Friday, October 30, 2015

Ho Chi Minh Day 3

Ok, mari jalan2 di hari ketiga. Rancangan asal nak ke Chu Chi Tunnel. Tapi oleh kerana kesan2 depress akibat tour kat Killing Field, Phnom Penh berbulan2 lepas masih ada, maka mission aborted. Mari berjalan2 ke muzium, cathedral (*di baca: tempat2 percuma utk dilawati).
Tempat pertama, mari ke Muzium. Yeah.


Lihat. Teruja tak? Tgk buah2an yang begitu berwarna warni. Rasanya tu buah Nona. Lama x makan buah Nona. Nano Nano perisa buah biasalah makan. Tak beli pun. Dah beli buah2 potong tu. Kang makan buah2an byk sgt, mendorong keberriesan yang berterusan pulak. 


Singgah kat Park kejap. Besar gak taman  ni. Dekat tgh2 bandar Ho Chi Minh. Rasanya sehari sebelum ada sambutan kemerdekaan kot. Nampak ada pentas. Patutlah meriah malam2 sebelumnya. Mungkin cuti umum. Kitorang ni memang suka pergi bercuti time cuti2 umum. Masa g Korea tahun lepas, terpergi masa cuti umum, jenuh lah bersesak2 nak ke Pulau Nami. Mihihihi.


Tgk kumpulan pelajar ni. Ingatkan tgh berdemo  ke apa. Pelik jugak. Mana tahu, rupa2nya tgh practice dikir barat ke apa. Tetiba haaa haaa haaa. Lepas usha beberapa minit, rupa2 nya diorang tgh belajar Bahasa Inggeris. Apa yang diorang buat, diorang akan grab mana2 tourist yang lalu, then berbual2 dengan diorang. Topik perbualan mungkin yang santai, mencari peluang utk berbual2 dalam Bahasa Inggeris. Tapi... Kenapa tak panggil I? Mungkin wajah mirip local sangat. Oooo, kebanyakan org yang menyapa I, diorang igt I dr Filipina. Dantes sangat ke muka I???


Lawatan ke muzium pertama. Museum of Ho Chi Minh City. Nampak tak penggunaa perkataan pertama tu, maksudnya ada rancangan nak pergi beberapa muzium. Kalau laratlah. Di dalam muzium ni, boleh belajar tentang sejarah tentang Ho Chi Minh. Rupa2 nya sudah beberapa kali city ini bertukar nama. Kalau tak silap, salah satu nya Saigon.


Acah2 seni. Muahahhaha.


Tujuan pic ini di post adalah kerana ingin tunjukkan bahawa pandainya I amik gambar. Hahahahhahha...


One of the big cathedral yang ada. Snap pic dari jauh. Sebab???? Panas, dah tak larat. Cehhhh, dasar. Kesimpulannya, boleh je jalan2 area city dgn berjalan kaki. Berpeluh keti lah sikit, tapi boleh je. Tak payah nak amik teksi, nak amik tour kot. Bertambahlah sikit bakaran kalori, asyik makan je kan. Ooo, kalau nak naik teksi, silalan naik Vinasun. Boleh dipercayai, guna meter. Tapi kalau driver nak menipu, tak boleh buat apa2. Download offline maps seperti HERE. Dari situ, kita tahu kot2 driver nak menipu ke apa. 


Kopi Vietnam, yang digilai itu. Di mana2 boleh dpt. Tepi jalan, depan jalan, tengah jalan, dalam kedai, luar kedai. Kopi dalam pic ni masa minum tepi2 kafe sebelah hostel. Di samping kopi yang sedap, wifi jua laju di sini. Muehehhe.


Jangan lupa pesan makanan halal kalau naik Vietnam Airlines. Bolehlah makan tanpa ragu2. Tapi hari tu, kitorang beli tiket thru PYO Travel. So, depa dah book kan makan halal siap2.  

Keseluruhan, trip ke HCM best. Cuma agak rasa tak selamat sikit. Tapi, siapa kaki shopping, memang best lah. Dapat mcm2 dengan harga agak murah. Harga tak lah murah sgt, tapi ok lah. Nah belanja satu pic...

Cantik tak tie???



mood:~kring kring kringg~ 

Monday, October 26, 2015

One City, Sky Walk

Berjalan-jalan di Sky Walk. Terletak di One City. Kat mana? USJ 25? Haaa? Mana tu? Kat Subang USJ lah. Mihihihi. Berdekatan dgn exit NKVE - USJ. Kalau dating KESAS, exit kat Summit USJ, pastu terus, sampai simpang nak ke Puchong tu. Then nampaklah signage ke One City. Ada construction kat situ, so be careful sikit dgn laluan nak ke One City. Jangan nak feeling2 rempit sangat, sebab laluan sungguh berliku, seperti kehidupan di alam fana ini.


Haaa, berdiri atas kaca gitu. Bawah tu shopping mall area. Kira kalaulah terjatuh ke bawah, memang menimpa kedai2 di bawah. Antara kedai pilihan adalah kedai buah2an. Hahahha.


Oman, Kerby n me.
Nampak, semua cuba untuk mengecilkan diri. Dengan harapan, jisim badan pun akan berkurang jua. Waktu siang tak nebes sangat, Tak tau kenapa. Mungkin sebab tak Nampak bawah sangat kot.


Haaa, cepat2 ambil pic kaki. Lepas tu berlari2 anak ke tepi. Sebab konon2 terasa gegar. Padahal takde apa2 pun. Org lain lek je. Kita je yg gelabah lebih. Hahahhaa.


Ada banyak kafe kat atas tu. So lepak2 makan dessert. Feeling2 makan kat awangan lah. Sambil menghirup udara segar.
Namun.......


Gini permandangannya. Kelam...


Haaa, ni waktu malam. Lebih scary ye tuan2 dan puan2. Sebab jelas nampak kat bawah tu. Tetiba rasa melelong2. Batak kan.

  
Haaa, memberanikan diri utk duduk atas kaca tu. Berpeluh keti lah jua. Takut weh. Gayat. Baru tau diri ini sejenis Gayatri jua. Camna nak terbang2 dr kapal terbang ni?

Tiada bayaran dikenakan utk ke rooftop Sky Walk ni. Naik lif, tekan butang R. Suara kakak dalam lift yg bagitau tingkat2 tu garang bebenau. Terkejut. Mihihihi. Dekat bawah, kalau tak silap ada tiga tingkat shopping mall. Ground floor kedai2 makanan. Ada wayang juga, Premium X. Beli tiket wayang kat kiosk je. Ala2 beli tiket komuter tu. Tapi seat dalam wayang cam kelakar sikit. Macam dalam bilik kuliah sikit. Ada kolej juga. Best jugak mengajar kat kolej dalam shopping mall camni.

Sekian.

mood:~Sky Walk~

Monday, October 19, 2015

Jombali - Selayang Mall

Mari makan2. Setelah mendaki dan menuruni lembah di FRIM selama sejam, mari makan selama sejam jua. Asal nak ke Teh Tarik Place. Dikatakan bahawa ada berdekatan dengan Hospital Selayang, namun tak jumpa. Mihihihi.

Slrppp slrppp. ABC gebu leleh,
RM7.90  

Apakah? Beriadah beriya2, namun makan ABC selepas itu. Ahhh, mari melayan nafsu. Mari mari mariiiii....

Pisang Goreng Cheese Bercoklatan
RM 7.90 

Wohooooiiiii. Pisang goring cheese ni memang biadap. Biadap sebab naikkan pengambilan kalori secara mendadak. Wuhuiii. Pisang lembut gebu, campur pulak kerak2 rangup, dengan coklat dan cheese yang begitu melimpah ruah. Sedap. Nangis.

Nasi Goreng Ayam Butter
RM13.90 

Tapi, seriously memang sedap. Post ni tidak disponsor oleh sesiapa. So, tiada unsur2 bias di sini. Cuma akak ambil order ari tu a bit cranky. Mungkin bergaduh dengan asben malam semalam. Who knows?

Address:

JomBali  @ Selayang Mall

GSW1B, Jalan SU9
Taman Selayang Utama
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
Operating Hours: 9 a.m. to 10 p.m.
Contact: Dipak 012 523 3499

website
http://www.jombali.com.my/outlets/

mood:~nak pisang goring cheese tu lagi....~

Monday, October 12, 2015

Ho Chi Minh Day 2

Jiyeah. Mari breakfast. Katanya memang kat sini berbaguette sahaja. Bak kata Oman, pengaruh Perancis sgt kuat di sini. Bak kata dia lah, lagipun dia memang kenal ramai French. Baru tau camna nak makan roti ni. Muehehehe. 

Haaa, terbayang2 manis2 buah beri tu. Slrppp.

Objektif hari ni menyerang Ben Tanh Market. I belasah ke sebut Ben-Ten, ala2 kartun Ben10. Sebab lagi pelik si Oman ni menyebut Ben-Tan. Dengan berbekalkan duit yang secukupnya, meh le ke BenTen. Ambil keputusan nak jalan kaki je g BenTen. Tgh jalan terserempak plak dengan auntie gerai jual buah2an. 

Kak, nak kedondong satu!
KeDongDong??? DongDaeMun ada lah... *wah, korea rupanya...

Ok, ayuh teruskan ke BenTen. Rancangan asal tak nak beli apa2 sgt. Nak tempah baju kemeja satu. Cari beg utk family. Sekali masuk je BenTen tu. AMIKKK KOO!!! Sawan Fabrik. Kat mana2 kain. Aiyoyoyoyo

Punca utama Sawan Fabrik

Siapa kaki shopping best lah kot. Ni kalau dtg shopping raya. Mau lapan set baju ditempah. Boleh buat baju kurung, tempah suit, tempah kemeja. Harga dalam lingkungan seperti berikut. 
Kain Cotton pasang (3 1/2 m) RM30
Tempah baju kemeja RM90
Kemeja Ralph Lauren RM30
Adidas Jersey Sport Shirts RM20
Tempah baju melayu RM150
Backpack (besa2 beg laptop) RM30

Itu je harga yang boleh diupdate. Sebab memang tak shopping sgt. Oh ya, urusniaga boleh menggunakan VND, RM, USD. Mana satu yg paling bagus digunakan? Entah. Sama je rasanya. Cuma hati2 bila diorang convert kan duit2 tu. 

Kedai 265

G kedai ni. No 265. Chi ke apa namanya. Kedai ni, masuk je main entrance, kat tgh2 jalan tu. Silalah singgah. Tunjuk pic dia ni hah. Ckp kawan kat Malaysia suh shopping kat sini. Nanti dptlah diskaun sket2. Tapi, sekarang RM jatuh. Susah sikit nak bargain lah harga tu. 

Sempatlah tempah dua baju kemeja. Nasib baik pergi ngan Oman. Ada lah tambah2 sket kat kemeja tu. Ingat nak tempah baju melayu. Tapi RM150. Agak mahal jugak. Baik tempah kat Malaysia. Lagipun, kot tersenteng pesak bagai, dah camna nak alter kan. 

Lps shopping buat apa??? Makan!!!!

Nomnoommmnommmm

Lunch at Restoran Serai. Berdepan dengan Halo Hotel tu. Nampak tak Vietnamese Spring Roll yang fofular tu. Slrrrppp. Oman order Beef Noodle Soup, I order Nasi Lemak. Masa tgh makan baru dok pikir. Dah kenapa jalan ke tempat org, tetap order makanan Malaysia. MUAHAHAHA. Harga agak mahal lah. Total.makan berdua tu dalam almost VND300,000 = RM60. Harga memang standard2 camtu. 

Lepas makan, sambung shopping. Nak membeli tudung. Kat dalam BenTen tu xde jual tudung. Kena beli kat kedai kat luar. Kedai tudung ni kalau tak silap dekat dengan kedai Basiroh. 

Membelek tudung Nelopak dua muka. Tak sangka, bukan org je yg suka bermuka dua. Tudung pun sama. Dasar bermuka-muka. Oooo, tudung dua muka Nelopak hanyalah RM18. Ori ke idak? Entahlah Som, tgklah sendiri. Tapi katanya, stok di ambil di sini. Betul ke tak? Tak taulah Som!!!

mood:~bila shopping list makin bertambah~

Tuesday, October 6, 2015

Ho Chi Minh Day 1

Day 1: KUL-SGN
Berlepas dari KLIA jam 8pm dengan Vietnam Airlines. Kenapa pilih Vietnam Airlines? Sebab nak pergi Vietnam, kenalah guna Vietnam Airlines. Haha. Taklah. Sebab En SkyScanner bgtau Vietnam Airlines paling murah. Book via PYO Travel. RM319 return. Air Asia kalau tak silap RM328. Tapi Vietnam Airlines dah termasuk bagasi 30kg, meals. So, Vietnam Airlines lebih berbaloi.

Dlm flight, duk terjenguk2, mana Arrival Visa card yang nak kena isi. Kali ni dah siap2 bawa pen. Tapi sampai ke sudah, takde sape bagi. Sampai airport, nampak org berkumpul ramai2 mengisi borang. Alorrr, malasnya. Tapi, dah kenapa semua yg blonde2 je mengisi borang. Ooo, rupa2nya, Malaysian TIDAK PERLU isi borang Arrival Visa card tu. Jiyeahhh.

Oman n me.

Sebelum keluar airport, cari teksi dlm airport. Lebih terjamin katanya. Pilih yg kaunter warna merah. Kenapa? Sebab yg jaga tu elok. Hahahhaa. Harga dr Airport ke City Centre (District 1) VND220,000 (RM44). Agak sedikit mahal. Boleh dpt lagi rendah. Cuma jangan amik sebarangan teksi kat luar tu. Ada yg kena ketuk sampai VND1,000,000 (RM200).

Sampailah ke Hello Hotel. Kat backpackers area. Kisahnya, ada org suggest Hello Hotel. Gigih lah cari kat Booking.com. Baca review, score 8++. Tgk kat map cam dekat je ngan Ben Tanh Market. SEJENGKAL je. So, rasanya dah betul lah dgn apa yg di describe oleh pihak pencadang. Harga Ok, dekat dgn Ben Tanh, bersih, good review. Bila teksi stop, kena lalu lorong tikus, dlm 200m. Mula dah sangsi, betulkah? Bila sampai, lega, sebab hotel cantik, bersih, kemas. Esoknya ke Ben Tanh, baru tahu rupanya SALAH hotel. Hahahaha. Rupanya, hotel pihak pencadang adalah Halo Hotel. Patutlah pihak pencadang kata turun geguling, dah sampai Ben Tanh. Kitorang peluh ketiak 15 min jalan baru sampai ke Ben Tanh. Hahahahahaha...


=Hello Hotel, USD23 (RM100/nite)=
*eh, takde pic bilik plak...

Sampai hotel dalam kul 10pm. Gedebak gedebuk kejap. Kuar jalan2. Hello Hotel kat area backpackers. Byk club and bar. So, meriah lah waktu malam. Kena hati2 sket. Terutamanya dengan geng2 basikal berloceng. Awas semua dengan mereka.
 

Terbayang imej yang bakal terhasil begitu seni. Namun oleh kerana terlalu gebu, lain plak jadinya. Hahahhaha...



Ok, begitu meriah. Malam jumaat ni. Tak kerja ke esok? Mungkin malam jumaat malam bersuka ria? Balik hostel, rehat2, esok nak jalan2 kat Ben Tanh Market. Camna lah ghupanya merket tu ye...?

mood:~awas dengan abam loceng~