Hello semua. Maaf, lama menyepi oleh kerana sibuk kenduri kendara. Nanti ai update kan gambar kahwin adik ai yer. Kahwin sudah adik, abgnya bila lagi? hahahha.
Ok ok. Hari ni nak cerita pasal Google Dictionary kat Chrome. Yelah, zaman Fb sekarang. Update status harus menggunakan bahasa Inggeris tahap canggih. Lagi orang tak faham, lagi bagus. Hiks. Kadang-kadang baca english online paper, ada perkataan yang tak faham. Berita asal mati dikejar lembu, oleh kerana tak faham wording kat paper tu, terus bertukar lembu mari dikejar orang. Ha3. So, how?
Sesiapa yang guna Google Chrome, ada software Dictionary yang cool. Free pula tu. Meh jenguk nih. Memula klik kat sini. Tapi kena guna Chrome la weh. Jangan berangan2 guna MusangBerapi, nak guna application nih.
Klik kat Chrome Web Store. Klik jangan tak klik.
Pastu, tanpa segan dan silu, kliklah kat Popular, then search lah Google Dictionary. Download lah, apa lagi. Mudah kan. Yang penting, percuma. Hu3.
Camna nak tahu da download ke belum? Cer lihat sebelah kanan tempat kita taip web address. Yang di bulatan hitam tu. Kalau ada simbol Aa, maksudnya da install lah dictionary kat Chrome kita.
Camna nak guna? Just highlight word yang kita nak tau maksudnya. Then klik berganda, double click. Tadaa, keluarlah maknanya. Siap boleh klik butang speaker tu. Adalah mamat tu akan pronounce kan. Cool eh.
Eh, bahasa Melayu pun boleh. Awesome.
So, mari ramai2 guna dictionary nih. Senang sket. Klik2 dpt translation.
mood:~hati2 ngan mamat yg pronounce word tu. sangat bersungguh2 ye dia. ha3…~
No comments:
Post a Comment