Monday, June 25, 2012

Boleh parkir betul-betul tak? *__’

Angin tak? Kalau tetiba nak parking, tak jumpa. Pusing dua tiga kali, still lagi tak ada parking. Huhhh. Seperti ingin putus asa, dan parking je kat tgh2 jalan, tinggalkan no phone di dashboard kereta dengan nota kaki ‘call me’… Hek3.

Cer lihat nih. Angin x?

parking

Whamboiii, sampai dua tiga lot ko amik yer. Bakor kang keta tuh, baru padan muka. Ingat stylo lah kalau parking senget2 camtu. Deyyy, x nampak ke garisan lurus2 tuh. Ko ingat yang lurus2 tu hiasan jalan??? Asal tak parking senget benget, terus buat formasi gambo bunga raya. Lagi stylo beb!!

mood:~amik nafas dalam2, hembus… huuuuuuuuu… lega…~

Thursday, June 21, 2012

Ketut Liyer–Bali’s famous medicine man

Halolololooo. Wasasup2. Kenal tak ngan Ketut Liyer? Siapa yang tgk cerita Eat Pray Love, mesti kenal. Kat Bali memang terkenal amalan meramal masa depan. Jadi, Ketut Liyer antara yang glamer. Kira cam pengamal perubatan tradisional pun ada gak. Alang2 dah jejak ke Bali, terus paksa Pak Wijaya singgah umah Ketut.

ketut 1

Oman dengan pose berjudul putus terpaksa. Penat dah seharian pusing ubud. Weols tak g meramal2 dengan ketut. Tak boleh kan. Kenottt!!! Just singgah umah ketut, sebab teringin sgt. Alang2 dah sampai, feeling2 Julia Roberts lah dlm Eat Pray Love. Cuma x jumpa basikal je.

ketut 2

Kat pintu masuk. Memang camni kalau di Bali. Pintu masuk umah memang ada unsur2 camni. Biarlah umah kecik camna, tapi entrance vavavoom.

ketut 4

Pose jap. Tak masuk2 lagi umah ketut. Semenjak kamera tak menggunakan filem lagi, nafsu mengambil pic adalah raksasa. Kalau dulu terhad 36 je setiap filem. Skang, snap sehingga biru. Balik umah delete.

ketut 6

Yea, dah masuk umah ketut. Byk pokok Kemboja. Tenang je. Macam taman bunga. Amik gamba secara teragak2 kerana ramai org tgk. He3.

ketut 5

Haa, di seberang sana, ketut sedang menilik nasib pelanggan nya. Teringin nak amik dekat2, tapi takut kena marah dengan ketut. Takpun, nanti kalau dekat sangat ngan ketut, dia tegur kang “Eh, Julia Roberts, u dtg lagi, x bawak Katy Pery skali ke?”. Haa, nak jawab apa nanti? Smile with tongue out

ketut 3

Terimalah, Malaysia’s Next Top Model 2012. Begitu smizing kan. Tepu tepuk tepuk utk Oman.

mood:~eh, bulan 10 nak g Bali lg ke?~

Wednesday, June 20, 2012

Selak gambar kahwin yok!!!

eh, bukan pic kawen ai. Ai masih single dan available. Yeaa, kelihatan iklan di situ. Mungkin emphasize harus diberikan kepada perkataan ‘available’. Hiks.

Belek2 pic dlm album lama2, ternampak plak pic kawen diha. Alaa, omak zara yang baru di aqiqah kan itu. Dah setahun ye diha kahwin. Terasa masih kecik je adik ai, kawen sudah.

diha kawen 1

Inilah dia, barisan artes nasyid, al-Mislan. Suara mereka memang merdu. Ketuanya, inchek Mislan adalah kadang kala bilal di Surau al-Mizan, perumahan Kastam Pulau Indah. Nak gunakan khidmat mereka??? Silalah book awal, kerana jadual mereka sangat padat dan sangat bz. Katanya.

diha kawen 2

Sesi suap2 makan2 antara inchek Jely dengan adiknya Diha. Ini semasa majlis bertandang di Sg Lalang. Worenn ko tema nya. Begitu menggairahkan. Uih, rindu zaman kecik2 dulu kan. Hu3. Dah x bleh nak tdo sebilik ramai2. Mana nak campak laki masing2?? ^___*

diha kawen 5

Dilla dan Diha. Dilla pun dah kawen. Tak lama lagi, dpt anak buah lagi. Wehooo…

Selesai majlis bertandang, kami sekeluarga telah ke Cameron Highlands. Jejalan. Iye, inchek Mislan begitu gemar mengsuggestkan trip ke sini, tiap kali balik ke utara.

diha kawen 6

Pose wajib bila berkunjung ke Cameron Highlands. Bergambar di giant stroberi. Singguh cliché kan. Ha3.

diha kawen 3

Lihat Jijah dan umi. Begitu ayu Jijah berserkup ala2 tudung. Gedik kan Jijah, pandai senyum2 pose comel. Alahai, ikut perangai siapa lah kan.

diha kawen 4

Jijah takut air rupa2nya. Singgah di Air Terjun Lata Iskandar. Punyalah takut Jijah nak jejak2 air. Tapi itu dulu. Sekarang, dah naik biru, x nak kuar2 dari pool. Huhh, bleh jadi swimmer nih.

diha kawen 7

Lihat, dari mana Jijah dapat perangai senyum2 sampai telinga bila bergambar. Renung-renungkan dan selamat beramal. OK, bila tgk pic taun lepas, sungguh gebu dan dedem ye saya. Walau pose senget kiri atau kanan, dedem tetap dedem. Namun, saya dah kurang dedem sket.

IMG-20120328-00333

Nak kurus x??? Cepat contact Dr Shafieq. Nanti jumpa dia utk consultant, boleh lah kurus di hari raya nanti. Segereh…

mood:~nak puasa dah yer. mari belajar buat sambal ikan bilis utk sahur~

Tuesday, June 19, 2012

Hairspray The Muscical 2012–Cempaka Schools Box Office

Eh, dapat tiket. Jom tgk Hairspray The Musical 2012. Produced by Cempaka Schools Box Office. Camna leh g? Ahaaa…

HSpray 1

Saya seorang tutor secara freelancer, so, HomeTuitionCare.com telah matching kan ai ngan Ariff. So, selaku tutor yang mengajar Add Maths dan Chemistry telah dijemput utk tgk teater nih.

iklan: *ada sesapa cari tutor utk Add Maths for SPM??? wink…

HSpray 2

Nik Ariff as Corny Collins. Ewah, main tembak2 plak ko yer. Assignment dah siap lom??? Smile with tongue out

HSpray 4

Hairspray. Ada sesapa tgk movie Hairspray tu. Ala, yang John Travolta jd pompuan tuh. Saya tak tgk. Ha3. So, x tau camna ceritanya. Haaa, tgk, cantik kan pentas dia. Vavavoom, cam kat IB pula.

HSpray 3

Ok, sila nangis. Muzik adalah live. Dolu2 saya guna CD je utk pementasan. Siap CD jump2. So, sangat mengujakan tgk teater bila ada muzik live. Kumpulan orkestra ni gabungan pelajar Cempaka dan guru2 nya.

HSpray 5

Tadaaa. Last dance before abis. Baru tau cerita Hairspray macam mana. Cerita pasal diskriminasi kaum, terdapat perbezaan antara yang putih dan hitam. Namun, dapat dipulihkan hanya dengan tindakan berani Tracy. Mereka bersatu dalam muzik.

Nak tau lagi pasal konsert nih, selusuri lah laman sesawang ini

Hairspray The Musical 2012

HSpray 6

Nik Ariff dan keluarga. TQ Dato, Datin sponsor tiket saya. Lain kali, ajaklah lagi yer. Smile 

HSpray 7

Lihat, housemate ai yang gigih menemani ke teater ini. Tq. Nanti ai paksa u ikut lagi yer. Bila lihat pic nih,, kalau ckp g conference pun org percaya.

HSpray 8

Congrats Ariff. Hebat lakonan mu as Mr Corny Collins. Tak sia2 latihan selama 7 minggu yer. Pas teater ni fokus balik yer. Prepare utk mid term exam. Jgn malas2. Winking smile

mood:~comel kan nama International School – Cempaka~

Monday, June 18, 2012

Majlis Aqiqah Alisha Nurzara

Hai, kawan-kawan. Jom layan pic majlis aqiqah anak buah ai. Alisha Nurzara. Omaknya panggil alisha, pakcik nye nih panggil zara. Barulah retis, Izzara Aishah gitu. Kih3. Zara zaraaa…

zara 1

Alisha Nurzara

16 April 2012, genap zara 2 bulan. Majlis aqiqah ni utk zara. Lena kan dia tdo. Maaf ye, riben2 bunga2 xde. Hanya berbantalkan bantal bushuk dan toto kegemaran zara.

zara 8

Upacara bertahnik. Eh, betul ke? Belah mulut kata org kampung. Ustaz tgh suapkan kurma, madu dan air zamzam kat zara. Tenang je dia. Tak nangis. Good girl. Go zara, go zara…

zara 2

Inchek Izwan, ayah zara. Haa, berkatlah sket, si ayah bermarhaban sekali utk anaknya. Saya begitu nebes kerana berada di sebelah ayahnya, menunggu giliran kena marhaban skali. Sungguh nebes dan berpeluh2. Sib baik Ustaz habiskan bacaan sebelum giliran ai. Hiks.

zara 3

Adik saya bertudung biru, Diha, omak zara. Uih, dah jadi emak org adik i. X sangka. Dila, yang sebelah tu, taun depan kot. Inchek abah sedang khusyuk tgk zara.

zara 6

Antara yang hadir. TQ oman sempat dtg. Sedap kan cucur badak tu. Ada lauk, kambing kurma, sambal sotong, masak lemak nenas ikan masin, hati goreng kacang panjang, ayam berempah, laksa. Huihh, dedem terasa diri ini seketika. Ai loike…

Berikut adalah pic sepupu sepapat yang tidak kurang sengalnya. ^__’

abieamadjijie

yana

Bersempena Hari Ibu bapa nih, weols decide nak beli kek utk celebrate Inchek Mislan dan Pn Maznah.

zara 4

We LOV U Both. LOV??? Apakah??? Mungkin bahasa remaja muda mudi dewasa ini kot. LOV!!! Si Jijah sibuk nak potong kek. yu yu yu *singkatan utk happy birthday to you…

zara 5

Yeayy, Selamat Hari Ibu Bapa dan Jijah si kecik.

Ooo, ada satu perangai zara yang ikut pak sedara Jely nye nih…

zara 7

Tidur meniarap. Ye, saya kecik2 dulu suka tidur meniarap. Lihat bibir itu, trademark keturunan Inchek Mislan. Voluptuous gitu beber zara.

mood:~semoga zara jadi anak yang baik dan solehah yer. Amin~

Saturday, June 16, 2012

Kuat dan lebih Kuat!!!

Permainan Dewasa??? Ohh, mesti permainan utk orang dewasa. Spt kriket, tenis, petanque. Tapi??? Kenapa ada iklan pasal Permainan Dewasa ini???

Menambahkan lagi keraguan dan tanda tanya, mengapakah iklan Permainan Dewasa ini disertakan sekali iklan Ubat KUAT Lelaki??? Ohh, mungkin utk bermain Permainan Dewasa, seorang lelaki itu perlu Kuat??? Ermm…

 ubat kuat

Suspicious kan???

 

 

 

haaaaa!!! ada lettew yang salin no phone, terus call!!! whamboi whamboi whamboeeeiiiii *sambil gerak2 kan jari manis yang tergantung bulu musang di tepi kuali masterceppp…

mood:~Teenage Toy xde ke??? kahkahkah~

Friday, June 15, 2012

Njalok ngapuroooo

raya 1

Hai, saya yeyen. Manja tak saya. Saya suka lepak atas toto utk Jijah. Orang bentangkan utk Jijah, saya g lepak dulu. Tapi saya dah menghilangkan diri dari umah Jely. Huaaa. Yeyen dah x balik. Kena culik kot. Yelah, comel lah katakan. Oh, sila maapkan pic inchek Mislan yang shekshi di belakang itu ye. ^__*

raya 3

Tadaa, inilah atok B. Alaa, atok yang seksi itu. Tetiba teringat kat atok ku. Lama x ketemu. Moga2 sihat lah yer. Nanti leh sambut raya  lagi tahun nih.

Oooo, dah nak raya kan. Rasa cam baru je nak raya nih. Selaku cucu Hj Basiran yang jawa ini. Meh I ajar camna nak ucapkan maaf bila berkunjung di hari raya kelak. Budaya org Jawa, kalau g beraya, nanti bila nak balik, masa salam2, kena duduk rapat2, pastu ngomong2 lah apa2 yg patut. X gitu Nor Aimie Ngarip. Ko jawa gak kan. Jangan x ngaku. Ha3.

“Njalok ngapuro seng akeh akeh”
maksudnya: minta maaf banyak2 *lebih kurang camtu kot ^__’

Tak saba plak nak puasa. Harap2 dpt main gamelan lagi. Boleh buka free kat hotel. Hiks.

 

raya 2

Haa, ni Jely nak masukkan duit raya kat poket atoknye atau menculik duit dari poket atuknya??? Haaa, cer teka… Kah2…

mood:~baju raya tak antor lagi weh… beli kat jalan TAR je kot~

Thursday, June 14, 2012

Jiwang ke Groahhhh???

Aloo kawan2. Cantik tak tokti pose2 tangan sebelah kat muka. Comel kan. Yea, saya memang jiwang. Lihatlah playlist terkini lagu2 di Windows Media Player saya. Oldies n jiwang kan. *ohmaiii, sejenis sindrom remaja 30an kah???

lagu jiwang

Walaupun wajah gua ganas, tapi dalam hati ada taman beb. Ha3. Ganas lah sgt ye. Bukan pe, letli ni kena rajin menghadap lappy dan menaip sehingga biru. Jadi, solusinya adalah mendengar lagu2 jiwang sambil nyanyi dan dijeling dan dihina oleh rakan sebilik. Ha3.

Tapi, tetiba dpt notification.

incarnation

weiii, Incarnation follow gua beb. Wah, metal band gitu. Camno? Adakah saya akan memetalkan diri. Groahh groahhhh lah gua pas nih. Jangan haraplah tujuhhariseminggu ni kaler2 pink dah. Pasni kaler gelap2 gitu. Barulah ganas beb.

Groaaahhhh!!!!!!!!!!

Psss, silalah follow @incarnationcrew. Nak g FB pun ada.

mood:~tgh dgr lagu diorang. groahhhh beb!!!~

Saturday, June 9, 2012

Last paayyperrrrr last payyyperrrrrr…

Yea, wahai jiran2. Kami tahu, kami memang chinese look. Sangat santek. Sehingga kadang2 ada je auntie berbahasa Mandarin bila bercakap dengan kami. Tapi…

 

paper1

paper2

Wahai jiran-jiran kami. Janganlah langgankan paper ini utk kami. Kami tak reti baca. Gmana nih???

mood:~camna nak unsubscribe nih???~

Friday, June 8, 2012

NanAman kawen, konsert Aku Sudirman

Cuti sekolah ni sinonim dengan majlis kawen2. Jadi, dengan bangganya, last week, telah ke Kg Kebun di Banting utk memeriahkan perkahwinan NanAman. Nana, adik si daus yg santek itu. Meriahkan mereka. Tema pink biru gitu. Comel kan.

NanAman 1

Yea, ini dia ahli keluarga sanak saudara bergambar girang. Tahniah pengantin. Semoga berbahagia sehingga bila2. Amin.

NanAman 2

Ini pula barisan rakan2 yang dengan rasminya telah memasuki fasa 3 series. Wah, begitu pakcik2 kan kami. Ha3.

NanAman 3

Haaa, beginilah jadinya bila warga 30an bergambar secara kandid. Comel kan kami. Ha3 lagi. Kah kah kah.

Sudir 2

Setelah berpeluh kesah di majlis kahwin itu, terus zasst ke Stadium Bola Sepak Cheras, KL. Nak  tgk konsert Sudirman. Semangat kan kami. Kami suka memeriahkan konsert2 percuma nih.

Sudir 1

Permandangan standard di luar stadium jika ada konsert. Akan ada gerai2 seperti pasar malam. Di sini, segala goreng2an ada. Nak bebola, yang panjang, yang besau, semua ada. Yang penting, sesudah membeli juadah seperti mahu berbuka puasa, sampai kat depan pintu masuh, ada annaunsemen.

“Makanan luar tak bleh bawak masuk” dem dem dem. Terpaksa sumbat semua kebab, asam gelugor, burger dlm beg masing2. Lepas tu buat2 borak ceria dengan pak guard, sambil cepat2 nyorokkan beg. Berjaya. Keh3.

Sudir 4

haaa, ado, open concert, duk kat padang. Aiyooo, lama bebeno tak buat perkara camni. Happening lorr.

Sudir 3

Lihat, samakan wajah beliau dan wajah di layar belakang itu.

Serius best konsert Sudirman kali ni. Dpt tgk kak jena nyanyi lagi Terasing dengan begitu mengujakan. “Sebuah kematian, yang tiada berNENSAN”. Hek2. Spt  biasa tokti lebih dr satu lagu. Lagu Jauh di Sudut Hati itu sangat best yer. Terus nangis2 kecik di stadium.

Sekali lagi, tahniah NanAman. Dan utk daus, terimalah…

IMG_6871

Cantik sungguh kamu ^___^

mood:~wohooo, 30 sudah…~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...