Thursday, February 2, 2012

Luncheon at Paddington, The Curve

Hai semua. Berjumpa kembali dalam rancangan, Jom Makan Makan. Agak lama ye dah tak buat acara makan beramai2 secara rakus. Owh, sejak ketiadaan kawan seperjuangan Amy yang jauh di Johor itu, team Jom Makan Makan menjadi kurang aktif. Sebab tu saya kurus *eh, menjadi gemok sebab Amy kah? ^__^

Tak tahu nak lunch kat mana? Tiap kali lunch je, mesti tercari2 tempat nak lunch? Meh redah The Walk, The Curve. Kat sini banyak weh tempat makan2. Nom nom nom.

Kali ni kita ke
Paddington – House of Pancakes

paddington 2

Herm, sebagai pendukung aspirasi negara, kita seharusnya berjimat cermat. Ya, berjimat cermat amalan mulia. Jadi, bila sampai The Walk tu, terus mata melilau cari ‘Lunch Set’. Eh, di Paddington pun ada Lunch Set? Bagus. Mari serbu.

paddington 1

Menu yang ada. Nom nom nom.

Paddington’s Pancake Burger
RM 13.90++

Continental Pancake
RM 12.90++

Omelette Wrap
RM 11.90++

American Pancake Stack
RM 10.90++

Pasta
RM 10.90++

set ini beserta minuman ice lemon tea atau hot tea atau soft drinks.

paddington 3

Paddington’s Pancake Burger

Ini pilihan rakan subahat Jom Makan Makan. Lihat, sgt comel kan pabila pancakes digunakan sebagai  pengganti roti urk burger. White sauce yang digunakan agak manis. Tapi bila tergigit epal segar yang dihiris2, amboi, sedap rasanya. Amboi amboi amboiii. Kentang goreng sangat kurus dan rangup. Dihidang panas2 lagi. Sodap u. Owh, silalah request brown sauce, utk menambahkan keklimaksan makanan anda.

paddington 4

Omelette Wrap

Tuduuu. Mak aih, besau bebeno. huii, sayur2an yang dihidangkan adalah tidak kedekut. Sangat segar juga. Dihidang bersama sos apantahakupuntaktau. Sos itu masam, tairu kah? Tak perlu sos pun, kerna ada thousand island skali dalam hidangan itu. Kenyang! Alhamdulillah.

paddington 5

Ini dia saya yang sudah lama tidak makan secara berjemaah. Amy, transfer lah ke KL. Supaya aktif kembali aktiviti kita. Hu3. Owh, total price hanyalah RM 29.90. Sorang RM 15 lah. Murah kan? Jom Makan Makan di sini. Mauri.

Paddington – House of Pancakes
Unit 142, 1st Floor The Curve,
6 Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel/Fax: 03 77262386

mood:~nom nom nommmm…~

2 comments:

MY said...

That wrap nampak sgt menarik and healthy!!! Ok.. akan try..

tujuhhariseminggu said...

sila2... ia sangat sihat... :)