Tuesday, January 13, 2026

Legacy 30 Siti Nurhaliza 2026 - Stadium Nasional Bukit Jalil

 Assalamuaikum semua. Saja nak khabar, kita antara 65000 org kat stadium malam tu. Perjalanan konsert yang mencabar. Datang awal nak park kereta. Satu kereta park, satu kereta lagi ambil tuan kereta yang park. Homestay bertukar sampai tiga kali. Yang pertama dapat kat area The Pinnacles (boleh jalan kaki ke stadium), selamba owner cancelkan. Walau dah book sebulan awal. Bertukar ke area Pavilion Bukit Jalil, laaa masa nak ambil kunci, lif banjir, rosak. Dapat juga yang ketiga, di area Jalan Klang Lama. Akhirnya. 


4 ahli yang pertama. Akibat kerisauan ketibas, maka kita pakai serba hitam je lah eh. Baju warna silver (tema: monochrome) yang nak beli kt tiktok, kesemuanya mencabar untuk memakai dan menjanjikan peningkatan ketibasan. Haha. Alah, takpelah kan, jangan org lain monochrome, kau tiba-tiba hijau. Lain sangat tu. 


View dari seat 115. Sangat best view. Surprisingly, ruang seat di SNBJ selesa. Kalau berdiri nak joget-joget, tak adalah rasa macam nak terjunam ke bawah. Kita share lah beberapa video eh. 




Ahli lengkap berenam. Konsert kali ni memang enjoy betul. Dengan crowd semua sporting. Semua enjoy sing-along. Takda yang nak husshh hushh suruh senyap. Masing-masing berlawan menyanyi. Untuk yang duduk di 115, korang awesome. 

Sedikit catatan:

1. "Alaa, lagu sama je, boringlah!" - hey saodah. Tahu tak betapa seronoknya bila dengar lagu-lagu yang kita familiar. Tak semua yang datang konsert ni, ctzoner. Contoh, dalam berenam ni, dua je yang ctzoner. Yang lain join sebab nak happy2. Sorang diorang boleh ikut nyanyi sekali. Sebab set lagu yang dah selalu dengar. Tambahan pula ada lirik kat skrin, so semua boleh enjoy. 

2. "Buat apa nak sesak-sesak kat stadium. Kita layan je kat youtube atau tiktok live" - hey mustaqeem! Meh datang stadium untuk rasa bila dengar suara2 bergema semua nyanyi bersama. Goosebumps! Pelbagai emosi ada. Terharu sebab kesungguhan semua lontarkan suara. Sebak sebab terkenang kisah masing-masing. Seronok sebab dapat enjoy dengan kawan-kawan yang semuanya dah busy dengan kehidupan masing-masing. 

3. "Haram, haram, haram" - hey nurwati! kami tahu dan kami faham batasan. 

Apa-apa pun, bak kata rakan sebelah. Berbaloi!!!

No comments:

Legacy 30 Siti Nurhaliza 2026 - Stadium Nasional Bukit Jalil

 Assalamuaikum semua. Saja nak khabar, kita antara 65000 org kat stadium malam tu. Perjalanan konsert yang mencabar. Datang awal nak park ke...