Monday, October 26, 2015

One City, Sky Walk

Berjalan-jalan di Sky Walk. Terletak di One City. Kat mana? USJ 25? Haaa? Mana tu? Kat Subang USJ lah. Mihihihi. Berdekatan dgn exit NKVE - USJ. Kalau dating KESAS, exit kat Summit USJ, pastu terus, sampai simpang nak ke Puchong tu. Then nampaklah signage ke One City. Ada construction kat situ, so be careful sikit dgn laluan nak ke One City. Jangan nak feeling2 rempit sangat, sebab laluan sungguh berliku, seperti kehidupan di alam fana ini.


Haaa, berdiri atas kaca gitu. Bawah tu shopping mall area. Kira kalaulah terjatuh ke bawah, memang menimpa kedai2 di bawah. Antara kedai pilihan adalah kedai buah2an. Hahahha.


Oman, Kerby n me.
Nampak, semua cuba untuk mengecilkan diri. Dengan harapan, jisim badan pun akan berkurang jua. Waktu siang tak nebes sangat, Tak tau kenapa. Mungkin sebab tak Nampak bawah sangat kot.


Haaa, cepat2 ambil pic kaki. Lepas tu berlari2 anak ke tepi. Sebab konon2 terasa gegar. Padahal takde apa2 pun. Org lain lek je. Kita je yg gelabah lebih. Hahahhaa.


Ada banyak kafe kat atas tu. So lepak2 makan dessert. Feeling2 makan kat awangan lah. Sambil menghirup udara segar.
Namun.......


Gini permandangannya. Kelam...


Haaa, ni waktu malam. Lebih scary ye tuan2 dan puan2. Sebab jelas nampak kat bawah tu. Tetiba rasa melelong2. Batak kan.

  
Haaa, memberanikan diri utk duduk atas kaca tu. Berpeluh keti lah jua. Takut weh. Gayat. Baru tau diri ini sejenis Gayatri jua. Camna nak terbang2 dr kapal terbang ni?

Tiada bayaran dikenakan utk ke rooftop Sky Walk ni. Naik lif, tekan butang R. Suara kakak dalam lift yg bagitau tingkat2 tu garang bebenau. Terkejut. Mihihihi. Dekat bawah, kalau tak silap ada tiga tingkat shopping mall. Ground floor kedai2 makanan. Ada wayang juga, Premium X. Beli tiket wayang kat kiosk je. Ala2 beli tiket komuter tu. Tapi seat dalam wayang cam kelakar sikit. Macam dalam bilik kuliah sikit. Ada kolej juga. Best jugak mengajar kat kolej dalam shopping mall camni.

Sekian.

mood:~Sky Walk~

No comments: