Sunday, October 28, 2012

Marilah ke Bali v2.0

Assalamualaikum semua. Lama x ketemu. Hampir sebulan ye. Masa utk jalan-jalan dah abis. Tibalah masa study semula. Hiyaah. Meh layan pic-pic di Bali ver2.0. Ini kali kedua ke Bali. Alhamdulillah, ada gak rezeki pergi jalan-jalan yer. Jom tgk gambo. Mauri.

Bali01

Yaa, sungguh behave kan kawan-kawan saya. Amik pic beramai-ramai sambil rapatkan kaki. Seperti gambar delegasi ke Bali. Kami pergi berlapan, tambah lagi sorang. Yang sorang tu sampai lewat. Hehehe. Owh, saya tiada di pic itu.

Bali02

Di hari kedua di Bali. Kami menginap di Raffles Holiday Hotel, Ubud. Ini adalah pic melepak2 di tepi pool, namun x bleh nak mandi sebab sejuk sgt. OK, di Ubud sejuk yer. Sehingga bila kita bernafas haa haaa, boleh kuar kabus seperti ada di Birmingham *hii, opie yang jauh di sana.

Bali03

Kanak-kanak riang melihat sawah padi. Bak kata pepatah, ‘sawah padi di Kedah dilupa-lupakan, sawah padi di Ubud digirang-girangkan’. Tehee ^_^

Bali05

Bermulalah trip Day 1 di Bali. Kami akan berjalan-jalan ke kawasan padi bukit Jatiluwih, bermakan tengahari di Kintamani, menghirup-hirup Kopi Luwak, melawat TampakSiring - kuil yang dipenuhi mata air. Tajuk warna pakaian kami adalah sesuka hati. Di mana tiada padanan warna yang sesuai diperlukan. Lantoklah.

Padi Huma Jatiluwih
Entrance fee – IDR 5,000/pax

Bali04

Ok, singlet itu agak kecil sokongan di bahu. ^_^

Bali06

Setelah menguwah-uwahh melihat kecantikan sawah padi huma, kami terus zasssttt ke Kintamani. Untuk makan tengahari sambil menghadap permandangan gunung berapi yang masih lagi aktif. Jika ditakdirkan gunung berapi itu meletus, kami lah yang akan berdebu2 sekali.

Lunch di Kintamani
Buffet – IDR 80,000

Bali07

Kamilah pelancong dari Malaysia ^_^

Bali08

Sesi mengopi Luwak. Ada banyak kopi dan teh yang boleh dicuba dan dirasa di sini. Sampai je kat sini, kita akan dihidangkan dengan berbagai perisa kopi dan teh. Vanila, ginseng, roselle, coklat dan semestinya Kopi Luwak. Ooo, kalau kita akan dikenakan caj jika kita pesan Kopi Luwak. Kalau tak, minum2 free je.

Kopi Luwak
Segelas – IDR 50,000

Bali09

Ok, saya tak tau kenapa saya begitu ^_’

Bali11

Lihat begitu berseninya inchek Azwa amik pic yer. Begitu boleh dihantar ke 3sixty nye magazine. Kami di TampakSiring. Kuil mata air. Kebetulan, bila kami sampai ada upacara keagamaan sedang dijalankan. Jom kita jengah.

Bali12

Mungkin leher saya suka disenget-sengetkan begini agaknya. Ahahahaha.

Bali13

Comel.

Bali14

Glamer makcik nih. Memula malu-malu nak ambil pic. Tapi bila tgk hasilnya, amboi kemain lebau senyum yer. Style lah.

Bali16

Haaa, di sini ada beberapa mata air yang mengalir keluar. Kalau diikutkan upacara yang sebenar, mereka akan mandi di setiap punca mata air. Kalau tak silap ada 12 kesemuanya. Habislah sudah trip Day 1. Terus masing2 pulang terbongkang di hotel yang sejuk di Ubud itu.

Bali20

Mengambil pic di gigi kolam mandi. Teheee. Masing2 bersemangat nak mulakan hari yang baru di Bali.

Bali21

Dari Ubud kita ke Seminyak. Sambil-sambil tu singgah di perkampungan lukisan. Kg Batu kot namanya. Singgah utk beli painting. Kena pandai bargain kat sini.

Bali22

Ok, masing—masing tunggu painting siap dibungkus. Lepas nih, meriah rumah kittew. Tq housemate.

Penginapan kami di Bali
10,11,12 Oct 2012 (2 nites)

raffles 1

raffles 2

Raffles Holiday Hotel
Jl Raya Denpasar – Kintamani Km 38 no 198
Ph – (0361)977777
Hp – 0852 38710225
Web – thru www.agoda.com
email – rafflesholiday@yahoo.com

Rate
Deluxe – USD 31.00 / night
Junior Suite – USD 41.00 / night

mood:~nantikan ver2.1 pula…~

2 comments:

cik fara said...

waaa sonoknya! nak gi jugak..

tujuhhariseminggu said...

jom jom cik fara... :)