Friday, January 2, 2026

Pisang Gebu versi 2026

Assalamualaikum semua. Jom kita share makan-makan kat Locarasa, Bamboo Hills. Kita gabunglah beberapa majlis. Birthday, sambut tahun baru, tukar hadiah. Rasanya, gathering begini perlu untuk terus berhubung. Komitmen nak hadir sama-sama itu yang penting. Kita jumpa sekali sekala macam ni, bertukar-tukar cerita, sebenarnya besar impak positif yang kita dapat. Seharian masing-masng pening dengan kerja.Dapat jumpa sekali sekala, lega rasanya. 


Haaa, hujung ke hujung, sebelas orang semuanya. Mudah nak arrange kalau semuanya mudah nak bincang. Tak payah pening-pening kepala. Dah masuk 40an ni, konsep nak planning macam ni lah. Kita ajak, nak join, onss kan terus. Kalau boleh katakan ok, kalau tak nak just ckp tak boleh join.


Tajuk: Birthday yang tertangguh. Hahahahhahaha.
Kiri: Fai (11/12), Kanan: Kiki (17/11). Boleh lah kan. 


Maybe yang tolong ambilkan gambar ni suka dengan konsep pokok-pokok di atas. Sehingga terpotong-potong gambar kaki member. Hahahhaha. Tapi korang, cantik tau area Bamboo Hills ni. Banyakkkk tempat untuk ambil gambar. 


Punca lemak dan kolestrol serta gula tambahan. Kek (import sponsor by En Khalid dari Banker2Baker (kalau tak silap)). Masak Lemak Daging Salai, Nasi Goreng, Kuey Teow Goreng, Beriyani Lamb, Fish & Chips, Pasta, Mushroom Soups, Pecan Croissant, Salmon, Mee Goreng, Beriyani Chicken. 


Ahli-ahli penambahan kolestrol (gambar kedua atas kiri): En Khalid, Kiki, Doc Ika, Hamza, Shaf, Eddi, Oman, Mommeh, Kak Min & me. Tema: Hijau, Merah & Putih. Kalau kita buat carta organisasi ni, bersimpang siur. Ni kawan ni, ki kawan kepada kawan ni. Ni kawan masa belajar, Ni kawan masa sekolah menengah. Tapi bersyukur, ada di antara kita yang perlu kecilkan circle kerana keadaan yang memaksa, kita ada rezeki menambah kawan susah dan senang. 


Inilah hasil tukar-tukar hadih, Ada pisang gebu, kipas tangan (dua okeh, boleh blast kiri kanan masa tengok Legacy 30), butang baju Melayu mutiara Sabah, shower creme, mangkuk tingkat dan semuanya. Seronok? Mestilah, benda free kan. Hahahahhaa.

Nah, kita share kan menu-menu kat Locarasa. Kot ada yang berminat ke. 


Nah, kita share video pula. Selamat Tahun Baru 2026 semua!!!!


No comments:

Pisang Gebu versi 2026

Assalamualaikum semua. Jom kita share makan-makan kat Locarasa , Bamboo Hills. Kita gabunglah beberapa majlis. Birthday, sambut tahun baru, ...