Monday, October 2, 2017

Pulau Pangkor - Anjungan Beach Resort

Bersempena cuti Hari Malaysia tempoh hari, kami berkesempatan bercuti ke Pulau Pangkor. Trip 2 hari 1 malam ni bertemakan 'Ke Arah Cuti Bermalas-malasan'. Memang tiada aktiviti dirancang. Hanyalah berehat, makan dan sambung kembali rehat. Haha. 

Semak kat booking.com, baca review, maka kami bersetuju memilih Anjungan Beach Resort, Teluk Nipah. Family room, untuk 4 orang, RM363 (RM385, termasuk tax). Kami book di booking.com. Senang guna booking.com, tak perlu bayar semasa nak book dan boleh batalkan penempahan secara percuma (dengan terma dan syarat tertentu). 


Jeng jeng. Dah sampai. Cantik!!! Macam mana dalam booking.com, macam itulah yang kita nampak. Tak sabar nak check in. Terus ke kaunter, kakak manis kata jam 2pm baru boleh check in. Alaa, baru pukul 12pm. Kena tunggu kejap lah ni. 

Baru nak connect dgn wifi (oh, ya. Line Digi agak sedih. Maxis ok. 4g lagi), tiba-tiba kakak receptionist kata ada bilik kosong. Boleh check in terus ya. Yeayyyy. Tak sabar nak golek2 atas katil, aircond full blast. Panas oitttt. 


Katil double bahagian bawah bilik. Ada balkoni. Boleh lah lepak-lepak sambil wewitt kejiranan. Nampak tak set kerusi meja buluh zaman kakzianamariamarianana? Terus angkut ke balkoni agar sesi perwewitan berjalan dengan lebih lancar. Wewitttt...

Bilik luas. Selesa. Berbaloi dengan apa yang dibayar. Tujuan utama bercuti kali ini pun nak berehat-rehat. Maka sesuai lah bilik ini untuk kami. 


Ni tangga menuju bahagian atas bilik. Tangga agak curam. Dilarang berleseran di anak tangga dengan berkain labuh. Dikhuatiri percutian berakhir di katil hospital. Terus pembahagian kawasan dijalankan. Dua orang di atas, dua orang di bawah. Maka sesi berguling-gulingan dapat berjalan dengan selesanya. 

Bila bercuti di pulau ni, air mineral antara satu keperluan. Haus memanjang. Ada disediakan 4 botol air mineral 500ml. Sorang satu. Makanya kena bajet-bajet sikit. Namun, masa nak keluar jalan-jalan petang tu, terserempak dengan kakak cleaner, maka marilah kita cuba minta air mineral extra. Rupa-rupanya, bekalan air mineral (serta nescafe, tea) adalah tidak terhad. Boleh request je bila-bila masa. Yeaaayyy. 


Ni dua katil single kat atas. Luas kan. Bahagian bawah pun luas. Selesa. Kalau bawa toto narita corakbelangharimaubelahluarcorakpetakpetakbelahdalam, boleh bertambah lagi ahli. Wifi agak tangisan dalam kerinduan. Nak signal wifi yang kuat, kena pergi di lobi/kafe. Pengguna Maxis jangan risau, signal 4G di sini. Yaribaaaa... 

Menu sarapan pun menarik. Tidaklah semeriah bufet hotel-hotel lain. Mencukupi. Nasi lemak bungkus sedap. Oleh kerana semua ambil satu, segan pula nak tambah lagi. Haha. Ada pancake, pau, bijiran sarapan, roti bakar, kuew teow goreng. Mencukupilah. 

Kolam renang pun memuaskan. Cukup besar untuk mandi-manda. Malas nak mandi air laut (dibaca: takut sunburn, sia-sialah usaha mengoles produk penjagaan wajah), mandi kolam pun ok. Disebabkan lokasi kolam renang sangat dekat dengan bilik, maka nak mandi-manda pun senang. kalau sesiapa yang dapat bilik bawah, buka sliding door, guling2 terus masuk kolam. Haha. 

Resort ni sangat dekat dengan gerai-gerai makanan. Keluar pintu, terus berderet-deret gerai makanan. Kalau keluar waktu petang, boleh makan goreng-gorengan sambil ditiup bayu Laut China Selatan. Kami sempat mencuba murtabak mini, laksa, char kuew teow, cekodok pisang (eh, macam banyak pula makan). Makan malam, boleh pilih pakej2 makanan laut di gerai-gerai yang ada. Kami ambil set untuk 5 orang (walau kami berempat), ada siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar, tomyam (sesat, tak sampai2). Harga RM70 (jadi RM65 sebab tomyam telah hilang ditelan zaman). 

Keseluruhan, Anjungan Beach Resort best. Harga agak mahal (tapi berbaloi) kalau dibandingkan dengan tempat penginapan yang berhampiran. Kalau nak bawa keluarga, bersantai selesa. Sangat disyorkan menginap di sini. 

belanja satu...

mood:~Pergi pulau, tapi air masin sekalipun tak jejak. Hahahhaa. Dasar....~

Sunday, April 23, 2017

Cerita Tepi Jalan

Jom, nak kongsi cerita dari seorang rakan. Begini kisahnya...

Seperti kebiasaan, Ahad adalah hari untuk isi minyak. Untuk mengelakkan perasaan terkemut2 bila jalan tgh jem, lambat nak ke offc, indicator minyak pula mula terkelip2 umpama lampu disko. Jadinya, selepas melantak nasi lemak serta roti canai telor goyang (asalnya nak makan roti bakar je), marilah kita ke bhp berdekatan.

Dalam perjalanan, elok2 sebelum sampai kat stesen minyak, nampak ada seorang uncle, duduk tepi jalan, di bawah sinar mentari. Hanya beralaskan surat khabar, berbaju lusuh sedang enak menikmati sebungkus nasi lemak (ke nasi dagang, ke nasi putih lauk ayam). Di kiri kanan penuh tin2, botol2 plastik yang dikutipnya. Nampak seperti gelandangan. Uncle sedang bersarapan mungkin. Sayu je hati. Terus pasang niat nak belikan air mineral lah utk uncle tu.

Sampai bhp, g bayar, beli 2 botol mineral water (amik yang sejuk, sian uncle tu kepanasan) tusukkan nozzle ke tangki minyak, g berlari2 anak ke uncle tu. Sampai ke kat uncle tu, serahkan mineral water. Tiba2 (jengjengjeng, lagu sayu2, angin menderu2, rambut manja2 bertebaran, mode slo-mo activated)...

"Ehh, adik. Jom. Breakfast dengan uncle. Ada nasi lemak ni. Sini sini."

Laju je tangan tu uncle tu ambil nasi, nak suap.  Nak menitis air mata. Mungkin itulah sahaja makanan yang dia ada, tapi dia tanpa fikir panjang nak kongsi sama2 rezeki. Tanpa berfikir sesaat pun, nampak ikhlas nak suapkan nasi lemak tu.

Masa tu, nak menitis air mata. Kita yang jauh lebih cukup berbanding uncle tu, berkira nak kongsi rezeki. Rasa bersalah sangat. Sungguh besar jiwa uncle tu. Malu dekat diri sendiri. Lepas isi minyak, naik kereta, jatuh gak lah airmata.

Satu kisah yang kecil, besar impaknya...

Thursday, April 13, 2017

Sana Sini Korea

Sejak kebelakangan ni, drama korea adalah menjadi pilihan. Bermula dengan hasutan halusmanja dari tuan Dr, suruh tgk Descendant of the Sun (DOTS), sampai laaa ni follow drama korea ni. Kat rumah takde Astro, makanya drama2 dr Astro (DOTS, Goblin, Legend of The Blue Sea) tgk/download dr website je la.

Tapi jangan risau, 8tv ada tayangkan drama2 korea ni. Jam 9.30pm. Isnin-Rabu, Khamis-Jumaat. Jadinya seminggu dua cerita. Kelas tuisyen akan habis jam 9pm, terus berdesup balik sebab nak kejar drama jam 9.30pm. Maaf ye murid2, sebarang soalan selepas jam 9 akan dilayan pada minggu hadapan. Haha.

Another Miss Oh, Oh My Ghost, The K2 antara drama2 yang dah habis ditayangkan. Sekarang ni ada dua drama sedang ditayangkan 'Cinderella and Four Knights' dan 'Women and the Suitcase'. Wohoiiiiii. Satu cerita ala2 peguam camtu, satu lagi drama komedi romantik. Psss, alahai Peguam Ma wooiiii, dah kenapa senyum camtu sekali!!!


credit pic dbfilm


credit pic dramafever

Oooo satu lagi, tgh gigih nak habiskan tgk Innocent Defendant. Aiyooo, stress tgk cerita ni. Geram, cam nak tampar2 je org jahat Min Ho tu. Pang!!!!!


credit pic asianwiki

Cerita ni buat bibir terkemam2, sebab nak maki je yang jadi jahat tu. Mari kita pukul dia!!!!

Alang2 cerita pasal korea ni. Terjumpa satu webiste, Korea Tourism Organization, Kuala Lumpur. Banyak info pasal Korea. Lebih-lebih lagi kalau sampai nak bercuti ke sana. Banyak aktivit yang dianjurkan, demo masakan, tarian KPop, belajar bahasa korea. Percuma!!!!

Bukan itu sahaja, Boleh juga dapat baucer diskaun. Eh, bukan baucer buku 1Malaysia tu. Baucer diskaun nak g cuti2 kat Korea tu haaa. Sebarang info, meh melawat ke sini

Korea Plaza (Tourist Information)
Ground Floor, Menara Hap Seng,
Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
 603-2072.2515
603-2072.3552
 klkoreaplaza@gmail.com


credit to KTO

21/4 tu ada Korean Dance class. Haaaa, kot2 nak join, jenguk2 lah website ye. Register sebagai Kaki Korea Club, kita boleh ikuti program secara percuma. Haaaaa. Menarik tak. Jom. Boleh lah feeling2 kpop sket. Haha. 

mood:~jom g korea sekali lagi... jom...~

Monday, April 10, 2017

Batu Caves April 2017

Jengjengjeng. Hujung minggu lalu sempat ke Batu Caves. 10 minit je dari rumah. Kemain pergi beribu2 kilometer pergi tempat orang, yang kat sebelah jalan tak pergi pun. Huhu. Seawal jam 8 dah sampai di Batu Caves. Dapat park dekat stesen komuter Batu Caves. Free! Kalau nak naik KTM pun lagi senang. Salah satu entrance ke Batu Caves bersambung dengan stesen komuter.


Muka sedang  kemalu-maluan, sebab tiba2 selfie sorang depan orang ramai. Haha.

Mungkin kerana masih awal pagi. Gerai2 pun baru nak buka. Orang dah ramai kat sini. Meriah! Yang datang utk acara keagamaan berpakaian serba warna warni. Segenap lapisan usia ada, kanak2, remaja, dewasa, warga emas. Yang berbag2 besar beroda pun ada. Mungkin tourist dari luar negara. Dari Indonesia rasanya. Selamat datang ke Malaysia ya.


Terdapat deretan kedai menjual makanan tradisional. Ladoo kalau tak silap namanya ni. 

Tadaaaa. Tudia. Tangga utk didaki. Beriya rajin nak mendaki kat sini, kat offc, nak turun satu tingkat pun naik lif. Balik umah, nak panjat tingkat 3 pun malas. Haha. Ayuhhhhh. Mari kemengah-mengahan. Amik nafas panjang2, mari kita daki. Punyalah stamina tahap warga emas, asyik berhenti amik nafas, bersama pakcikmakcik yang ada. Buat2 tgk phone, tgk bawah, konon2 tunggu kawan yang lain sampai. Padahal mengah!


Yeay. Sampai. Sepanjang pendakian (cewaahhh, mcm mendaki gunung bunyinya, padahal taklah tinggi sgt), dpt saksikan kegigihan dari yang muda sampai ke tua. Ada juga yang mendaki tangga menggunakan lutut. Macam merangkak mcm tu. Sambil pegang bekas di kepala. Mungkin ada upacara istimewa yang sedang dijalankan.


Ada ayam jinak berikat kain merah di kaki. 

Sampai di atas. Ada lapangan yang ada kuil khas. Ada juga tanda 'kavadi' di satu tiang. Mungkin kawasan khas untuk upacara kavadi. Dapat dilihat jelas struktur dinding gua dengan bukaan di bahagian atas.

Jengjengjeng. Ada tangga lagi. Mari naik tangga. Mari menambahkan kelencunan. Di kawasan atas ni, tak boleh pakai kasut. Di kawasan lain, hanya di kawasan kuil tidak boleh pakai kasut.


Eh, pendakian belum berakhir rupanya. Mari kita sambung berpeluh-peluhan.


Kuil di bahagian atas sekali. 

Ok. Mari turun. Nak amik pic2 dengan beburung. Ada banyak burung merpati menanti utk diberi makan. Di mana ada org tabur makanan, di situlah beburung akan berkumpul sama. Jadinya, kita akan snap pic dekat org yang pegang2 beras utk burung.


Selama sejam setengah di sini. Dapat lihat pelbagai lapisan masyarakat. Bukan setakat mereka yang beragama Hindu sahaja, malah berbilang kaum dan bangsa. Harmoni sahaja keadaannya. Masing2 bertoleransi dan ada yang saling membantu antara satu sama lain.


Kadang-kadang kita risau dengan pendedahan media tentang masalah rasis. Pergaduhan sana sini. Tapi yang sebenarnya, dalam 50 orang, sorang dua je yang bermasalah. Yang bermasalah pun bukan berpunca akibat perbezaan agama dan kepercayaan, namun atas sebab kekhilafan individu itu sendiri. Tapi sedih lah, media asyik memprovok benda yang minoriti yang bermasalah tu, mengapi-apikan antara satu sama lain. Sisi harmoni dan keindahan toleransi kepelbagaian kaum ni jarang dipaparkan. Jadi kita kena jadi bijak untuk menilai mana yang buruk, mana yang baik kan.

mood:~eh, 2017 tahun melawat Perak eh????~

Monday, April 3, 2017

Day 3, 4 - Beijing Shanghai March 2017

Eh. Dah hari ketiga. Hari ni akan ke Shanghai. Moh kita naik bullet train. Dari Beijing ke Shanghai, ia mengambil masa 5 jam (4jam55minit). Train kami jam 9am. Kami naik train G1. Ada beberapa jenis bullet train. Ada yang lama sikit, mungkin banyak hentian. Kami pilih G1 sebab waktu sampai di Shanghai nanti jam 1pm. So, ok lah. Tak lah terlampau lewat. Info tentang train ke Shanghai ni dapat dari tincowashere. Jenguk2 lah blog dia untuk info lebih lanjut.



pic credit to seat61

Malam sebelumnya da charge phone, powerbank, tab siap2. Konon2 nak tgk movie / drama series yang telah di download. Taklah bosan sangat nanti. Tapi! Pendrive tertinggal kat apartment. Huwaaaaa. Hilang mood sekejap. Takpe2, terus baca ebook. Haaaa. Abis satu novel. Best juga eh novel Mindy Kaling. Kelakar. 

Ok, kami ke Beijing South Railway Station. Kat Beijing ada banyak train station. Besar2, mcm kl sentral tu. Eh, besar lagi rasanya. Jadi, hati2 lah bila nak naik train, tentukan kat mana station nya. Sampai ke South Beijing Railway Station, terus g kaunter tiket, nak dapatkan tiket bullet train. Kami beli siap2 online di website China Highlights Train Ticket Service, takut tiket habis. Sampai2, haaaa. Kemain ramai beratur. Jadinya datang awal sikit ye. 2 jam sebelum seeloknya.



pic credit to chinatravelgo

Sampai di Shanghai Hangqiao Station, naik teksi ke Vatica Shanghai International. Hotel yang kami pilih ni agak terpencil. Sayu2 je kawasannya. Tapi dekat dengan Disneyland,  Pudong Airport. Masa sampai, seram2 gak lah, why so isolated. Tapi, ok lah. Memang tujuan utama ke Shanghai sebab nak ke Disneyland.

Check in, rehat2, then zasst cari makan. Guna apps, jumpa satu restoran halal, cari2 restoran dah kena roboh. Nak g makan, restoran roboh! Haha. So, teruskan perjalanan ke The Bund. Kat situ ada Shanghai Tower. Timing just nice. Sebab area The Bund cantik waktu malam2. Dah puas snap2, balik hotel.


Haaa, gitu bangunan pencakar langit. Nasib baik tak pergi belah sana. Camna nak ambil gambar permandangan camni kalau dah ada bawah menara2 tu. 


Belah kiri Pearl Tower, Belah kanan ada Shanghai Tower. Hajat di hati nak naik tower, tapi apakan daya kita hanya mampu merancang namun tetiba bajet tiada pula. Sejuk weh. Angin menderu2. Dah puas bergambar, dinner, ayuh pulang. 


Yeayyy. Disneyland time. Tapi tiba2 kaki buat hal plak. Gout gout gout. Dah terhencot2. Mengah juga lah terhencot2 kat Disneyland. Kemain besar tempat tu nak jalan. Tapi redah je. Dapat main game Tron. Haaaa, jadi mat rempit kejap. Best woooooo. Hujan renyai2 masa kami di Disneyland. Lencun juga lah. Tapi best gak pergi Disneyland time hujan, tak ramai orang sangat. Nak beratur tak lama. Paling lama pun 10 minit. Cuma tak dapat tgk perarakan depan main castle. Yelah hujan renyai2, kang mahu tergelincir snow white, camna?



Dapat sampai kat sini akhirnya. Alhamdulillah. Dah cukup lah jalan2 tahun ni. 



Ada kisahnya kenapa ambill gambar camni. Masa tengah beratur nak masuk ke rumah Fairytales, ada kakak gebu depan kitorang, ambil pic camni. Tapi dia lagi seksi lah, hujan2 sejuk2 pakai hot pants. Nampaklah dia duk edit pic dia dat phone. Haaa, camnilah pose dia. Maka marilah kita tiru pose kakak gebu itu. 


Agak2 dalam jam 6.30pm camtu, beransur pulang. Tapi sempat naik PeterPan ride. Haaaa, jerit2 mengalahkan budak2. Gerak pulang ke hotel, nak pulang ke KL pula. Usai check-out, minta tolong receptionist panggilkan teksi nak ke Pudong Airport. Ada balance duit bayar hotel haritu, dalam 44 yuen. Sekali dia pulangkan, haaa 400++ yuen. Taktau camna dia kira, penginapan dua malam, dua bilik cuma 380 yuen, dalam RM 250 (sepatutnya 756). Yaeyy ada duit lebih sikit. Bolehlah makan2 di airport. 

Alhamdulillah, sampai ke Kuala Lumpur dengan selamat. Trip KUL-PEK-PVG-KUL berjaya dilaksanakan. Tq travelmates yang saling memahami. Nanti kita plan ke tempat lain lagi ye. Tapi mari kita kumpu duit dulu!!!!!


Tq travelmates ^_^

Antara tanggapan awal yang agak merisaukan sebelum ke Beijing dan Shanghai adalah tentang isu kebersihan. Tapi berdasarkan pengalaman beberapa hari di sana, tiada masalah tentang kebersihan. Keselamatan pun ok. Tiada rasa nervous, takut bila kat sana. Cuma kekangan bahasa sangat ketara. Mungkin kalau download offline dictionary akan membantu. Kadang2 nampak mereka seperti agak kurang ajar, taknak membantu, baru cakap 'excuse me' dah geleng2 lari dari kita. Tapi rasanya itu semua disebabkan masalah kekangan bahasa. Bila diorang faham apa yang kita cuba sampaikan, mereka akan bantu sebaiknya. 

Sistem pengangkutan awam sangat efisien, terutamanya subway. Kalau nak travel menggunakan subway memang tiada masalah. Cuma kalau nak naik teksi tu hati2 sikit. Iyalah, masalah teksi dan pelancong bukan sahaja di China, dimana2 pun sama. 

Compact Iti - Day 3, 4

Beijing - Shanghai - The Bund - Disneyland - Kuala Lumpur

mood:~ok, done...~

Friday, March 17, 2017

Day 2 Beijing Shanghai March 2017


Jeng jeng jeng. Sampailah masanya kita pergi ke tempat yang memang teringin sangat nak pergi. Great Wall of China. Ada banyak sebenarnya point nak memanjat tembok besar ni. Tapi kita pilih yang senang untuk di akses menggunakan pengangkutan awam. Kami pilih Badaling.

Kalau ikutkan, plan asal nak ambil pakej day tour. Kos day tour lebih kurang 60-70 usd. Kos agak tinggi, sebab kami berempat je. Tapi bila cari info, dapatlah panduan lengkap macam mana nak ke Badaling Great Wall. Naik bas (Bus 877, 10 minit jalan kaki dari subway Jishuitan, Exit B2), harga tiket 12 yuen (RM8) sehala. Kalau guna Yikatong Transportation Card, dapt diskaun 50%. Maka kami naik bas je lah.

Oh, lupa terangkan pasal Yikatong card ni. Dia ala2 rapid kl card. Boleh guna utk subway, bas, teksi (tapi tak pernah cubalah guna kat teksi). Deposit kad 20 yuen, top up at least 20 yuen. Kalau pulangkan balik, dptlah 20 yuen tu. Senang guna kad ni, lagi2 kalau kita memang nak gunakan pengangkutan awam. Boleh beli kat mana2 stesen, tapi utk pulangkan kad tu, ada beberapa stesen je.

Ok, naik bas lebih kurang sejam (ada wifi, wuhuuu), sampailah kat Badaling. Tiket masuk 30 yuen. Kitorang nak beli cable car, 100 yuen (return), 80 yuen (one way), tapi terbeli sliding car (return). Haha. Dah lah gigih ke stesen cable car (dlm 1.8km mengahmengah) dari stesen bas, sampai2 kat situ, diorang kata salah tiket. T_T


Encik dan puan kucing comel.

Nak tak nak, belilah tiket cable car one way, 100 yuen (140 yuen return). Dengan harapan, nanti nak turun ada sliding car. Naiklah cable car, sampai kat atas. Mak aihhh. Ramainya org. Bergambarlah seratus dua. Bukan selalu ke sini. Amik port yang ala2 nampak mendaki sikit. Konon2 gigih mendaki lah. Minum kopi sedas, turunlah ke bawah. Tiba2 nampak stesen sliding car. Yeayyyy. Boleh turun guna sliding car. Jerit2 cam kat funfair. Girang. Sampai kat stesen bawah, ada bear farm. Banyak beruang. Ada tiga empat kandang. Gebu2. Bila fikirkan diri sendiri pun kadang2 cam beruang, risau plak tetiba ada org kerumun sambil jerit, tolonggg tolonggg, beruang terlepas. Human bear!!! Yelp yelp yelp!!!


Selesai di sini, naik bas balik, ke area Niujie Mosque sekali lagi. Makan! Kali ni makan nasi pula. Banyak tenaga dihabiskan tadi mendaki tembok besar (kononlah). Lepas makan, kami terus ke Olympic Beijing Stadium, Bird Nest tu. Disebabkan takde dalam plan asal, maka terpaksalah kitorang lukis pic stadium, minta tlg org translatekan. Tadaaa!!! Sama kan lukisan tu.


Cantik dan luas area kat sini. Ada Aquatic stadium yang tukar2 warna tu. Ada menara obor. Ramai juga datang ke dataran ni. Menarik. Banyak tempat untuk ambil gambar yang menarik. waktu malam lebih menarik sebab banyak persembahan cahaya. Warna warni adilfitri tajuknya. 


Untuk pulang ke Chongwenmen, kami menggunakan subway. Berjalan sampai ke stesen Olympic Green (oh, ada satu restoran halal kat stesen ni). Tapi kami berhenti di Dongdan (satu stesen sebelum Chongwenmen), sebab nak pulangkan balik kad Yikatong. Ini antara senarai stesen yang boleh pulangkan kad. Dapatlah kami lebih kurang 120 yuen. Yeayyy. Boleh lepas seround lunch. Mee tarik empat boss!!!!! 


Oh, ini stesen2 di mana anda boleh pulangkan kad Yikatong tu.



Compact Iti Day 2

Badaling Great Wall - Niujie Mosque - Olympic Beijing Village

mood:~langkah paling banyak berjaya direkod, 22500 steps, kuwusssss~

Wednesday, March 15, 2017

Day 1 - Beijing Shanghai March 2017


Draft Itinerary kami di Beijing Shanghai

Day 1

Sampai airport Beijing, PEK dalam jam 5.50am. Flight kami je kot yang sampai waktu tu. Sebabnya org yg sama juga jumpa masa beratur nak cop passport. Jadi, tak ambil masa lama sangat. Lps je cop, terus ada lukisan greatwall kat dinding. Kot ye xde masa nak g greatwall, amik pic kat situ je la. Haha.

Kebetulan, arrival di tingkat satu, stesen teksi juga di tingkat yang sama. Maka terus je berjalan ke pintu keluar, sambil merujuk signage teksi. Abaikan sesiapa yang cuba tawarkan teksi (walau ada yang berpakaian formal, seolah2 pegawai airport). Terus keluar, beratur untuk ambil teksi. Buat2 tak faham kalau ada yang sibuk suh amik teksi tempat lain. Nak lagi afdhol, ngomong jawa sikit2, biar terkedu terus ulat2 teksi ni. No I don anderstand! Go away go away!

Dapat teksi, berdoa agar tak kena tipu. Maklumlah first experience ni. Alhamdulillah, dari Beijing Airport ke Chongwenmen, tak sampai 100 yuen. Ok sangat, sebab baca blog2, bajet adalah dalam lingkungan 100-120 yuen. Maka sampailah kami di Beijing Huiyuan Apartment, betul2 atas Beijing New World Shopping Mall. Dah hari terakhir, baru kami discover yang groceries store kat mall tu ada jual daging halal. Cehh, penatnya g jauh2 nak cari makanan halal. 



Sejuk. Lepas je masuk bilik, terus cari kopi kat mcd. Leganya. Oh, sebelum tu, terjadilah peristiwa ayam itik dengan org yg handle penginapan. Masing2 tak faham apa yg cuba disampaikan. Sudahnya, minta wifi password, on wechat, borak2 guna wechat, walau duduk sebelah2. WeChat ada fungsi translate. Senang sikit. Walau kadang2 krik krik. Bila minta wifi password, tak dapat, rupa2nya sebut 'six' tapi tulis '5'. Pengalaman pengalaman, 

Lps mengopi, snap2 pic di kala pagi org sibuk nak pergi kerja. Ibarat kita sibuk nak g kerja, tiba2 nampak abam2 nepal sibuk amik pic dpn sogo. Cenggitulah gamaknya. Lps puas jadi abam nepal, rehat2 sekejap. Siap utk ke explore kota beijing.


Destinasi pertama. Tiananmen Square (subway Qianmen, line 2, Exit A/B). Berdasarkan map, sebelah je Forbidden city. Ikutkan ramai pelancong akan ke Forbidden city, tapi kami ke Tiananmen square sebab ia percuma! Jalan2, sampai terlajak ke Avenue (lupanama). Cantik! Shopping street berkonsepkan kota lama. Sempat rembat aiskrim sedas.

Terus ke Railway Museum. Tgk pic2 keretapi lama, sampailah yang yang paling baru sekali. Oh, kat Beijing ada banyak stesen keretapi. North la, South la, Beijing Station lah. Hati2 ya. Kemain besar tengok mesin nak cop tiket, Dah macam peti ais.



Lepas ke Railway Museum, teruskan perjalanan ke area Masjid Niujie (subway Guang'anmen Inner, line 7, Exit (lupa, C kot) nampak KFC, ke kiri sampai ke jalan besar kedua, ke kanan). Cari makan! Kat situ banyak restoran makanan halal. Slrppp, melahap mee tarik. Begitu mencabar nak order. Kitorang siap snap2 pic makanan org lain, then tunjukkan kat cashier. Siap panggil supervisor dari dapur sebab kakak cashier nervous nak ambil order kitorang. Masa nak order, supervisor ada buat bunyi suuusshh susshhh. Kitorang ingat dia nak buat bunyi mee slrpp slrrpp. Kitorang pun angguk enamkali, Sampai makanan, pedas mendedau, Rupanya sushhh sushhh tu dia tanya nak pedas ke tak? Kitorang plak angguk sampai enamkali, jadi bayangkan?

Singgah di Masjid Niujie. Tenangnya! Ikut sejarah, dah lama sangat masjid itu (lupatarikh). Cantik ukiran2 di masjid tu. Sangat terperinci. Nak amik wudhu pun, disediakan air paip yang hangat. Ada kedai jualan dalam kompleks masjid tu. Murah2 juga barangan. Sempat rembat travel sejadah (itujesouveniryangdibeli). Lepak2 kejap, amik nafas, balik apartment. 

Malam, konon nak shopping. So kami ke Silk Street (subway Yonganli, line 1, Exit A). Sampailah kami ke Silk Market. Berdasarkan bacaan blog, dulu2 silk market ni kat bawah, tapi sekarang dia dah pindahkan ke dalam bangunan. Silk Market ni ala2 GM Plaza or Kenanga camtulah. Tapi?????? Mahal2 harganya. Keliru kejap. Satu fridge magnet dah sampai 48 yuen ~ RM 30??? Jadinya berjalan2 sahajalah dalam market tu. Tak beli apa2. Memang camtu ke harganya? Ke kami salah mall. Haha. Teruslah membawa kaki ke area Salintun. Kawan nak amik pic kat sana. Happening malam2 kat situ. 

Tragedi ugutan teksi berlaku. Jengjengjeng. Nak ke Salintun tu, teksi nak caj sampai 100 yuen. Gila ke apa? Terus berlari2 masuk mall balik, g exit jauh sikit amik teksi lain. Nak tahan teksi kat Beijing ni agak mencabar, sebab tak tau kat mana nak tahan teksi. Dapatlah juga teksi ke Salintun area, snap2 pic, makan2 then balik. Ada bangunan Intercontinental hotel yang sangat cantik! Bertukar2 warna. Lepas puas makan, nak balik, tragedi teksi berulang kembali. Gangster ulat teksi berlegar2 di tempat orang nak tahan teksi. Jadi teksi taknak ambil kitorang. Teksi2 yang datang kebanyakan dah ada pelanggan (ala2uber) atau nebes tengok gangster tu. Sejam juga lah nak dapat teksi. Alhamdulillah sampai juga apartment malam tu. 

Compact Iti Day 1
KUL - PEK
Chongwenmen (Apartment)
Tiananmen Square - Railway Museum - Niujie Mosque
Silk Market - Salintun

mood:~mari banteras ulat gangster teksi~

Tuesday, March 14, 2017

Senarai Android Apps untuk ke Beijing Shanghai, China

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah baru balik dari trip ke Beijing-Shanghai. 5 hari 4 malam. 2 malam di Beijing, 2 malam di Shanghai. Itinerary kat sana berdasarkan redahan blog serta website yang ada. Hari ni nak kongsi apps yang digunakan di sana. Disebabkan semua pergerakan adalah tanpa bantuan agen pelancongan, maka senarai aplikasi ini sangat membantu. 

1) VPN - Turbo VPN


Seperti yang kita sedia maklum, banyak apps yang telah disekat penggunaannya di China. Contoh, FB, google dan sebagainya. Maka install apps Turbo VPN ni siap2 dari Malaysia. Sebabnya, kalau dah sampai China baru nak download, maka ada masalah nanti, sebab tak boleh nak buka Google Apps. Ada banyak lagi apps VPN ni, tapi mostly berbayar serta ada trials untuk beberapa hari. Turbo VPN ni free! Dapat tgk arnab berlari2 sambil menunggu apps conneted. Bak kata pepatah, arnab berlari kura-kura yang menang. Eh?

2) Halal food - Halal in China


Apps nak cari restoran makanan Halal. Boleh digunakan untuk panduan. Tapi ada beberapa kedai yang telah tiada. Masa kami di Shanghai, jenuh mencari, tiba-tiba restoran dah roboh. Mihmihmihhh. Maka carilah beberapa pilihan. Di Beijing, kami berulang alik ke kawasan Masjid Niujie, di situ ada banyak restoran halal. Cubalah rasa Sate Kambing di sana, walaweh, sejuk2 makan sate kambing, menetes-netes air liur kesedapan. 

3) Metro Subway - Metro Beijing Subway




Apps ini sangat berguna kalau nak travel menggunakan subway. Kalau tak silap, ada lebih kurang 15 lines di Beijing. Apa yang kami lakukan, di setiap tempat untuk lawatan, kami akan pastikan nama station subway terdekat (bersama nombor pintu keluar sekali). Seterusnya, kami akan gunakan apps ini untuk tentukan line mana yang kami akan gunakan. Apps ini akan beritahu semuanya, termasuk kos tiket. Bersedialah untuk menempuhi rakyat jelata di sana. Mana tau ketemu jodoh. 

4) Shanghai Disneyland - Shanghai Disney Resort 


Kalau nak ke Shanghai Disney Resort, download apps ini, Ia akan membantu untuk navigasi map di dalam taman tema nanti. Nak search restoran halal pun ada. Tapi, sayang tak dapat nak guna sangat masa di taman tema, sebab ada masalah nak connect dgn free wifi. 

Tambahan: Berikut adalah website yang saya kunjungi untuk rujukan di Beijing shanghai.

1) VISA ke China - Kembara GD

Laman web ini sangat2 membantu. Dapatlah jimat upah runner nak buat visa ke China. Untuk yang tinggal di KL, visa ini mudah je nak buat. Penerangan pula sangat2 jelas dan terperinci. Kalau tak faham juga, call je lah runner untuk buat visa ke China. Senang sikit. 
(Runner utk buat visa ke China, 017-7699695 (Amin), 017-3513156 (Siti, Cat Travel))

2) Details untuk tempat2 menarik di Beijing Shanghai - TravelChinaGuide

Klik di pautan 'Destination' dan pilih lah yang mana berkenan. Jangan nak pilih Kuala Pilah pula, takde takde. Bagusnya website ini, maklumat lengkap. Ada ditulis tentang penerangan yang jelas tentang tempat2 yang ingin dilawati. Disertakan juga nombor bas serta nama stesen subway untuk ke tempat2 berikut. Mudah. Screenshotkan sahaja. Nak print pun boleh, tapi nanti nampak macam ketua rombongan sangat, buka2 kertas tepi jalan sambil tunjuk kiri kanan. 

3) Train dari Beijing ke Shanghai - Tinco was here

Oleh kerana kami perlukan transport utk ke Shanghai, maka terjumpalah website ni. Cik Tinco ni gadis filipino cantik yang pernah gunakan train ini. Penerangan yang begitu  jelas. Jadi, kita ambil maklumat dari sini. Singgah deknon, jangan tak singgah. 

Tambahan: Silalah download dictionary apps, beserta offline data. Supaya boleh translate apa jua soalan walau tanpa sambungan internet. Berkomunikasi dengan org di sana, gunakan phone je. I translate, dia translate. Kalau boleh on wechat, dah sibuk berwechat walaupun duk sebelah2. Haha. Oh, di sana apps wechat sangat meluas penggunaannya. Nak guna wifi mcd, wifi airport beijing pun register guna WeChat. 

mood:~dah ke China, tasangka~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...