Tuesday, February 21, 2012

kulang aja nye budak ini nye pun!!!

Huhh, dahlah menyamun. Boleh pulak kau salahkan org yang kau samun. “Kami minta maaf, bukan niat kami, benda nak jadi tak diduga, tapi itu salah dia sampai menggadai nyawa”. Chettt, poodaaahhh. Abis yang ko menyamun tu, bukan salah ko lah. Aiya…

hmetro

kredit: HMetro.

First part tu ok, ko minta maaf. Yelah, dah ko yang buat salah kan. Tapi yang tak tahan tu, “benda nak jadi tak diduga”. Brengset lu. Kira ko tak pikir lah, kalau org kena ragut, ada kemungkinan org yang diragut akan melawan. Jadi, bila melawan macam-macam boleh berlaku kan? Abis tu, ko nak semua org rela je kena ragut ngan ko seraya berkata “silalah dik, ragut akak. akak redha. tapi dik, ini bukan redha. redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah”. Eh, ombak rindu kah?

Bab yang last tu, memang sejenis nak kena makan penampar. Siap salahkan org kena ragut tu. Cuba kalau ko tak ragut, takde jadinye benda camni. Rasanya kalau dibagi peluang nak lanyak peragut nih. Ai nak langgar ngan keta, pastu reverse sket, pastu langgar lagi, pastu reverse, pastu pusing2kan stereng kiri kanan, biar hancur tangan kaki sket, pastu jalan. Haaa, puas hati.

Bukan apa, kadang2, kita dah berjaga2, berhati2. Tetap kena rompak, ragut dan sebagainya. Bila kena semua ini, perasan tak, kebanyakan nya akan salahkan org yang di ragut. “Tulah Senah, siapa suruh tayang rantai gelang Zhulian ko tu???” tak pun, “Haaa, ngengada sangat ko ni Siti Norbalijah, yang tinggalkan laptop kat dlm kereta nape? Kan dah kena pecah cermin keta”

Yelah, takkan nak salahkan pencuri tu. Yang mencuri tu memang dah tak pandai nak tahu betul ke tidak. Nak salahkan diorang, macam salahkan anjing menyalak tgh malam. Macam salahkan khinzir sebab dia mughalazah. Dah memang tabii binatang tu macam tu, nak buat camna. Tapi, itu anjing dan babipinkcuteoinkoink. Pencuri tu manusia. Atau dah boleh je samakan dengan binatang sebab berperangai camtu. Entahlah.

Cuma percaya, kalau kita buat baik, dibalas baik. Kalau buat jahat, dibalas jahat. Senang je hukum hidup tu kan. Renong-renongkan dan selamat beramal.

mood:~katakan TIDAK pada perompak, pencopet, pencuri~

No comments: