Monday, June 30, 2008

Bisikku... Sepi...

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku
Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar alam kelam
Biar ia sepi sepertiku

Sepi - Best Giler!!!

Touching siut hati ini bila menonton wayang gambar itu. Serious. Menitis gak air mata nih (tapi cover2 sikit lah...) Tabik spring lah kat Khabir Bhatia (eh, tul ker eja nama dia nih?) Apa yang membuat ku menspringkan tabik ku ini adalah karna filem ini x flowing secara klise filem melayu. Tak perlu nak buat lawak2 bodoh nak buat org gelak. Tak payah nak meleleh dialog untuk buat penonton feeling2 karatz.
At first cam x suka ah nak tgk Sepi nih. Yelah, show kul 2.50 pm, petang2 manja, nak tgk pulak filem2 meleleh nih. Mau tido dibuatnya. Nak2 first trip ke Kuantan ngan kawan2. G jauh2 ke Kuantan, alih2 tgk Sepi. Macam tak best plak. Tapi.... Mak aih. Best siut cerita tuh.
Antara babak2 yang mencuit (ceh, main cuit2 plak) hatiku (randomly in order)
  1. Babak chenta tepung Adam ngan wanita melayu terakhir. Uih, amat romantik adegan itu. Tak payah nak seksi2 utk timbulkan mood romantik+seksi itu. Terasa cam ku pulak yang butterfly
  2. Isteri Sufi dilanggar kereta tatkala Sufi sedang melihat mangsa yang dilanggar. Aduh, tragis sungguh adegan itu. Kelas Khabir.
  3. Masa murung Sufi setelah kehilangan isterinya. Sufi asyik berjogging jer (RoadRunner) kerana sesal yang tak sudah sampai lupakan anaknya (owh, adegan sapu jam strawberry). Perghhh, masa time terimbas2 kenangan - Sayang, I love u too, meleleh air mata. Isk isk isk.
  4. Ean menangis di bahu aweknya pas baca puisi. Ahai..... Sweetnyer. Err, ternangis gak babak tuh.
  5. Bab Nasha gelak tanpa membulatkan suara semasa persandingan adik Adam. Klaka ah, ku tergelak dua hari tanpa henti pasal scene tuh. Hahahahhaa (ni, tak henti2 gelak nih)

Banyak lagi yang best dalam cerita tuh. Marilah tengok beramai2. Eja nyer lakonan, superb beb.

mood: ~butterfly~

Saturday, June 28, 2008

Breakfast@Kuantan

Breakfast kat Old Town Kopitiam Kuantan. Mereka jahat...
Mengapa???

Friday, June 27, 2008

Zack's Farewell Party


Isk Isk Isk...
Pas ni takder kerani lagi...
Waaaahhhhaaaaa....
Zack..
Good Luck..
mood: ~sedih sikit2 lah~

Saya ada ramai kawan.

Hai kawan-kawan. Saya ada ramai kawan. Kawan kat sana, kawan kat sini. Ramai lah. Best tau kalau ramai kawan. Macam-macam ada. Jadi di sini, saya ingin mengklasifikasikan kawan-kawan saya.

1) Kawan-kawan sehingga mati (Teman-teman lelaki ku)
Wah, kontrovesi sungguh tajuknya. Ika, Ezwan, Daus, Wawa. Uih, diorang cam saya, saya cam diorang. Kira kitorang ni saling melengkapi antara satu sama lain. Lama seh kawan ngan diorang. Dari Form 1, iaitu pada umur kami baru akil baligh. Skang dah berapa tahun (Err, exception utk Wawa sket, tap dia tetap kawan best saya). Kitorang ni kalau sorang demam, suma demam, kalau sorang kena apa2, suma pun kena apa2. Dan yang best, diorang sentiasa ada kat belakang aku. Luv them all.

2) Kawan-kawan di Bangi
Mereka yang berkenalan dengan saya di UKM. Ya, saya adalah bekas pelajar di UKM. Jadi kan, ramai kawan-kawan di sana. Banyak juga kategori2 kawan di sana. Kawan fakulti, kawan gamelan, kawan aerobik dan lain-lain lagi. Fairuz, Othman, Kiki, Dina, Kebab, Zul, Herda, Yuun (sekadar menyebut nama). Rindu lah kat korang.

3) Kawan-kawan McD
Krew2, Manager2 di Bangi n KLIA. Best kawan ngan korang.

4) Kawan-kawan di IUCTT
Office mate skang. Best giler diorang nih. Kitorang lah generasi pensyarah yang sempoi. Kira bertuah lah diri ini dirasakan dapat mereka sebagai rakan sekerja. Takder pening2. Kak Mas, Linda (car-geng), Kak Nurul, Kak Imah (kakak ker, tapi dia tgh mengandung, panggil dia kakak lah), Kak Dila, Kak Abid, Kak Ikin, Kak Aisyah (geng senget2 sket), Kak Ayu, Kak Jue (ibu mengandung sorang lagi), kak Wan (ibu yang sering mengandung), Angah, Kak Elin and KAK MI (dean yang best.....)

mood: ~gegembira~

Wednesday, June 25, 2008

Kuantan... Nak Ikut...???

Hohohohoooo...Weekend ni g Kuantan. Mengapa? Ada program Mari Melawat Sahabat Anda. Shafiq. Doktor seh kat Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Wah, terbangga pula seketika diri ini bila berkawan ngan doktor. Kuantan... Here I come (eheiiii, cam nak g jauh jer bunyinyer)

Sebenarnya dah lama nak ke sana. Tapi, macam2 hal lah pulak. Asalnya nak g dua bulan lepas. Masalah kenderaan pula melanda. Iyalah, kalau naik WKF, tak tau boleh sampai ke idak. Ehehehe. Namun masalah ini sudah dapat diatasi dengan kehadiran VIOS G WRJ milik........ kawan ku.

Uihhh, tak sabar nih. Tapi, Kuantan, Kuantan gak, Master aku ni, kena fikir gak. Meh download jurnal ramai2. Mari.....

*mood: ~campur-campur~

Monday, June 23, 2008

Hai UiTM

Tanggal 21 June 2008, dengan rasminya serta penuh kebanggaan (eh, tetiba berperasaan riak pula) saya ialah seorang penuntut di UiTM.

UiTM di hatiku (chewaaahhhhhh)
*mood - ku ke'nebes'an...

Jason Mraz - I'm Yours


Im Yours - Jason Mraz


Currenty listening to this luvly song.
Tapi, kat sini ada lirik je lah...
*tgh blaja camna nak upload lagu kat sini...
errr... ada sesaper yang boleh ajar.

Jason Mraz - I'm Yours

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
and now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
Nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment people dance and sing
We're just one big family
And It's our God-forsaken right to be loved love loved love loved

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Scooch closer dear
and i will nibble your ear

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
My breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what i be saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
this is our fate, I'm yours

Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find the sky is yours
Listen to the music of the moment come and dance with me
A lá one big family (2nd time: A lá happy family; 3rd time: A lá peaceful melody)
It's your God-forsaken right to be loved love love love

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No please, don't complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No please, don't hesitate
no more, no more
It cannot wait
The sky is your's!

besh sangat lagu nih....
:D

Wednesday, June 18, 2008

Accident... Bengong!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Salam,
Ahai, pagi tadi kena langgar. Cian WKF kena langgar dek motor yang dibawa oleh penunggang yang sengal+senget+ntahapapantah. Abih bumper depan WKF. Hancus. Maka sekaligus, berkesinambungan dengan itu, duit ku pun bakal hancus. Erm, nak claim insurans lah, tapi, camna eh???

Uih, WKF telah mengalami trauma yang agak dahsyat. Bukan keta jer, tuan punya keta pun dah naik bengong jap. Serious, terasa pening+lembik+down semacam. Nak sambung keje pun tak tahu camna. Adeh, trauma gila ku rasa. Skang, nak bawa keta pun berpeluh2. Mau dua tiga hari camni.

Tapi, ku bengang ngan pemandu (eh, pembonceng) motor tuh. Cakap putar beit tahap dewa syiutt. Uih, dahlah pening ngan keta aku, ngan dia plak. Ahai, tolong!!! Tak tau nak wat per???

*mood: ~kebingungan~

Tuesday, June 17, 2008

Minyak (Petrol) Naik + Barang (Runcit) Naik = Sengal...

Minyak (Petrol) Naik + Barang (Runcit) Naik = Sengal...

Ahai. Pening pula kepala ni. Ceh, dah seminggu minyak naik baru nak pening. Ehehhehehee... Macam2 dah buat nak settlekan masalah ni. Okeh, lets do some simple statistic.

Selalunya kalau isi minyak RM 20, Kelisa ku boleh berjalan (jalan ker?) 160 km. Walau bagaimanapun, setelah PM kesayangan dan dihormati malah disanjungi sepenuh sanubari ini (wah, terlebih sudah!!!) menaikkan SEDIKIT harga minyak, RM 20 petrol bersamaan dengan 100 km. Uhui, pening gak.

Hari2, dari Pulau Indah ke Sri Damansara 70 km sehala, kalau 2 hala 140 km, campur tolak pergi makan, minum, bank semuanya berjumlah 150 km. Maknanya, sehari untuk minyak je dah RM 25. Uhui, itu tak masuk lain2 benda lagi. Tolong...!!!! Tak sanggup nak buat kalkulasi lagi. Prof Dato', naikkan gaji saya sikit bleh (kataku dalam nada memohon...)

Hai, ada sesiapa yang nak tolong bagi idea untuk tolong nih. #@%!#@%@$%$%@$

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...