Thursday, November 21, 2019

Sept 2019 - Trip Birthday ke Banda Aceh 01

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti biasa, bila sampai hari ulangtahun kelahiran, marilah kita pergi berjalan-jalan. Kalau tak silap, 2017 kita ke Jogjakarta. 2018 membawa diri ke Hatyai. 2019 kita ke Banda Aceh. Kenapa Banda Aceh? Sebab menurut Skyscanner, itulah tiket yang paling murah. Haha. 



Gambar wajib. Muka berseri-seri walau bercuti secara solo. Oh, bila umi tau pergi sorang-sorang, terkejut sekejap umi. Soalan dari umi, "eh, kenapa pergi sorang? Kawan yang lain sibuk ke?". Taklah, memang saja nak buat trip solo. Kalau ok, jadi ritual tahunan. 

Air Asia (KUL-Acheh-KUL) RM 318 (termasuk makan, pilih seat, entah pakej apa ntah)



Tadaaa. Dah sampai. Sebabkan trip secara solo, maka banyaklah gambar begini. Gambar tanpa wajah. Haha. Sampai je airport dah start behave elok-elok. Dengar cerita kat Acheh agak strict juga dia punya undang-undang. Jangan nak sosial sangat, kena sebat nanti.

Info: Caj teksi/grab dari airport ke bandar (Masjid Baiturrahman) lebih kurang IDR 85k. Kebetulan ada kawan team gamelan ex-UKM, Fareha ke Acheh sebelum ini, dia tolong carikan cara naik bas ke bandar. Keluar sahaja dari airport, terus minggir ke kiri, cari Indomaret (ala-ala 7eleven), bus stop di belakang itu. Gembiranya, tambang bas adalah percuma. Gratis gais! Jangan risau, ketepatan masa perjalanan bas adalah amat tepat. Semak sahaja di jadual yang ada di bus stop.   


Sampai sudah di Hotel Mulana (IDR 265k/malam). Berdekatan dengan Masjid Baiturrahman. Jalan kaki dalam 5 minit macam tu. Eh, ke 10 minit. Lebih kurang lah. Jalan-jalan di pesisir sungai ala-ala jalan keliling Tasik Cempaka kat Bangi tu. Yang menjadi persoalan sampai hari ni, kenapa ada sinki kat luar tu. Masa design bilik tu, tersalah ukur saiz tandas ke macam mana. Haha. Memang sengaja pilih bilik kos rendah kat area bandar ni, sebab nak tempah bilik yang lebih kebabom masa di PulauWeh tu nanti. 


Lepak-lepak bilik hilangkan lelah sekejap. Kita bergerak ke Masjid Baiturrahman lah. Kalau ada rezeki, boleh lah berjemaah kat sana. Sampai sahaja di masjid tu, wahhh cantiknya!!! Luas, sejuk duduk atas marmar. Ramai yang lepak santai sambil tunggu waktu Maghrib. Tak sempatlah nak tengok payung-payung (yang macam di Masjid Nabawi tu) dibuka. Diorang kata, selalu waktu tengahari baru dibuka. 


Muka sememeh dengan rambut senget-senget dah. Rambut dah lah ada tak ada. Haha.




Singgah pasar malam sekejap, tengok-tengok sandal sekejap. Nampak macam cantik, tapi tak jadilah nak beli. Beg dah penuh.


Pecel Lele asli Acheh dengan air limau. Perghhhh. Kedai makan ni sebelah je hotel. Sebelum balik hotel, singgah makan dulu. Oh, lepas dinner sempat singgah makan terang bulan. Apam balik. Banyak juga yang jual kat tepi jalan. Gemuklah.

Hari pertama tak jalan banyak sangat. Sebab flight pun dah petang kan. Sempat singgah masjid agung sahaja. Esok, kita ke pulau. 


Ok, jom ke Pulau Weh. Naik feri yok. 

mood:~sedap lah makanan kat sini~

Friday, March 8, 2019

Perbaharui Insurans Kereta - Maybank Motor Insurance

Salam Semua. Dah renew insurans kereta? Kalau nak renew insurans, guna agen atau buat sendiri? Secara peribadi, dah lima tahun saya renew insurans kereta sendiri. Maybank Takaful. Buat secara online sahaja. Lepas renew insurans, terus ke website myeg, renew cukai jalan pula. Tunggu sehari dua, ada orang hantar roadtax. Selesai.

Susah ke nak renew secara online? Untuk insurans kereta Maybank Takaful, mudah je. Cuma perlukan info kereta secara details. No casis, no enjin, semua info ni boleh dapat dari salinan geran. Yang paling best, kalau renew Maybank Takaful online, dapat diskaun 10%. Banyak gak kan?
Untuk tahun ni, ada beberapa ciri-ciri tambahan. Penggantian Smart Key (minima yang perlu diinsuranskan RM700). Ini sudah bagus. Mahal weh kalau nak ganti smart key. Masa nak start kereta, seronok sangat tekan-tekan butang ehhh. Bila kunci hilang, Tangisan Maerhanis lah tajuknya. So, tenanglah hati sikit. 

Haaa, kliklah kat butang 'Buy this plan now!'

Bukan itu sahaja, boleh bayar secara ansurans. Haa, pemain kutu (nak buat renew insurans kereta) sekalian, kalau malas nak main kutu, atau geng kutu tak nak main lagi, tak perlu risau lagi. Tapi geng kutu correlle/periuk noxxa, tak kena mengena *tiba-tiba...

Lepas renew insurans, pergilah ke website myeg. Renew roadtax kat situ. Pilihlah penghantaran ke rumah. Caj RM6. Senang. Tahu-tahu dah dapat roadtax kat depan mata. Lepas tu boleh tampal kat kereta dengan pelekat Fazbulous kau yang kaler pink tu. #fazwarrior
Selamat memperbaharui insurans dan cukai jalan semua. 

:: lagi 60 hari eh nak puasa??? ::