Tuesday, May 27, 2014

Saya Sayang Saya

Uishhh, panasnya. Pernah tak, masa nak tdo, tetiba rasa panas sgt. Berpeluh2 bagai. Mcm workout 30 min tanpa henti. Peluh yang keluar kalau di kondensasikan boleh hasilkan garam yang cukup utk perisakan maggi tomyam slrppp.

Dalam hati mulalah merungut. Rungutan yang tak tau nak halakan pada siapa. Mula lah berfikir, kenapalah tak dilahirkan kat tpt yang sejuk. Dah terbayang2 kalau duk kat negara 4 musim. Terbayang2 main campak salji, buat snow angel. Indahnya.

Itulah hakikat. Bila ada masalah, mula merungut dan terus merungut. Diri ini tak terkecuali. Cuba kita duk berfikir, camna nak selesaikan masalah tu. Kalau panas sgt duduk bilik, pasang kipas pun xde apa2 effect, apa kata cuba check kipas tu. Check habuk kat kipas tu. Berapa inci rasa2 nya. Bukan salah kipas tu 100%, salah kita gak yg tak bersihkan habuk2 tu.

Lahir kat Malaysia, tapi asik fikirkan kalau lahir tpt lain, mesti best. Lumrah manusia, tak bersyukur dgn apa yg ada, tapi asyik menagih yang bukan milik kita. Diri ini selalu camtu. Abah dah bagi duit belanja seringgit, duk fikir kalau dpt 2 ringgit kan best. Arwah mak bekalkan cekodok, tapi lebih sukakan kalau dibekalkan sosej. Hurm. Maafkan anakmu yang lahaaa ini.

Dunia tak akan jadi lebih indah kalau asyik memandang kekurangan. Belajar utk terima kekurangan, hargai apa yg ada. Kalau asyik menagih benda yang tak pasti, hati mana yang akan tenang?

Diri ini sedang belajar utk menerima diri seadanya. Kita terlampau memandang rumput hijau di seberang, namun rumput karpet yang kita ada langsung diabai.

~mood: saya sayang saya~

Ini pic di Pengkalan Balak, Melaka. Very nice kan???

No comments: