Wednesday, February 23, 2011

trip ke bandung–post1

ni post update2 cepat2 manja2

hi kawan2… hi… hi… <--- eh, x de org sedar pun ai x update blog… patot x de yg jawab hi ai.. hahhaha… apsal plak nak sensitip2 nih… shejuk sgt kot kat bandung nih…

ok… nak hupdate pasal bandung letih2 plak… maklumlah… shopping di pasar baru adalah sgt mencabar… pelbagai skill digunakan… skill1-convert Rp ke RM secara pantas dan tuntas… skill2-membuka mata seperti pandangan ikan utk mencari barangan yang dicari… skill3-menahan napas sedalam2nya sebab ada plak org isap rokok dalam sempit2 tuh… mencabar…

agaknya, sebab tu org bandung ni kebanyakan nya slim2… adalah sedas dua yang ala2 nak sesaiz ngan ai… sebab kehidupan yg mencabar… ada satu lg sebab nape mereka di bandung slim2…

kerana…

mereka makan…

ayam kurus

ayam kurus… kita kat msia makan ayam gebu… peace…

mood:~sedang mengah2…~

Tuesday, February 22, 2011

wossshhhhh…

di kala post ni publish, ai da terbang… hu3… auto publish… jadi, doakan la saya selamat pergi dan pulang… moga2 dipermudahkan segala urusan… dan kalo dpt wifi kat sana… boleh hupdate2 apa yg perlu…

IMG00520-20110222-0946

backpacker tak saya??? hahhahhaa…

mood:~wooosshshhhhh…~

Monday, February 21, 2011

trip ke bandung–pre3

huhuiii… makin nak g, makin berdebar2… yelah, 1st time ke obersea, semuanya urus sendiri… moga2 dipermudahkan… amin… ok, as for last post for pre Bandung, nak tambah info sesikit…

6) makan makanan pemakanan

brownies-kukus-amanda

brownies kukus

haaaa, ini la part yang ai nanti2kan… makan2… harus dipentingkan dan difokuskan… supaya diri setaraf cik maria tunku sabri… hu3… shuhhh Qi, pas ni ai plak yang jd pengacara JJCM… jgn marah Yuna ai shoohhh Qi u… <--- eh, ini lawak je tau… jgn tweet2 marahkan ai plak… <--- eh, ko artis ke org nak tweet2 pasal ko… peace…

pisang salai

slrpppp… culik dr mamailahfazilah

ok, sejurus pengumuman yang ai nak ke bandung dibuat , adalah sedikit pesanan dari rakan2 di sini… cuba teka apa yg mereka pesan… kain?? telekong?? kad kawen?? no no no… PISANG SALAI BERSALUT CHEESE… berbungkus2 di order… sedap ke makanan nih??? ntah, x pernah rasa… tapi nak g cari kat sana… ibu Kartika Sari tunggu saya di sana ya…

katanya, makanan di sana adalah murah… bayangkan, utk 4-5 raksasa org  makan seperti raksasa di restorang yang dikira hebat, reganya cumalah RM 30++… wowww… ini kira hebat… leff bandung sudah… tapi, x tau la benar ke idak??? nantikan hupdate ai yer…

ooo, hati2 bila nak minum di Bandung… kalau bleh, kita minum2 dr air botol mineral sahaja… takut perut tak tahan, nanti cirr birr… apalah ertinya rombongan ke bandung jika diri anda cirr birr… nak makan pun, pliss cari gerai yang ok2… utk langkah keselamatan… <--- alamak, camna ai nak try test eskrem durian asli di tepi2 jalan???

7) airport tax

300px-Bandung-airport

alamak duit da abis

haaa, tuan2 dan puan2… silalah simpan duit utk airport tax siap2… dalam Rp 75,000 seorang… jangan nanti, terpaksa pose2 kat airport, x leh nak balik msia, sebab duit utk bayar tax da abis… terpaksa call kedutaan msia… masuk paper HMetro… “Akibat Tamak, Hidup Merana” <--- paper HMetro kan sangat2 sadis headline nye… hahhahaa….

ermmm, ada gak yang suh prepare duit2 selit di airport… perlukah??? sampai 100,000 tu… uih, x mo la… nanti kte tgk, bagaimana kesnya kalo tiada duit selit2 diberi… adakah berbeza… ataupun sama…

jadinya, x saba pun ada… takut pun ada… x saba sebab nak belibelah… takut sebab suma plan sendiri… hu3…

mood:~ok, masa utk packing brg2…~

Sunday, February 20, 2011

trip ke Bandung–pre2

eh, sebelum apa2… trip ke Bandung nih belum berlangsung lg… hehhehee… sebab tu ai letak pre kat title tu… kira, apa yg ada kat dalam post pre nih, suma info yg dpt masa survey2 utk ke bandung…

jadi… ari tu da set nak terjah jalan dago… then dapat plak book kat dago guest house… eh, FaraNadz pun g bandung rabu nih… bleh lah jumpa di sana… so, bila baca2 blog pasal trip ke Bandung, ramai yg timbulkan isu pasal teksi…

3) teksi

Blue_Bird_Taxi_small

teksi burung biru???

ramai yang berpesan, kalau nak naik teksi… paksa diorang guna meter… paksa dan paksa… sebabnya ramai yang dah terkono… cuba bayangkan… bila naik teksi bermeter, tambang sebenar lebey kurang Rp 25,000… tapi, ada yang terkena sampai Rp 125,000… haaa, berapa kali ganda itu… so, silalah naik teksi yang menggunakan meter… teksi bluebird ke vios ke… pak supir… guna meter yaaaaa…

4) tukar duit… jutawan…

juta rupiah

kami jutawan

yea… kita kena cari pengurup wang yang berlesen serta menawarkan kadar tukaran yang lumayan… my fren da g tukar kat midval… RM 345 = Rp 1,000,000… ai tak tukar lg nih… jumpa kat subang dia letak RM 347… aloo, mahal la plak… x pe… berdasarkan khabar angin, di area2 mydin jalan TAR, boleh dpt lagi best… so, nak ke sana la… kalo jumpa nanti, ai bgtau yer…

oooo, ada baca gak, lebih baik gunakan credit card jika boleh… lebih2 lg kalo shopping klat FO, mesti guna credit card… sebabnya, kadar tukaran lebih best, sebab tak yah lalu money changer… kira x de org tgh… dpt info dr Hazmin… swap swap sehingga nanges melihat bil… hahahhaa…

tapi kan… bila matawang cam banyak2 kosong nih.. nebes gak salah convert… takpun, cam besar je nilainye… bayangkan kalau nak g toilet pun 500… cam mahal je bunyi nyer… kan kan kan… <--- x de ape yg setuju… ai sorang je yang rasa camtu….

update: tukarlah wang anda di pengurup www.thebestrate.com, berdekatan starbuck – Nando’s… di Sungei Wang…

5) sehelai sepinggang???

beg kosong

spenda pun x leh bw ke???

gila ah, tips tunggang langgang… kejap pasal hotel, kejap pasal duit… tetiba pasal baju2 plak… lantaklah yer… layan kan je… kenapa kena sehelai sepinggang? sebab, dikatakan bahawa sesi check beg di Bandung airport adalah secara manual… jadi, kalo bw beg berbondong2, pasti mengambil masa yang lama utk selesai pemeriksaan… satu lagi, kalau bw hand luggage je, x yah la nak pose2 tunggu beg berjalan2 manja di atas conveyer belt… touch je Bandung, lari2 anak, terus ke pak imigresen… terus check2 luggage… jalan…

tapi, seperti lumrah alam… ai memang sejenis yang bukan boleh tak membawa pakaian kalo ke mana2… kalo nak tdo umah member dua hari pun beg kiri kanan…ini kan nak ke obersea lama2… cehh, cam lama je… tgk la camna, kurangkan lah sket barang2 kot… ntah le…

mood:~x sempat nak search pasal makanan… pas ni yer…~

Saturday, February 19, 2011

trip ke Bandung–pre 1

misi: trip bajet 5d/4n ke bandung

survey… jangan tak survey… bila ingin bercuti dengan bajetnya supaya bajet nampak cool, sesi survey itu penting… iyer… setelah survey, mari kongsi ramai2… supaya yang lain dpt la bercuti ke Bandung dgn bajetnya… hu3…

1) di mana???

haaaa, gelabah… bila search kat google pasal bandung, tgk google maps… besau plak bandung nih… nak stay kat mana nih… berbalik kepada objektif asal, iaitu beli belah, maka kami telah memutuskan utk stay di sekitar Jalan Dago… telah dikatakan bahawa, sepanjang Jalan Dago itu ada Factory Outlets – FO, juga berdekatan dengan Pasar Baru…

Pasar Baru itu adalah bangunan 7 lantai yang penuh dengan entiti yang boleh memporak perandakan nilai wang anda… hahahha… dikatakan juga bahawa, tidak cukup jika diperuntukkan sehari suntuk di sini… wowww, amazing… sorgaaa sorgaaa… jom shopping…

2) penginapan

haaa, oleh kerana nafsu membeli belah adalah berkadar songsang dengan nilai simpanan wang yang ada, maka silalah simpan impian utk duduk di hotel limabelasbintang… hu3… so, jom carik bajet hotel… so, we choose to stay at guest house…

Rumah ebo

Rumah Ebo

culik informasi serta pic dr Cik Peah… santek kan… dekat ngan shopping places katanya… terus serang rumah ebo site… uhhh, tiada respon dr pihak berwajib… alaaa… sib baik ada ibunda kepada salah satu anggota rombongan ada g bandung last week… malangnya... penuh sudah rumah ebo…

outside-dago-guest-house

Dago Guest House

tadaaa… dapat carik yang seterusnya… kelihatan santek… dan memuaskan… baca review pun ok… terus g dago guest house site… booking, dan yessss… confirmed… Rp 419,200.00 utk 2 twin AC room for 2 nights… lebeh kurang RM 145.00… 2 malam lagi, walk in sudah… nak cari hotel yg betul2 bersebelahan FO ke… supaya shopping menjadi lebih intim…

~~~

setakat ini dulu… nanti yang lain hupdate later… nak survey pasal tpt makan… nilai mata tukaran wang asing… dan nak search tips2 di bandung… see ya…

mood:~ada mee bandung tak kat sana???~

Friday, February 18, 2011

Cochranean 99 gather lagi….

jom main kira2… berikut adalah soalannya…

inchek Jely mula bersekolah menengah pada tahun 1995… dia berjaya melanjutkan pelajaran menengahnya di Cochrane Road School gara2 terover tulis bahagian sukan ketika mengisi borang kemasukan ke asrama Yayasan Selangor… dia berjaya mengSPMkan diri pada tahun 1999… berdasarkan pernyataan berikut, sila bajet umur inchek Jely ketika ini berapa??? 20??? ya benar…. hhahahaha…

diam tak diam, sedar tak sedar, da 12 taun tuh tinggalkan sekolah menengah… lama tu weiii… walaupun lama, geng2 cochranean 99 slalu gak wat gathering… buka puasa sama2… g PD sama2… g menyemak kat McD sama2… g makan bufet sama2… sonok weh… melihat betapa sebenarnya memang benar bahawa… kadar kelebaran tubuh berkadar langsung dengan masa… hihhihihi…

weekend ari tu, g melepak di Thai Buffet Steamboat… Kat area Taman Dagang, Ampang… sangat teruja hendak pergi ke gathering, lebih2 lagi ia dilakukan di restoran secara bufet… I loike…

coch 1

baiklah, acara dimulakan dengan sesi berbual mesra sambil menghupdate kisah2 terkini… selalunya, kisah2 peribadi mereka yang tidak hadir ke event ini… ahahhaa… dalam erti kata lain, “sape tak datang, dia yang kena gussip”…

coch 2

tadaaa, geng2 remaja… remaja kah??? bahahhaa…

coch 3

cik puan organizer… puan jumatul liza… waahhh, siap ada gift… naper ai tergelak begitu… kerana gift yang ai dapat, terlalu ringann… wahahhaha…

coch 4 ramai

yaaa, inilah dia… mereka yang hadir ke gathering yang ntahkeberapa cochranean 99… dah beranak pinak masing2… ai??? hanya bilangan lemak beranak pinak… hu3…

coch 5 karok

selepas makan, perlulah membuat senaman ringkas…karokkk… senaman yang difokuskan pada peti suara… wahhh, meriah masing2… bebudak pun ada… diorang lagi best nyanyi…

coch 6 karok malu2

eh… malu2 plak nak nyanyi… hehhehhee…

okeh… ada banyak menda nak hupdate nih…. tp, terbz plak… nanti2 yer…

mood:~psss… pasni nak gather kat mana plak????~

Wednesday, February 16, 2011

tiada lama tiada yang baru... ^ __^


anda ingin kurangkan obesiti???
kencing manis???

<--- eh, silap... ni iklan beras herba ponytail tajmahal...

anda ingin menghidupkan pasport anda yang telah mati???
tidak perlu keluar seawal subuh...
tak perlu set jam kul 5...
tak perlu pakai formal...

hanya pergi ke pejabat imigresen terdekat...
segalanya begitu mudah...
tidak perlu menunggu lama...
baru nak duduk jeling2 jodoh terkini..
nombor anda akan dipanggil...
sangat efisien mereka bekerja...
syabas...
sejam selepas itu..
tadaaaa...
pasport siap...

tapi!!!!!!!!!

SILA BAWA PASSPORT LAMA
kerana jika anda tidak bawa
anda akan...

MEREDAHjemSANGATpanjangDIpagiHARIbayarTOLduaKALIberlariKEumahANDAdiTINGKATtiga

semata2 nak amik passport lama
kerana benarlah kata pepatah

tiada PASSPORT lama, tiadalah PASSPORT baru...

demmm
mood:~$#@%@%^%%#$%!#%#~

Monday, February 14, 2011

53rd Grammy 2010 Winner

tadaaa… nak tgk live x de astro… so, tgk live update kat Grammy-Live Blog je laaa…. so, inilah dia winner list utk kali nih… sikit2 je lah yer…

~~~

Record of The Year – Need You Know (Lady Antebellum)

Album of The Year – The Suburbs (Arcade Fire)

Song of The Year – Need You Know

Best New Artist – Esperanza Spalding (huwaaaa, bibir kalah)

Best Female Pop Vocal Performance – Bad Romance (Lady Gaga)

Best Male Pop Vocal Performance – Just The Way You Are (Bruno Mars) winkkk….

Best Pop Vocal Album – The Fame Monster (Lady Gaga)

~~~

nak tau pemenang yang lain… meh ke Grammy.com… klik je…

mood:~puan Katy sila jgn jeles ngan cik GAGA yer… ~

Saturday, February 12, 2011

Teka Tekuk–hitam2 peluh2

soklan dr cik Jely

“apakah dia, kecik je… sedang2 laa… kaler hitam… kekadang kemerah2an… kadang2 hitam kemerah2an… peluh2… basah2… kejap ke atas… kejap ke bawah…”

 

 

jawap si pak mentadak mentadu

“semut sedang push up dengan gegeh”

mood:~happy saturday uolssss…~

Friday, February 11, 2011

kusangkakan laju… tapi…

kalau sesapa yang g keje balik keje duk menyapa kakak/abg tol, mesti bosan kan… nak2 kalo terbangun lambat, almaknanya kena beratur sebelum bleh date ngan abg tol… hahaha… jadi, penyelesaiannya adalah…

“SMART TAG” <--- bling2 dan suara seperti doraemon memperkenalkan alat ajaib saban minggu…

semenjak guna sematteg nih, x de chance la tukar2 no phone ngan penunggu tol… sebab tu la ai sampai skang single… sebab sematteg la… hahhahaa… satu lagi kegunaan sematteg ni ialah dpt jeling2 keta yang konon2 laju, ekzos vroomm vrooommm, ptg kita kat highway sambil bagi lampu high beam… ialah, beriya2 dia potong kita yg standard nih, alih2 kat tol kita potong dia balik… hehehhe…

tapi, semalam… terbalik plak… tgk nih…

touch n go

adeh, lorong sematteg kemain panjang… berpusu2… cuba tgk belah kiri, lorong tunai… kosong… x sesak langsung… berdesup je org lalu… apa nih!!!! x aci laaaa… dah la mahal sematteg tuh… tetiba lagi lambat dr lorong tunai… x aciii…

pssss… inchek yang berkenaan dgn hal nih, silalah amik perhatian… pengguna sematteg seperti sy tidak dijaga kebajikannya… apalah gunanya kalo dilantik menjadi menteri bagai, namun kes2 kecik ini tidak dpt diselesaikan… seperti punggok di tepi kubur <--- eh, ada ke peribahasa nih…

hrmmmm, agaknya ada ke org nak amik tindakan yer???? jap, nak pikiaq jap…

filzah geget jari

harap22 ada kot…. penat dah adik ai tolong fikirkan utk ai…

mood:~tetiba cam segmen 999 kan…???~

Thursday, February 10, 2011

ada sesapa jual charger BB murah???

hollloooo <--- tiru gaya hello citer megamind… nak tanya… ada sesapa yg kenal jual charger BB murah eh??? kot2 ada jual kat fb ke… manalah tau, dpt harga pemborong ke… kalo ada sesapa yg tau… tlg inform ai leh x??? tenkiu…

satu lagi anaunsement… kepada yg ada twitter, mesti tau… cuba check #damansaraVSampang… awesome laaa… sejenis klaka dan sangat kanak2… jenguk la ke sana…

I nak share koleksi pic I yg hangat best…

lisa mia skrin

cute kan… masa anugerah skrin.. dua2 cute…

mood:~asik rosak je charger baru nih… huhhh~

Wednesday, February 9, 2011

Haippp… Penasihat Fesyen Termuda :)

Haippp!!! Ingat senang nak beli kain… akhir bulan mei nih, adik ai akan melangsungkan perkahwinan… so, g lah menjengah ke Jackel yang besarsepertiistanadoludolu dpn UiTM itu… bila tgk byk nooo kain, agak susah nak wat pilihan… jadi, terpaksa menggunakan khidmat puan sri filzah nih… wink…

filzah muncung

skill terbaru beliau… muncung2 mulut sambil buat bunyi woooo… hehehhehee…

filzah kain

senang je nak pilih kain… acukan je kat si kenit nih…. kalo dia suka… dia akan gelak2 senyum2… kalau dia buat respon camni, teeettttttt… kensel… cari design lain…

filzah kain suka

haaaaa, tgk… bukan kemain senyum je… so… on!!!! beli patbelas meter terus…

mood:~mencari kain adalah satu perkara yang mencabar yer…~

Tuesday, February 8, 2011

Baby Qistina needs help… :)

jenguk blog mrsfaizor… terbaca artikel nih… jadi mari sama2 membantu… kalau tak mampu secara zahiriah, panjatkan doa agar semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan… amin..

baby-qistyna

Sedikit info tentang bayi malang ini. QISTINA BALQIS MAISARA..berusia 3 bulan dan dilahirkan di hospital Manjung, Perak. Baby Qistyna ini mempunyai masalah jantung berlubang, sumbing dan juga mempunyai masalah paru paru. Kini, Qistina sedang menerima rawatan di HUKM.

Korang pun boleh membantu dengan menghulurkan sedikit bantuan di butir ini

AKAUN MAYBANK : 114160850396
NAMA : SITI MAISALMAH BINTI MOHD KAMIL(Ibu kepada Baby Qistina Balqis)
H/P : 017-3476764

teringat pesan seorang kawan… pabila seseorang itu diuji, biar sebesar mana pun, biar sesukar mana pun, bertawakallah… kerana Allah hanya akan menguji seseorang yang Dia yakin akan berjaya mengharungi ujian itu… Puan Siti, bersabarlah… di sebalik dugaan ini, pasti ada hikmah dariNya…

mood:~sama2 membantu, yang ringan dijinjing, yang berat dipikul bersama…~

Monday, February 7, 2011

My Asam Pedas POWER @ Café Botanic

yesss… acara makan2 datang lagi… hehehhee… byk nooo kedai di promote dalam blog nih… sampaikan si oman suggest kan supaya buat blog khas utk makanan nih… baik… akan saya usahakan…

kali ni, moh kte ke Klang… lebih tepat lagi di Bukit Tinggi Klang… berada tepat pada sisi Jusco Bukit Tinggi… kalau datang dr KESAS, ia berada di kiri anda, kalau dtg dr bandar Klang, ia di kanan anda… My Asam Pedas POWER… Resepi asli dari Melaka… Terbaik wokkkk!!!!!!

assam shop

haaa, itu dia… sighboard kedai… ala2 macam food court gitu… uih, kalo nak merasa masak asam pedas pelbagai, sila ke sini… ada asam pedas ikan, ayam serta daging… perghhh… asli… sama macam masak asam pedas org melaka… mak aih… dia nye rencah, pedas nye, masamnye… cukuppp!!! walawehhh….

assam lauk

haaaa, pilih2… jangan x pilih… kalau nak campur2 pun bleh… maaf, x sempat nak amik pic makanan kitorang… agak gelojoh dan x saba2 nak makan… ooo, sedikit amaran yer… janganlah anda nak berangan2 nak mintak nasi separuh konon, kerana kelak anda akan tersipu2 mintak nasi tambah… kan oman kan kan kan…

assam cafe botanic

ok… sila cari café botanic… tapi jangan pula jadikan jereta gen2 oren sebagai mercu tanda, kerana besar kemungkinan kereta itu tiada di situ di lain ketika… hiks… jom serbu…

assam moto

kalo malas naik keta, naik moto pun bleh… wink…

mood:~syiokkk, lama x pekena asam pedas power seperti ini…~

CUN!–mari wewittt bersama Maya n Remy

jom tgk CUN! ehh, jgn pegi skang… 31st March nanti yer… sabo2…

cun poster

meh layan OST CUN!!! besh… sempoi… lama x dgr sore Maya yg best tuh… last dgr lagu baru Maya, lagu yg patriotik utk HotFM tuh… OST ni duet ngan Remy… romantik wewiittt laaa… so suwittttt… psss, hati2… ada adegan Remy separa bogel bertutup… hehehhee…

x sabo nak tgk… book tiket ari  ni leh x??? ooo, jom join FB CUN… like 10x…

mood:~cun laaaa…~

Sunday, February 6, 2011

makan lagi… di bumbu bali…

makan lagi… maka dengan ini… ai da jumpa hobi ai… MAKAN… hihikssss….

ok… sedap dan besau ye makanan di sini… tgk la masing2  nye portion… sejenis puas… da lama nak makan kat sini… ada byk cwgn… ari tu nak rasa kat sunway pyramid… tp x jd… so, sempena nak menyambut makan beso, kitorang ke sana… makan beso, maksudnya makan sehingga menjadi beso…

camna cuti korang??? ada g mana2 x??? ai nye cuti??? duk pose2 kat umah je… huhuhuhu….

mood:~nak cuti lg bleh??? hiks…~

happy bday abah & filzah…

bday tiup kek

happy bday abah n filzah… cuba teka yang ke berapa… 57 dan 1… haaa, sape yg bday 57??? abah ke filzah??? hehhehe…

bday kek

kek oreo cheese utk filzah, kek cokolat celup2 utk abah… request khas oleh inchek abah, nak kek sebijik cam kek dilla bertunang… sib baik beli kat jusco bukit tinggi, kalo buatnya kek tu beli kat gurun kedah??? tpaksalah meredah banjir ke sana, beli kek utk abah… hiks…

bday family

ini dia, barisan bala tentera inchek mislan… dari kiri: ahan, dilla, umi, filzah, abah, aii, diha… kitoang la keluarga berbibir jungkitnamunsexy… peace…

bday food

lauk2 seafood yang menjanjikan kesengsaraan para penghidap gout… hehhehee… ada sotong, ikan siakap, ayam <--- eh, ayam tu seafood ke???, serta udang  butter… slrppp… sampai je umah terus tercari2 ubat gout… hehheee…

ooo, ada segmen special… selama  ni tgk pic filzah yg cute2 je… camni…

bday filzah

tapi, sebenarnya… itu hanyalah kosmetik semata2… kerana…

bday filzah horror

inilah wajah dia sebenarnya… hahahhhaaa… <--- nasib ko lah filzah, dpt abg jahat cam ai…

mood:~rasa2nya, bday ai ada selebret x???~

Saturday, February 5, 2011

puteri hang li po wujud lagi???

tepi tepi tepiii… puteri nak lalu… kcingg kccringgg <--- bunyi loceng eskrem…

ou ally tandu

sungguh moden yer tukang angkat… pakai bj ke opis… yelah, ikut zaman kan… takkan nak pakai cawat2 cam dulu… tak IN lah… mana tuan puteri nih… jom peek a boo tuan puteri…

ou tp

tadaaaaaa!!!!

tuan puteri hang LATI POH… hiks… kira mix2 sket la… tu yg muka cam org melayu sket… eh eh eh… ada kwn2 hang li po ikut la…

 

ou ally emy

putera puteri negara chendana… ni sejenis lari dr spital nih… spital sakit2 jiwa… apa2pun…

HAPPY CHINESE NEW YEAR <--- psss, terlambat plak wish…

mood:~kagum sebab dpt rasa raya mcm2 bangsa….~

Friday, February 4, 2011

entri khas utk ling’s jerry…

isk isk… masa org meriah2 sambut raya cina… gong xi sana, gong xi sini… ada bad news… jerry – ling’s blue-greyish cat, pergi meninggalkan ling selama2nya… huhuhukksssss… sedih… so, entri ni khas utk jerry…

cat pose

ooo, ni bukan jerry yer… ni bulat… kucing ai… macam2 aksi dibuatnya… suma pic ni disnap, sejurus sebelum tau pasal jerry… ntah2 si bulat tau kot… ada kwn dia nak pergi… tu yg si bulat sangat manja pg tuh… itu agak2 ai je la… tapi kuasa Allah kan… mcam2 bleh jd…

ooo… nak lihat pic jerry… sila klik sini… ai ada wat entri pasal jerry… short entri… hurmmmm… sedih… harap2 inchek ling sabar2 yer… ada hikmah di sebalik semua ini…

cat one

inchek ling jangan sedih2 yer… senyum sket… ai pose2 manja utk inchek ling…

mood:~isk isk isk….~

Thursday, February 3, 2011

tenggiling

mari ke zoo… eh, bukan mari ke umah oman… di sini, anda boleh melihat…

tenggiling

tenggiling….

weiii, sumpah meremang bulu roma melihat sisik2 inchek tenggiling nih… huuuuu haaaaiiii… termalu plak jerit2 di kala malam pabila melihat vinatang ini… tapi, inchek ting sangat cool… walaupun I jerit2, dia tetap cool… sempat jeling2… mesti dia tertanya “aphal plak jerit2 tgk gua… gua libas skali ngan lidah gua… muka lu dah la macam anai2… gua telan skali kang…” hikkkk…

mood:~habitat tenggiling kat mana yer?~

Wednesday, February 2, 2011

hujan-hujan makan aiskrim

hujan-hujan nih… mesti ngantuk2 kan… meh makan aiskrim… pasti lebih ngantuk… hehhehee…

baskin ice cream

smalam dapat 31% diskaun… sambo satu pint… haaa how to pronounce it??? is it ‘pain’ o ‘pin’… kwn I sebut ‘pin’, but corrected by cashier-girl as ‘pain’… eh, kalo ikut ejaan, patotnye bunyik ‘pin’… entahla… tu laaa, org suh blaja english, g ngorat2 rakan sekelas… kan da benggg english….

baskin bertiga

inilah dia, geng2 kalori yang bermutu tinggi…

baskin ally tp

sedap kot kalo makan eskrem mulot muncong2 camtu… ntahapahapantah…

mood:~srottttt sroyyyyttttt…~

Tuesday, February 1, 2011

Moh ke muo (Muar)

ahad renyai2 haritu, g ke muo… melawat ayah kepada kawan kepada kawan ai di Hospital Pakar Sultanah Fatimah… woot wooot la spital nye… canggih…

muar garmin

alhamdulillah, keadaan ayah kawan ai itu, sihat dan stabil… semoga cepat2 sembuh… bila kat spital, ai plak yang terlebih sedih… sangat teringat arwah mak dulu… sama je kondisi nye… katil, ubat2, bau spital… sobb sobb sobbb… al-Fatihah utk mak ai yer…

bila da sampai ke muo… wajib menghirup mee bandung… so, dengan gegeh nye pergi ke tangkak <--- eh, ye ke… cari mee bandung terbaekkk, tapi tutop… jadinya g la cari mee bandung kat bus station… sedap gaks… slrppp… lama x pekena mee bandung asli… slalu, kalo pesan kat kedai, mesti dia campur sos… x besh…

muar mee bandung

RM 3.50 je… mari mari mari…

muar yong tau foo

ooo, kami memesan yong tau foo bersup… barulah lebih mengerti bahawa, yong tau foo bukan sahaja ada yang berkuah pekathitamslrrrppp sahaja… agak festaim la makan yg bersup  nih… ada brokoli tuh…

muar station bus

itu dia… Oman, Ejoy, Ling… Eh, ada tema kaler ijo ke??? x perasan plak… ohh, jika mencari mee bandung, silalah cari di muo… janganlah pula “meh makan mee muar di bandung”… sangat jauh maknanya… kan oman… kan kan kan…

dengan suasana renyai2 sepanjang hari, sejuk keadaan sekeliling…. feeling2 di obersea… lagi syiokkk kalo dpt berpanas2an… iyolah, sejuk2 ni kan… lagi romantis dan perghh kalo kita…

 

 muar ally

pekena teh o suam… haippp, pikir bukan2 plak…

mood:~sejukkk sejukkkk…~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...