bra BoboiBoy. Nantikan album kami yang menampilkan single kami yang bertajuk “Marilah Menari”. Oh, video klip kami dah siap. Cuma kali ini, kami tak tergedik2 seperti lipas kena spray di depan peti ais, dan Shah Jazle tiada dlm video klip kami. Peace.

zetty kelvin 5

OK, sila lihat pelaminan itu, cantik kan? By Flora Etc. Pic credit to wedding planner En Khalid Ahmad. Sila lah hubungi beliau di FB beliau yang santek itu, silalah sebut nama saya, nanti saya dpt percentage nye. Kih3.

Tahniah Zetty n Kelvin Ong. Semoga berbahagia ke anak cucu.

*edited*

woot woot, tgk kat recent keyword activity, ramai yang google pic zetty n kelvin ong wedding pic, tapi sampai2 blog sini, gambar saya pulak yang banyak, hiks. ok, oleh itu saya telah dengan bangganya telah menculik pic pasangan cute ini di blog wedding planner yang gojes itu, Khalid Ahmad utk tatapan uols. Lihatlah kegojesan mereka.

zetty kelvin

ohh, Kelvin n Zetty, uols memang serasi. Sempoi weh. Congrats. Semoga cepat2 dpt Zaza, Zizi, Zuzu n Zozo. He3. Ehhh, Zetty bukan yang baju serba hitam berspekmata itu ye, itulah wedding planner Khalid Ahmad yang gojes itu.

mood:~x sempat nak culik tulip2 segar di vase itu… he3~

Saturday, March 24, 2012

Bali o Bali

Owh, dah lama tak berjaga malam. Seronok pulak. Sah-sahlah tak bangun awal esok. Hiks. Belek2 gambar dalam lappy ini, jumpa pulak folder picture g Bali tahun lepas. Meh tgk2.

IMG_3077

Lihat, meriahkan mereka???

IMG_3326

haaa, junjung, jangan tak junjung. Eh, teringat pulak susu cap junjung. Nape ye?

IMG_3972

Pak nelayan yang hot rajin.

mood:~2012 adalah tahun duduk diam-diam, no more cuti2. hiks~

Friday, March 23, 2012

~dan terus…~

jangan jejak hati
kalau seketika cuma
hati bukan kebal
hati hanya kaca
sekali pecah berderai seribu

jangan pancing cemburu
kalau dangkal nafsu
banyak korban diri
karam terdampar sepi
andai koyak layar kemudi

jangan gelojoh
jangan serabut
hidup hanya sekali
bukan lama mana
bukan kekal hakiki

senyum

dan terus tersenyum

mood:~…~

Thursday, March 22, 2012

Sedapkah Hot Dok itu???

ok, apakah itu Hok Dok???

hot dok

lihat, adakah anda terasa ingin merasai kelazatan Hot Dok itu??? adakah Hot Dok itu adalah singkatan bagi Hot Doktor??? wow, sejenis pemerdagangan manusia ini… menjual manusia yang kelihatan Hot…

saya syak, perkataan Dog itu membawa makna yang agak mughalazah… mungkin dengan menukarnya kepada Dok, ia kelihatan lebih suci dan murni serta tulus malah berwibawa… hiks…

mood:~bang, Hot Doc satu…~

Monday, March 12, 2012

Gelak ketika hujan adalah tidak baik

Gelak gelak gelak. Tengahari2 nih, duduk sorang2 kat lab, tetiba tergelak sorang2. Seram tak kawan2. Kah3. Oleh kerana kelajuan internet di lab ini adalah sangat vavoom, maka tangan ini begitu laju menerjah YouTube. Jiyeahhhh *eh, abg Nas ketak2 kah?

Bila duk gelak2 tanpa henti, tetiba teringat pulak kes yang terjadi masa belajar zaman muda2 dulu. Affa, kalau ko baca nih, mesti ko gelak jugak ah. Ha3. Ingat tak kes gelak2 di kala hujan lebat dan kita meredah hujan lebat dgn BFB itu. Camni ceritanya.

Ada sekali tu, lepas g Warta kot, singgah kat seksyen 15 lepak makan tengahari *eh, ke minum petang. Tetiba wooossshhhh. Hujan mencurah2. Jadi, terpaksalah sambung lepak di kedai itu. Entah lawak apa yang kitorang buat, sehingga kikik2 gelak2 tanpa henti. Kikik gelak kikik gelak makan gelak kikik makan, hujan still tak reda lagi. So, apa lagi, kitorang decide nak redah je hujan tuh.

Bila dah naik motor, hujan lebat tuh, still gelak2. Sebab sejuk sangat. Ha3. Senget kat kitorang. Sejuk pun gelak. Oleh kerana jarak penglihatan agak terhad di kala hujan lebat itu, maka Affa pun bawa motor tu slow2. Bila sampai kat bulatan tu, duk paling hujung sekali. Yelah, perlahan bebeno bawa motor.

Tetiba, bila sampai kat exit ke 2 bulatan tuh, ada kereta kancil merah makin dekat. Siap boleh cakap kat Affa “Eh, Affa, kenapa pulak Kancil merah ni makin dekat nih? Eh eh eh eh” Debushhhhhh. Dilanggarnya kitorang yang innocent lagi baik hati nih.

Yang kitorang tak faham, dah sah2 kitorang bawa slow gila, takkan tak nampak. Nampak bebeno kakak Kancil merah itu, tetiba nak masuk 2nd exit tuh. Huh, siap kata, dia dah bagi signal ke kiri, nak masuk exit tuh, tapi kat keta dia signal ke kanan yang berkelip2. Adoyai.

accidents19

Eh, ini bukan kitorang. Hiks. (Pic-Google)

Yang sadisnya, siap kata lagi, “tadi, masa akak terlanggar korang, kitorang tergelak gak, sebab korang jatuh slow motion sgt”. Eh, siap gelak2 plak. Pang sekali baru tau. Satu lagi statement tak boleh dilupakan, “Akak memang rasa berdebar2 masa start bawa keta td. Memang akak dah jangka nak langgar org”. E eh, kalau nak langgar sgt, pergilah langgar menda lain, janganlah langgar kitorang. Dalam sibuk pot pet pot pet, tetiba Affa bersuara, “wei, korang, nanti2 lah gaduh, angkatlah aku dulu nih”. Oh, lupa nak cerita, ai takde apa2, sebab sempat lompat dan mendarat di atas badan Affa. Hiks.

Terus hantar Affa g klinik, jahit sana jahit sini. Cucuk sana cucuk sini. Selesai. Ambil nombor phone kakak tu, g lah bawa BFB g workshop. Dah macam bentuk love gear motor tuh. Alang2 dah hantar motor ke workshop, suh abg mekanik serviskan sekali, tukar minyak hitam, tukar cermin, tukar seat baru. Pastu claim kat kakak tu. Ha3. Jahat kan.

mood:~weh, boleh guna lagi BFB modenas tuh, skang ada berlegar2 kat UiTM Shah Alam tuh, adik ai guna~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...