Assalamualaikum semua. Part 02 di Banda Aceh. Ikutkan perancangan nak ke Pulau Weh lepas sembahyang Jumaat. Tapi takut terkejar-kejar nak naik feri, maka kita pun ubahlah rancangan ke pulau jam 10 pagi. Risau tak dapat tiket feri? Jangan risau, hubungilah abang tiket (+6282294634242). Boleh semak jam berapa feri akan bertolak, boleh juga suruh belikan tiket feri pergi balik. Jadi tak payahlah nak beratur. Kira kau catwalk libas-libas orang yang beratur tu sambil flip-flip tiket tu. Hahahaha.
Tadaaaaa. Sampai dah ke kawasan Sumurtiga. Pulau Weh ini ada beberapa kawasan yang popular. Kalau untuk aktiviti snorkeling, jeti nak ke dolphin tour, dinasihatkan untuk menginap di Sabang. Oleh kerana ramai review betapa mengancamnya stay di Freddies, maka ke sinilah kita ya. Sampai-sampai sahaja di Freddies, mak aihhh, melompat-lompat kegirangan.
Subhanallah, cantiknya!!! Rancangan asalnya memang tak ada tempah pakej apa-apa untuk hari ini. Tapi masa dalam perjalanan ke Freddies, bual-bual dengan driver, bersetujulah nak ambil pakej menjelajah pulau. Sebabkan berseorangan, dapat deal dengan driver, IDR200k. Tapi...
Check in je dalam bilik, terus tersenyum-senyum, terlompat-lompat sebab cantik sangat. Teruus cancel kan booking tour pulau. Sebab nak duduk dalam bilik, buka tingkap luas-luas, menikmati keindahan alam. Weiii, cantik gila weiiii.
Haa, buka tingkap, ini permandangan yang kau dapat. Tak kau tersengih-sengih kesyukuran. Dahlah duduk sorang-sorang, dapat pulak view macam ni. Untuk dua malam, IDR700k. Berbaloi sangat. Memang plan dari awal, masa kat bandar, kita book penginapan yang biasa-biasa sahaja. Sebab nanti banyak jalan-jalan kan. Kat pulau ni, kita bermewah-mewah sikit lah (tapi taklah mahal sangat pun). Kasi reward lah sikit kat diri yang dah kerja macam kuli ni kan. Hahaa.
Sampai bilik, letak barang. Tak buat apa-apa, buka tingkap, usha permandangan tanpa henti. Sambil dengar-dengar lagu, sing along, goyang-goyang kaki. Syiokkk weh.
Tu, kat atas bilik. Bila malam, air pasang, air akan naik sampai sini, ombak tu mcm tepi tingkap. Risau juga, tiba-tiba chalet dah terapung. Haha. Awal-awal tu best lah dengar ombak menghempas-hempas manja. Makin lama makin kuat pula.
Eh, muka exited ke muka nervous tahan nafas tu???? Kat mana menyelam ni????
Kawan geologist, ni outcrops ek...?
mood:~blooop blopppp blopppppp~
No comments:
Post a Comment