Thursday, November 21, 2019

Sept 2019 - Trip Birthday ke Banda Acheh 01

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti biasa, bila sampai hari ulangtahun kelahiran, marilah kita pergi berjalan-jalan. Kalau tak silap, 2017 kita ke Jogjakarta. 2018 membawa diri ke Hatyai. 2019 kita ke Banda Aceh. Kenapa Banda Aceh? Sebab menurut Skyscanner, itulah tiket yang paling murah. Haha. 



Gambar wajib. Muka berseri-seri walau bercuti secara solo. Oh, bila umi tau pergi sorang-sorang, terkejut sekejap umi. Soalan dari umi, "eh, kenapa pergi sorang? Kawan yang lain sibuk ke?". Taklah, memang saja nak buat trip solo. Kalau ok, jadi ritual tahunan. 

Air Asia (KUL-Acheh-KUL) RM 318 (termasuk makan, pilih seat, entah pakej apa ntah)



Tadaaa. Dah sampai. Sebabkan trip secara solo, maka banyaklah gambar begini. Gambar tanpa wajah. Haha. Sampai je airport dah start behave elok-elok. Dengar cerita kat Acheh agak strict juga dia punya undang-undang. Jangan nak sosial sangat, kena sebat nanti.

Info: Caj teksi/grab dari airport ke bandar (Masjid Baiturrahman) lebih kurang IDR 85k. Kebetulan ada kawan team gamelan ex-UKM, Fareha ke Acheh sebelum ini, dia tolong carikan cara naik bas ke bandar. Keluar sahaja dari airport, terus minggir ke kiri, cari Indomaret (ala-ala 7eleven), bus stop di belakang itu. Gembiranya, tambang bas adalah percuma. Gratis gais! Jangan risau, ketepatan masa perjalanan bas adalah amat tepat. Semak sahaja di jadual yang ada di bus stop.   


Sampai sudah di Hotel Mulana (IDR 265k/malam). Berdekatan dengan Masjid Baiturrahman. Jalan kaki dalam 5 minit macam tu. Eh, ke 10 minit. Lebih kurang lah. Jalan-jalan di pesisir sungai ala-ala jalan keliling Tasik Cempaka kat Bangi tu. Yang menjadi persoalan sampai hari ni, kenapa ada sinki kat luar tu. Masa design bilik tu, tersalah ukur saiz tandas ke macam mana. Haha. Memang sengaja pilih bilik kos rendah kat area bandar ni, sebab nak tempah bilik yang lebih kebabom masa di PulauWeh tu nanti. 


Lepak-lepak bilik hilangkan lelah sekejap. Kita bergerak ke Masjid Baiturrahman lah. Kalau ada rezeki, boleh lah berjemaah kat sana. Sampai sahaja di masjid tu, wahhh cantiknya!!! Luas, sejuk duduk atas marmar. Ramai yang lepak santai sambil tunggu waktu Maghrib. Tak sempatlah nak tengok payung-payung (yang macam di Masjid Nabawi tu) dibuka. Diorang kata, selalu waktu tengahari baru dibuka. 


Muka sememeh dengan rambut senget-senget dah. Rambut dah lah ada tak ada. Haha.




Singgah pasar malam sekejap, tengok-tengok sandal sekejap. Nampak macam cantik, tapi tak jadilah nak beli. Beg dah penuh.


Pecel Lele asli Acheh dengan air limau. Perghhhh. Kedai makan ni sebelah je hotel. Sebelum balik hotel, singgah makan dulu. Oh, lepas dinner sempat singgah makan terang bulan. Apam balik. Banyak juga yang jual kat tepi jalan. Gemuklah.

Hari pertama tak jalan banyak sangat. Sebab flight pun dah petang kan. Sempat singgah masjid agung sahaja. Esok, kita ke pulau. 


Ok, jom ke Pulau Weh. Naik feri yok. 

mood:~sedap lah makanan kat sini~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...