Touching siut hati ini bila menonton wayang gambar itu. Serious. Menitis gak air mata nih (tapi cover2 sikit lah...) Tabik spring lah kat Khabir Bhatia (eh, tul ker eja nama dia nih?) Apa yang membuat ku menspringkan tabik ku ini adalah karna filem ini x flowing secara klise filem melayu. Tak perlu nak buat lawak2 bodoh nak buat org gelak. Tak payah nak meleleh dialog untuk buat penonton feeling2 karatz.
At first cam x suka ah nak tgk Sepi nih. Yelah, show kul 2.50 pm, petang2 manja, nak tgk pulak filem2 meleleh nih. Mau tido dibuatnya. Nak2 first trip ke Kuantan ngan kawan2. G jauh2 ke Kuantan, alih2 tgk Sepi. Macam tak best plak. Tapi.... Mak aih. Best siut cerita tuh.
Antara babak2 yang mencuit (ceh, main cuit2 plak) hatiku (randomly in order)
- Babak chenta tepung Adam ngan wanita melayu terakhir. Uih, amat romantik adegan itu. Tak payah nak seksi2 utk timbulkan mood romantik+seksi itu. Terasa cam ku pulak yang butterfly
- Isteri Sufi dilanggar kereta tatkala Sufi sedang melihat mangsa yang dilanggar. Aduh, tragis sungguh adegan itu. Kelas Khabir.
- Masa murung Sufi setelah kehilangan isterinya. Sufi asyik berjogging jer (RoadRunner) kerana sesal yang tak sudah sampai lupakan anaknya (owh, adegan sapu jam strawberry). Perghhh, masa time terimbas2 kenangan - Sayang, I love u too, meleleh air mata. Isk isk isk.
- Ean menangis di bahu aweknya pas baca puisi. Ahai..... Sweetnyer. Err, ternangis gak babak tuh.
- Bab Nasha gelak tanpa membulatkan suara semasa persandingan adik Adam. Klaka ah, ku tergelak dua hari tanpa henti pasal scene tuh. Hahahahhaa (ni, tak henti2 gelak nih)
Banyak lagi yang best dalam cerita tuh. Marilah tengok beramai2. Eja nyer lakonan, superb beb.
mood: ~butterfly~
No comments:
Post a Comment