Tuesday, February 21, 2012

kulang aja nye budak ini nye pun!!!

Huhh, dahlah menyamun. Boleh pulak kau salahkan org yang kau samun. “Kami minta maaf, bukan niat kami, benda nak jadi tak diduga, tapi itu salah dia sampai menggadai nyawa”. Chettt, poodaaahhh. Abis yang ko menyamun tu, bukan salah ko lah. Aiya…

hmetro

kredit: HMetro.

First part tu ok, ko minta maaf. Yelah, dah ko yang buat salah kan. Tapi yang tak tahan tu, “benda nak jadi tak diduga”. Brengset lu. Kira ko tak pikir lah, kalau org kena ragut, ada kemungkinan org yang diragut akan melawan. Jadi, bila melawan macam-macam boleh berlaku kan? Abis tu, ko nak semua org rela je kena ragut ngan ko seraya berkata “silalah dik, ragut akak. akak redha. tapi dik, ini bukan redha. redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah”. Eh, ombak rindu kah?

Bab yang last tu, memang sejenis nak kena makan penampar. Siap salahkan org kena ragut tu. Cuba kalau ko tak ragut, takde jadinye benda camni. Rasanya kalau dibagi peluang nak lanyak peragut nih. Ai nak langgar ngan keta, pastu reverse sket, pastu langgar lagi, pastu reverse, pastu pusing2kan stereng kiri kanan, biar hancur tangan kaki sket, pastu jalan. Haaa, puas hati.

Bukan apa, kadang2, kita dah berjaga2, berhati2. Tetap kena rompak, ragut dan sebagainya. Bila kena semua ini, perasan tak, kebanyakan nya akan salahkan org yang di ragut. “Tulah Senah, siapa suruh tayang rantai gelang Zhulian ko tu???” tak pun, “Haaa, ngengada sangat ko ni Siti Norbalijah, yang tinggalkan laptop kat dlm kereta nape? Kan dah kena pecah cermin keta”

Yelah, takkan nak salahkan pencuri tu. Yang mencuri tu memang dah tak pandai nak tahu betul ke tidak. Nak salahkan diorang, macam salahkan anjing menyalak tgh malam. Macam salahkan khinzir sebab dia mughalazah. Dah memang tabii binatang tu macam tu, nak buat camna. Tapi, itu anjing dan babipinkcuteoinkoink. Pencuri tu manusia. Atau dah boleh je samakan dengan binatang sebab berperangai camtu. Entahlah.

Cuma percaya, kalau kita buat baik, dibalas baik. Kalau buat jahat, dibalas jahat. Senang je hukum hidup tu kan. Renong-renongkan dan selamat beramal.

mood:~katakan TIDAK pada perompak, pencopet, pencuri~

Monday, February 20, 2012

Google dictionary at Chrome

Hello semua. Maaf, lama menyepi oleh kerana sibuk kenduri kendara. Nanti ai update kan gambar kahwin adik ai yer. Kahwin sudah adik, abgnya bila lagi? hahahha.

Ok ok. Hari ni nak cerita pasal Google Dictionary kat Chrome. Yelah, zaman Fb sekarang. Update status harus menggunakan bahasa Inggeris tahap canggih. Lagi orang tak faham, lagi bagus. Hiks. Kadang-kadang baca english online paper, ada perkataan yang tak faham. Berita asal mati dikejar lembu, oleh kerana tak faham wording kat paper tu, terus bertukar lembu mari dikejar orang. Ha3. So, how?

Sesiapa yang guna Google Chrome, ada software Dictionary yang cool. Free pula tu. Meh jenguk nih. Memula klik kat sini. Tapi kena guna Chrome la weh. Jangan berangan2 guna MusangBerapi, nak guna application nih.

dic chrome a

Klik kat Chrome Web Store. Klik jangan tak klik.

dic chrome b

Pastu, tanpa segan dan silu, kliklah kat Popular, then search lah Google Dictionary. Download lah, apa lagi. Mudah kan. Yang penting, percuma. Hu3.

dic chrome 1

Camna nak tahu da download ke belum? Cer lihat sebelah kanan tempat kita taip web address. Yang di bulatan hitam tu. Kalau ada simbol Aa, maksudnya da install lah dictionary kat Chrome kita.

Camna nak guna? Just highlight word yang kita nak tau maksudnya. Then klik berganda, double click. Tadaa, keluarlah maknanya. Siap boleh klik butang speaker tu. Adalah mamat tu akan pronounce kan. Cool eh.

dic chrome 2

Eh, bahasa Melayu pun boleh. Awesome.

So, mari ramai2 guna dictionary nih. Senang sket. Klik2 dpt translation.

mood:~hati2 ngan mamat yg pronounce word tu. sangat bersungguh2 ye dia. ha3…~

Tuesday, February 7, 2012

Peluklah Daku, Sayangilah Daku

Jom peluk ramai-ramai. Inilah senario yang biasa akan terjadi sejurus selepas aktiviti makan tengahari mereka. Selepas makan terus tidur. Dasar kucing. *eh, tuan kucing pun suka tidur lepas makan, kucingkah juga???

kucing peluk

Dari bawah, eh kiri, eh bawah kiri: Bo Bo, Ko Pi, Junior. Lihat, kembang2 bulu mereka. Ini adalah kerana kejadian kahwin campur antara kucing-kucing di kuarters Pulau Indah ini. Yang bulu kembang couple ngan bulu kuncup. Maka lahirlah mereka.

Owh, sila lihat Junior. Kakak-kakak beliau bulu kembang, namun ia tidak. Kasihankan. Kadang-kadang dengar diorang bergaduh. Antara pergaduhan mereka “eh, kau bukan anak kandung mama, kau adalah anak angkat”. Hahahahaha.

Lepas ni nak suruh Bubu (mama mereka) couple ngan kucing hutan pulak lah. Kot2 dpn iras2 harimau ke singa ke. Barulah rock. Ho3. Takpun, couple ngan kucing mata hijau biru ke. Barulah bermata Aishwarya Rai kucing-kucing di rumah.

Teringat plak masa Bubu baru menginjak remaja. Bubu dah gedik-gedik ngiau ngiau nak bercouple. Lantas inchek Abah telah mengurung Bubu dalam rumah seraya berkata “Hoi Bubu, kecik-kecik dah gatal nak couple ye, duduk rumah diam-diam”. Maka terkebil-kebillah Bubu dalam rumah sambil sms bakal couple bahwa cinta mereka terhalang. Sadis kan. Hiks.

Kucing adalah cute dan sangat menghiburkan. Sayangilah kucing demi negara yang lebih penyayang.

mood:~Bu Bu...~

Saturday, February 4, 2012

Artikel di GUA???

hai kawan2. nak kongsi satu lagi perkara. antara perkara yang memang ai nak buat dari dulu. ai memang suka menulis. dari kecil lagi. kalau nak tahu, dulu masa zaman sekolah menengah, ai pernah tulis novel. tapi, separuh jalan je lah. hiks.

jadi, atas dorongan kawan ai, cadangkan ai buat satu artikel yang lengkap, especially pasal travel nih, then cuba hantar kat mana2. kot2 boleh diterima ke kan. dengan tanpa segan silu, ai telah hantar e mail ke editor GUA, cuba untuk hantar artikel.

kalau perasan, kat GUA.com.my ada segmen Gaya Hidup – Jalan Jalan. setelah mendapat respon yang sangat positif dari editor GUA, ai telah pun menghantar artikel pasal pergi Bali, akhir bulan 10 tahun lepas.

hasilnya…??? tuduuu…

Bali – Bila Mistik & Semulajadi Bertemu

gua bali artikel 1

gua bali artikel 2

haaa, jemputlah baca. ha, kalau nak komen ke, nak cerca ke, nak puji ke, sila lah ke artikel Bali itu di GUA.com.my. harap2 dpt hantar artikel lagi ke sana. amin…

eh, dah tercapai salah satu azam tahun 2012 lah. alhamdulillah. kawan2, apa lagi. jom kejar apa yang kita suka. selagi ia tak menggangu org lain, tak lukakan hati sesiapa, kejarlah cita2 kita.

mood:~iyeahhhh…~

Thursday, February 2, 2012

Luncheon at Paddington, The Curve

Hai semua. Berjumpa kembali dalam rancangan, Jom Makan Makan. Agak lama ye dah tak buat acara makan beramai2 secara rakus. Owh, sejak ketiadaan kawan seperjuangan Amy yang jauh di Johor itu, team Jom Makan Makan menjadi kurang aktif. Sebab tu saya kurus *eh, menjadi gemok sebab Amy kah? ^__^

Tak tahu nak lunch kat mana? Tiap kali lunch je, mesti tercari2 tempat nak lunch? Meh redah The Walk, The Curve. Kat sini banyak weh tempat makan2. Nom nom nom.

Kali ni kita ke
Paddington – House of Pancakes

paddington 2

Herm, sebagai pendukung aspirasi negara, kita seharusnya berjimat cermat. Ya, berjimat cermat amalan mulia. Jadi, bila sampai The Walk tu, terus mata melilau cari ‘Lunch Set’. Eh, di Paddington pun ada Lunch Set? Bagus. Mari serbu.

paddington 1

Menu yang ada. Nom nom nom.

Paddington’s Pancake Burger
RM 13.90++

Continental Pancake
RM 12.90++

Omelette Wrap
RM 11.90++

American Pancake Stack
RM 10.90++

Pasta
RM 10.90++

set ini beserta minuman ice lemon tea atau hot tea atau soft drinks.

paddington 3

Paddington’s Pancake Burger

Ini pilihan rakan subahat Jom Makan Makan. Lihat, sgt comel kan pabila pancakes digunakan sebagai  pengganti roti urk burger. White sauce yang digunakan agak manis. Tapi bila tergigit epal segar yang dihiris2, amboi, sedap rasanya. Amboi amboi amboiii. Kentang goreng sangat kurus dan rangup. Dihidang panas2 lagi. Sodap u. Owh, silalah request brown sauce, utk menambahkan keklimaksan makanan anda.

paddington 4

Omelette Wrap

Tuduuu. Mak aih, besau bebeno. huii, sayur2an yang dihidangkan adalah tidak kedekut. Sangat segar juga. Dihidang bersama sos apantahakupuntaktau. Sos itu masam, tairu kah? Tak perlu sos pun, kerna ada thousand island skali dalam hidangan itu. Kenyang! Alhamdulillah.

paddington 5

Ini dia saya yang sudah lama tidak makan secara berjemaah. Amy, transfer lah ke KL. Supaya aktif kembali aktiviti kita. Hu3. Owh, total price hanyalah RM 29.90. Sorang RM 15 lah. Murah kan? Jom Makan Makan di sini. Mauri.

Paddington – House of Pancakes
Unit 142, 1st Floor The Curve,
6 Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel/Fax: 03 77262386

mood:~nom nom nommmm…~

tweetttt… meh follow…

ohmaiii!!! ai girang!!!

tgh memandu dengan penuh sopan dan tatasusila… tetiba ada email masuk… berkelip2 lah tpone itu… menjadi habit dlm diri… uih, sapelah yang email ai nih???

yess, traffic light merah… boleh lah check… ohh, gmail nye email… bukak2…

fafautwitter

yeaaa… Fafau follow ai… ha3… elehh, itu pun nak bising ke??? suka ati ai lah… ai minat fafau…

mood:~keh3…~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...