Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Friday, January 2, 2026

Pisang Gebu versi 2026

Assalamualaikum semua. Jom kita share makan-makan kat Locarasa, Bamboo Hills. Kita gabunglah beberapa majlis. Birthday, sambut tahun baru, tukar hadiah. Rasanya, gathering begini perlu untuk terus berhubung. Komitmen nak hadir sama-sama itu yang penting. Kita jumpa sekali sekala macam ni, bertukar-tukar cerita, sebenarnya besar impak positif yang kita dapat. Seharian masing-masng pening dengan kerja.Dapat jumpa sekali sekala, lega rasanya. 


Haaa, hujung ke hujung, sebelas orang semuanya. Mudah nak arrange kalau semuanya mudah nak bincang. Tak payah pening-pening kepala. Dah masuk 40an ni, konsep nak planning macam ni lah. Kita ajak, nak join, onss kan terus. Kalau boleh katakan ok, kalau tak nak just ckp tak boleh join.


Tajuk: Birthday yang tertangguh. Hahahahhahaha.
Kiri: Fai (11/12), Kanan: Kiki (17/11). Boleh lah kan. 


Maybe yang tolong ambilkan gambar ni suka dengan konsep pokok-pokok di atas. Sehingga terpotong-potong gambar kaki member. Hahahhaha. Tapi korang, cantik tau area Bamboo Hills ni. Banyakkkk tempat untuk ambil gambar. 


Punca lemak dan kolestrol serta gula tambahan. Kek (import sponsor by En Khalid dari Banker2Baker (kalau tak silap)). Masak Lemak Daging Salai, Nasi Goreng, Kuey Teow Goreng, Beriyani Lamb, Fish & Chips, Pasta, Mushroom Soups, Pecan Croissant, Salmon, Mee Goreng, Beriyani Chicken. 


Ahli-ahli penambahan kolestrol (gambar kedua atas kiri): En Khalid, Kiki, Doc Ika, Hamza, Shaf, Eddi, Oman, Mommeh, Kak Min & me. Tema: Hijau, Merah & Putih. Kalau kita buat carta organisasi ni, bersimpang siur. Ni kawan ni, ki kawan kepada kawan ni. Ni kawan masa belajar, Ni kawan masa sekolah menengah. Tapi bersyukur, ada di antara kita yang perlu kecilkan circle kerana keadaan yang memaksa, kita ada rezeki menambah kawan susah dan senang. 


Inilah hasil tukar-tukar hadih, Ada pisang gebu, kipas tangan (dua okeh, boleh blast kiri kanan masa tengok Legacy 30), butang baju Melayu mutiara Sabah, shower creme, mangkuk tingkat dan semuanya. Seronok? Mestilah, benda free kan. Hahahahhaa.

Nah, kita share kan menu-menu kat Locarasa. Kot ada yang berminat ke. 


Nah, kita share video pula. Selamat Tahun Baru 2026 semua!!!!


Thursday, February 25, 2016

NZ Roti John, Putrajaya

Assalamualaikum. Kalau jalan2 ke Alamanda, Putrajaya, apakah aktiviti yang selalu dilakukan? Betul cik kak, kita makan!!! Kat food court Alamanda memang happening lah makanan nya. Selalu makan waffle gebugabasbantaltidopuntakgebucamtu. Tapi kali ni kita makan Roti John plak. Untuk kali ni, bukan ai yang beli, tapi member yang belanja. Ahaks.


Cam baru buka kot. Kali terakhir pergi sini, takde lagi gerai Roti John ni. Seperti biasa, bila tiba masa untuk order makanan, haruslah pilihan yang paling extra akan dipilih. Kalau dalam senarai menu, pilih yang paing bawah lah. Bior puas makan. Hahahahha.



Tadaaaa. RM8.90, Besar Special. Haaa, kemain besau. Nasib order satu je, terkedu jap masing2 tgk roti ni. Dah suruh org lain abiskan siap2. Lukis2 peta bahagian makanan masing2. Teheeee ^_^


Selalu Roti John dalam je ada telur. Kali ni, haaaa luar dalam bertelur. Siapa kaki telur, memang beronok-ronok lah makan ni. Puas hati! Takdelah rebut2 amik yg tengah2, sebab yang hujung2 selalunya roti keras, takde telur. Kehkehkeh. Yang ini, sampai ke hujung limpahan telur beserta daging2 serta mayonis slrpp slrpp.

Ni senarai harga. Nak add toping pun boleh. Camnalah gamaknya kalau kitorang add cheese??? Huwahaaaiii, menggebu seperti johan lah gamaknya.


Rakan se Roti John. Eh, apsal dagu terbelah senget tu. Cucuk ke???

Ok, kepada sesiapa nak singgah NZ Roti John ni, meh lah ke Food Court Alamanda. Gerai ni kat hujung2 pintu keluar yang boleh tembus ke cinema dan tempat karok tu. Lepas makan, g karok, pastu tgk wayang. Perghhh. Indah dunia. Nah, jenguk2 lah FB NZ Roti John ni.

Sampai jumpa lagi...

mood:~makan tu makan jugak, jangan malas nak exercise~

Friday, March 30, 2012

Luncheon @ Marche Restaurant, The Curve

Mempersembahkan…
Serina Mysterinaaaa!!!!
*eh, itu cerita Los and Faun…

Mempersembahkan…
Makanan-makanan di Marche…

marche 1

Peserta berkalori pertama
”Herb Butter Rice with Chicken Goulash”
Kata DrFara:”eh, sedapnya, rasa butter nya bergitu menyelerakan. Chicken Goulash juga tidak begitu pedas. Pasti datang lagi
*sila baca seperti nada2 iklan Colgate dan iklan susu Anmum. Hiks.

marche 2

Peserta kedua yang berkalori rendah
”Homemade Pasta Olio Aglio with Chicken”
Both were served with Fresh Hand Pressed Honey Dew Juice
kata saya: “eh, lazat jugak. Walaupun portion agak kecil, tapi ok la. Pedas sket. Hati2 ye makan, nanti tersedak
*sambil ambil tisu lap2 mulut sebab tersedak. Ha3.

Nom nom nom. Jom makan. Rabu lepas melepakkan diri bersama DrFara dan rakan subahat kiraan kalori harian, TP. Kali ini di Marche, The Curve. Menyerbu tatkala lunch time supaya mendapat Lunch Special Set. Lunch set di sini adalah setiap Isnin – Jumaat, 11am-3pm. Jom. Berikut adalah menu-menunya.

Lunch Special at Marche Restaurant

Monday
Chilli Chicken Pizza OR
USA Potato Rosti Bener
served with Homemade Ice Apple Tea

Tuesday
Marche Chicken Burger OR
Chicken Calzone

Wednesday
Herb Butter Rice with Chicken Goulash OR
Homemade Pasta Olio Aglio with Chicken
served with Fresh Hand Pressed Honey Dew Juice

Thursday
Backed Pasta with Sliced Turkey Roll OR
Mixed Chicken Platter with Homemade Mashed Potato
served with Homemade Ice Apple Tea

Friday
BBQ Chicken Chop with Homemade Mashed Potato OR
Marche Crepe with Honey Glazed Chicken Crepe
served with Fresh Pineapple Juice

Harga??? Utk Lunch Special nih.
Hanya RM 12.50++, serbu wehhh…

marche 3

Haaa, jom main lambung2 buah naga. Ha3.

marche 4

Ini adalah DrFara itu. Rakan subahat sorang lagi, sibuk mencari variasi kek dan pai di waktu itu.

marche 5

oh, singgah2 di IKEA. Terjumpa rak ini. Hylliss. Tinggi dalam 1.5m camtu. RM 29 je. Serbu lagi!!!!

OK, bersempena post pasal makan2 di Marche ini, saya ada teka teki. Cubalah jawab.

Soalan:
“Apa, yang akan dilakukan oleh seekor lembu bila ia terasa bebas dan ‘Free’…???”

Jawapan:

marche 6

Lembu itu akan melompat kegirangan sambil menunjukkan tetek nya… Ha3… Sekian.

mood:~jom makan~

Thursday, February 2, 2012

Luncheon at Paddington, The Curve

Hai semua. Berjumpa kembali dalam rancangan, Jom Makan Makan. Agak lama ye dah tak buat acara makan beramai2 secara rakus. Owh, sejak ketiadaan kawan seperjuangan Amy yang jauh di Johor itu, team Jom Makan Makan menjadi kurang aktif. Sebab tu saya kurus *eh, menjadi gemok sebab Amy kah? ^__^

Tak tahu nak lunch kat mana? Tiap kali lunch je, mesti tercari2 tempat nak lunch? Meh redah The Walk, The Curve. Kat sini banyak weh tempat makan2. Nom nom nom.

Kali ni kita ke
Paddington – House of Pancakes

paddington 2

Herm, sebagai pendukung aspirasi negara, kita seharusnya berjimat cermat. Ya, berjimat cermat amalan mulia. Jadi, bila sampai The Walk tu, terus mata melilau cari ‘Lunch Set’. Eh, di Paddington pun ada Lunch Set? Bagus. Mari serbu.

paddington 1

Menu yang ada. Nom nom nom.

Paddington’s Pancake Burger
RM 13.90++

Continental Pancake
RM 12.90++

Omelette Wrap
RM 11.90++

American Pancake Stack
RM 10.90++

Pasta
RM 10.90++

set ini beserta minuman ice lemon tea atau hot tea atau soft drinks.

paddington 3

Paddington’s Pancake Burger

Ini pilihan rakan subahat Jom Makan Makan. Lihat, sgt comel kan pabila pancakes digunakan sebagai  pengganti roti urk burger. White sauce yang digunakan agak manis. Tapi bila tergigit epal segar yang dihiris2, amboi, sedap rasanya. Amboi amboi amboiii. Kentang goreng sangat kurus dan rangup. Dihidang panas2 lagi. Sodap u. Owh, silalah request brown sauce, utk menambahkan keklimaksan makanan anda.

paddington 4

Omelette Wrap

Tuduuu. Mak aih, besau bebeno. huii, sayur2an yang dihidangkan adalah tidak kedekut. Sangat segar juga. Dihidang bersama sos apantahakupuntaktau. Sos itu masam, tairu kah? Tak perlu sos pun, kerna ada thousand island skali dalam hidangan itu. Kenyang! Alhamdulillah.

paddington 5

Ini dia saya yang sudah lama tidak makan secara berjemaah. Amy, transfer lah ke KL. Supaya aktif kembali aktiviti kita. Hu3. Owh, total price hanyalah RM 29.90. Sorang RM 15 lah. Murah kan? Jom Makan Makan di sini. Mauri.

Paddington – House of Pancakes
Unit 142, 1st Floor The Curve,
6 Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel/Fax: 03 77262386

mood:~nom nom nommmm…~

Thursday, October 20, 2011

Sardin Berbahaya??? Oh no no no…

adesss… kabut seketika… iyolah, makanan kegemaran ai telah dicanang2kan berbahaya… SARDIN… apalah makna si Jely tanpa sardin… tahukah bahawa, salah satu cara utk membuatkan inchek Mislan membuatkan anaknya si Jely ini makan nasi bertambah2 adalah dengan menghidangkan masakan SARDIN… he3…

sardin

sila ke sini utk artikel penuh

huwaaa, panjang no ceritanya… tapi, secara ringkasnya, sardin ini dikatakan adalah salah satu punca terjadinya tumor dan fibroid… kes yang dinyatakan, ada beberapa suspek telah dijangkiti tumor di rahim, dan rahim nya terpaksa dibuang… abislah rahim ai… *eh, ada rahimkah saya??? ~cengkerik…

ok ok… jadi dengan tanpa melengahkan masa dan tenaga, ai telah kopipes artikel ni di Ayam’s Brand page… dengan harapan mendapat maklumbalas dengan segera… tadaaa… dalam masa limabelasminit, telah mendapat feedback dari Encik Mohammad Hisham bin Hj.Talib
Head of Ayam Brand Halal Department.

sardin 2

Fazdly, thank you for your concern about the quality of our products. Such articles are rumors that are regularly spread via e mail or on blogs. Please see below the explanation from our halal department for your perusal.
May I remember our consumers that Ayam Brand canned food are NO PRESERVATIVES as we use a recognized technique of sterilization to ensure the safety of our recipes: STERILIZATION was invented long time ago by a French Chef in 1810 to preserve perishable foods in a stable form that can be stored and shipped to distant markets during all months of the year.
The process is simple: Long hour heating in high temperature.
The heating process is the way of preservation, no need to add preservatives.
The heat kills the bacteria, allows a longer conservation, preserve texture and aspect of food.
So just enjoy your favorite sardines and thank you for your loyal support!

inginkan artikel penuh??? sila ke Ayam’s Brand page

pheww… alhamdulillah… selesai sudah persoalan di sini… for those who reads this article, sebar2kan la yer… boleh percaya ke ni??? Tepuk Dada Tanya Selera…

mood:~psss, abah, Ayam’s Brand nak mintak resepi abah, bolehkah???~

Friday, May 13, 2011

Bawal Power at Sunway Damansara

woot woottt… jom makan lagi… he3… nampaknya acara jalan-jalan cari karbohidrat ini sangat dipengaruhi oleh rancangan jalan-jalan cari makan kat tv3… last week nye show ada tunjuk pasal Bawal Power… yok serbuuu….

bawal power mix

tadaaaa… sampai pun… mencabar ye kawan2… googling sana sini… jumpa koordinat… letak kat GPS, sampai lah… namun, kalo ikut GPS, akan sampai ke food court makanan Cina… terus salahkan GPS… ha3… namun, jangan putus asa… kalo anda parking di tempat parking umum, pergi menuju ke tempat washing car, then terus lah berjalan sehingga ke food court makanan melayu…

bawal power

set bawal… RM 10… ada juga set ayam, set keli, set sotong… pilih… jangan tak pilih… all sets come with ulam, jeruk kicap bawang, sambal belacan and kari ikan… ikan dimasak kala itu juga… panas2 tuh… lagi best kalo makan guna tangan… dapat feel2 panas2 tuh… tapi, aritu tak guna tgn, sebab tak jumpa sinki… ha3…

bawal power pic

tgh2 makan, Bob muncul pula… terus snap2… eh, Emy, tangan kamu, korek2 apa tuh.. nakal la u… ha3…

ok, sila ke Bawal Power di food court Sunway Damansara, N03° 9.133' E101° 35.555 (culik dr Bawal Power Blog)… kalo x jumpa gak… cari Balai Polis Kota Damansara… food court ni betul2 bawah balai polis ini… senang kan.. ooo, sebarang update bleh la ke Bawal Power Page… klik like skang!!!!!…

ooo, di food court ni juga ada memacam makanan lagi… Arab’s food, western, goreng2an… sila2… jangan malu2… makan sehingga pengsan…

ooo, malam sebelum tu ada g ke Asia Café kat USJ… best gak… tapi, x sempat nak amik pic.. cuma sempat snap ni je…

asia cafe

haaa, tamak sgt… nak amik jus big katanya… amik…

mood:~makan itu best~

Wednesday, April 20, 2011

Pisang Goreng–Sri Damansara

petang2, pas balik opis, ataupun balik dr kelas… nak nak di kala jam 5-6 ptg camtu, cuaca cerah, angin sepoi2… sedap dapat makan pisang goreng… walawehhh… cuba bayangkan… sampai je umah… wat teh o panas… duk depan tv… pastu krapp kruppp makan pisang goreng rangup… lazaaattt…

utk segmen Jalan Jalan Cari Karbohidrat kali ini, ai nak tunjukkan gerai pisang goreng yang nyossssss di area Sri Damansara… kalo sesapa yang duk kat SD, mesti tau la… betul2 kat exit ke SD dari LDP…

dulu masa keje kat SD, haaa, inilah makan rutin tiap kali lepas smayang jumaat… siap order belas2 plastik dr kawan seopis… sebelum g smayang, singgah kat gerai… pas smayang terus je amik… huiii, punyalah sedap pisang goreng kat sini, siap kena tunggu dia masak dulu tu…

goreng pisang

masing2 tgh tekunsambilairliurleleh2jejeh2 menunggu… kalo bleh  nak jerit kat pakcik tu, ‘ankel, ai nak half-cooked bleh’… sebab x mau tunggu lama2… ha3…

goreng pisang beratur

lihat… ini semua tgh tunggu pisang digoreng… coba imejin… pakcik tu goreng sekuali, letak je terus abis… kena tunggu dia goreng skali lagi… masyukkkk… maaf, pic pisang goreng x sempat nak amik… lapoo… he3…

satu lagi, agak susah kte nak jumpa restoran yang okay kan??? ye lah, kadang2 masakan da sedap, tapi lambat la plak… ada yang laju berdesup servis,, tapi x sedap sgt plak… ada plak yang sedap, cepat tapi restoran tak best sgt plak… tapi, kat area SS2, ada satu restoran yang pasti okay… tak percaya????

 

restoran okay

tadaaaa!!!! RESTORAN OKAY!!!!

mood:~errr, saya tak makan pun kat restoran tu… hehhehe..~

Monday, April 18, 2011

Char Kuey Teow–LRT Stesen Universiti

hollooo… ketemu lagi… last week terkejar2 bizi mengejar dateline… haa, berpeluh2 nak siapkan abstract… siap dapat komen ‘bad title’ lagik… maafkan ai dr, ai memang lemb sket bab2 siapkan abstract…

ok ok… ada banyak pic makan2 yang tak terpublish… semenjak melantik diri sendiri sebagai pengacara Jalan Jalan Cari Karbohidrat, byk la tempat makan yang telah saya jelajahi… hu3… so, utk JJCK kali ini, ai telah menyerbu gerai Char Kuey Teow di tepian jalan berdekatan LRT Stesen Universiti… Sebelah ngan Vista Angkasa itu… kat area pantai dalam…

char gerai

haaa, inilah geraiberbentukvan itu… selalu van2 ni, mamak jual rojak… tapi kali ni, mamat2 kelate yg dok jual char kuey teow…

char kuey teow

Char Kuey Teow  - RM 3.50

tadaaaa… inilah dia… sedap… kuah nya lazaaaattt.. x manis sgt…. sebab aritu dpt char kuey teow manis… x besh… hu3… sebenonya ada order kerang rebus juga… tp, tak sempat nak amik pic… sebab feeling2 sgt makan kerang itu… hahhahaa..

char lorong

sambil makan, sambil menjamu mata… lihat org pulang dr keje… uihhh, jelas terlihat kepenatan di wajah masing2… bila lihat situasi ini, terbayang kalo ai yang guna public transport… da lama x naik… camna kan… hari2 berdepan dgn org yg x kenal… pastu ngantuk2 tersengguk2 leleh2 air liur tertdo… kenot imejin… nak try la skali…

mood:~terasa ingin buat sesuatu yang lain dr kebiasaan… apa yer???~

Wednesday, February 2, 2011

hujan-hujan makan aiskrim

hujan-hujan nih… mesti ngantuk2 kan… meh makan aiskrim… pasti lebih ngantuk… hehhehee…

baskin ice cream

smalam dapat 31% diskaun… sambo satu pint… haaa how to pronounce it??? is it ‘pain’ o ‘pin’… kwn I sebut ‘pin’, but corrected by cashier-girl as ‘pain’… eh, kalo ikut ejaan, patotnye bunyik ‘pin’… entahla… tu laaa, org suh blaja english, g ngorat2 rakan sekelas… kan da benggg english….

baskin bertiga

inilah dia, geng2 kalori yang bermutu tinggi…

baskin ally tp

sedap kot kalo makan eskrem mulot muncong2 camtu… ntahapahapantah…

mood:~srottttt sroyyyyttttt…~

Thursday, January 27, 2011

Fruitland–buah comel… waweeeee…

smalam, terPAKSA membeli belah… iyolah, setelah pakaian dicopet sekali pemecah keta ari tuh… da smakin kurang pakaian… da lah memang x banyak baju yg ada… seluar pun dua helai je… kena copet plak… so, mari membeli belah di brands outlet… kat situ leh dpt t shirt tigahelailimapulohringgit je… seluar plak beliduaseratushinggit saje… berbaloi kan… saya memang bukan org yg branded2 nih, x mampu la katakan…
sebelum membeli belah, isi minyak dulu… dalam erti kata lain, janganlah shopping ketika perut kosong karna saiz perut anda tidaklah sekempis itu ketika waktu2 biasa… kot2 beli suar masa perut kosong, feeling2 perut kempis, beli la seluar satu saiz lebih kecil… lepas makan, try suar kat umah, kecewa kerana tidak mampu bergerak bebas dek kerana suar yang ketat itu… logik tak??? so, jangan membeli seluar ketika lapar… jom makan dulu…
fruitland emy
memula nak makan seekor ayam di IKEA… tapi x jadi, sebab ternampak kedai pinkcomelmanja.. kira kalo makan di sini, terasa amat manja dan sopan santun… jom makan di Fruitland… tq emy temankan ai berjalan2 semalam…
fruitland ally
there… so pinkish kan… kat belakang tu, ada sign artis… masa opening aritu kot… tulih kat situ Mandy… siapakah dia yer??? adakah Mandy Moore yang launch kedai nih… woww… amazing…
fruitland food
ambil set lunch… dry noodle kicap + sambal sotong… it comes with appetizer plus dessert… RM9.90… tambah lagi RM1.50 leh dpt ice lemon tea… tambah lagi RM3.90 dapat Mango Lolo… eh, bukan mangga Dr Lo Lo… sejenis snow ice berperisa mangga… slrppp… emy, oleh kerana da brunch, hanyalah memesan tauhu sumbat yang tak disumbat bersama sos cili thai… ooo… ada sapa2 pernah pesan kat mamak “the o ais limau panas… tak nak ais”… saya pernah… wink…
fruitland place
selain di Ikano, fruitland juga ada di cawangan di atas… keliklah pic utk gemukkan diri anda, eh bukan bukan… utk gemukkan pic di atas…
makan kat sini, sangat terasa pink… sangat la manja environment nyer… kaler2 feveret i… pink to purple… lagi best tgk nih…

fruitland worker
semua pekerja pakai baju pink… alololooorrrr… so cute…
mood:~nak makan rainbow lolo pas nih…~

Sunday, January 23, 2011

Seoul Garden–Khurafat + Karok = Winkkkk

lama x gather ngan geng2 wewit vavoomm… masing2 bz… yg doktor jah nun kat jengka… yg sorang sibuk duk urus2 astro nye gaji… ada plak bz kat batang berjuntai… sorang lagi dok bz pose2 kat midval… yang ai plak buat2 bz walaupun x bz la sangat… akhirnya, dapat gak gather last weekend… Shafiq, Wawa, Ezwan, Daus n me…

acara pembukaan pastilah acara makan memakan… utk acara ini, jika berjaya mencari tempat makanan secara bufet, maka kita adalag juara!!!! terpusing2 di sekitar OU, akhirnya… Ke Seoul Garden la yer… Bufet lunch yang sedap… slrrprpppp…

outing food seoul

yeaaa itu dia… sesi kelahapan sedang berjalan… kat sini, silalah bergoreng2an sendiri… steamboat pun ada… dia punya beef black pepper, slrrrppp aaaaa… ditambah plak resepi asli milik kami berempat… siap tumis2 bawang putih lagi kat atas dapur tuh… pastu campur suma sos ada… huhhh… lazat…

outing ally ex1

Ezwan n me… wajah girang selepas memamah daging sekilo… muahahhaa…..

outing ika wawa

Wawa n Shafiq… yaaa, mereka sangat menggemari ice cream di sini… erm… sedap laaa makanan kat sini… sangat puas… harga??? RM 26.88++ per pax kot… plus RM 3.88 for free flow drink… haaa, kalo nak jimat…. datang 10 org, beli je lah one drink… kongsi2…. hiks… mari serang Seoul Garden

outing ally iqah hair

setelah makan, aktiviti menggunting rambut plak… asalnye, nak gunting bertiga… tapi x jadi… so, shafiq sorang je lah yg gunting… yg best nye… bila siap je gunting n hairdo, tuan punya rambut berkata…

“eh, apsal rambut baru ni cam rambut madam kwan je????”

outing old town

yea… perhatian semua pembaca!!! bila anda ingin menjangkau ke umur 3 dekad, anda akan dapat rasakan aktiviti berjalan2 di shopping mall seperti ber rock climbing umapamanya… letih… sementara menanti nak tgk Khurafat jam 6.45pm, terpaksa la kitorang lepak2 di kopitiam… hahhaa… makan lagi… lepak di OldTownCoffee… minom2 dan makan snow ice… sedap gak snow ice peanut…

Khurafat??? Best ke…???  5 bintang!!!! seram woooo…. walaupun da tgk kali kedua… tapi tetap jerit paling kuat skali… miahahhaa… silalah menonton Khurafat… Oooo.. ada sesapa duk umah sorang2??? silalah menonton Paranorma Act 2… selepas menontonnya, pasti anda akan ke 7eleven serta merta utk menampal iklan mencari housemate dgn segera…

Selepas nonton…. Karokkkk session… maap, daus… tiada pic, kerana sgt eksaited nyanyi2… Wahhh… lega rananya bila dpt nyanyi…

“haaaaa…. haaaa…. hati pedih…. hati sedih…. mengenangkan….”

mood:~minggu depan adalah minggu rajin di lab pula…~

Saturday, January 22, 2011

delicious @ jalan tun razak

yeahhh… entri makan2 lagi… terasa macam foodblog plak… hiks… janganlah bosan ye tuan2 puan2 sekalian… marilah bermakan makanan bersama ai…
kali ni, mari makan di delicious… slrpppp… delicious  @ jalan tun razak… an exclusive soothing ambient and tiffany blue color dominated restaurant… org kata memang signature delicious ni guna tiffany blue… pastu mesti ada hiasan2 sangkar burung… tak tau la, sebab x penah pegi delicious tempat lain… ho3…
delicious signage
masa ni g utk lunch… 1st time g utk supper… silalah order choc brownies plus walnut plus vanilla ice cream… adoyaiiii… walnut sangat penuh… plus melted choc syrup plus plak icy cold of vanilla ice cream… terbaikkk… minom plak ngan frosty lychee lime… uhuiiii…
oleh kerana kali ni masa lunch, makanan seharusnya berlambak2 dan bercelaru kiraan kalori… bukan apa, kalo feel2 nak makan salad for lunch, takot x sempat nak tunggu dinner, mulut da kunyah2 balik… hu3…
delicious foods
we had a generously big portion of nasi lemak, nasi kerabu and bolognese sphagetti… erm… ok la… so so… as we expected, mana leh lawan nasi lemak tepi2 jalan yang asli, but still, recommended…
delicious me fai topek
me, fai n topek… fai turun kl tuh… iyolah, sejak duk ganu nih… susah nak jumpa… bbm je la kte yer… teringat saat2 kat umah mu di ampang… ujung2 minggu mesti gather, then bermalas2an… ooo sejak mu x de, maka hilang la sorang geng karok… skang karok dlm keta je… hahhaa….
tapi, yang telah menambah keseronokan sehingga beronok-ronok selama beberapa hari ialah….

delicious nina
dapat amik pic ngan mizz nina wassup2…
mood:~tq to en edy sebab belanja yer… eh, nape x de pic en edy???~

Jakarta Bandung Mei 2026 - Pine Breeze Loft House, Bandung

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Har...