Tuesday, March 14, 2017

Senarai Android Apps untuk ke Beijing Shanghai, China

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah baru balik dari trip ke Beijing-Shanghai. 5 hari 4 malam. 2 malam di Beijing, 2 malam di Shanghai. Itinerary kat sana berdasarkan redahan blog serta website yang ada. Hari ni nak kongsi apps yang digunakan di sana. Disebabkan semua pergerakan adalah tanpa bantuan agen pelancongan, maka senarai aplikasi ini sangat membantu. 

1) VPN - Turbo VPN


Seperti yang kita sedia maklum, banyak apps yang telah disekat penggunaannya di China. Contoh, FB, google dan sebagainya. Maka install apps Turbo VPN ni siap2 dari Malaysia. Sebabnya, kalau dah sampai China baru nak download, maka ada masalah nanti, sebab tak boleh nak buka Google Apps. Ada banyak lagi apps VPN ni, tapi mostly berbayar serta ada trials untuk beberapa hari. Turbo VPN ni free! Dapat tgk arnab berlari2 sambil menunggu apps conneted. Bak kata pepatah, arnab berlari kura-kura yang menang. Eh?

2) Halal food - Halal in China


Apps nak cari restoran makanan Halal. Boleh digunakan untuk panduan. Tapi ada beberapa kedai yang telah tiada. Masa kami di Shanghai, jenuh mencari, tiba-tiba restoran dah roboh. Mihmihmihhh. Maka carilah beberapa pilihan. Di Beijing, kami berulang alik ke kawasan Masjid Niujie, di situ ada banyak restoran halal. Cubalah rasa Sate Kambing di sana, walaweh, sejuk2 makan sate kambing, menetes-netes air liur kesedapan. 

3) Metro Subway - Metro Beijing Subway




Apps ini sangat berguna kalau nak travel menggunakan subway. Kalau tak silap, ada lebih kurang 15 lines di Beijing. Apa yang kami lakukan, di setiap tempat untuk lawatan, kami akan pastikan nama station subway terdekat (bersama nombor pintu keluar sekali). Seterusnya, kami akan gunakan apps ini untuk tentukan line mana yang kami akan gunakan. Apps ini akan beritahu semuanya, termasuk kos tiket. Bersedialah untuk menempuhi rakyat jelata di sana. Mana tau ketemu jodoh. 

4) Shanghai Disneyland - Shanghai Disney Resort 


Kalau nak ke Shanghai Disney Resort, download apps ini, Ia akan membantu untuk navigasi map di dalam taman tema nanti. Nak search restoran halal pun ada. Tapi, sayang tak dapat nak guna sangat masa di taman tema, sebab ada masalah nak connect dgn free wifi. 

Tambahan: Berikut adalah website yang saya kunjungi untuk rujukan di Beijing shanghai.

1) VISA ke China - Kembara GD

Laman web ini sangat2 membantu. Dapatlah jimat upah runner nak buat visa ke China. Untuk yang tinggal di KL, visa ini mudah je nak buat. Penerangan pula sangat2 jelas dan terperinci. Kalau tak faham juga, call je lah runner untuk buat visa ke China. Senang sikit. 
(Runner utk buat visa ke China, 017-7699695 (Amin), 017-3513156 (Siti, Cat Travel))

2) Details untuk tempat2 menarik di Beijing Shanghai - TravelChinaGuide

Klik di pautan 'Destination' dan pilih lah yang mana berkenan. Jangan nak pilih Kuala Pilah pula, takde takde. Bagusnya website ini, maklumat lengkap. Ada ditulis tentang penerangan yang jelas tentang tempat2 yang ingin dilawati. Disertakan juga nombor bas serta nama stesen subway untuk ke tempat2 berikut. Mudah. Screenshotkan sahaja. Nak print pun boleh, tapi nanti nampak macam ketua rombongan sangat, buka2 kertas tepi jalan sambil tunjuk kiri kanan. 

3) Train dari Beijing ke Shanghai - Tinco was here

Oleh kerana kami perlukan transport utk ke Shanghai, maka terjumpalah website ni. Cik Tinco ni gadis filipino cantik yang pernah gunakan train ini. Penerangan yang begitu  jelas. Jadi, kita ambil maklumat dari sini. Singgah deknon, jangan tak singgah. 

Tambahan: Silalah download dictionary apps, beserta offline data. Supaya boleh translate apa jua soalan walau tanpa sambungan internet. Berkomunikasi dengan org di sana, gunakan phone je. I translate, dia translate. Kalau boleh on wechat, dah sibuk berwechat walaupun duk sebelah2. Haha. Oh, di sana apps wechat sangat meluas penggunaannya. Nak guna wifi mcd, wifi airport beijing pun register guna WeChat. 

mood:~dah ke China, tasangka~

No comments: