Wednesday, January 30, 2013

Tanah Tinggi Cameron pula yeop ^_^

Assalamualaikum semua. Kabare? Waras? Taikmu keras??? *keh3, lawak masa zaman sekolah muda mudi dolu dolu. Nampaknya, tahun 2013 dimulakan dengan aktiviti berkaitan tanah tinggi. Hari tu ke Broga Hill, kali ni ke Cameron Highlands (CH) pula. Hurm, mungkinkah tahun ini akan menjadi lebih tinggi dan tinggi ke angkasa? In Shaa Allah.

CH 01

Ahli rombongan keluarga inchek Mislan. Sufi, Dilla, Diha, Yaya Iwan, Ahan. Inchek Mislan dan umi serta Jijah tak join dari Klang, mereka dari Guar Chempedak. Ketemu di CH terus. Oh, trip kali ini lebih bermakna kerana warga Kastam dapat bonus setengah bulan. Yeay ^_^

CH 04

Sempat pose di pasar malam Brinchang. Hujan pula di ptg itu. Bertambah sejuk. Terpaksa lah berbungkus2. Gila apakah saya ke CH tanpa bawa baju sejuk mahupun sweater? Ber t-shirt sahaja. Ko ingat ko lahir kat Birmingham *hai, OP. Bershopping sayur-sayuran di pasar malam ni. Beli bagai nak rak, tapi bila ntah nak makan nya.

CH 07

“Haaa, amik pic kat sini, bior nampak building ni” kata inchek Mislan bersungguh utk promote apartment ni. Kami stay kat betul2 atas Petronas pasar malam Brinchang. Crown Imperial Court Apartment. Besau yer. Ada 3 bedrooms, 2 toilets. Katil ada 4. Muatlah utk kami ber 8 + 2. Selesa. Harganya lebih kurang RM300. Kalau nak no phone, sila tinggalkan message. Kena tanya inchek Mislan, lupa nak mintak no phone kat abah. He3.

CH 12

Dilla, Sufi dan baby comel dlm perut. Due bulan 3. Yeay, dpt anak buah lagi.

CH 13

Ahan.

CH 14

Diha, Iwan dan Yaya. Cembeng je Yaya, naik labuh pipi tu. Hu3. Bila dah kenyang, gelak2 sampai ke Tapah dengarnya.

CH 16

Saya!!! Wow, sungguh eksotik kaktus yang melata itu. ^_^

CH 22

Yaya in da house. Menggunakan kecomelannya utk minta didukung. Ala2 kucing dalam cerita Shrek, gunakan kecomelan mata yang besar itu.

CH 27

Yeay, barisan anak dan menantu inchek Mislan dan umi, pasangan warga Kastam yang girang kerana bonus setengah bulan itu. Psss, bukan setakat Dilla due bulan 3 nih, umi pula due bulan 6/7. Woww, bertambah2 baby di umah nanti. Dapat anak buah, dapat adik.

CH 36

Bersempit-sempitan di hujung bangunan utk bergambar berlatarbelakangkan ladang teh. Himpit jangan tak himpit.

CH 37

Gambar senget beramai-ramai. Tak tau kenapa senget semua. Mungkin nak make sure masing-masing masuk dlm pic. Yang hujung tu main boling ke apa? Yaya, seperti biasa dilambung-lambung oleh mamanya.

CH

Alhamdulillah, trip kali ni berjalan dengan lancar. Takdelah apa2 yang tak diingini berlaku. Moga-moga, dimurahkan rezeki, dapatlah pergi bercuti ke tempat lain. Ke Kelantan ke, or ke Legoland. Hurm, menarik juga.

mood:~lega dapat bercuti lagi…~

Monday, January 14, 2013

Broga Hill… Aku datang…

Jiyeahh. Broga Hill, Aku Datang *sila pilih, nak guna nada KL Gangster atau Istanbul Aku Datang ^_^

Aktiviti ini adalah berdasarkan idea spontan berusia hanya 5jam. Tengah sedap-sedap makan cendol diwaktu petang, tetiba masing-masing setuju nak daki Broga. Apa lagi, jom mendaki. *idea spontan lebih mudah dilaksanakan berbanding idea yang berminggu-minggu lama planning nya. Percayalah ;p

Program Dakian Broga Hill 1Malaysia Sihat dan Berwawasan (PDBH1MSW 2013) sepatutnya bermula pada jam 5am *wah, nama program, ha3. Namun, akibat ketidakfungsian telefon bimbit pintar, alarm clock tak berbunyi. Boleh phone mati plak. Maka, terlambatlah sikit ahli daki pendaki bertolak dari Bukit Jalil. Jam 5.45am baru kami bertolak.

Lebih kurang 30-40 minit, sampailah kami di kaki bukit Broga. Dengan penuh gigih, di subuh hari, park kereta celah-celah ladang kelapa sawit. RM2/entry. Camna nak ke Broga Hill? Boleh guna Besraya, Kajang Silk. Nanti di simpang Rinching, ada signboard ke Semenyih. Takpun, follow je signboard ke Semenyih. Nak lagi mudah, jalannya ala-ala nak ke Sg Tekala. Owh, Broga Hill ni dekat ngan Universiti of Nottingham. Boleh setkan GPS ke Univ of Nottingham.

Pendakian dimulakan dalam jam 6.30am. Owh, masih gelap ketika itu. Nasib baik ada 2 torch light dan 2 iPhone yang dijadikan torchlight. Berbekalkan cahaya suluhan yang agak manja di situ, gigihlah kami berlapan mendaki Broga. Owh, agak ramai ye yang bersama-sama kami. Boleh lah tumpang torchlight diorang sekali sekala.

Pendakian mengambil masa lebih kurang 45 minit. Tatkala inilah semangat kerjasama itu penting. Saling memberi semangat kepada rakan-rakan. Jiyeahhh, akhirnya…

Broga Jan 2013 4

Ahli-ahli daki yang  begitu gigih. Fafai, Ling, Kerb, Topek, Man, Zira dan Jiha. Zira dan Jiha adalah warga Bank Islam, teman sekerja fafai. Saya? Sayalah yang amik pic ini. Teheee ^_^

Broga Jan 2013 5

Lihat, bahu saya yang berpeluh-peluh itu. Tak pasti kenapa bahu saya yang begitu berpeluh. Mungkin kerana di bahu saya ada banyak kelenjar peluh. Tak pastiiiiii.

Broga Jan 2013 1

Haaa, beratur, jangan tak beratur. Mengapakah kami snap pic begini? Satu – Kita boleh menyorokkan lemak-lemak yang terjojol kelihatan begitu indah itu. Akan kelihatan wajah yang berseri-seri sahaja. Dua – Penyusunan tatkala mengambil gambar adalah mengikut kadar ketampanan wajah. Namun, yang menjadi persoalan di sini, adakah yang berada di hadapan sekali yang paling tampan, atau sebaliknya? Renung-renungkan dan selamat beramal!!! ^_^

Broga Jan 2013 2

Haaa, mengambil pic sambil geget2 bunga lalang sangat seperti koboi manja. Eh. Tak tahulah teknik itu diinspirasikan oleh apa atau siapa.

Broga Jan 2013 3

Lihat, ini pula dinamakan  teknik bergambar dilitupi bunga lalang. Inilah antara sebab mengapa bunga lalang ini dibiar tumbuh melata. Di samping untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem bumi, kewujudan bunga lalang ini juga amat digemari oleh mereka yang gebu-gebu sepeti saya. Tertutup segala lelemak tepu dan lelemak tidak tepu. Yang kelihatan hanya wajah-wajah gembira selepas berjaya mendaki Broga.

Broga Jan 2013 a

Haa, ada gaya mereka yang gigih membaca peta tak? Seperti hiker sejati kan? Ha3. Padahal, sibuk update facebook ngan baca gossip-gossip terkini di Rotikaya. Eh, Siti dah pakai tudung penuh ahhh. Wewiittt.

Broga Jan 2013 6

Gayat weh, duduk di atas batu di pinggir bukit. Kot-kot tergolek ke bawah, inilah gambar terakhir saya. Kenapa saya sengetkan kepala??? Erm, mungkin kerana graviti??? Sekali lagi, ketidakpastian melanda.

Entri kali ini akan diakhiri oleh potret yang dipotretkan di atas Broga Hill.. Potret ini bertajuk

 

Broga Jan 2013 7

Keindahanmu dalam Anganku

mood:~aduhh, sengal-sengal plak badan. hehehhe.~

Tuesday, January 8, 2013

Ya Pak Nil, kita kunci stereng itu!!! Kita kunci!!!

Kita kunci stereng itu!!! *baca senada dengan program Jangan Lupa Lirik ^_^

steering lock 1

Apakejadahnya kunci stereng ni begini ghupaya. Baik tak yah nak kunci kalau camni. Haaa, anak-anak. Inilah akibatnya bila kita kehilangan KUNCI untuk PENGUNCI stereng anda. Stress wei sekejap. Baru nak menghayati keindahan pagi yang hening.

Punyalah gabra, tak tau nak buat apa. Tiba-tiba kunci stereng hilang. Apakah ingin dilakukannyapunadoyaiii. Cuba dengan gigih untuk membuka secara manual menggunakan kudrat yang tak seberapa ini. Terus terpusing kunci stereng nih. Haaa. Terhon hon lah beberapa kali. Maaf ye mereka yang sedap sedut2 dim sum di kedai berhampiran. Teheee.

Setelah diflipkan kunci stereng, maka dengan penuh hati-hati viva comel ini dipandu ke workshop kegemaran. Wakluu, kelakau lah plak bila drive keta ngan kunci stereng melekap kat stereng. Senak-senak lah perut juga dek terkena kunci stereng tu. Nak belok pun tersipu-sipu. Ha3.

steering lock 2

“Aiyaaa, macam mana u bawa kereta kat sini??? Boleh pusing ah itu stereng???”

Harap2 Ah Beng boleh bukak kan. *err, nama dia bukan Ah Beng, saya yang sesuka hati panggil Ah Beng, sebab muka dia cam Ah beng kan???

steering lock 3

Amik kau!!! Inchek Ah Beng dengan selambanya di kepak kan kunci stereng tu. Tak yah nak gergaji-gergaji bagai. tepuk tepuk tepuk *nampak nooo beli kunci stereng cap ayambelandaoikkoikkk, ko kepak je boleh terbelah.

Sib baik duk kat Kepong, kerana workshop dan Kepong adalah begitu sinonim. Di kepong, terdapat workshop di setiap lima meter persegi. Heheheh. Tapi tetap menerjah bengkel kereta nih. Best woo, servis kat bengkel nih. RM 60 / servis. Huhuhuhu. Lagipun…

 

steering lock 4

Servis lima kali, percuma itu satu kali!!! Lagi satu je nih. Cepat cepat cepat.

Jom ramai-ramai serbu kedai Ah Beng

I Care Tyre & Auto Service
No 19, Jalan Ambong 2,
Kepong Baru,
52100 KL
*dedekat ngan Shell, Hong leong, KFC. Lai lai lai…

mood:~apa kunci stereng yang paling canggih sekali???~

Wednesday, January 2, 2013

Pelamin-pelamin cantik by Flora Etc

Haii, semua. Assalamualaikum. Macam mana tahun baru setakat ni? Jom kita sama-sama jadikan 2013 ni tahun yang vast dan kebabom. Supaya nanti bila dah sampai Dec 2013, kita boleh lepaskan 2013 dengan lega. *eh, baru 2/1/13, dah cerita pasal hujung tahun.

OK, hari ni nak kongsi kan deko yang vavavavoomm dari Flora Etc. Dua hujung minggu lepas, saya telah terlibat dengan event wedding Flora Etc. Jadi tukang lancar majlis. Tgk2 kan pengantin, tolong tunjukkan VIP tempat duduk dia. Make sure kompang tak berterabur.

Jom sama-sama kita tengok deko, pelaminan yang sempat saya snap. Tapi, snap guna phone camera yang memalu kualitinya. Hadap je lah semuanya ye.

wedding flora 1wedding flora 2wedding flora 3

21/12/12 Bunga-bungaan segar mekar mewangi di ShangriLa. Amboi kemain melabuh sana sini pelamin ye. Untuk deko kali ni, Flora Etc banyak gunakan bunga-bunga selain ros. Ada lily, hydrangea dan lain-lain yang diketahui oleh diri ini. Huhuhu.

wedding flora 4wedding flora 5

23/12/12, Majlis pernikahan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort. Pepagi timecall nya. Maklumlah, nak nikah awal pagi. Berjurai-jurai manik kat pelaminan tu. Tak nangis, feeling-feeling kat kayangan gitu.

wedding flora 6

wedding flora 7

29/12/12, Majlis persandingan di ShangriLa lagi. Ni majlis persandingan yang nikah kat Bukit Kiara tu. Nampaknya, kain seret tarik ke kiri kanan tgh IN.

wedding flora 8wedding flora 9

28/12/12, Majlis persandingan di Grand Dorsett Subang. Nampaknya, untuk wedding kat sini, x sempat nak ambil pic pelaminan, sebab byk nooo, artis yang ada. Cam konsert pun ada. Sempat snap ngan Kak Dibah. Siapa2 yang follow instagram saya, mungkin dah tgk pic nih. Dan mojoriti yang komen pic ini di instagram mengatakan bahawa Kak Dibah dan saya adalah adik beradik. OK.

Owhhh… Yang paling special sekali. Azam 2013 telah berjaya dicapai pada penghujung tahun 2012, awal setahun. Kehkehkeh. Azam itu adalah…

 

 

 

 

wedding flora 10

Bergambar ngan Anuar Zain. Teruja ye diri ini. Terus tak dpt fokus dengan kerja bila abg Nuar Jen perform kat wedding tu. Berebut-rebut masing nak jaga abg Nuar kan. ^_^

Nak tgk pic yang lagi cantik, silalah ke blog Flora Etc. Atau fesbuk Flora Etc. Atau nak berkenalan dengan wedding planner yang glamer itu, En Khalid Ahmad. *Eh, En Khalid ni dulu penyanyi tau. Glamer tak???

mood:~ayuhh menempuh 2013~

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Alhamdulillah, da masuk ke 2013 kita. Wallawehhh, cam baru je sambut 2012, tetiba hari ni sambut 2013 plak. Cepat weh masa berlalu. Dah bertambah-tambah usia.

NewYear1

2012, tahun yang agak mencabar. Moga-moga 2013 akan jadi lebih baik dan semuanya berjalan lancar. Amin.

NewYear2

Selamat Datang ke 2013. Ayuh, kita melangkah selangkah ke hadapan, meneroka masa hadapan yang mendatang. Menoleh ke belakang untuk lihat apa yang perlu kita perbetulkan.

^_^

mood:~tetiba gembira…~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...