Wednesday, September 29, 2010

Kata Bulan (lupa, mungkir, dusta...)

~~~

Kata Bulan (lupa, mungkir, dusta...)

andai benar kata bulan
dipuja kekasih malam
dirindu sang pungguk sepi
disyair pujangga lara

andai benar kata bulan
kala sinar jelma
kilau pancar
cerah seufuk langit
siram selaut kasih
subur seluas horizon

andai benar kata bulan
kelam di balik awan
hilang ditelan mentari
apa pernah wujud sang bulan
lupa, mungkir, dusta

andai benar kata bulan
mana mungkin salah mentari
mana mungkin salah diri
mana mungkin salah aturan
mana mungkin salah alam

andai benar kata bulan
pujalah setiap masa
rindulah seisi semesta
syairlah di kala tawa

andai benar kata bulan
jangan berkasih jangan merindu
jika hanya seketika cuma
namun
berkasihlah merindulah
seperti tiada esok untukmu

~~~

mood:~phewitttt, jiwang... ini akan berlaku bila saya beremosi...~

Sunday, September 26, 2010

Saya Suka Membelog

tepuk tepuk tepuk
ada sesapa yang bercita2 nak jadi blogger berjaya
silakan
jangan malu, jangan segan
kalo bleh pupuk la semangat keblogan itu pada anak2
semoga jika ditanya cikgu
apa hobi anda
anak2 anda akan berkata
"saya nak jadi blogger"
pergghh, stylo gila jawapan

kenapa saya kata jd blogger best
sebab....
bleh jd cam


mood:~mari rajin membelog...~

Saturday, September 25, 2010

Saya Benci Bila....

Saya Benci Bila...

~~~

ai tengah feeling2 memandu
tetiba ada keta menyelit
huhh
teruji kesabaran
mementang la ai drive kelisa
kecik je
so
konon2 wat tak nampak la

makin ai benci
kalo keta yang menyelit tu ialah
sejenis Hyundai Starex
besar sungguh keta tu
seperti memandu
di belakang dinding
benci
susah nak tgk trafik kat depan
pastu Starex itu terbrek2 setiap 10 saat
tensennnn
kadang2 bila lihat Starex kat tgh jalan
seperti melihat bilik sewa yang bergerak
hu3


~~~

ini memang ai hangin
bila nak sampai kat tol
ai memang amik lane kanan
yelah
nak tet teettt semattag ai
tetiba ada keta cucuk2 dr belakang
ai bukanlah lambat sgt
gila ko nak pecut depan tol
kang terbabas

tapi
sebab ada keta belakang cucuk2
bawa laju macam
tak-sempat-sebab-nak-tercirit-dan-da-tercirit-sket
ai ke kiri
bagilah laluan kat dia
eleeehhh, cam dia sorang ada semattag
tetiba
bila nak sampai kat tol
dia melencong g lorong tunai


hanginn!!!!!!!!!
kalo ko nak guna tunai
ko x yah la duk sibuk duk lane paling kanan
pastu cucuk2 org
benci



mood:~kaki kejang ikut Starex brek sama.... huhhh...~

Friday, September 24, 2010

BerBatu di Labuan

Beraya di Labuan. Hu3. Sebagai pelajar yang rajin dan berdedikasi serta berhemah malah cemerlang, ai tak kisah jikalau mengerjakan kerja lapangan semasa orang sedang sibuk beraya <--- psss, kalo ada lecturer ai baca blog nih, confirm lah A+++++ miaahahhaa...

Haaa, semenjak menceburi bidang geologi yang amat berliku ini, batu-batuan lebih dihargai. Sape sangka, dengan hanya melihat dan mengkaji batu, kita boleh melihat dan mentafsir apa yang berlaku pada masa lampau. Haaaa, tgk je batu, lapisan2 tanah, lubang sana sini, lekuk sana sini, da bleh agak apa yang terjadi dan udah berapa lama kawasan tersebut. Wewit la. Tapi, seriyesli, ai memang x sangka akan terjebak dalam dunia geologi. Takdir dan waktu penentu segala <--- ewahhhh, da bleh jd Habsah Hassan nih, tulis lagu jiwang2... :p


~outcrop @ Labuan Air Force Terminal~

Haaa, santek tak? Dulu kalo lalu tepi jalan, nampak menatang nih, ala2 pandang x pandang je. Ini dipanggil outcrop. Kira senang cakap, sepatutnya, lapisan ini semua horizontal dan berada di bawah tanah, but due to our tectonic plate movement and others causes, it tilted up. Untuk para geologi, melihat kewujudan outcrop sangat girang, seperti Rizalman mendapat kain <--- eh, bleh ke menggunakan peribahasa ini???

~para teruna yang bergeologi~
*para dara tak ada plak pic nye... :)

~lihat saya dan roommate yang bersungguh melihat batu~
*lakonan yang sungguh natural ^__^

~@ The Chimney, Labuan~
*kami seperti mereka yang memotong rumput kan :)
*di sini juga ada kejadian prottt protttt...

~kamilah Super Jueologi, iras2 Super Junior la...~
*lihat, saya berstongan... stongan=stokin tangan.

Walaupun penat, tension yang amat sangat, tapi seronok. Trip ni, wat kitorang semua lebih rapat. Walaupun, ai ni bukan lah sekelas dan seprogram dengan diorang, tapi diorang ok je. Pas ni leh lah ikut korang g fieldwork tempat lain plak yer. Jangan lah meng'anak tiri'kan ai... :) Abg K, ai nak ikut diorang lagi leh??? Nanti reserach ai lebih kevoooommm.

~UM-Geology~
*drawn by Dr Aminul tuh... :p

~katak yang disumpah menjadi batu~
*haaa, jangan nak main2kan lecturer, kang kena sumpat jd batu... :)

~batu berpokok, ke pokok berbatu...~
*tak yah nak g obersea nak tgk tpt2 cantik kan... :)

mood:~pasni ke Miri pula... insyaAllah...~
*special thanks to Inchek Goggle dan Puan Su kerana sanggup bersusah2 kerana ai... Kem salam kiss muah muah kat Izz yer... :)

Sunday, September 19, 2010

~ Salam Aidilfitri ~

SALAM AIDILFITRI

~ Jely, Diha, Dilla, Ahan, Abah, Filzah, Makcik ~


Alhamdulillah, sempat juga meraikan raya utk kesekian kalinya. Puasa tahun ni cam rasa sekejap je. Mungkin ramadhan kali ini dilalui dengan penuh ketakwaan dan keredhaan. Chewaaahhh. Tahun ni, perjalanan raya agak mencabar. Gurun - Kampung Kundang - Melaka. Huhh, beraya dalam keta jer. Sambutan raya agak terhad, disebabkan oleh kerana terpaksa beraya di Labuan selama seminggu tatkala muncul raya kelima... Huhuu, orang sibuk beraya, ai sibuk ukur2 batu kat Labuan.

Oooo, pengalaman tersipu2 di kilometer 315.2 arah selatan lebuhraya Utara-Selatan sangat nyosss. Ini adalah gara2 sifat kemalu-maluan kereta abah untuk mencucuhkan api yang cukup kepada enjin kereta. Merasa lah duduk di tepi highway selama 2 jam, sebelum kereta ditarik oleh pihak Plus. Huhhh, kepada inchek Etika Auto Insurance, x mau kawan dengan kamu. Kamu tak nak membantu ai ngan adik2 ai ketika tersadai di tepi highway. Alasannya, "Ahad bengkel tutup la, lagipun da malam nih and raya summore". Mencikkkk. Tak nak renew road tax ngan Etika. Idup Kurnia!!!


~kami lompat2 di tepi bendang, girangsss~


~jely pura2 dukung adik Filzah supaya dapat duit raya jugak~

Filzah sambut raya pertamanya. Wah, bergaya sakan lah adik ai nih. Maklumlah, para abang dan kakak nya sangat rajin membeli baju raya utk si tomei nih. Pantang g mana2, pasti ada sehelai dua utk Filzah. Eh, nama adik ai Filzah Nurhumaira. Kalau panggil "aira" best gak. Bajet macam dalam cerita samarinda gitu. Hiks. Sempena raya nih, silalah terima dengan hati terbuka untuk melihat pic2 si kecik nih yer...



~Filzah Nurhumaira Mislan~

~haaa, sexy tak mata saya~

~suster eh filzah ngesot~

~bling!!!!!~

mood:~selamat hari raya....~

Thursday, September 2, 2010

RM200 dr MyEG - Syoknya Raya!!!! Jom join ramai2... :D

atensyen!!!
atensi!!!
achtung!!!
attendant!!!
altantuya!!!! <--- okeh, mengarut... :D
PERHATIAN!!!!

kawan-kawan, mari rebut peluang nak menang RM200 dr MyEG dalam Syoknya Raya!!! haaa, mudah saja... hanya muat naik gambar raya anda, dan tadaaaa... anda akan berpeluang memenangi sebahagian daripada hadiah yang berjumlah RM 80,000... Huhuuuu...

senang seh... insyaAllah, kalau ada rezeki, boleh lah beraya dengan dua-ratus-hengget itu... sebanyak 50 pemenang akan dipilih setiap hari bermula daripada 31 Ogos - 7 Sept... Haaa, akan ada 400 pemenang... Setakat nih, da 100 pemenang dipilih... Ayuhh!!! Sertai skang...

dan... oleh kerana pihak penganjur terlebih baik hati, akan ada 10 pemenang menerima lima ratus hengget lagi... apa lagi, mari mariii mauriiii mauripan....!!!!


"saya dah menang, anda bila lagi????"
<--- sangat Power Root kan ayat di atas.... :D

klik je

mood:~alhamdulillah, leh shopping songket...~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...