Thursday, August 28, 2008

Merdeka... Merdeka... Merdeka...!!!


"Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51. Dengan tema Perpaduan Teras Kejayaan, seharusnya Malaysia maju ke hadapan lagi. Perpaduan yang sudah menjadi amalan sejak azali lagi memangkin taraf ekonomi yang bertunjangkan teras kejayaan. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!"

Errr, sila baca dialog di atas dengan lontaran vokal kemerdekaan. Maksudnya, nada-nada sajak klise dan bersemangat waja. Hermphhhh...!!!!!

Erm... Logo kat atas tu macam... Isu gak ah. Cam sosej pun ada gak, DNA pun ada, bintang berbucu lima pun ada gaks. Entahlah. Camna lah agaknya diorang buat formation atas padang nanti kan. Bulat2 camtu. Mesti comel kan. Ehehehhee.

Lagu dah dengar. Best woo Roy nyanyi. "Perpaduan Teras Kejayaaannnnnnnn.." Bayangkan lah Roy nyanyi camna. Suara dia memang dah dipatenkan utk lagu2 patriotik. Camnalah kalo Roy nyanyi lagu Seribu Tahun kan.


PERPADUAN TERAS KEJAYAAN -


mood:~hiapppp!!!!!~


Tuesday, August 26, 2008

Jom Makan Buah Fiesta @ IUCTT 2008

Yehaaa... Warga International University College of Technology Twintech (IUCTT) telah dijamu dengan buah2an yang tak terkira banyaknya. Ini adalah sempena Jom Makan Buah 2008. Ada durian, rambutan, manggis, rambutan, manggis dan durian (ceh, macam banyak jer bunyinyer...) Best giler.




Lihatlah kerakusan kakitangan IUCTT yang hadir. Memula cam memalu lah. Pastu, siap amik tikar duk bersila lagi. Alhamdulillah... Lain kali buat lagi yer. Lihat diriku yang segak berbaju Melayu kaler Maroon. Owh, lupa plak, thanks to Mr Kenneth (Finance Manager-agaknya lah kot... :D) for sponsoring this high-sugar festive. Ehehehheee. Best gak keje kat IUCTT nih. :D


mood:~lenguh ah angkat bakul buah2an tuh...~

The Amazing Race Asia (TARA) 3

The Amazing Race Asia (TARA) 3 "The Toughest Race". Erm, best. Tak sabar. Para peserta yang bertanding terdiri dari pelbagai karakter. Malaysia sendiri menghantar Ida Nerina dan Bernie Chan. Wah, x sabar nak tgk kakak Ida kita nih. Mesti vogue-manja-thriller kan. Ida lah katakan. Jangan pakai susuk dah lah.




Jangan lupa saksikan episod pertama TARA 3 pada 11 September di AXN channel 701 @ Astro. TApi jangan lupa tgk dulu Racers Revealed pada 4 Sept jam 9.00 malam. Uish, x sabar eh. Masa season 2, suka tgk Adrian ngan Collin. Comel. Ehehheee. For more information, lusurilah http://amazing-race-asia.axn-asia.com/





mood:~suspeennnnnnssss jer..~

Tempahan Kuih Raya 2008

Haaa! Raya semakin dekat (wah, puasa pun belum nih...) Raya tanpa kuih ibarat muzik tanpa lagu, pantai tanpa ombak, Muzik-Muzik tanpa Siti (ehehehhee). Jadi, di sini ada disenaraikan kuih raya yang dijual dan dibuka untuk tempahan sekarang (yang favourite jer) Untuk senarai yang lengkap, silalah klik di sini ataupun di link yang tertera di sebelah.

Almond truffle
50-60 biji sebekas
RM 21

Almond London
50-60 biji sebekas
RM 21

Almond Beauty
70 biji sebekas
RM 23

Jadi, apa lagi yang ditunggu.
Untuk tempahan sila hubungi agen2 pengedar:
Ezwan - 0172016227
Fazdly - 0123278209
Azwar - 0133599297
Tempahan akan dihantar 2 minggu sebelum raya dah proses perhantaran adalah PERCUMA!
Tester boleh didapati melalui ejen2. While stock last!

mood:~kuih...!!! kuih...!!! kuih...!!!~

Monday, August 25, 2008

Hermphhh Hermphhhhh.....!!!

credit to: www.bharian.com.my

Gambar masa Jelajah Era @ Aeon Bukit Tinggi. Cuba tengok muka Elyana. Klaka kan. Ehehehe. Apa2 pun, suka kat Elyana. U rowkkkkkssss!!!

mood:~muehehehhehehee..~

Cam nak demam jer...

Tak sedap badan ah. Nak demam kot... Uhuk uhuk...

mood:~~~~~~

Friday, August 22, 2008

Ramadhan Buffet @ Planet Hollywood 2008

credit to: www.budiey.com

Wah!!! Planet Hollywood buat Ramadhan Buffet. Erm, cam best pun ada gak. Memang dah tiap2 Ramadhan dah ada ker? Tak dapat nak bayangkan camna buka puasa kat Planet. Ehehhee... Tapi, best gak. Ezwan, Ika, Wawa... Jom...

mood:~yehaaaa...~

Pak Lah naik komuter???

credit to: www.bharian.com.my

Baru jer baca berita ni kat Berita Harian. Wow, tabik ah!!! Benda ni pernah didiskusi ngan rakan2 ku. Yerlah, kerajaan duk asyik suruh naik public transport. Tapi, diorang x penah pun nak naik. So, harap2, lepas Pak Lah dah merasai pengalaman sebenarnya, mutu (chewaaahh, mutu tu) perkhidmatan dapat diperbaiki.

So, this thing will become warm warning for those yang in-charge public transport nih; especially to KTM ngan LRT as well. Erm, para pengusaha bas, hati2 ya... Kalau lah makin best komuter nih, boleh g keje ngan komuter. Save sikit duit minyak. Eh, this 31st August, government akan revise harga minyak kan. Alhamdulillah...

mood:~syukur.....~


Thursday, August 21, 2008

Mariah Carey - Bye Bye


Bye Bye.mp3 - Mariah Carey


This is for my peoples who just lost somebody
Your best friend, your baby, your man, or your lady
Put your hand way up highWe will never say bye (no, no, no)
Mamas, daddies, sisters, brothers, friends and cousins
This is for my peoples who lost their grandmothers
Lift your head to the sky 'cause we will never say bye

As a child there were them times
I didn't get it but you kept me in line
I didn't know why you didn't show up sometimes
On Sunday mornings, and I missed you
But I'm glad we talked throughAll them grown folk things
Separation bringsYou never let me know it
You never let it show becauseYou loved me and obviously
There's so much more left to say
If you were with me today face to face


[Chorus:]
I never knew I could hurt like this
And everyday life goes on like
"I wish I could talk to you for awhile"
Miss you but I try not to cryAs time goes by
And soon as you reach a better place
Still I'd give the world to see your face
And I'm right here next to you
But it's like you're gone too soon
Now the hardest thing to do is say bye bye

(Bye Bye [3x])

Bye bye

And you never got the chance to see how good I've done
And you never got to see me back at number one
I wish that you were here to celebrate together
I wish that we could spend the holidays together
I remember when you used to tuck me in at night
With the Teddy Bear you gave to me that I held so tight
I thought you were so strong
You'd make it through whatever
It's so hard to accept the fact you're gone forever

[Chorus]
(bye bye bye bye bye bye [3x])

Bye bye
This is for my peoples who just lost somebody
Your best friend, your baby, your man, or your lady
Put your hand way up high
We will never say bye (no, no, no)
Mamas, daddies, sisters, brothers, friends and cousins
This is for my peoples who lost their grandmothers
Lift your head to the sky 'cause we will never say bye
[Chorus]

Dato' CT... Happy 2nd Annivessary...

Dah dua tahun eh. Terasa cam baru je majlis kahwinnya. Moga dapat anak lepas nih. Mesti comel kan..


Semoga bahagia Dato' Siti. Erm, dengar2 nya Dato' CT nak buat konsert akhir tahun ni. Harap2nya jadi. Pastu ada album tradisional katanya. Moga2 jadilah yer. Amin..

mood:~lalallala.. Ku Mahu...~

When pioneer brands tooks the name...

Ehehehe. Jalan Post Office Street. Double noun. Jalan and street. Mesti nama asalnya Post Office Street. So, bila nak kena namakan jalan tuh, jadilah Jalan Post Office Street. 'Street' dah jadi kata nama khas.

This situation always happen la. Kita selalu dengar:

"Eh, auntie. Ridsect ada? Saya nak yang ridsect Shieldtox."
"Eheee, mahalnya colgate Darlie nih..."
"Laparnya, nak makan maggi Cintan lah..."

So, company pioneer yang keluarkan product tu akan sentiasa dapat namanya. Walaupun, gunakan produk company lain. Ehehehee...

mood:~erm..~

Tuesday, August 19, 2008

Happy Birthday to us!!!

Erm, sedapnya kek nih. Hari ni ada birthday party + jamuan Ramadhan yang bakal menjelma. Kak Wan, Kak Aisyah, Linda ngan ku menyambutnya. Untuk yang ke berapa? Ehehehee, campur2, jumlahnya 112 tahun. Kira2 lah sendiri yer.


Meriah gak lah jamuan nih. Macam2 hidangan dan juadah disediakan (wah, cam raya plak...) Ada nasi kukus, laksa johor (Kak Ayu buat nih..... lazattttt), mee sup (Kak Ikin nyer air tangan... pergh...) Best. Lazat. Sehingga menjilat jari anda.

mood:~alhamdulillah~

Monday, August 18, 2008

Kalau saya jadi doktor....?

Malam-malam anda pastinya tidak akan sama lagi dengan siaran siri drama terbaru, Ampang Medikal di ntv7, setiap Khamis, jam 8.30 hingga 9.30 malam, mulai 21 Ogos ini! Drama urban ini mengisahkan pahit manis gerbang kehidupan golongan doktor pakar yang berjuang untuk memastikan pesakit masing-masing mendapat rawatan terbaik di Ampang Medikal.

Erm... Mesti bestkan. Best kot...? (wah, statement berani mati... larikkkkk..) Do not expect too much lah. Mesti ada yang compare ngan Grey's Anatomy ke, Private Practice ker. Support Malaysia's drama. Merdeka..... tetiba.

Sebenarnya nak cerita pasal jadi doktor ni. Penat weh. Kawan baik ku ada kat Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan sebagai doktor pelatih kat sana. Bangga gak ada kawan jadi doktor nih. Hermph hermphhhhh. Tapi, nak bagitau, seorang doktor mesti seharusnya kuat mental dan fizikal. Macam2 diorang kena tempuh. Dahlah belajar susah gila, keja pun boleh kira tough gak.

Sehari keje dari kul 8 sampai 5 ptg. Itu kira on paper lah. Tapi, selalunya lebih ah. Kalau hari tu kena on call, sambung sampai 7 pagi keesokannya. Pas tu sambung keje balik kul 8 pagi hari yang sama. Rest 1 jam jer. Sambung sampai kul 5 ptg balik. Uhuiii, bayangkan. Dengan karenah pesakit yang macam2, kena marahlah, kena tengking lah. Bayangkanlah semua...

Memang tough gila. Respect spring lah ngan semua yang bergelar doktor. Special "spring" to my beloved friend: Mohd Shafiq Hassan. Cayalah... Cayang ko. Kitorang suma cayang ko gaks.

mood:~sayangilah doktor anda.....~

Silver @ Beijing 08


Erm, finally Malaysia was listed on Beijing 08's medal standings @ 54. Sharing position with 6 others countries (one of them is Singapore). Thanks to Chong Wei. Alhamdulillah. Ada gak akhirnya. Susah weh, nak dapat medal tuh. Dengan pingat perak @ Beijing 08 nih, Chong Wei akan dapat RM 300,000 dan pencen daripada kerajaan sebanyak RM 3,000.00 sebulan. Wow, best gak. Erm, ada sesaper nak training badiminton ngan ku petang nih. Ehehehheee...

Sedikit komen pasal game smalam. Chong Wei vs Lin Dan. Erm, teruk gak tgk Chong Wei kena belasah. Cam serba tak kena. Pukul sini, x lepas, pukul sana kena smash plak. Apa2 pun, congrats for Chong Wei lah. Cayalah...

mood:~erm... ada sesiapa yang ada no phone Chong Wei... ehehhehhehee~

Farid's Wedding @ YouTube...


Ha, kalau ada sesiapa yang nak tgk silat pengantin a.k.a silat pulut. Kat video nih ada. My uncle "Pakcik Kamil" and my eldest brother "Abg Fahmie" were performed that silat at farid's wedding. Wah, cam cerita pendekar pun ada gaks.

mood:~iyargh... iyargh...~

Update TP

quoted from Kak Sha's e mail:

Assalammualaikum kawan2 semua....

hari sabtu lepas kiter gi lawat TP bersama ngan kak ita... alhamdulillah TP makin sihat...dier tak sabar2 nak bercerita apa yang berlaku...mcm tak ingat dier tu sakit langsung...kiter yang kena suruh dier cakap slow2... hasil dari pemahaman citer dier...dier kata waktu dier masuk labour room, dier dah buak 6 cm...tapi doktor main tinggalkan dier sebab kata lagi 4 jam baru buka 10. sampai TP nak bersalin sangat dah takder doktor datang...dier kena tendang besi katil untuk dapatkan perhatian doktor...lepas tuh barulah doktor datang...sekalipush jer dah kuar baby... doktor tuh doktor pelatih lah... bius dah hilang pun terus jer jahit...sampai TP sakit dier buat tak tahu... time tgh jahit tuhlah datang ketua doktor...ketua dier tanya kenapa masih berdarah? doktor pelatih tuh kata tak tahu...tapi terus gak jahit tuh... sebabkan kesalahan diorang TP kata dier dapat doktor pakar bedah yang baik lah... nak tebus kesalahan gitu...geram jer dengar waktu tuh...rasa macam nak suruh jer saman PPUM...

Firstly, alhamdulillah kawan ku TP dah sihat. Allah dah makbulkan doa2 kami di sini. Syukur. Tapi, bagaimana eh kalau camni. Nak kata cam doktor yang silap pun ada. Erm... Yang penting, TP dah selamat. Tak sabar rasanya nak tgk TP cam biasa.

mood:~alhamdulillah~

Friday, August 15, 2008

Mari Mengundi Baby - AUNI BAZLA MD NAZRI


Mari mengundi baby nih
AUNI BAZLA MD NAZRI @ Si Kenit SINAR

p/s: click kat nama tuh...

mood:~click click click....~


Chaiyooo''' Lee Cong Wei !!!!!!


Lee Chong Wei, the current Olympic-Malaysia's hero. The only one rep Malaysia in badminton. So, harapan pingat disandarkan ke Chong Wei sorang. Semalam, beliau (ceh, beliau tuh...) telah mengalahkan Sony Dwi Kuncoro (ensem juga mamat nih.... ehehehhee) 21-9, 21-11... Sempat aa tgk jap ulangan game smalam. Semangat membara2. Tgh syok tgk game, tetiba camera focus kat pemain Malaysia lain di hujung gelanggang memberi semangat. Semangat kesukanan lah katakan.

So, Chong Wei will meet South Korea's player for semi-final. Hopefully dapatlah carry on our first-ever-gold-medal hope. Amin...

So, Malaysia boleh... Malaysia boleh... Malaysia boleh!!!!

mood:~iyargh.. iyarghhhh..~

Thursday, August 14, 2008

Kes Kehilangan Remaja: Nur Asyikin Bt Mohd

This article was quoted from http://www.budiey.com/





Pls be noted my niece (Nur Asyikin Binti Mohd) aged 17 years old, schooling in Kota Damansara is missing since 29 July 2008. She did not return after school.

Last saw her on 29 July 2008 8.30pm at her friend?s tuition center in Damansara Damai. We have make a police report under police report no. Kota Damansara/004319/08.


Pls help by forwarding this email to your contacts or friends in order to trace her where about.


Any info kindly contact 019 ? 361 3907 Puan Saodah @ Intan.
Thanks in advance for your helping hand and may God bless all of you.


Regards.

Intan @ Saodah SaadonMobile : +6019 - 361 3907email : saodah@tamcoelectrical.com.my / cheqdah@yahoo.com


Kalau ada sesiapa yang ternampak, bertindak segera. Sama-samalah membantu. Semoga selamatlah hendaknya. Amin..

mood:~jeng jeng jeng~

tujuhhariseminggu's Visitor Stat


My visitor statictic for this blog. Ok lah tu!!!

mood:~erm, jemput2 masuk..~

Doakan kesejahteraan mereka... Amin...

  1. Latipah Abd Latip @ Tippie: One of my gang-kawan-sempoi2 kat Twintech (skang dah moved ke Unisel) kat ICU skang. Complication masa deliver 2nd baby dia. Bleeding yang amat teruk. Sampai skang, doktor tgh cari punca nya. She such a strong girl (kuat semangat giler...!!!) So, sama2 lah mendoakan yang terbaik utk dia. Harap2 cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Utk Tippie, aku sayang ko sangat. Kalo ko dapat dengar nih, kuatkanlah semangat ko. Kitorang semua amat sayangkan mu... Isk Isk Isk..

  2. Kak Dilla: Sorang lagi geng2 Twintech dulu (moved to Segi College plak). Maknya baru kembali ke rahmatullah semalam (130808 - 8.40am). Marilah mendoakan agar roh arwah tenang di sana dan dilimpahi rahmat keatasnya. Amin...

mood:~amin....~

Monday, August 11, 2008

Kenduri @ Pulau Indah

Alhamdulillah... Kenduri kawen abangku selamat dilangsungkan dengan jayanya. Lega pun ada. Dah selesai segalanya. Best dapat jumpa sedara mara. Yang dekat, yang jauh semuanya datang. Gembira eh.


Wah, cantik rambut palsu akak ipar ku. Muehehehee... Erm, cepat2 lah dapatkan anak buah. Meriah sikit umah nanti. Mesti comel kan. Haruslah, keluarga Mislan suma comel2. Ehehehee.

Semoga bahagia ke anak cucu lah ye abang ku. Erm, abang ku sudah, yang diriku ini bila??? Ahaaa... Malulah...

mood:~kemalu-maluan... :D

Journal, Meow & Me...

Ehehhehhe.. Inilah yang terjadi bila sibuk baca journal. My Meow pun sama nak baca gak. Pening weh. Paper Review lagi nak kena wat. Dahlah tak tau sangat nak buat. :D

As a full-time-Master-by research student, journals are becoming my new best friend. Suka atau tak, kena gak. So, I've got new hand bag (s). Ahaks... Sib baik ada Meow nak temankan. Luv u Meow...

mood:~Journal+Meow=senget....~

Thursday, August 7, 2008

The beautiness of javanese cultural

When it comes to kenduri, kenduri style Jawa paling best. Kalau ikutkan yang asli, mau 2 hari tiga 3 malam. Tapi, utk kenduri abang ku, buat 2 hari 2 malam jer. Rewang start petang nih. Wah penat seh. Tapi seronok. Excited pun ada gaks.

Actually, smalam ada amik gambar nak post kat sini, tapi x bawa lah plak kamera ke opis. So, x bleh nak upload.

So, kawan2 jangan lupa datang eh kenduri ni. 090808 (Sabtu) majlis bersanding. Tapi, the festive will be started on friday (after Sembahyang Jumaat). Datang yer :D

mood: `iyargh... iyargh... betulkan urat belikat nih... nak rewang2~

Tuesday, August 5, 2008

Matta - Jatuh Cinta Lagi

Mari berjoget sakan... Yehaaaa!!!!!


Matta - Jatuh Cinta Lagi


Matta - Jatuh Cinta Lagi

pertamaku melihatmu bergetar rasa hatiku
berdebar-debar jantungku mungkin ku suka padamu
ketika ku melihatnya berdetak-detak di dada
mungkin itu suatu pertanda bahwa ku suka padanya

dia atau dia, ku pilih yang mana
aku pusing untuk memilihnya

reff:
jatuh cinta lagi
lagi-lagi ku jatuh cinta
aku jatuh cinta kepada setiap wanita
jatuh cinta lagi
lagi-lagi ku jatuh cinta
harus bagaimana ku ingin memikirkannya

layaknya seorang pria ku coba untuk setia
mencintai satu wanita tetapi aku tak bisa

dia atau dia, yang harus ku cinta
aku pusing untuk memilihnya

repeat reff

dia atau dia, ku pilih yang mana
aku pusing untuk memilihnya

repeat reff

Monday, August 4, 2008

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, akhirnya selamat gak abg ku dinikahkan ngan kak nana. Ada gak org nak kat abg ku nih. Muehehehhee (Kureng nyer adik...) Ehem, songket tu kepunyaan ku nih. Bangga nih. Masa nih, baru jer abis akad. Sekali lafaz jer. Terrer siut. Gabra2 pun, sekali lafaz jer. Tak sabar kot. Larikkkkk...

Sorry lah gamba x clear sangat. Taken by using my bro's handphone. Baru beli siut (kaya gak abang ku nih). So, try test ah guna phone camera tuh. Tadaaa, dapatlah frame camtu. Sempat tak sempat lah. Siap hang lagi phone tuh. Muehehheee. Erm, cantik kan kakak ipar ku. Tgk adik ipar dia lah... Tetiba.

Ha, ini lah ahli keluarga yang ada masa akad nikah. Dari kiri: diriku, Diha, Kak Nana, Farid ngan abah. Lagi dua orang dalam bas lagi. Tak sampai2. Lambat tul. Maklumlah kena redah bukit putus. Mana bleh bawa laju2.


17++ keluarga Mislan yang girang. Ni sedara mara belah abah ngan arwah mak. Termeriah lah sekejap masjid tuh. Masing2 kalau dah jumpa, mana bleh ayu2. Gelak sampai gegar tiang masjid tuh. Uhuhuhuhu.

Erm.. Touching2 jap. Masa sah jer akad nikah tu, berderailah air mata semua tetamu yang hadir. Especially my father and my luvly sister. Semuanya teringat kan arwah mak ku. Tak sempat nak tgk anak dia nikah. Sib baik masa tunang arwah mak sempat datang. Isk isk... Masa tu, ku dapat rasakan yang mak ada kat sebelah ku. Macam terbayang2 jer tersenyum bangga ngan abang ku. Sedih dan sebak rasanya. Mak, rindulah kat mak... Al-Fatihah...

Apa2 pun, jangan lupa ye datang ke majlis belah abang ku. Jumpa anda semua di sana. (wah, cam iklan plak). Daa...

mood: ~sebak.... isk isk.. waaaaaaa....~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...