Tuesday, September 23, 2008

2008 Emmy Awards

Ha, semalam berlangsunglah 60th Emmy Awards di Nokia Theatre LA. Smalam sempatlah tgk red carpet. Tak taulah ada ke idak live kat TV.

credit to: http://www.kosmo.com.my/

Senarai di atas adalah untuk anugerah utama. Erm, ingat tak makcik kat cerita Desperate Housewive, Karen McCluskey . Dia menang tau. Guest Actress, comedy series-Katherin Joosten.

mood:~yeaaaa....~

Monday, September 22, 2008

Bestnya jumpa kawan-kawan...

Yearghhh... Berjaya juga buka kat IKEA. Beratur dr kul 5.30 tu beb. Erm... bolehlah tahan buka kat sana. Taklah best sangat, x pulak teruk sangat. Pilihan makanan tu agak terhad. Kuih muih pun ala2 warna yang sangat terang. Cam barang2 IKEA plak tengok kuihnyer. Erm, lauk yang ada ari tu, gulai kari ayam, spicy chicken (ha,yang ni sedap....), mee siam dan lain-lain lagi. So, diberi 3/5 star lah.

Eh, sejak bila IKEA dekat ngan KLCC.

Tak ah, ni kat NZ cafe. Wah, best dapat lepak2 berlatarbelakangkan KLCC. Masa ni lepas buka kat Pizza Hut @ MJ. Best dapat buka ramai2 ngan kawan2. Ada affa, fyzza, fai, oman, taufik, kebab n fukah. Kecoh lah jap. Teringat zaman belaja2 dulu. Bestnyer......

mood:~......~

Friday, September 19, 2008

7 in 1

Wah... 7 in 1 @ sevensome... Ehehehhee... Lain plak maksudnya. Ish, x baik pikir bukan2. Bulan Ramadhan nih. Kurang plak pahala...


Td, lepas solat Jumaat, g basuh keta jap. Kat Mobil Sri Damansara (bersebelahan McD). Ku kalau bab basuh keta nih, memilih kedai gak. Kat area SD ni ada dah car wash yang selalu g. Kat sebelah Thai Base restaurant. Tapi ari Jumaat tutup. So, kena cari kedai lain lah. Sebelum ni dah cuba kat Shell (Sebelah Mobil nih), x best...

Ha.. korang meh lah basuh di kedai nih. Bersih siut... Yerlah, bayangkan, WKF ku telah dilenjan oleh 7 foreigner kacak Mobil. Berlanggar2 diorang sesama lain nak bersihkan keta ku. Kelakar pun ada gak. Harganya agak murah lah. Selalunya RM8, tapi kat sini RM7. Murah sehengget. Ok apa... Kalau setiap kali cuci dapat save sehengget, kalo 10000 kali cuci, dah save RM 10,000. banyak tu. Muehhehheee...

Maaplah gambar x clear yer. Hset murah lah katakan... :D

mood:~yeaaaaaa, WKF dah bersih.......~

Ramadhan's Buffet @ IKEA

Now until Tuesday, 30th Sep 2008

Enjoy the IKEA "Buka Puasa" Buffet at IKEA Restaurant from 6.30pm till 9.00pm on weekdays and 6.30pm till 10.00pm on weekends.

There is a choice of local and western fare at RM15.90 per adult and RM9.90 per child (5 to 12 years old).

Call IKEA at 03-7726 7777 for enquiries.

Murah kan, nak g ari nih. Tengok aaa best ke idak. Ada gak kawan ku yang dah g. Best katanya. Erm, dapat gak buka puasa ngan Ezwan n Wawa. Shafiq, sorry lor. Anda di Kuantan. Jauh, ehehhehee. Tapi Ahad nih ada Bazar Ramadhan HotFM @ Hotlink Walk, Kuantan. Boleh lah anda ke sana, beli asam laksa Fafau ngan ayam percik FBI.

Alang2 da sampai IKEA, bolehlah mencuci mata.

mood:~lapar lah pulokkkk...~

Tuesday, September 16, 2008

Wednesday, September 10, 2008

tujuhhariseminggu'stat for July - Aug 08

Ha, tadaaaa... Ada peningkatan lah. Bulan July to August 08. Nantikan kemunculan side-blog yang baru. Its about my new hobby. Tapi lama lagi lah. Bila??? Tunggu...

mood:~ suspen.......~

Aisyah - Pulanglah


Pulanglah - Aishah


Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya

Uhuhuhuhuuuu... Khas untuk mereka yang menanti kepulangan yang tersayang di hari raya. Tangkap leleh lah dengar lagu ni. Mendayu-dayu, kesayuan. Lagu ni memang lagu evergreen raya yang wajib untuk didendangkan di lebaran. Kira kalo dengar lagu nih, barulah feel raya ada.

mood:~kepulangan yang tak bertepi.....~

Berbuka @ Restoran Puteri Bongsu Bangi


Best dan puas. Itu yang boleh dikatakan bila berbuka puasa kat sini. Dengan RM 20 jer (untuk dewasa), berbaloi. Apa yang menarik di sini, walaupun makanan dia tak melampau2 banyaknyer, tapi semuanya sedap. (yelah, kalau tengok iklan buffet tempat lain, naik biru mata nak tgk menu yang ada., ehehhehe). Bila makanan x banyak, x lah tamak sangat, so x lah gemuk sangat. Ehehehheee...

Uih, masih teringat bubur kacang hijau nyer yang sangat lazat (sampai 2 mangkuk tu...) Sedap sehhh. Bukan itu sahaja, cekodok (cucur lah) pun sedap. Erm, lauk-pauk dia best gak. Hari tu ada kari ikan (Sedap... lama x makan kari ikan), Sup Cendawan (haa, ni kira lauk signature Puteri Bonsu lah...), variasi kerabu dan lain-lain lagi. Pergilah ke sini, anda pasti tidak akan menyesal....)

Erm, yang penting dapat berbuka ngan kengkawan lama. Fai, Kiki, Taufik, Zul, Affa (mak ayam....), Fukah n Kebab (eh, ni nama kawan aku tau, bukan sejenis menu...). Tempat dia selesalah, not too formal. Nak kekek2 pun senang. Pendek kata, marilah ke sini beramai2.

Restoran Puteri Bongsu, Bangi
Address:

11GF & 13 GF
Jalan 15/1C, Seksyen 15
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel:
03-89262917
Faks:
03-89263917
Business hours:
7.30am - 10.00pm (Close on Firday)

Buffet Ramadhan:
RM 20 nett (dewasa)

mood:~kawan2, rindulah kat kome.....~

Tuesday, September 2, 2008

Salam Ramadhan 1429 H

credit to: http://on2hood.files.wordpress.com

Alhamdulillah... Dengan rahmatNya, dapat juga sekali lagi menempuhi bulan Ramadhan yang mulia nih. Ya, bulan diturunkan segala rahmatNya, marilah bersama2 memanafa'atkanya sebaik mungkin.

Erm, bila sampai Ramadhan, mesti ada Buffet Ramadhan. Ni yang best nih. Tapi janganlah sampai membazir. Ermmm... tahun ni nak ke mana eh? Selalunya, kalau tahun2 lepas ada org sponsor. Agaknya ada ke org nak sponsor nih. Ehehheee...

Teringat bulan puasa di McD, 2 tahun yang lepas (E eh, dah dua tahun yer... X sangka...) Masa tu kat McD #130 Bangi. Ada Buffet Ramadhan McD. Tak tahulah tahun ni ada x? Mintak2 ada lagi. Wah, bayangkan, buffet McD. Ambil apa sahaja (adalah beberapa produk yang terhad) Ada customer nih, Big Mac, Mc Chicken, Double Cheese, suma dia tibai. Tu tak kira side food lagi. Yerlah, amik makanan masa lapar. Mahu tak penuh sedulang. Kalau kerja masa time buffet tu, best gila. Memang pening lah. Masak tanpa henti. Tapi best...

Akhir kata (wah, cam surat kiriman tak rasmi pulak...) Salam Ramadhan semua. Mohon diampunkan segala kesilapan yang ada.

mood:~aminnnnn...~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...