Sunday, September 23, 2012

Tips En Jely–Cara Mula Borak

Jom kongsi tips. Selalu tak mengalami situasi di mana pergi melawat ke rumah orang, kita tak tahu nak borak apa dengan mak ayah tuan rumah. Apatah lagi, jika waktu tinggal kita berdua je ngan ayah tuan umah. Aiyaa, senyum dah  meleret. Masing2 cari idea nak borak. Jom, ada 4 tip utk bahan permulaan perbualan. Tehee…

Empat
Cuaca. Cuba tengok kawasan sekeliling. Agak2 kalau tanah kering, teruslah mulakan perbualan dengan “Dah berapa lama tak hujan?”. Kang pakcik tu jawab, “Dah lama nak, nape? Kat tempat ko salji ke nak???”. Ok, sila buat2 bz susun2 gelas…

Tiga
Kalau ternampak ada kucing ke atau apa-apa binatang belaan ke, boleh gunakan itu sebagai modal. “Eh, cantik nye kucing pakcik nih?”. “Iyolah, pakcik ada banyak kat belakang tu”. “Sapo namo eh kucing2 tuh”. “Yang bolang2 tu nama eh Soo Wincci, yang kaler oren2 sket tu Thanuja. Agak yang gobu2 kelabu tu Dabel-A”. Oh, peminat mastercep rupanya pakcik nih…

Dua
Selalu kan ada gantung2 pic konvo. Ha, nilah masanya utk menunjukkan keprihatinan kita terhadap keluarga mereka. “Ooohh, berjaya semua ya anak pakcik. Alhamdulillah”. “Eh, mana tahu anak2 pakcik berjaya semuanya?”. “Tuhaa, berderet gambar2 masa konvokesyen”. “Eh, tu bukan pic anak2 pakcik. Pakcik beli bingkai, dapat pic tu sekali. Entah anak sape ntah?”. Ok, inilah masa paling sesuai utk buat2 tertumpahkan air dan berlari2 anak ke toilet…

Satu
Kalau dah tak tahu nak borak apa. Sampai bunyi cengkerik mengesot pun dengar, silalah guna tips ni. Tenung mata pakcik tu lama-lama. Sila tenung tanpa berkelip2. Kalau boleh dekat2. Lagi afdal. Then kalau pakcik tu tanya “Nape nak, tenung2 mata pakcik”. “Ohh, ankel, u have very beautiful eyes. I’m falling in love with ur eyes”. Confirm, pakcik tu yang buat2 bz dan serta merta lari dari kita. Selesai lah masalah kita. Takyah nak susah2 borak ngan pakcik tu.

mallewww pakcik, ko tenung2 camtu… Teheeee…

Haaa, kan dah idea. Silalah guna idea2 itu ye, utk memastikan dunia anda lebih bahagia. Bahahhaa…

mood:~senyum sket…~
pic:~culik dr fesbuk~

3 comments:

cik fara said...

hahahah.yg no satu tu kalau buat maunya dapat penampor.haha.

tujuhhariseminggu said...

Tehee... jom try ramai2... :p

Nor Halijah Taib (NHT) said...

serius lawak.. tapi tips ni untuk pokcik kan kalo mokcik camne lak?