Thursday, October 20, 2011

Sardin Berbahaya??? Oh no no no…

adesss… kabut seketika… iyolah, makanan kegemaran ai telah dicanang2kan berbahaya… SARDIN… apalah makna si Jely tanpa sardin… tahukah bahawa, salah satu cara utk membuatkan inchek Mislan membuatkan anaknya si Jely ini makan nasi bertambah2 adalah dengan menghidangkan masakan SARDIN… he3…

sardin

sila ke sini utk artikel penuh

huwaaa, panjang no ceritanya… tapi, secara ringkasnya, sardin ini dikatakan adalah salah satu punca terjadinya tumor dan fibroid… kes yang dinyatakan, ada beberapa suspek telah dijangkiti tumor di rahim, dan rahim nya terpaksa dibuang… abislah rahim ai… *eh, ada rahimkah saya??? ~cengkerik…

ok ok… jadi dengan tanpa melengahkan masa dan tenaga, ai telah kopipes artikel ni di Ayam’s Brand page… dengan harapan mendapat maklumbalas dengan segera… tadaaa… dalam masa limabelasminit, telah mendapat feedback dari Encik Mohammad Hisham bin Hj.Talib
Head of Ayam Brand Halal Department.

sardin 2

Fazdly, thank you for your concern about the quality of our products. Such articles are rumors that are regularly spread via e mail or on blogs. Please see below the explanation from our halal department for your perusal.
May I remember our consumers that Ayam Brand canned food are NO PRESERVATIVES as we use a recognized technique of sterilization to ensure the safety of our recipes: STERILIZATION was invented long time ago by a French Chef in 1810 to preserve perishable foods in a stable form that can be stored and shipped to distant markets during all months of the year.
The process is simple: Long hour heating in high temperature.
The heating process is the way of preservation, no need to add preservatives.
The heat kills the bacteria, allows a longer conservation, preserve texture and aspect of food.
So just enjoy your favorite sardines and thank you for your loyal support!

inginkan artikel penuh??? sila ke Ayam’s Brand page

pheww… alhamdulillah… selesai sudah persoalan di sini… for those who reads this article, sebar2kan la yer… boleh percaya ke ni??? Tepuk Dada Tanya Selera…

mood:~psss, abah, Ayam’s Brand nak mintak resepi abah, bolehkah???~

Wednesday, October 19, 2011

Nuffnang Premier Screening for Paranormal Activities, PA 3

smalam, dpt invitation ke Nuffnang Premier Screening for Paranormal Activities, PA 3… hu3… gatal bebeno nak tgk citer antu… kang nak tdo malam, nangis sorang2… ha3…

kenapa ai rasa citer PA series ni sgt seram sebab dia nye situasi sama macam kat umah kita… kalo nengok citer antu yang kat hutan, rumah misteri lama, kat spital, seram dia lain sket… kalo citer PA ni, antu dia sejenis sama kat umah kita… hu3…

nn pa3 1

ni dia staff NN yang telah memberikan ai tiket… tapi, nape lah dpt seat depan bebeno… tak dpt nak tutup muka, sebab screen besa sgt… lain kali, nak duk blakang2 sket… tq Nuffnang

nn pa3 3

tadaaa… kat situ tulis seat K4… da imejin, seat nya arrangement A kat depan, so K kat belakang2 la… ghupa2nya, seat A di belakang, dan seat yang terakhit adalah M… he3…

nn pa3 2

yaaa, ini lah dia mangsa kali ini… tq Fai temankan ai… sorry le terpaksa jerit2 sambil tgk muka masing2 semasa antu keluar… bukannya tgk kat skrin tuh, tgk muka masing2… lps tu sibuk tanya2, kenapa, mengapa, kat mana antu tu… hiks…

nn pa3 4

ni la muka suka dpt tiket free… huhuu… ooo, sila maafkan kami ye wahai mereka yg hadir ke screening smalam… tatkala sesi “Bloody Mary”, tgh mereka tutup lampu lepas sebut Bloody Mary tiga kali, tetiba ada deringan telefon… bunyinya sungguh 3D, sehinggakan ia seolah2 bunyi di dalam filem… namun, rupa2nya, itu bunyi telefon ai yer… ha3…

Paranormal Activities 3

I rasa cerita ni adalah cerita sebelum apa yang terjadi kat PA2… masa Katie dan adiknya, Kristi di kala kecik2… Kristi ada teman halimunan, Toby… so, seram2, sebab si Toby ni kaco family mereka… Katie kena tarik rambut, dapur disepah2kan… Dennis, ayah tiri mereka da perasan ada benda pelik, melalui rakaman video yang dia buat… namun, maknya x mau percaya… rupa2nya yang jahat tu…. *eh, tgk la sendiri, takkan nak bgtau kot…

seram tak citer nih??? kurang seram dr PA2… tapi, yang membuatkan ai semput, cerita ni senyap sunyi… jadi, ai stress, sebab takleh nak jerit2… kalo citer antu lain, bising, bunyi angin la, bunyi antu la…. so, ai leh menjerit tanpa rasa bersalah… he3…

sila tonton ye kawan2… sekali lg, Tq Nuffnang… lain kali jemput lagi ye… nak tgk “whats ur number” plak…

mo0d:~haaa, jangan gelak2 baca blog ai…~

Monday, October 17, 2011

ai hate u… hate hate hate u… huhhhh…

huhhh… baru abis gigil2… gigil sebab geram… demm u… demm duum dommm nye ostad… ai marah nih… rasa nak lempang2 je muka ostad tuh… hiyahhhhhhh… *aksi lempang secara bersemangat dan bersungguh2…

ostatshoki

ai hate u ostad… ai really hate u…

*sekian*

mood:~tepuk2 tepuk utk eirma n tahajjud cinta’s crews… kudos beb…~
pic:~di snap dr tonton.com.my~

Friday, October 14, 2011

episod terakhir tahajjud cinta malam nih!!!

TahajjudCinta4

uit, da last episod malam nih… rasa2 ada banyak cerita lg tak terungkai… punyalah follow dari episod 1 sampai skang… last2 x leh nak tgk final episod… sebab malam ni ada kelas… hu3… x pe2, TonTon kan ada…

ok, bila nak gugel poster tahajjud cinta, byk lah ternampak link2 pasal drama ni… so, glah bukak link2 yang ada… baca review pasal cerita nih… eksaited la nih… yelah, mesti ramai yg suka citer ni… sama macam ai…

tapi, erkkkk… ramai yang x ske… uih… terkezut gak… erm, lantaklah diorang… kat blog diorang, sukalah diorang nak kata apa… hu3… tapi , bagi ai, drama ini best dan telus serta berani…

dlm drama ni, tunjukkan betapa ada segelintir org akan gunakan agama sebagai topeng utk melakukan perkara yang tidak sepatutnya… cam ai, yang idokle pandai bab2 keagamaan nih… bila dgr org bagi fact+ayat2 quran, terus percaya dan setuju2… tapi, sebenarnya, diorang beli manipulasi keadaam guna menda2 camni…

skrip drama terbaik… baru tahu bahawa ada dalil @ hadis yang tidak sahih, tapi selalu digunakan… tapi, x tau la kalau apa yg dlm drama ni betul ke idak… hiks…

fazura, u memang rowks… uih, bila je si Citra menghadap Ustaz Shauki yang gatal dan asik menggauli, ai eksaited… mantap sehhh…

satu lagi, tabik springggg la kat kak Eirma sebab berjaya kumpul2kan pelakon vvavavoommm utk drama nih… Eman Manan, Melissa Saila, Dira, Fazura, Gous, Tiz, Ahmad Tarmimi Saregar, Jins Samsuddin… hu3… ada ramai lg… ooo, Norish Karman pun ada…

apa2pun, kita tgk malam ni… adakah…..????

1) Neelofa berjaya digauli oleh ostad itu???

2) Seri diselamatkan daripada asik digauli dan di kasari???

3) Eh, Tiz da cerai kah??? ataupun rujuk kembali???

4) apa jadi ngan ayah Seri yg sangat obes eh obses ngan ostad itu???

nanti rajin2 update kat twitter ye kwn2… leh lah baca dalam kelas nanti…

mood:~….~

Wednesday, October 12, 2011

Adam Eddy Othman’s 5th Bday @ Flora Kafe

haaa… sekali tulis nama, sampai ke nama atuk skali… he3… last sunday, ramai2 celebrate bday adam… adam??? siapakah itu??? adam yang menari lincah bekas AF tu ke??? ataupun adam ensem yang mengacara quickie???

adam 1

emmmmmwwwuahhhhh

haaa, adam anak Eddy, bos besau Favors by Eddy tu… yang ai duk tolong2 wat event tu… eh, last sekali join diorang wat event All Your Love – Dato CT nye launch…

adam 2

haaa, ada poster2 tau… kalo da namanya anak event planner, bday harus disambut dengan penuh meriah… untung kamu adam… ai dulu kecik2, sambut bday pun idak… ala2 makan kek buat sendiri je… he3…

adam 3

event was held at Flora Kafe kat AmpWalk… cantik deko Flora Kafe… gila tak cantik, Flora etc katanya… hiks…

adam 4

ai bajet seperti photographer yang canggih… konon2 fokus sudu, blur2 kat background… ha3… stylo x???

adam 5

cupcake Bisou ini sangat sedap… nak2 velvet red itu… aiyooo, cheese nye sgt membunuh regim diet ai… *eh, tgh dietkah??? ha3…

adam 6

haaa, itu dia… bday dicelebrate seolah2 majlis perkahwinan… bahagia kan… ada pokok2 sakura… terasa di jepun seketika… *owh, Filzah, adik ai yang gigi besau tu, sila jangan angan2kan bday celebration camni ye… abgmu tak mampu… he3…

adam 7

inilah antara pelakon2 utama majlis… inchek Eddy yang berbaju pink di tgh2 itu… adam??? tu, yang duk tongkat2 dagu… adam, sila jangan tiru pose uncle… uncle tongkat2 dagu sebab nak surukkan dagu uncle yang beralun2 dan berlapis2 itu… T__T owh, tiada pula pic abg Khalid… dia adalah org kuat dr Flora yang memantau program ini…

adam 8

antara mereka yang hadir… meriah kan… ada vulu vulu ahmad kassan macam macam aznil… ooo, mee kari yang dihidang sangat dilisyes… pic tak sempat utk dibidik… kerna masa makan, perlu kan konsentrasi maksimum…

adam 9

alololoorrr…. syium dedi sket… itu dia bday boy potong kek sambil diiringi gadis pemain gitar dan sama2 mengalunkan lagu happy bday secara reggae… *eh, affa wat apa bwh pokok itu???

adam 10

gadis2 gebu di majlis… ha3… choppp, pic ini telah dicrop… lala, perasankah??? ha3… jahat tak ai…

adam 11

keluarga inchek Jamal… btw, inchek Jamal sgt sedap suara bila berkarok…

adam 12

pelakon2 tambahan event itu bergaya dengan tema ‘silangkanlah kaki utk kelihatan lebih kecil’

sekali lagi, happy bday adam… semoga hidupmu dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya… and Eddy, thanks for the invitation… moga2 bertambah lah rezeki ye… ooo, adam, comel tak teddy bear yang weols bagi???

mood:~sambut 30th bday camni pun best juga…~

Tuesday, October 11, 2011

happily ever after

*ini adalah cerita keinsafan…

smalam, balik lewat sket… so, dinner sekali lah kat kampus *wah, kampus nih… pusing2, so g lah dinner kat kolej ke4… early dinner gitu… kul 5 uols, ala2 minum petang… ha3…

so, pas makan sambil ngorat2 masyarakat sekeliling, terus balik ke dept… otw tu terlihat ramai student balik ke kolej masing2… di sebalik ramai2 tu, ternampaklah beberapa org OKU… balik sama2… ada yang tak nampak sgt, ada yang naik kerusi roda… sangat kagum tgk mereka ini… gigih mencari ilmu…

tak dapat nak bayangkan, betapa sukarnya perjalanan mereka demi mencari ilmu… iyalah, kita yang sempurna nih, kalo kereta rosak, kena g kampus jalan kaki, amboihhh, memanjang komplen… panas la, rimas la.. tapi diorang lagilah banyak cabaran… tapi…

diorang sangat ceria… senyum sampai ke telinga… gelak2 sambil balik ke kolej… tak nampak kesengsaraan diorang… they make their life look so easy… nampak sangat ikhlas mereka bergelak tawa…

senyum-sampai-telinga

sangat insaf sekejap… bahawa, hidup kita takkan menjadi mudah kalau kita yang merumitkan keadaan… senyum dan senyum… sebab…

kalo kita gembira, semua org gembira

ai org yang jarang nak marah2… sape yg kenal ai, pasti akan kata, “ko ni tak penat asik gelak, gelak, gelak…” takpun… “ko ni, keta pecah pun ko gelak2, umah kena pecah masuk pun gelak2, x paham tul…” hiks…

jarang gak nak musuh2 ngan org… nak mencik2 org… tapi… sekali ai da benci org tu, sampai ke sudah lah ai benci… yesss… ai boleh memaafkan kesalahan org tu, namun utk lupakan kesalahan tu… hushhhh…

mood:~best plak mendung2 camni~

Monday, October 10, 2011

QR Code – apakebendakahitu?

pernah perasan tak image camni… sambil2 jalan kat klcc ke, sebelah uniqlo… tetiba nampak menatang nih…

QRcode uniqlo

then, dia suh scan image nih… huhh, gmana nak wat… apakah perbuatan ini??? dan yang paling penting, image apakah ini? *psss, memula ai ingat, menda2 nih utk iPhone user je… haks…

ok, this is what we called QR code – Quick Response code… sila click en Wikipedia – QR code… so, dgn QR code, kita hanya perlu scan image, automatically, ur browser will browse site yang sepatutnya… contohnya…

“eh, santek la baju kat uniqlo nih… apa nama website nye eh? alaa, malas lah nak taip… leh tak kalo tak nak taip web address…”

haaa, boleh ye kawan2… scan je QR code uniqlo… terus je browser kita akan nyossss ke site uniqlo… mudah kan… di Korea, diorang da guna QR code ni utk online shopping… mudah kan…

“eh, camna nak scan QR code??? alaaa, malas lah bawak scanner yang besar2 tu, pastu nak scan plak QR code nih…”

eh, tak payah ye nak  g tekap scanner tu kat QR code… kita leh guna telefon pintar kita… BB pun bleh ye… tapi, kena download software nya… free je… g kat AppWorld, then lorong haji taib taip je QR code scanner… tada… I guna Jared nye… mudah… cer cuba…

“leh tak ai nak generate QR code utk belog saya??? ai nak promotekan QR code tu kat FB ai… baru nampak canggih…”

boleh ye kawan2… g je website QR Code Generator… ada manyak… ko gugel je… kali ni, ai guna yang ini…

 QRcode tutorial

http://qrcode.kaywa.com/

haa, uolss letakkan je lah url belog uols kat situ… tadaaaa… terus dia generate… pastu, leh guna QR code tu, utk promote or link to ur blog… cool isnt…? cer cuba… cerrr…

haaa, ni utk belog ai…

QRcode-tujuhhariseminggu

~QR code – tujuhhariseminggu~

boleh lah kita letakkan QR code ni kat FB kita ke… kat twitter kita ke… so, kan ke mudah utk rakan2 pembaca mengakses belog kita… benar ke idak???

camna ai tahu pasal menda nih??? haaaa… td dengar segmen Azli On Air kat Bernama Radio 24 di frekuensi 93.90… segmen ni setiap pagi weekdays, jam 7.30-8am… bagus weh segmen nih… banyak menda2 baru kita belajar… sambil2 jem di kala pagi… cuba dengar… haaa, tahukan anda bahawa kita boleh gunakan telefon pintar kita utk jadi mesin swap credit card???? haaaa… menarik kan…

mood:~wahh, pagi2 da wat tutorial~

Thursday, October 6, 2011

LIBAS… hiyahhhh…

hollo… terbaca review pasal LIBAS kat utusan td… ai memang suka baca film review nih… so, at least dpt expect apa yang sepatutnya dr film tuh… best ke idak… so, review Libas best x??? sila baca sendirik… he3…

pink libas

para pelibas…

sebenornya, ekasited nak update entri pasal Libas ni sebab…

ally pink jijah

baju pelakon yg dedem tu sama ngan baju ai… ha3… tu je… jijjj, lama bebeno tak dgr cerita kamu kan…

mood:~haaa, ni pic di kala h1n1 dolu2… pakai mask sebab gedik2 nak nampak lain… ha3…~

Wednesday, October 5, 2011

jom manipedi

manipedi??? manipedi a/l manipaidam kah??? bukan ye anak2… mani=manicure (tenyeh2 tangan), pedi=pedicure (godek2 kaki)…

woot wooottt… anda mempunyai kuku tangan yang bergerigi2 seperti dii gigit… inginkan kuku yang lebih bersinau, sehinggakan mahu bersalaman dengan sape saje yang dijumpai… jika anda adalah seorang pensyarah/cekgu, inginkah anda selalu tunjuk2 nota di buku student dengan penuh keyakinan kerana kuku anda santek…

jom manipedi sesama… jom… selalu, standard paling murah pun, RM 60 utk basic manipedi… skang, dengan hanya RM38, dpt manipedi, leg massage, leg scrub… huihhh, best ooo, manja2 kan kaki tangan camni… jom jom jom…

milkadeal pedimani

serbu Milk-A-Deal skang…

ayuhhh… ke arah kuku yang bersinau dan berseri… mari ramai2…

mood:~ok, kembali tulis menulis, opsss, kena taip pelan2, nanti kuku calarr… ha3…~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...