Monday, June 18, 2012

Majlis Aqiqah Alisha Nurzara

Hai, kawan-kawan. Jom layan pic majlis aqiqah anak buah ai. Alisha Nurzara. Omaknya panggil alisha, pakcik nye nih panggil zara. Barulah retis, Izzara Aishah gitu. Kih3. Zara zaraaa…

zara 1

Alisha Nurzara

16 April 2012, genap zara 2 bulan. Majlis aqiqah ni utk zara. Lena kan dia tdo. Maaf ye, riben2 bunga2 xde. Hanya berbantalkan bantal bushuk dan toto kegemaran zara.

zara 8

Upacara bertahnik. Eh, betul ke? Belah mulut kata org kampung. Ustaz tgh suapkan kurma, madu dan air zamzam kat zara. Tenang je dia. Tak nangis. Good girl. Go zara, go zara…

zara 2

Inchek Izwan, ayah zara. Haa, berkatlah sket, si ayah bermarhaban sekali utk anaknya. Saya begitu nebes kerana berada di sebelah ayahnya, menunggu giliran kena marhaban skali. Sungguh nebes dan berpeluh2. Sib baik Ustaz habiskan bacaan sebelum giliran ai. Hiks.

zara 3

Adik saya bertudung biru, Diha, omak zara. Uih, dah jadi emak org adik i. X sangka. Dila, yang sebelah tu, taun depan kot. Inchek abah sedang khusyuk tgk zara.

zara 6

Antara yang hadir. TQ oman sempat dtg. Sedap kan cucur badak tu. Ada lauk, kambing kurma, sambal sotong, masak lemak nenas ikan masin, hati goreng kacang panjang, ayam berempah, laksa. Huihh, dedem terasa diri ini seketika. Ai loike…

Berikut adalah pic sepupu sepapat yang tidak kurang sengalnya. ^__’

abieamadjijie

yana

Bersempena Hari Ibu bapa nih, weols decide nak beli kek utk celebrate Inchek Mislan dan Pn Maznah.

zara 4

We LOV U Both. LOV??? Apakah??? Mungkin bahasa remaja muda mudi dewasa ini kot. LOV!!! Si Jijah sibuk nak potong kek. yu yu yu *singkatan utk happy birthday to you…

zara 5

Yeayy, Selamat Hari Ibu Bapa dan Jijah si kecik.

Ooo, ada satu perangai zara yang ikut pak sedara Jely nye nih…

zara 7

Tidur meniarap. Ye, saya kecik2 dulu suka tidur meniarap. Lihat bibir itu, trademark keturunan Inchek Mislan. Voluptuous gitu beber zara.

mood:~semoga zara jadi anak yang baik dan solehah yer. Amin~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...