Sunday, September 23, 2012

Tips En Jely–Cara Mula Borak

Jom kongsi tips. Selalu tak mengalami situasi di mana pergi melawat ke rumah orang, kita tak tahu nak borak apa dengan mak ayah tuan rumah. Apatah lagi, jika waktu tinggal kita berdua je ngan ayah tuan umah. Aiyaa, senyum dah  meleret. Masing2 cari idea nak borak. Jom, ada 4 tip utk bahan permulaan perbualan. Tehee…

Empat
Cuaca. Cuba tengok kawasan sekeliling. Agak2 kalau tanah kering, teruslah mulakan perbualan dengan “Dah berapa lama tak hujan?”. Kang pakcik tu jawab, “Dah lama nak, nape? Kat tempat ko salji ke nak???”. Ok, sila buat2 bz susun2 gelas…

Tiga
Kalau ternampak ada kucing ke atau apa-apa binatang belaan ke, boleh gunakan itu sebagai modal. “Eh, cantik nye kucing pakcik nih?”. “Iyolah, pakcik ada banyak kat belakang tu”. “Sapo namo eh kucing2 tuh”. “Yang bolang2 tu nama eh Soo Wincci, yang kaler oren2 sket tu Thanuja. Agak yang gobu2 kelabu tu Dabel-A”. Oh, peminat mastercep rupanya pakcik nih…

Dua
Selalu kan ada gantung2 pic konvo. Ha, nilah masanya utk menunjukkan keprihatinan kita terhadap keluarga mereka. “Ooohh, berjaya semua ya anak pakcik. Alhamdulillah”. “Eh, mana tahu anak2 pakcik berjaya semuanya?”. “Tuhaa, berderet gambar2 masa konvokesyen”. “Eh, tu bukan pic anak2 pakcik. Pakcik beli bingkai, dapat pic tu sekali. Entah anak sape ntah?”. Ok, inilah masa paling sesuai utk buat2 tertumpahkan air dan berlari2 anak ke toilet…

Satu
Kalau dah tak tahu nak borak apa. Sampai bunyi cengkerik mengesot pun dengar, silalah guna tips ni. Tenung mata pakcik tu lama-lama. Sila tenung tanpa berkelip2. Kalau boleh dekat2. Lagi afdal. Then kalau pakcik tu tanya “Nape nak, tenung2 mata pakcik”. “Ohh, ankel, u have very beautiful eyes. I’m falling in love with ur eyes”. Confirm, pakcik tu yang buat2 bz dan serta merta lari dari kita. Selesai lah masalah kita. Takyah nak susah2 borak ngan pakcik tu.

mallewww pakcik, ko tenung2 camtu… Teheeee…

Haaa, kan dah idea. Silalah guna idea2 itu ye, utk memastikan dunia anda lebih bahagia. Bahahhaa…

mood:~senyum sket…~
pic:~culik dr fesbuk~

Wednesday, September 19, 2012

Zainol’s Homestay–Langkawi…

Cantik tak???

Kelabu2 gitu…

Haaa, Kak Jah, meriahlah mandi guna kepala shower yang besar nih…

Tengok je rasa nak tidur… Haaa, Kak Odah, siap ada bling2 kat kepala katil tu… Meriah Kak Odah uitttt…

Haa, maaf ye Kak Mah, baju kurung bukan dalam pakej yer…

Whamboi2, cantik bebeno gambar kat atas ni ye… Haa, kalau nak tahu, nilah Zainol’s Homestay… Kat Langkawi nun haaa… Jikalah nak bercuti kat Langkawi, nak cari homestay, meh le ke ZH

Zainol’s Homestay

Taman Indah Kemas,
07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman.
+6012-3152022

Sila2, jangan malu2… harga??? cuma RM220/nite… Astro ada Kak Jah oiii, just 7km je dari pekan Kuah… haaa, berkuah2 lah Kak Jah… dekat nak shopping pinggan mangkuk bagai…

mari ramai2, ke Zainol’s Homestay… anda pasti tertawan *sambil bayang2 poster iklan pic Z sekeluarga senyum lebar sampai pipi sambil tunjuk ibujari ‘good’… ^_^

 

mood:~jom cuti2 g Langkawi…~

Terima kasih semua ^_^

I am blessed and I am very grateful for that.

yups. saya bukanlah berada di tempat yang begitu menyelesakan. tempat di mana kita boleh berasa cukup selesa utk meneruskan kehidupan. namun, saya boleh tersenyum dan terus tersenyum kerana semuanya berjalan lancar. cukup gembira bila mengetahui ramai juga yang sayang kat saya. hehehehe.

terima kasih, terima kasih dan terima kasih. kalau nak dikira, nak dihitung, jelas tak terbalas semuanya. hanya Yang Esa mampu membalasnya dan merahmati semuanya. amin.

mood:~ ^_^ ~
pic:~tg en gugel~

Friday, September 14, 2012

Penang Trip Sept 2012

Penang Trip01

ke penang kita yeop!!! alang2 dah ke Ipoh utk wedding Fatin, moh le kita ke Penang… dengan menggunakan kuasa paksa-sambil-rela-dan-merelakan yang ada di diri sanubari ini, berjaya memujuk Fai utk ke Penang,  walaupun hanya utk satu malam…

gerak dr Ipoh dalam jam 5pm camtu… berbekalkan set Chicken McDeluxe bersaiz besar dan jajan2, bergeraklah viva hitam yang sommel dan berbunga2 itu ke Penang… *tol kat bridge dah RM 7 yer… terkial2 cari 7 hengget nak bayar tol sebab hanya 5 hengget je di tgn… teheee…

terus set gps ke batu feringghi… dgn jalan yang berbelok2 dan sukar itu, sampai lah ke tpt itu… dengan harapan nak dinner di tepian laut bertemankan deruan ombak debushh debush… gagal ye tuan puan… so, jenjalan je lah di kedai2 tepi jalan, alaa, seperti di Petaling St… menarik juga, ala2 Phuket pun ada gak…

Penang Trip05

Nasi Kandaq Beratoq!!!

Penang Trip02

kami dengan penuh gigih beratoq naa… nak experienced camna kat nasi kandar beratur… sampai dalam kul 10pm, nahhh, hambeklah ye tuan puan… saya org yang ke 71… mari beratur, mauri…

Penang Trip03

“hermmm, sedap ke nasi kandar nih???”

Penang Trip04

“pastilah sedap…” *sambil sengetkan kepala sket2, feeling2 pengacara jalan jalan cari makan…

Penang Trip06

kalau nak cari nasi kandar beratur nih, silalah setkan gps ke Masjid Kapitan Keling… betul2 sebelah masjid itu… tapi make sure dtg after 10pm, baru yg asli tu buka…

Penang Trip16

sebelum

Penang Trip17

SELEPAS!!!! alhamdulillah, burpppppp… ^_^

Penang Trip07

decide utk stay backpacker’s hostel style… dekat2 ngan area masjid kapitan keling nih… eh, kami tak minum Carlsberg itu, kami juga tak buat konsert dgn mereka… RM 35/nite… sungguh woot woottt… tapi, very the basic lah… janganlah berangan2 nak ada ala2 hotel 5 twinkle twinkle little star…

Monkey Inn
16, Carnarvon Street,
10100 Penang.
04-2610920.

Penang Trip08

di Beijing kah???

Penang Trip09

pagi2 dah gerak sebab kul 3pm ada tuisyen… he3… gigih tak saya… snap2 pic di kwsn sekeliling…

Penang Trip10

tyra!!! eh, TARA!!!!

Penang Trip11

taklah sah ke Penang kalau tak pekena sarapan mamak style… flooded bread n pulled tea *roti banjir dan the tarik… kehkehkeh… slrppp lagi…

Penang Trip12

yeaaa, naik feri utk pulang ke tanah besar… sib baik di awal pagi ahad, jadi kereta tak banyak la yer…

Penang Trip13

merenung masa depankah???

Penang Trip14

nice shot… tq Fai…

alhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik… nampaknya, agak menarik utk dijadikan acara bulanan… packing barang, naik keta, shoot ke mana2 yang kita suka… perhaps after this ke melaka??? nak join???

entri ini diakhir dengan album
”ku cari damai di hati yang sepi”

 

Penang Trip15

kehkehhkewwwhhh ^_^

mood:~jom ke melaka pula..~

Thursday, September 13, 2012

Maisarah n KA’s big day ^_^

Mai 1

Maisarah Yusoff da kawen… wewiitt…

sama tarikh dengan majlis Harith n Fatin, nikah 31 Ogos, sanding 1 Sept. sempatlah memeriahkann majlis nikah Mai kat Sg Petani… berlari2 anak dengan viva dr Ipoh, majlis HnF…

Mai 2

dengan tema yang agak blueish… sommel… ada dua pasangan dinikahkan serentak di masjid nih… sorang oren, sorang biru… sib baik x sama kaler, kalau tak, mau tertukar pasangan… heheheh…

Mai 3

Mai dan asben nya… maaf, pic agak kabur angkara penggunaan 9500 yang antik itu… baju nikah sgt gojes… veil dipakai boleh dilibas2 sambil feeling2 puteri bunian… majlis nikah berjalan sempurna, sejurus selepas asar… dengan satu lafaz, menjadi asben n wifey lah mereka…

Mai 4

lihat taburan manik itu, gojes kan… *eh, apsal beria2 amik pic manik nih???

MAi 5

upacara sarung cincin berulang kali utk shooting video pernikahan… he3… time ni lah cium dahi tak sampai, terketar2 sarung cincin, cincin menjadi semakin kecil, sehingga lebih daya dan usaha utk menyarungkan cincin ke jari masing2… hehehhe…

masing2 dah bahagia berumahtangga… dlm masa yang sama tu… di kesempatan ini, diharapkan agar pasangan mempelai berbahagia di dunia dan di akhirat… semoga Allah memberkati pasangan ini… selamat melayari bahtera merdeka, eh bahtera perkahwinan… ombak sentiasa ada di mana2, kita perlu pandai mengemudi layar supaya ia berjaya merentasi ombak yang bergelora itu…

mood:~woitt, apa nih, suma dah kawen??? nak kawen gak ahhh!!!~

Wednesday, September 12, 2012

Tahniah Harith dan Fatin ^_^

Tahniah ye Harith dan Fatin… Alhamdulillah, sudah bergelas suami isteri… Sukalah tu Fatin… Ni yang ditunggu2 oleh beliau… Nak bersuamikan Harith… Teheee… ^_^

Meh la layan pic yang ada… Ada byk lagi pic, nanti I edit2kan yer…

FnH01

Tudiaaa, Harith sedang menghafal skrip akad nikah… Yaa tok kadi, saya terima nikahnya… Sah!!!!

FnH02

Yeaaahhh, makin berdebar2… tok kadi dah usha2… jap lagi aku kahwinkan ko… ni kalau tok kadi sergah sekali, makin berpeluh2… alhamdulillah, one shot je… lancar… *oh, saya takde masa majlis nih, saya g Maisarah Yusoff nye akad nikah…

FnH03

drama sandiwara semasa breeze bermula… elehh Fatin, x mo nangis konon… end up teresak2… siap ada sroottt srooott lagi… ni nangis sedih ke nangis girang bersuamikan Harith… baik ngaku sekarang… teheee…

FnH04

sesi penyerahan mas kahwin… isk isk iskkkk, tak sangka dah kawen…

FnH05

candid x? tgh  bincang2, pas ni nak anak berapa? kalau satu *sila rujuk jari Fatin… nampaknya Harith tak setuju kalau satu je… bersedialah angkatan Harith n Fatin’s jr…

FnH06

snap snap pic bersama ibu Harith… amboi2 Fatin, begitu mesra dengan mak mertua… bagus2… itulah ciri2 menantu yang dicari… cantik, mesra, baik dengan mertua… *ok, sila bayar upah puji ni yer ^_^

FnH07

Haaa, keluarga Fatin yang meriah… TQ kerana membenarkan saya tidur dengan lazatnya di umah uols… Sommel tak mereka???

FnH08

touching weh tgk pic nih… hu3…

FnH09

Lihat, kan saya dah kata… mereka sommel… ^_^

FnH10FnH11

Fatin, abangnya, Danish dan warga 30an yang terkinja2 menggunakan pistol… huhhh, siapalah org tu yer???

FnH12

orang kuat majlis Fatin… Rakan2 nya dan rakan2 nya… *maaf, terlupa nama… keh3…

FnH13

serba ungu majlis persandingan… santekkkk!!!

FnH14

gadis bunga yang hampir menjadi makcik bunga… hahahahhaha!!! jahat gila statement… luv uols…

FnH17

smaiiilllllllllll ^_^

FnH15

majlis diserikan dengan alunan selawat oleh al-Maulid… tenang je…

FnH18

Sekali lagi… Selamat Pengantin Baru… Semoga berbahagia dunia dan akhirat… antara sebab manusia dilahirkan tidak sempurna adalah kerana telah menunggu pasangan yang akan menyempurnakan ketidaksempurnaan itu…

FnH16

semoga berbahagia Harith dan Fatin

mood:~selamat… pengantin baru… *sambil goyang2 punggung manja seperti Saloma…~

Saturday, September 8, 2012

Yeay, 30 already lorrr…

amaran:
entri ini sudah basi… hahahhaa…

IMG_7494

happy bday to me… ngeee… 10 hari yang lepas… keh keh keh… yeaa, saya sudah 30… memasuki fasa baru hidup… 3 series katanya… harap2 makin matang lah yer…

alhamdulillah… cukup bersyukur dengan apa yang ada sekarang… family yang sentiasa ada dengan kita, walau apa yang terjadi… kawan2 yang kita tahu diorang sayang kat kita, walau tak pernah menzahirkan nya dengan kata2… alhamdulillah…

cuba menjadi yang lebih baik… itu je yang saya harapkan… tak mengharapkan yang lebih2… cukup jika hari esok, kita menjadi lebih baik daripada hari ini… percaya dengan rezeki itu tertulis dengan indah olehNya…

terima kasih tak terhingga kepada siapa2 yang banyak membantu saya yang serba kekurangan ini… tidak tercapai kudrat nak membalasnya semua… hanya yang Esa mampu menilai dan membalasnya… amin… *eh, ucapan menang anugerah kah ini??? hahahhaa…

bday ally comb

tiuppp… tiuppp… fuhhhh…

mood:~weh, tua da wehhh..~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...