Monday, October 12, 2015

Ho Chi Minh Day 2

Jiyeah. Mari breakfast. Katanya memang kat sini berbaguette sahaja. Bak kata Oman, pengaruh Perancis sgt kuat di sini. Bak kata dia lah, lagipun dia memang kenal ramai French. Baru tau camna nak makan roti ni. Muehehehe. 

Haaa, terbayang2 manis2 buah beri tu. Slrppp.

Objektif hari ni menyerang Ben Tanh Market. I belasah ke sebut Ben-Ten, ala2 kartun Ben10. Sebab lagi pelik si Oman ni menyebut Ben-Tan. Dengan berbekalkan duit yang secukupnya, meh le ke BenTen. Ambil keputusan nak jalan kaki je g BenTen. Tgh jalan terserempak plak dengan auntie gerai jual buah2an. 

Kak, nak kedondong satu!
KeDongDong??? DongDaeMun ada lah... *wah, korea rupanya...

Ok, ayuh teruskan ke BenTen. Rancangan asal tak nak beli apa2 sgt. Nak tempah baju kemeja satu. Cari beg utk family. Sekali masuk je BenTen tu. AMIKKK KOO!!! Sawan Fabrik. Kat mana2 kain. Aiyoyoyoyo

Punca utama Sawan Fabrik

Siapa kaki shopping best lah kot. Ni kalau dtg shopping raya. Mau lapan set baju ditempah. Boleh buat baju kurung, tempah suit, tempah kemeja. Harga dalam lingkungan seperti berikut. 
Kain Cotton pasang (3 1/2 m) RM30
Tempah baju kemeja RM90
Kemeja Ralph Lauren RM30
Adidas Jersey Sport Shirts RM20
Tempah baju melayu RM150
Backpack (besa2 beg laptop) RM30

Itu je harga yang boleh diupdate. Sebab memang tak shopping sgt. Oh ya, urusniaga boleh menggunakan VND, RM, USD. Mana satu yg paling bagus digunakan? Entah. Sama je rasanya. Cuma hati2 bila diorang convert kan duit2 tu. 

Kedai 265

G kedai ni. No 265. Chi ke apa namanya. Kedai ni, masuk je main entrance, kat tgh2 jalan tu. Silalah singgah. Tunjuk pic dia ni hah. Ckp kawan kat Malaysia suh shopping kat sini. Nanti dptlah diskaun sket2. Tapi, sekarang RM jatuh. Susah sikit nak bargain lah harga tu. 

Sempatlah tempah dua baju kemeja. Nasib baik pergi ngan Oman. Ada lah tambah2 sket kat kemeja tu. Ingat nak tempah baju melayu. Tapi RM150. Agak mahal jugak. Baik tempah kat Malaysia. Lagipun, kot tersenteng pesak bagai, dah camna nak alter kan. 

Lps shopping buat apa??? Makan!!!!

Nomnoommmnommmm

Lunch at Restoran Serai. Berdepan dengan Halo Hotel tu. Nampak tak Vietnamese Spring Roll yang fofular tu. Slrrrppp. Oman order Beef Noodle Soup, I order Nasi Lemak. Masa tgh makan baru dok pikir. Dah kenapa jalan ke tempat org, tetap order makanan Malaysia. MUAHAHAHA. Harga agak mahal lah. Total.makan berdua tu dalam almost VND300,000 = RM60. Harga memang standard2 camtu. 

Lepas makan, sambung shopping. Nak membeli tudung. Kat dalam BenTen tu xde jual tudung. Kena beli kat kedai kat luar. Kedai tudung ni kalau tak silap dekat dengan kedai Basiroh. 

Membelek tudung Nelopak dua muka. Tak sangka, bukan org je yg suka bermuka dua. Tudung pun sama. Dasar bermuka-muka. Oooo, tudung dua muka Nelopak hanyalah RM18. Ori ke idak? Entahlah Som, tgklah sendiri. Tapi katanya, stok di ambil di sini. Betul ke tak? Tak taulah Som!!!

mood:~bila shopping list makin bertambah~

No comments: