Tuesday, May 27, 2014

Saya Sayang Saya

Uishhh, panasnya. Pernah tak, masa nak tdo, tetiba rasa panas sgt. Berpeluh2 bagai. Mcm workout 30 min tanpa henti. Peluh yang keluar kalau di kondensasikan boleh hasilkan garam yang cukup utk perisakan maggi tomyam slrppp.

Dalam hati mulalah merungut. Rungutan yang tak tau nak halakan pada siapa. Mula lah berfikir, kenapalah tak dilahirkan kat tpt yang sejuk. Dah terbayang2 kalau duk kat negara 4 musim. Terbayang2 main campak salji, buat snow angel. Indahnya.

Itulah hakikat. Bila ada masalah, mula merungut dan terus merungut. Diri ini tak terkecuali. Cuba kita duk berfikir, camna nak selesaikan masalah tu. Kalau panas sgt duduk bilik, pasang kipas pun xde apa2 effect, apa kata cuba check kipas tu. Check habuk kat kipas tu. Berapa inci rasa2 nya. Bukan salah kipas tu 100%, salah kita gak yg tak bersihkan habuk2 tu.

Lahir kat Malaysia, tapi asik fikirkan kalau lahir tpt lain, mesti best. Lumrah manusia, tak bersyukur dgn apa yg ada, tapi asyik menagih yang bukan milik kita. Diri ini selalu camtu. Abah dah bagi duit belanja seringgit, duk fikir kalau dpt 2 ringgit kan best. Arwah mak bekalkan cekodok, tapi lebih sukakan kalau dibekalkan sosej. Hurm. Maafkan anakmu yang lahaaa ini.

Dunia tak akan jadi lebih indah kalau asyik memandang kekurangan. Belajar utk terima kekurangan, hargai apa yg ada. Kalau asyik menagih benda yang tak pasti, hati mana yang akan tenang?

Diri ini sedang belajar utk menerima diri seadanya. Kita terlampau memandang rumput hijau di seberang, namun rumput karpet yang kita ada langsung diabai.

~mood: saya sayang saya~

Ini pic di Pengkalan Balak, Melaka. Very nice kan???

Wednesday, May 21, 2014

Jom Tonton - Bad Neighbours

Anda peminat Zac Efron? Tontonlah filem ini. Anda pasti pulang dengan senyuman tanpa henti selama 24 jam. Uhuiii. Zac Efron di mana2, plus buka baju di sana sini. Antara adegan yang mencuit hati di dalam filem ni

1) Scene Air Bag. Hahahaa. Bila geng2 Zac dah hangin dgn jiran mereka, lantas dicopetnya air bag kereta si wifey, dan diletak di tempat2 yg terduga. Aisehh, effect air bag bila letak di kerusi sangat tak terduga. Muahahaha.

2) Gabungan Rose Byrne dan Seth Rogen sangatlah comel. Pasangan ibu bapa yg konon2 nak jadi cool lah. Takmo jadi parent yg cliche. Tgk part yg kwn theyols ajak g clubbing. Berbondong2 ko nak bawa brg baby. Alih2...

3) Lisa Kudrow pun ada tau. Rileks je jadi principal yg lebih mementingkan headline dari settlekan isu sebenar. Owh, nama beliau bukan Head ye. Hahaha.

4) Salah satu social network application akan di mention dlm film ini. Owhhh, barulah tau kenapa lelaki je ada dlm application tu. Hurm...

Apa2pun, persahabatan sangatlah sukar utk diputuskan. Gaduh camna, bimbo camna, kalau betul2 kwn sejati, pasti akan berbaik semula. Owhh, nantikan scene abe Zac jd salesman pada penghujung filem. Pasti mengiyumkan sanubari. Muahahaha.

Owh, baby itu sangat comel.

~mood: 3.5 / 5~

Tuesday, March 25, 2014

Al-Fatihah #MH370

Al-Fatihah
Takziah


Pelik kan???
Kita tak kenal siapa Kapten Zaharie
Jauh sekali siapa anak-anak kapal yang terlibat
Lagilah pula penumpang #MH370
Tapi, berkongsi rasa sayu, sebak, sedih
Itu tanda kuasaNya


Ya Allah, permudahkan lah usaha carian #MH370
Temukanlah kotak hitam
Timbulkan apa yg tenggelam
Agar yang pergi dapat dikenangi
Dapat disemadi...


Tuesday, February 25, 2014

Boss, u mau laki-laki sama laki-laki kah???

Assalamualaikum semua. Sihat? Camna 2014 setakat ini? Bergumbira? Sudah beranak pinak? Sudah semakin maju? Ai di sini seperti biasa. Alhamdulillah. Cerita kali ini berlaku minggu lepas. Fuhh, sungguh berpeluh2 ai seketika ketika di aju soalan begitu. Dimanakah? Bagaimanakah?

Bila pindah memindah berlaku, maka banyaklah benda2 nak dibelinya. Rumah sewa kali ni, nampaknya tiada piring2 astro yang akan digunakan. Maka, pasrahlah menonton rancangan percuma yang sungguh berkualiti di Malaysia ini. Tenyeh2 ariel dalaman yang macam telinga tikus tuh, dapatlah satu channel yang tak dapat dipastikan channel apa kerna terlalu kelam dan begitu bergelora.

Tetiba ternampak ada internal ariel nye port. Ini sudah bagus. Sementara menanti encik Astro menjenguk rumah, marilah kita menggunakan internal ariel ni. Kot2 boleh ke. Boleh lah menonton tv Al Hijrah dengan tenangnya. Mari ke kedai elektronik. Mari.

Sampai kedai, disambut dengan mesera oleh uncle comel dengan pematri timah di tangan. Risau plak ai, kot2 dipatri nya muka gebu nih, habis, tak pasal2 boleh mengalirkan arus secara efektif. So, g lah tanya pasal ariel connector tu.

“Hi, what can i help u?

“Ankel, ada jual itu ariel cable?”

“Ooo, boleh ckp Melayu, I ingatkan u filipino”
What??? Adakah wajah ai seperti Jericho Resoles atau lebih kepada maid dari filipino itu???

“Ankel, ada tak jual ariel connector?”

“Haaa, apa tu??? Could you explain further, I dont get it” woww, very the English uols.

“Camni ankel, ai nak cucuk internal ariel connection, dari tv ke dinding tu”

“Oooh, now i understand. U nak laki-laki sama laki-laki ke? Or perempuan sama laki-laki?”

Haaa, adakah benar ini adalah kedai elektronik? Atau kedai menjual CD secara haram, di mana anda boleh dapatkan stok2 CD yang begitu mengujakan namun harommmm???

“U mau mana satu?? Tell me, just tell me. Please, please please, kamu jangan marah…” Eh…

“Laki-laki sama laki-laki, apa tu uncle??? Adakah uncle cuba mengapa2kan ai??? Help help help”

“Dey!!!!!!”

ariel
Oooo, ghupa2 nya, ni cable laki-laki, cable pompuan. Kalau yang laki-laki tu belah kanan, ala2 sembul-sembulan tu. Kalau yang pompuan, belah kiri, ala2 terdapat lubang gitu. Tak semua kadang2 kena guna dua2 laki-laki, kadang dua2 pompuan, dan ada juga kes laki-laki sama pompuan. Dalam kes umah ai, laki-laki sama pompuan. Owhhh, now i know.

“TQ uncle, psss, xde diskaun ke? Raya cina kan baru je abih. Kan kan kan?”

“Lima belat ringgit, i bagi u empatbelashenggetlimaposen”

Jadi sebelum membeli ariel cable, sila pastikan kecenderungan tv dan connector itu adalah laki-laki sama laki-laki atau sebagainya. Sesungguhnya, citarasa itu pelbagai. Eh…

mood:~beli ariel pun kecoh, poodahhhh~