Friday, March 17, 2017

Day 2 Beijing Shanghai March 2017


Jeng jeng jeng. Sampailah masanya kita pergi ke tempat yang memang teringin sangat nak pergi. Great Wall of China. Ada banyak sebenarnya point nak memanjat tembok besar ni. Tapi kita pilih yang senang untuk di akses menggunakan pengangkutan awam. Kami pilih Badaling.

Kalau ikutkan, plan asal nak ambil pakej day tour. Kos day tour lebih kurang 60-70 usd. Kos agak tinggi, sebab kami berempat je. Tapi bila cari info, dapatlah panduan lengkap macam mana nak ke Badaling Great Wall. Naik bas (Bus 877, 10 minit jalan kaki dari subway Jishuitan, Exit B2), harga tiket 12 yuen (RM8) sehala. Kalau guna Yikatong Transportation Card, dapt diskaun 50%. Maka kami naik bas je lah.

Oh, lupa terangkan pasal Yikatong card ni. Dia ala2 rapid kl card. Boleh guna utk subway, bas, teksi (tapi tak pernah cubalah guna kat teksi). Deposit kad 20 yuen, top up at least 20 yuen. Kalau pulangkan balik, dptlah 20 yuen tu. Senang guna kad ni, lagi2 kalau kita memang nak gunakan pengangkutan awam. Boleh beli kat mana2 stesen, tapi utk pulangkan kad tu, ada beberapa stesen je.

Ok, naik bas lebih kurang sejam (ada wifi, wuhuuu), sampailah kat Badaling. Tiket masuk 30 yuen. Kitorang nak beli cable car, 100 yuen (return), 80 yuen (one way), tapi terbeli sliding car (return). Haha. Dah lah gigih ke stesen cable car (dlm 1.8km mengahmengah) dari stesen bas, sampai2 kat situ, diorang kata salah tiket. T_T


Encik dan puan kucing comel.

Nak tak nak, belilah tiket cable car one way, 100 yuen (140 yuen return). Dengan harapan, nanti nak turun ada sliding car. Naiklah cable car, sampai kat atas. Mak aihhh. Ramainya org. Bergambarlah seratus dua. Bukan selalu ke sini. Amik port yang ala2 nampak mendaki sikit. Konon2 gigih mendaki lah. Minum kopi sedas, turunlah ke bawah. Tiba2 nampak stesen sliding car. Yeayyyy. Boleh turun guna sliding car. Jerit2 cam kat funfair. Girang. Sampai kat stesen bawah, ada bear farm. Banyak beruang. Ada tiga empat kandang. Gebu2. Bila fikirkan diri sendiri pun kadang2 cam beruang, risau plak tetiba ada org kerumun sambil jerit, tolonggg tolonggg, beruang terlepas. Human bear!!! Yelp yelp yelp!!!


Selesai di sini, naik bas balik, ke area Niujie Mosque sekali lagi. Makan! Kali ni makan nasi pula. Banyak tenaga dihabiskan tadi mendaki tembok besar (kononlah). Lepas makan, kami terus ke Olympic Beijing Stadium, Bird Nest tu. Disebabkan takde dalam plan asal, maka terpaksalah kitorang lukis pic stadium, minta tlg org translatekan. Tadaaa!!! Sama kan lukisan tu.


Cantik dan luas area kat sini. Ada Aquatic stadium yang tukar2 warna tu. Ada menara obor. Ramai juga datang ke dataran ni. Menarik. Banyak tempat untuk ambil gambar yang menarik. waktu malam lebih menarik sebab banyak persembahan cahaya. Warna warni adilfitri tajuknya. 


Untuk pulang ke Chongwenmen, kami menggunakan subway. Berjalan sampai ke stesen Olympic Green (oh, ada satu restoran halal kat stesen ni). Tapi kami berhenti di Dongdan (satu stesen sebelum Chongwenmen), sebab nak pulangkan balik kad Yikatong. Ini antara senarai stesen yang boleh pulangkan kad. Dapatlah kami lebih kurang 120 yuen. Yeayyy. Boleh lepas seround lunch. Mee tarik empat boss!!!!! 


Oh, ini stesen2 di mana anda boleh pulangkan kad Yikatong tu.



Compact Iti Day 2

Badaling Great Wall - Niujie Mosque - Olympic Beijing Village

mood:~langkah paling banyak berjaya direkod, 22500 steps, kuwusssss~

Wednesday, March 15, 2017

Day 1 - Beijing Shanghai March 2017


Draft Itinerary kami di Beijing Shanghai

Day 1

Sampai airport Beijing, PEK dalam jam 5.50am. Flight kami je kot yang sampai waktu tu. Sebabnya org yg sama juga jumpa masa beratur nak cop passport. Jadi, tak ambil masa lama sangat. Lps je cop, terus ada lukisan greatwall kat dinding. Kot ye xde masa nak g greatwall, amik pic kat situ je la. Haha.

Kebetulan, arrival di tingkat satu, stesen teksi juga di tingkat yang sama. Maka terus je berjalan ke pintu keluar, sambil merujuk signage teksi. Abaikan sesiapa yang cuba tawarkan teksi (walau ada yang berpakaian formal, seolah2 pegawai airport). Terus keluar, beratur untuk ambil teksi. Buat2 tak faham kalau ada yang sibuk suh amik teksi tempat lain. Nak lagi afdhol, ngomong jawa sikit2, biar terkedu terus ulat2 teksi ni. No I don anderstand! Go away go away!

Dapat teksi, berdoa agar tak kena tipu. Maklumlah first experience ni. Alhamdulillah, dari Beijing Airport ke Chongwenmen, tak sampai 100 yuen. Ok sangat, sebab baca blog2, bajet adalah dalam lingkungan 100-120 yuen. Maka sampailah kami di Beijing Huiyuan Apartment, betul2 atas Beijing New World Shopping Mall. Dah hari terakhir, baru kami discover yang groceries store kat mall tu ada jual daging halal. Cehh, penatnya g jauh2 nak cari makanan halal. 



Sejuk. Lepas je masuk bilik, terus cari kopi kat mcd. Leganya. Oh, sebelum tu, terjadilah peristiwa ayam itik dengan org yg handle penginapan. Masing2 tak faham apa yg cuba disampaikan. Sudahnya, minta wifi password, on wechat, borak2 guna wechat, walau duduk sebelah2. WeChat ada fungsi translate. Senang sikit. Walau kadang2 krik krik. Bila minta wifi password, tak dapat, rupa2nya sebut 'six' tapi tulis '5'. Pengalaman pengalaman, 

Lps mengopi, snap2 pic di kala pagi org sibuk nak pergi kerja. Ibarat kita sibuk nak g kerja, tiba2 nampak abam2 nepal sibuk amik pic dpn sogo. Cenggitulah gamaknya. Lps puas jadi abam nepal, rehat2 sekejap. Siap utk ke explore kota beijing.


Destinasi pertama. Tiananmen Square (subway Qianmen, line 2, Exit A/B). Berdasarkan map, sebelah je Forbidden city. Ikutkan ramai pelancong akan ke Forbidden city, tapi kami ke Tiananmen square sebab ia percuma! Jalan2, sampai terlajak ke Avenue (lupanama). Cantik! Shopping street berkonsepkan kota lama. Sempat rembat aiskrim sedas.

Terus ke Railway Museum. Tgk pic2 keretapi lama, sampailah yang yang paling baru sekali. Oh, kat Beijing ada banyak stesen keretapi. North la, South la, Beijing Station lah. Hati2 ya. Kemain besar tengok mesin nak cop tiket, Dah macam peti ais.



Lepas ke Railway Museum, teruskan perjalanan ke area Masjid Niujie (subway Guang'anmen Inner, line 7, Exit (lupa, C kot) nampak KFC, ke kiri sampai ke jalan besar kedua, ke kanan). Cari makan! Kat situ banyak restoran makanan halal. Slrppp, melahap mee tarik. Begitu mencabar nak order. Kitorang siap snap2 pic makanan org lain, then tunjukkan kat cashier. Siap panggil supervisor dari dapur sebab kakak cashier nervous nak ambil order kitorang. Masa nak order, supervisor ada buat bunyi suuusshh susshhh. Kitorang ingat dia nak buat bunyi mee slrpp slrrpp. Kitorang pun angguk enamkali, Sampai makanan, pedas mendedau, Rupanya sushhh sushhh tu dia tanya nak pedas ke tak? Kitorang plak angguk sampai enamkali, jadi bayangkan?

Singgah di Masjid Niujie. Tenangnya! Ikut sejarah, dah lama sangat masjid itu (lupatarikh). Cantik ukiran2 di masjid tu. Sangat terperinci. Nak amik wudhu pun, disediakan air paip yang hangat. Ada kedai jualan dalam kompleks masjid tu. Murah2 juga barangan. Sempat rembat travel sejadah (itujesouveniryangdibeli). Lepak2 kejap, amik nafas, balik apartment. 

Malam, konon nak shopping. So kami ke Silk Street (subway Yonganli, line 1, Exit A). Sampailah kami ke Silk Market. Berdasarkan bacaan blog, dulu2 silk market ni kat bawah, tapi sekarang dia dah pindahkan ke dalam bangunan. Silk Market ni ala2 GM Plaza or Kenanga camtulah. Tapi?????? Mahal2 harganya. Keliru kejap. Satu fridge magnet dah sampai 48 yuen ~ RM 30??? Jadinya berjalan2 sahajalah dalam market tu. Tak beli apa2. Memang camtu ke harganya? Ke kami salah mall. Haha. Teruslah membawa kaki ke area Salintun. Kawan nak amik pic kat sana. Happening malam2 kat situ. 

Tragedi ugutan teksi berlaku. Jengjengjeng. Nak ke Salintun tu, teksi nak caj sampai 100 yuen. Gila ke apa? Terus berlari2 masuk mall balik, g exit jauh sikit amik teksi lain. Nak tahan teksi kat Beijing ni agak mencabar, sebab tak tau kat mana nak tahan teksi. Dapatlah juga teksi ke Salintun area, snap2 pic, makan2 then balik. Ada bangunan Intercontinental hotel yang sangat cantik! Bertukar2 warna. Lepas puas makan, nak balik, tragedi teksi berulang kembali. Gangster ulat teksi berlegar2 di tempat orang nak tahan teksi. Jadi teksi taknak ambil kitorang. Teksi2 yang datang kebanyakan dah ada pelanggan (ala2uber) atau nebes tengok gangster tu. Sejam juga lah nak dapat teksi. Alhamdulillah sampai juga apartment malam tu. 

Compact Iti Day 1
KUL - PEK
Chongwenmen (Apartment)
Tiananmen Square - Railway Museum - Niujie Mosque
Silk Market - Salintun

mood:~mari banteras ulat gangster teksi~

Tuesday, March 14, 2017

Senarai Android Apps untuk ke Beijing Shanghai, China

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah baru balik dari trip ke Beijing-Shanghai. 5 hari 4 malam. 2 malam di Beijing, 2 malam di Shanghai. Itinerary kat sana berdasarkan redahan blog serta website yang ada. Hari ni nak kongsi apps yang digunakan di sana. Disebabkan semua pergerakan adalah tanpa bantuan agen pelancongan, maka senarai aplikasi ini sangat membantu. 

1) VPN - Turbo VPN


Seperti yang kita sedia maklum, banyak apps yang telah disekat penggunaannya di China. Contoh, FB, google dan sebagainya. Maka install apps Turbo VPN ni siap2 dari Malaysia. Sebabnya, kalau dah sampai China baru nak download, maka ada masalah nanti, sebab tak boleh nak buka Google Apps. Ada banyak lagi apps VPN ni, tapi mostly berbayar serta ada trials untuk beberapa hari. Turbo VPN ni free! Dapat tgk arnab berlari2 sambil menunggu apps conneted. Bak kata pepatah, arnab berlari kura-kura yang menang. Eh?

2) Halal food - Halal in China


Apps nak cari restoran makanan Halal. Boleh digunakan untuk panduan. Tapi ada beberapa kedai yang telah tiada. Masa kami di Shanghai, jenuh mencari, tiba-tiba restoran dah roboh. Mihmihmihhh. Maka carilah beberapa pilihan. Di Beijing, kami berulang alik ke kawasan Masjid Niujie, di situ ada banyak restoran halal. Cubalah rasa Sate Kambing di sana, walaweh, sejuk2 makan sate kambing, menetes-netes air liur kesedapan. 

3) Metro Subway - Metro Beijing Subway




Apps ini sangat berguna kalau nak travel menggunakan subway. Kalau tak silap, ada lebih kurang 15 lines di Beijing. Apa yang kami lakukan, di setiap tempat untuk lawatan, kami akan pastikan nama station subway terdekat (bersama nombor pintu keluar sekali). Seterusnya, kami akan gunakan apps ini untuk tentukan line mana yang kami akan gunakan. Apps ini akan beritahu semuanya, termasuk kos tiket. Bersedialah untuk menempuhi rakyat jelata di sana. Mana tau ketemu jodoh. 

4) Shanghai Disneyland - Shanghai Disney Resort 


Kalau nak ke Shanghai Disney Resort, download apps ini, Ia akan membantu untuk navigasi map di dalam taman tema nanti. Nak search restoran halal pun ada. Tapi, sayang tak dapat nak guna sangat masa di taman tema, sebab ada masalah nak connect dgn free wifi. 

Tambahan: Berikut adalah website yang saya kunjungi untuk rujukan di Beijing shanghai.

1) VISA ke China - Kembara GD

Laman web ini sangat2 membantu. Dapatlah jimat upah runner nak buat visa ke China. Untuk yang tinggal di KL, visa ini mudah je nak buat. Penerangan pula sangat2 jelas dan terperinci. Kalau tak faham juga, call je lah runner untuk buat visa ke China. Senang sikit. 
(Runner utk buat visa ke China, 017-7699695 (Amin), 017-3513156 (Siti, Cat Travel))

2) Details untuk tempat2 menarik di Beijing Shanghai - TravelChinaGuide

Klik di pautan 'Destination' dan pilih lah yang mana berkenan. Jangan nak pilih Kuala Pilah pula, takde takde. Bagusnya website ini, maklumat lengkap. Ada ditulis tentang penerangan yang jelas tentang tempat2 yang ingin dilawati. Disertakan juga nombor bas serta nama stesen subway untuk ke tempat2 berikut. Mudah. Screenshotkan sahaja. Nak print pun boleh, tapi nanti nampak macam ketua rombongan sangat, buka2 kertas tepi jalan sambil tunjuk kiri kanan. 

3) Train dari Beijing ke Shanghai - Tinco was here

Oleh kerana kami perlukan transport utk ke Shanghai, maka terjumpalah website ni. Cik Tinco ni gadis filipino cantik yang pernah gunakan train ini. Penerangan yang begitu  jelas. Jadi, kita ambil maklumat dari sini. Singgah deknon, jangan tak singgah. 

Tambahan: Silalah download dictionary apps, beserta offline data. Supaya boleh translate apa jua soalan walau tanpa sambungan internet. Berkomunikasi dengan org di sana, gunakan phone je. I translate, dia translate. Kalau boleh on wechat, dah sibuk berwechat walaupun duk sebelah2. Haha. Oh, di sana apps wechat sangat meluas penggunaannya. Nak guna wifi mcd, wifi airport beijing pun register guna WeChat. 

mood:~dah ke China, tasangka~