Monday, April 30, 2012

ZALORA–mari berlora-lora :)

Assalamualaikum semua. Apa khabar semua? Sihat? Ceria? Girang? Bersih??? Hiks.

Ok ok. Tak sabar nak kongsi perkara yang mengujakan nih. Apa? Teruja nak cerita pasal kereta terbalik? Owh, bukan, itu tidaklah mengujakan ye, itu lebih kepada memualkan. Keh3. Ni nak cerita pasal new online shopping website called

Z A L O R A
Shoes & Fashion Online Shopping

zalora a

Jom ramai2 serbu weh. Berbaloi gak harganya. Saya, selaku insan yang cukup2 makan je wang ringgit yang ada, ZALORA adalah best dan mesti dikunjungi. Masih boleh shopping walau diri asyik check balance duit kat cimbclicks. Ha3.

4 ngan 6 Mei ni nak jd usherette kat wedding SchAwal, kena cari kemeja hitam. Tak sanggup lah nak pakai yang ada, shekshi sehingga nampak pushatt. So, target nak cari yang murr kat FOS, kan ada yang 2 for RM 100. Tapi kena beli 2 lah. Eh, check kat ZALORA dulu lah. Kot2 ada yang murr ke.

zalora 2

Haa, ada! RM 39.00 je jah! Oyeahh, still dlm budget. Mari2 shopping. Pasti diri akan semakin kacak seperti gambar itu jika pakai kemeja itu. Wah wah wah. Kacaknya saya. Add to cart sket.

zalora 4

Eh, tertekan plak kat Accessories. Ada beg cantik. Uih, kena zasstt nih. Nak ke tak nak, nak ke tak nak? Add. Jangan tak add *sambil congak duit yang ada. Congak ye tuan puan, maknanya duit adalah sedikit, tidak beribu2, sehinggakan menggunakan kaedah congak, sudah dapat mengagak baki duit yang ada. Tak perlu kalkulator saintifik kerana angka adalah sedikit. Keh3.

zalora 1

Ini adalah salah satu feature yang menarik. Kita boleh terus communicate ngan ZALORA via chat je. Wah, kot2 x sure dengan saiz barang2, chat aje. Tapi silalah jangan tanya “En, saya adalah sangat gebu, boleh kah saya beli shirt itu yang bersaiz S”. Maka makian secara formal akan diberikan. Kalau nak confirmkan apa2 ke, chat saje ye tuan puan. Tq Allan, entertain I td.

For the newbie, dpt RM 20 off tu. Register je dpt RM 20 off utk pembelian RM 50 ke atas. Wah2. Ini pembelian saya yang kedua, so, xdpt nak guna lagi voucher itu. Waaaaa. Xpe2, terbaca kat belog Cik Hanis santek.

zalora 5

Voucher 30% off utk pembelian RM 100 ke atas. Wehuu. Errr, tapi tuan puan, hari ini, 30 April 2012 last. Cepat2, ada 4 jam lagi, boleh guna. Mauri!!! Serbu ZALORA untuk kehidupan yang lebih bermakna dan berkualiti.

zalora 3

Ini adalah hasil tangkapan yang pertama. He3, berdompet baru saya. Dompet ini dibeli setelah ia didiskaunkan sebanyak 20%, tolak lagi dengan RM 20 off voucher as a newbie. Hu3, banyak kan tolak menolak yang berlaku. Owh, one more thing,

F R E E   S H I P P I N G
ohsem kan???

mood:~shopping sambil dengau lagu Terlalu Mencintaimu by Suki Low, syiokkk mehhhhh…~

Saturday, April 21, 2012

Happy Birthday Puan Sri Noorainee

Wah, sejak bila rapat bebeno ngan Puan Sri nih? Uih, sudah menjadi VVIP kah? Tetiba plak wish2 bday isteri TPM. Wah wah wah *sambil menari poco-poco waktu petang bersama datin-datin yang lain.

Xde lah, jadi usherette lagi. Kali ni under Simply Flower by Eta. Tema event kali ini adalah summer. So, kaler mesti fresh n vibrant gitu. Bunga2 yang digunakan pula bermacam2. Ada lily, tulip, rose, hydrangea. Eh, sundal malam pun ada tau. Wangi.

Bday Puan Sri 1

Maaf, pic begitulah tidak mengujakan, sila salahkan BB yang hanya 3.2 itu. Ha3. Majlis diadakan di kediaman rasmi TPM. Uih, sangat agam ye tuan puan. Lobi adalah sebesar rumah saya. He3. Warna bunga yang digunakan adalah ungu, oren, putih, kuning, hijau. Sangat segar warna2 itu. Nanti kalau ada pic yang lagi jelas, ai tempek yer.

Bday Puan Sri 2

Happy Birthday Mama! Eh, bukan mama saya, mama kepada anakanda kepada Tan Sri TPM kita. YG Puan Sri Noorainee. Nampak muda ye beliau. Walaupun sudah 60. Seperti ingin mengorek rahsia kejelitaan beliau. Kot2 boleh nampak muda seperti itu ke.

Bday Puan Sri 3

Haa, selit, jangan tak selit! Nak jugak amik pic. Anak sapelah nih???

Bday Puan Sri 5

HB Puan Sri. Barisan usherette dan event planner, Eta berklik klik pic sama-sama. Ooo, The Photoz team ada dalam event nih. Mereka akan klik2 pic semasa event, dan terus print di situ lantas dijadikan cenderahati. Mari ramai2, calling The Photoz memeriahkan majlis2 anda.

Bday Puan Sri 4

Errr, inilah serba sedikit hasil yang dengan tiba2nya berada di ruang tamu rumah ai yer. Hairan juga. Macam mana boleh jadi begini? Mungkin terbawa balik kot. Mungkin lah kot. *peace... Oh, nanti ai pulangkan vase tu yer.

Sunday, April 15, 2012

Santai Ahad yang syiokkk

Owh, Ahad yang sangat menenangkan. Sangatlah seronok dan mengujakan bila dapat menikmati Ahad dengan santai dan malasnya. Sejak beberapa ketika ni, bz di kala hujung minggu. *bajet artis kah? pooraaahhh.

Ai ada hobi. Hobi yang jarang2 dpt buat sgt. Sebab malas. Ha3. Baca novel. Seronok weh. Tapi memang berbulan lah nak ambil masa nak habiskan sebuku novel. Orang lain amik masa 2-3 hari, ai berbulan2. Sampai kena selak balik mukasurat yang dah baca. Dah lupa ceritanya, lama sgt. Ha3.

novel2

Ini adalah antara novel yang ada. Dalam banyak2, hanya satu yang beli dengan harga asal. Yang lain beli masa ada book fair. Murah je, RM 5 or RM 10 sebuah. Hiks. Owh, Eat Pray Love tu fatin punya, buat macam harta sendiri. Hu3. Maaf ye Fatin.

Seronok gak ada hobi camni. At least adalah benda nak buat. Owh, skang org duk heboh2 pasal E Book. Siap cakap, ‘physical’ book ni so yesterday. Sorry to say sorry to say *eh, ni cerita Mimpi Sampai ke Bintang Elfira Roy itu. Tapi, personally, ai nak juga kumpul buku2 nih. Tak feel kot kalau nak baca ebook nih.

novel1

Eh, tgh nonton2 HBO, ada pulak cerita The Sisterhood of the Travelling Pants. Ai ada buku tu, ai ada. Lihat. Best gak cerita nih. Pasal empat kwn karib, berkongsi special jeans, yang boleh muat keempat2nya. Walaupun fonggong Serena Van der Woodsen dan Ugly Betty begitu berbeda, namun jeans itu muat ye. Strechable perhaps.

Masa cuti musim panas, masing2 buat hal sendiri. Ada yang g jenguk suku sakat di Sepanyol. Ada yang attend summer camp. Ada plak yang stay kat umah, buat kerja sambilan, ada plak yang jenguk family baru ayah dia. Masing2, akan pakai jeans tu, dan ada cerita di sebalik itu. Jom download cerita tu ramai2.

Oh, ada book fair. Jom pergi ramai2. RM 2 je kot. boleh lah borong guna baucer buku RM 200 tuh.

novel3

want to know more info? visit them at paylessbooks.

mood:~membaca itukan jambatan ilmu~
~owh, yeaa, dpt join schawal wedding. hu3~

Wednesday, April 11, 2012

Jom Beli Kereta :)

Wahhh, nak beli kereta baru ke? ke nak usha2 je? tak salah nak usha2 walaupun tak beli. Iyolah, kalau dah tahu harga kereta tu berapa, boleh lah start save2 sket duit belanja. Kan kan kan.

Kadang2, bila browse website jual2 kereta nih, best gak. Berangan2 dapat guna kereta canggih. Pastu siap bajet hot-semua-orang-pandang-bila-turun-kereta-baru. Ha3. Jadi, di kala kehujanan yang begitu membuai rasa dan perasaan, marilah kita berangan2 berkereta baru.

carsifu1

Jom klik cars for sale.
CarSifu

Website ni khas untuk pasaran kereta di Malaysia. Jom jenguk2. Tgk2 gak berapa harga Viva 2008. Iyolah, next time nak renew insurance, dah tau sket2 nak letak berapa kan. Klik je kat list tepi tu. Nak kereta apa, semua ada.

carsifu2

Haaa, jom klik Honda. Feeling2 warga Wisteria Lane, yang hanya menggunakan kereta hybrid. Bila klik je Honda, ada senarai kereta Honda apa yang kita nak. Apa lagi, jom klik2 di Insight. RM 99,800. Herm, kelihatan lagi 5 tahun di situ. Hiks.

Oooo, kalau nak jual kereta kat CarSifu pun boleh. Just register, then iklan kan kereta kat situ. Boleh lah upload gambar kereta yang bling bling serta berkilauan supaya ramai yang teruja nak beli. Kepada sesiapa yang nak jual kereta, tapi tak nak ada orang tengah, CarSifu adalah tempat yang paling sesuai.

jom usha harga Viva 1.0 Ez 2008. Ada value lagi ke? Eh, umi, jangan risau, anakmu ini takkan jual kereta ummi. Cuma senang sket kalau nak propose kat umi, kot2 nak trade Viva amik Prius C ke. Kan kan kan.

carsifu3

RM 33000. Wuhooo. Tinggi lagi tu. Apa lagi, umi, mari kita trade kereta ramai2. Cantik jugak Prius C itu, walaupun bahagian belakang seperti kotak susu dutch lady gambar lembu hitam putih. Tapi, tadi nampak yang kaler oren, nice juga. Dah terbayang2 berkereta hybrid. Hiks.

So, keen to get info about Malaysia’s car market, do visit CarSifu, Malaysia’s cars for sale website. Mari ramai2. Serbu…

mood:~vroommmm…~

Sunday, April 1, 2012

Bawaku Pergi sah diharamkan??? Aiyayayooo…

Adesss, pagi-pagi, buka beautifulnara, terus terpinga2 kejap. Lagu Bawaku Pergi – Kaka ft Zizan, composed by Malique, telah diharamkan? Aiyo. Sebab – MENGGALAKKAN REMAJA LARI DARI RUMAH.

Kaka feat. Zizan

Berikut adalah serba sedikit maklum balas Malique tentang pengharaman ini. Tq beautifulnara.

Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.

Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas.

Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.

Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.

nak komen penuh, sila ke beautifulnara.com

Pandangan saya yang tak pandai dan panjang akal ni. Kelakar, kelakar dan kelakar. Camna nih, takkan kot dengar lagu nih, terus membuak2 perasaan nak lari rumah. Kalau lagu ni sangat lucah, terang2 ajak kita semua buat seks, amik dadah, mengedar dadah, bunuh orang, curi duit orang berjuta2, berbaloi kot kena haram.

Senikata lagu itu seni. Seni itu mana mungkin bawa satu makna sahaja. Setiap yang dengar ada pandangan yang berbeza. Kalau nak diambil kira maksud yang negatif je, tak berkembang der. Lagipun tak terfikir lah nak lari lepas dengar lagu nih. Aiyoo, terlebih gali nih.

Lepas nih, ada je lagu yang liriknya “Ingin ku bawa mu jauh dari sini”, terus kena haram, sebab nak bawa lari anak orang, lari dari rumah. Feeling2 duk bawah jambatan, nyanyi bait2 lirik “ku ingin bersamamu sahaja, ku ingin dirimu sahaja”, kena haram jugak sebab dah tak nak duk ngan keluarga, lari dari rumah. Paling sadis, pakai baju love bling2, pastu nyanyi “Aku ingin sendiri”, pun kena haram gak, nak lari jauh2, g Guatemalo, lari dari keluarga, lari dari rumah. Takpun, sedang bersemangat nyanyi lagu “kudaku lari gagah berani!!!!” pun diharamkan, nak lari dari rumah guna kuda yang gagah itu. Adessss.

Kenapa? Mengapa? Adakah agenda yang tersembunyi. Tettt, tepuk dada tanya selera. Tepuk kepala tanya akal. Oppss, kang kena haramkan gak, galakkan keganasan. Tepuk2 kepala. Tak boleh nih. Menggalakkan keganasan dan keruntuhan akhlak. Tepuk2 kepala, terus balik umah kemas2 baju, lari dari umah.

Pok amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga cina.

Tettt, terus dpt surat pengharaman, haram haram haram. Terang-terang lagu ni menggalakkan kanak2 skodeng bahagian dalam baju. Tak boleh nih, bila kanak2 terdorong  nak tau apa dalam baju, mereka akan teransang, bila teransang, mereka akan mula memberontak, lalu membuat keputusan lari dari rumah. Jadi, kita kena haramkan ke lagu Pok Amai-Amai ni, dek kerana penginteprasian saya yang begitu negatif ini?

mood:~pikiaq pikiaqkan la yer~
pic:~tq google~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...