Friday, June 8, 2012

NanAman kawen, konsert Aku Sudirman

Cuti sekolah ni sinonim dengan majlis kawen2. Jadi, dengan bangganya, last week, telah ke Kg Kebun di Banting utk memeriahkan perkahwinan NanAman. Nana, adik si daus yg santek itu. Meriahkan mereka. Tema pink biru gitu. Comel kan.

NanAman 1

Yea, ini dia ahli keluarga sanak saudara bergambar girang. Tahniah pengantin. Semoga berbahagia sehingga bila2. Amin.

NanAman 2

Ini pula barisan rakan2 yang dengan rasminya telah memasuki fasa 3 series. Wah, begitu pakcik2 kan kami. Ha3.

NanAman 3

Haaa, beginilah jadinya bila warga 30an bergambar secara kandid. Comel kan kami. Ha3 lagi. Kah kah kah.

Sudir 2

Setelah berpeluh kesah di majlis kahwin itu, terus zasst ke Stadium Bola Sepak Cheras, KL. Nak  tgk konsert Sudirman. Semangat kan kami. Kami suka memeriahkan konsert2 percuma nih.

Sudir 1

Permandangan standard di luar stadium jika ada konsert. Akan ada gerai2 seperti pasar malam. Di sini, segala goreng2an ada. Nak bebola, yang panjang, yang besau, semua ada. Yang penting, sesudah membeli juadah seperti mahu berbuka puasa, sampai kat depan pintu masuh, ada annaunsemen.

“Makanan luar tak bleh bawak masuk” dem dem dem. Terpaksa sumbat semua kebab, asam gelugor, burger dlm beg masing2. Lepas tu buat2 borak ceria dengan pak guard, sambil cepat2 nyorokkan beg. Berjaya. Keh3.

Sudir 4

haaa, ado, open concert, duk kat padang. Aiyooo, lama bebeno tak buat perkara camni. Happening lorr.

Sudir 3

Lihat, samakan wajah beliau dan wajah di layar belakang itu.

Serius best konsert Sudirman kali ni. Dpt tgk kak jena nyanyi lagi Terasing dengan begitu mengujakan. “Sebuah kematian, yang tiada berNENSAN”. Hek2. Spt  biasa tokti lebih dr satu lagu. Lagu Jauh di Sudut Hati itu sangat best yer. Terus nangis2 kecik di stadium.

Sekali lagi, tahniah NanAman. Dan utk daus, terimalah…

IMG_6871

Cantik sungguh kamu ^___^

mood:~wohooo, 30 sudah…~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...